Hanya kerana pandangan pertama, Nur
Zafira Sofea jatuh cinta kepada Iqwan Hafiz. Dia sanggup melakukan apa saja
demi menawan serta memikat hati Iqwan Hafiz.
“Walau apa pun, aku akan cuba
pikat dia sehinggalah aku berputus asa.”
- Nur Zafira Sofea.
Bagi Iqwan Hafiz, kehadiran Nur Zafira
Sofea telah mengganggu ketenteraman hidupnya. Gadis itu tidak pernah kenal erti
putus asa. Tidak ada rasa malu. Walaupun dimarah dan diherdik, gadis itu tetap
mengganggu hidupnya.
“Terus-terang
saya cakap, saya tak suka perangai adik Encik Aqil. Dahlah gedik, mengada-ngada
dan merimaskan. Perempuan macam dia tu tak layak untuk saya.” – Iqwan Hafiz
Tingkah laku Nur Zafira Sofea itu
membuatkan Aqil Danish berasa risau dan khuatir. Adiknya jujur meluahkan perasaannya
terhadap Iqwan. Demi kebahagiaan Nur Zafira Sofea, ikatan pertunangan termeteri
atas persetujuan Iqwan Hafiz.
“Along doakan Iqwan dapat terima
cinta Fira. Along yakin, Iqwan akan jatuh cinta dengan Fira.” – Aqil Danish
Namun, segala impian yang dibina musnah
disebabkan kepercayaan. Kebenaran
yang diketahui mendesak Nur Zafira Sofea untuk memutuskan pertunangan. Musibah
yang berlaku turut membenihkan rasa benci di hati.
Iqwan Hafiz akur. Apa yang berlaku
berpunca daripadanya. Segala kebencian dan kemarahan Nur Zafira Sofea diterima
seikhlas hati. Sejak dia mengetahui isi hati Nur Zafira Sofea yang sebenar, dia
bernekad untuk memikat hati gadis itu.
Berjayakah Iqwan Hafiz dalam usaha memikat
hati Nur Zafira Sofea? Adakah Nur Zafira Sofea dapat menerima Iqwan Hafiz
selepas apa yang berlaku? Kebenaran apa yang diketahui oleh Nur Zafira Sofea?
Alhamdulillah. Akhirnya karya saya yang ke 7 keluar. Buat pembaca
yang follow kisah mereka, boleh dapatkan My Dream Husband di Pesta Buku
Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 nanti.
Boleh juga dapatkan
MDH daripada Penerbitan
Bes Q . Pada yang berminat untuk beli direct daripada saya, boleh
inbox saya di Facebook Ros Ab atau
Email saya di teratai_layu2201@yahoo.com
Semoga naskah kali
ini tidak mengecewakan.
Terima kasih.
Tahniah cik writer....i pasti dapat kn...
BalasPadamterima kasih infonya....
BalasPadaminfonya sangat bermamfaat..........