Assalamualaikum,
Alhamdulillah,
karya saya yang ke 11 bakal terbit pada bulan Mei di
bawah Karnadya Publishing. Pada yang pernah membaca kisah Qaira Nur
Imani dan Hadif Asyraf, boleh baca sambungan kisah mereka dalam versi
cetak. Cerita ni sudah lama saya up di blog. Pada tahun 2014 dulu.
Nak cari calon suami bukan semudah ABC.
Bukan macam pilih sayur di pasar. Kenalah pilih yang betul-betul sesuai dan
kena dengan jiwa. Begitulah yang terjadi kepada Qaira Nur Imani. Cadangan Puan
Noraini memperkenalkan dia dengan beberapa calon suami membuatkan dia rasa
sesak nafas.
“Kau ingat nak cari suami macam cari sayur
kat pasar tu ke? Boleh main pilih-pilih saja? Main tunjuk saja?” – Qaira Nur
Imani
Pelbagai helah digunakan demi mengelak
pertemuan dengan calon itu semua. Malah, tidak ada seorang pun yang dapat
menggetarkan naluri perempuannya. Kalau boleh, dia menginginkan seorang suami
sama seperti hero-hero dalam novelnya.
Pertemuan dengan Hadif Asyraf telah
merubah segala-galanya. Pemuda itu tidak percaya dengan perkahwinan yang diatur oleh keluarga. Demi mengelak rancangan Hajah
Halijah dan Haji Saiful, dia dijadikan sasaran pemuda itu.
Lain pula dengan Hadif Asyraf. Sekian
lama berkenalan dengan Qaira Nur Imani, perasaan cinta hadir tanpa disedari.
Untuk tidak mahu Qaira Nur Imani jatuh ke tangan lelaki lain, dia mengatur
rancangan. Dia perlu mengahwini Qaira Nur Imani walau apa cara sekalipun.
“Kalau kau tak setuju, aku akan beritahu satu
Malaysia yang kau ni terdesak nak cari calon suami. Semua surat khabar akan
cerita tentang kau. Kau tu kan novelis. Semua peminat novel mesti kenal dengan
kau. So, kalau cerita kau keluar kat media sosial. Dengan tajuk ‘Novelis Tia
Alisya terdesak nak berkahwin’. Siapa yang malu? Kau juga, kan?” - Hadif Asyraf
Rancangan apa yang diatur oleh Hadif
Asyraf? Berjayakah Qaira Nur Imani mencari calon suami yang diimpikan sama
seperti hero-hero ciptaannya itu?
In shaa Allah, novel Calon Suami Buat Novelis akan
berada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2018. Boleh dapatkan
novel CSBN masa itu nanti.
Pada yang berminat, boleh dapatkan CALON SUAMI BUAT NOVELIS di Karnadya Publishing atau di website Karnadya.
Akhir
kata, terima kasih pada yang menyokong serta membaca. Tanpa anda semua,
siapalah saya ketika ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan