Rabu, 15 April 2020

Hate Or Love You

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, karya saya yang ke 12 sudah pun terbit pada bulan Februari di bawah Karnadya Publishing. Pada yang pernah membaca kisah Nurin Natasya dan Farid Aiman, boleh baca sambungan kisah mereka dalam versi cetak. Cerita ni sudah lama saya up di blog dan di Portal Ilham pada tahun 2018.






Hanya kerana gambar aibnya bersama dengan seorang lelaki, Nurin Natasya diceraikan pada malam dia dinikahkan. Dia dihina, dituduh sebagai pelacur dan hampir dirogol. Akibat dari kejadian itu, Encik Nazaruddin meninggal dunia dan Puan Noraishah membencinya.

“Kalau bukan disebabkan dia, abang tak akan pergi dulu daripada Nora. Nora benci dengan dia.” - Puan Noraishah

Selama 5 tahun Nurin Natasya menyimpan perasaan dendam. Orang yang bertanggungjawab dalam kejadian itu perlu dicari dan dihukum. Pertemuan dengan Farid Aiman menjadi titik permulaan kepada matlamatnya. Amir Hakim, ayah Farid Aiman penyebab kepada kesemua yang terjadi pada dirinya.  

“Pandai kau berlakon. Kau ingat aku tak kenal siapa diri kau yang sebenarnya?” - Nurin Natasya

Bagi Farid Aiman, pertemuan dengan Nurin Natasya membuatkan hidupnya tidak tenang. Gadis itu sukar untuk didekati dan seorang yang perahsia. Demi untuk mengenali siapa Nurin Natasya, Farid Aiman mengatur rancangan.

“Kenapa sukar untuk aku dekati kau, Nurin. Rahsia apa yang kau sembunyikan selama ini?” - Farid Aiman

Berkahwin dengan Farid Aiman bukanlah keinginan Nurin Natasya. Demi untuk membalas perbuatan sekaligus menjatuhkan Amir Hakim, dia terpaksa menerima perkahwinan itu. Hanya dengan mempergunakan Farid Aiman, mudah untuk dia membalas dendam.
Berjayakah Nurin Natasya membalas dendam? Rancangan apa yang diaturkan oleh Farid Aiman demi untuk mengenali Nurin Natasya? Siapa pula lelaki di dalam gambar yang telah memusnahkan hidup Nurin Natasya?


****************************************************************

Pada yang berminat, boleh dapatkan HATE OR LOVE YOU di Karnadya Publishing. Boleh juga dapatkan di Shopee dan Lazada. Tengah ada promosi.


Akhir kata, terima kasih pada yang menyokong serta membaca. Tanpa anda semua, siapalah saya ketika ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan