“NAH! Denda aku pada kau atas masa aku yang
kau dah curi tempoh hari.” Shafiq mencampak sehelai kain ke muka Dalia.
Dalia
yang sedikit mengelamun terkejut. Kain yang dicampak oleh Shafiq tepat mengenai
mukanya.
“Kau
jangan ingat yang aku dah maafkan kau pasal kes hari tu.” Shafiq bersuara.
Tangannya lincah mengelap badan kereta.
Dalia
yang mendengar mencebik meluat.
“Ha…
mencebik. Aku potong mulut tu baru tahu,” tegur Shafiq tatkala terlihat cebikan
di bibir Dalia.
“Kau
ni memang tak boleh dibuat kawan.”
“Kawan
tak kawan. Aku malu kau tahu tak?”
“Kau
tu yang main sergah saja siapa suruh?”
“Amboi!
Kau nak salahkan aku pula?”
“Iyalah!
Kalau kau bagi salam, tentu kau tak rasa malu, kan?”
Shafiq
yang mendengar menghentikan tingkah laku mengelap badan kereta. Dia bercekak
pinggang memandang Dalia di hadapan.
“Then, kau pun bukannya faham bahasa
kalau aku tegur,” kritik Dalia, selamba.
“Apa
kau cakap?” tanya Shafiq sambil memandang tajam ke wajah Dalia.
“Err…
Okey! Okey! Aku salah!” kata Dalia, mengalah. Gerun pula dia melihat Shafiq
berkeadaan begitu.
“Tahu
pun takut.” Shafiq ketawa kecil. Dia menyambung kerja.
“Eh!
Mana ada aku takut. Aku cuma hormat kau saja,” tukas Dalia, laju.
“Iyalah
tu!” cebik Shafiq pula.
Dalia
turut sama mencebik. Dia mengelap cermin kereta penuh cermat. Wajah Shafiq
dipandang dalam diam.
“Mamat
tu kacau kau lagi tak?” Shafiq bertanya tatkala teringatkan tentang lelaki yang
sering mengganggu Dalia.
“Tak
kacau dah.”
“Kenapa?”
“Aku
dah berterus-terang kat dia yang aku tak nak ada komitment.”
“Baguslah
kalau dia tak kacau kau dah. Kalau still
kacau lagi, kau beritahu pada aku.”
“Kau
janganlah risau. Tahulah aku macam mana nak settle
masalah aku.”
Shafiq
mengangguk. Dia yakin dengan kata-kata Dalia itu.
“Kerja
kau macam mana?”
“Okey!
Tak ada masalah.”
“Baguslah!
Kalau kerja kau tak ada masalah, bolehlah kau berhenti kerja jadi cleaner tu,” suara Shafiq lagi. Dia
mencapai getah paip lalu dihalakan ke arah kereta.
Terhenti
tingkah laku Dalia sebaik sahaja mendengarnya. Dia memandang ke wajah Shafiq
meminta penjelasan.
“Pasal
duit, kau tak perlu risau. Aku boleh tanggung kau,” kata Shafiq. Pasti
penjelasan yang Dalia mahukan daripadanya.
“Kalau
aku berhenti, macam mana nak cover
bayar hutang tu?” tanya Dalia pula. Perkara itu yang sedang difikirkannya.
Hutang!
Shafiq
membisu. Dia sedang memikirkan sesuatu.
“Shafiq!”
panggil Dalia. Wajah Shafiq dipandang meminta jawapan.
“Pasal
hutang tu, kau jangan risau. Tahulah aku macam mana nak selesaikannya,” balas
Shafiq bernada tenang.
“Macam
mana?” Dalia masih mahukan jawapan. Matanya masih tertancap ke wajah Shafiq.
Shafiq
menelan air liur sendiri. Sungguh, dia tidak ada jawapan kepada pertanyaan
Dalia itu. Dia masih mencari jalan penyelesaian untuk melangsaikan hutang
mereka.
“Shafiq!”
Buat kali yang kedua Dalia memanggil. Namun, Shafiq masih tidak menjawab
soalannya tadi.
“Ada
kereta baru masuk tu. Kau tolong uruskan.” Sharif memuncungkan mulut ke arah
kereta yang baru masuk. Dia meneruskan kerja yang tertangguh sebentar tadi.
Dalia
mengeluh berat sambil memandang Shafiq yang sedang menyambung kerja. Tanpa
berlengah, dia segera melangkah ke arah kereta yang baru masuk.
Shafiq
melepaskan nafas lega. Tidak dinafikan dengan kata-kata Dalia itu. Jika Dalia
berhenti, bagaimana untuk melangsaikan hutang mereka? Pendapatan mereka berdua
tidak cukup untuk menampung segala-galanya.
“Walau
apa pun sebabnya, aku mesti langsaikan hutang tu,” keluh Shafiq, berat.
“Kalau
bukan disebabkan kes tu, tak mungkin kami berhutang sehingga ke hari ni,”
sambung Shafiq lagi. Memori lama meniti dalam minda. Berdoa agar dia dapat
melangsaikan hutang yang sekian lama membelenggu hidup mereka berdua.
“MASUK! Masuk!” arah Dalia sambil memberi
isyarat masuk.
Rafiq
memandu masuk ke tempat yang diarahkan. Dia mengintai cermin sisi sebentar.
Melihat gadis yang sedang memberi isyarat masuk.
Dalia
masih memberi isyarat. Matanya dihalakan ke arah Shafiq yang sedang berbual
bersama dengan 3 orang lelaki. Hatinya tertanya-tanya gerangan mereka itu.
“Cik!”
panggil Rafiq sebaik sahaja kereta diparkirkan.
Dalia
tidak membalas. Matanya masih tertancap ke arah Shafiq.
“Cik!”
Rafiq menegur buat kali yang kedua. Bahu gadis itu disentuh lembut. Gadis itu
kelihatan sedang mengelamun.
“Haa…”
balas Dalia sedikit terkejut. Dia menghalakan mata ke arah yang menegur.
“Cik…”
Rafiq mematikan ayat. Seperti mengenali gadis di hadapannya itu.
“Encik
nak cuci luar dalam ke?” tanya Dalia ramah.
“Cik
Dalia?” tegur Rafiq sebaik sahaja mengingatinya.
Dalia
berkerut dahi. Lelaki di hadapannya itu dipandang meminta kepastian. Seperti
mengenali lelaki itu.
“Ah!
Encik rupanya. Maaf, saya terlupa,” ujarnya selepas itu sebaik sahaja
mengingatinya.
“Cik
Dalia kerja di sini ke?” Rafiq sekadar bertanya.
“Tak
perlulah ber ‘cik’ dengan saya, encik. Saya ni bukan orang ada-ada untuk
dipanggil macam tu,” kata Dalia berserta senyuman.
“Sebagai
tanda hormat saja.”
“Siapa
saya untuk dapat penghormatan seperti itu? Saya kuli saja, encik. Lainlah
encik. Memang layak untuk dihormati.”
“Tapi…”
“Encik
nak cuci kereta ke? Luar dan dalam sekali?” Dalia sengaja memintas. Malas untuk
membincangkan tentang itu lagi.
“A’ah!
Luar dan dalam.” Rafiq mengangguk.
“Okey!
Encik boleh tunggu di sana?” arah Dalia sambil mengunjuk ke arah sebuah kerusi
yang ada di situ.
Rafiq
menghalakan mata ke arah yang ditunjuk. Dia segera beredar dari situ memberi
ruang untuk Dalia membuat kerja.
Dalia
hanya memandang. Kemudian, dihalakan mata ke arah Shafiq yang berada tidak jauh
tempat dia berdiri. Shafiq masih lagi berbual dengan 3 orang lelaki di situ.
Hatinya berasa curiga ketika ini.
“Woi!”
jerit Dalia seminit kemudian tatkala terlihat Shafiq dipukul. Pantas, dia
berlari menuju ke arah Shafiq.
Rafiq
yang mendengar berkerut dahi. Matanya memandang Dalia yang sedang berlari.
“Shafiq!”
panggil Dalia setibanya di hadapan Shafiq dan 3 orang lelaki di situ.
“Pergi
Dalia!” suruh Shafiq dalam nada bergetar. Menahan kesakitan akibat pukulan
sebentar tadi.
“Siapa
dia orang ni, Shafiq?” tanya Dalia ingin tahu. Dia membantu Shafiq bangun dari
jatuhan.
“Kau
orang ni siapa? Kenapa pukul dia?” soal Dalia pula kepada 3 orang lelaki di
hadapannya itu.
“Ingat
Shafiq! Aku akan datang cari kau lagi,” amaran seorang daripada mereka bertiga.
Setelah itu, mereka beredar dari situ.
Shafiq
dan Dalia hanya memandang.
“Kau
okey?” Dalia meraba-raba wajah Shafiq. Mencari kesan lebam di wajah pemuda itu.
“Kenapa
ni?” tegur Rafiq dengan tiba-tiba. Wajah cemas terlukis di wajahnya.
“Aku
okey! Yang kau pandai-pandai sound
dia orang, kenapa?” Shafiq menghalang tingkah laku Dalia. Dia meraba pipinya
yang terasa sakit.
“Kenapa,
Cik Dalia?” Rafiq sekadar ingin tahu.
“Encik
nak cuci kereta ke?” tanya Shafiq menolak pertanyaan Rafiq.
“Ha…
ya. Saya datang nak cuci kereta,” balas Rafiq sedikit terpinga-pinga. Shafiq
menolak untuk menjawab pertanyaannya tadi.
“Kau
pergi cuci kereta dia,” suruh Shafiq kepada Dalia.
Dalia
tersentak. Dia berkerut dahi memandang wajah Shafiq. Kesan lebam di pipi Shafiq
jelas kelihatan.
“Yang
kau termenung lagi tu, kenapa? Dah! Pergi cuci kereta dia.” Shafiq meninggikan
sedikit suara. Dalia masih tidak berganjak dari tempatnya.
Dalia
menggenggam erat tangan. Begitulah sikap Shafiq. Setiap kali ada masalah, pasti
lelaki itu tidak mahu berkongsi dengannya.
“Apa
lagi tu?” Shafiq menegur buat kali yang kedua.
Dalia
merengus. Dia beredar dari situ menuju ke kereta Rafiq. Tanpa berlengah, dia
memulakan tugas mencuci kereta.
Rafiq
menggaru kepala. Pelik melihat Shafiq ketika ini. Seperti ada yang cuba
disembunyikan oleh Shafiq daripada pengetahuan Dalia.
“Hish!
Yang kau sibuk dalam hal dia orang tu dah kenapa, Rafiq?” Rafiq menegur diri
sendiri. Dia melangkah menuju ke kerusi untuk duduk.
“Tapi,
kenapa Shafiq kena pukul?” Rafiq mematikan langkah tatkala pertanyaan itu
menyapa fikiran.
“PERLAHANLAH sikit, sayang oi!” tegur Shafiq
tatkala Dalia menonyoh mukanya dengan kasar. Dia mengaduh kesakitan.
“Sayang?”
Dalia menjegilkan mata. Dia masih menyapu ubat ke pipi Shafiq yang lebam.
“Kau
kan adik aku. Mestilah aku sayang,” kata Shafiq berserta senyuman. Wajah
adiknya dipandang sayang.
Dalia
mencebik meluat.
“Kau
ni Dalia, cubalah maniskan sikit muka tu. Ini tidak, macam Hantu Kak Limah aku
tengoknya. Patutlah tak ada siapa nakkan kau.” Selamba Shafiq mengkritik. Dia
ketawa kecil.
“Hantu
Kak Limah kau kata.” Dalia menonyoh muka Shafiq dengan geram.
Shafiq
menolak tangan Dalia. Dia masih lagi ketawa.
“Shafiq!”
Dalia menegur. Sakit hatinya mendengar suara ketawa Shafiq.
“Okey…
okey…” Shafiq mematikan ketawa. Gerun pula dia melihat wajah bengang Dalia.
Adiknya itu jarang sekali marah.
“Siapa
dia orang tu?” tanya Dalia ingin tahu.
Shafiq
terkedu. Difikirnya Dalia tidak akan bertanya tentang peristiwa siang tadi.
“Siapa?”
Dalia sedikit mendesak. Wajah Shafiq dipandang meminta penjelasan.
“Tak
ada siapa la,” jawab Shafiq menyembunyikan kebenaran.
“Kau
jangan nak cuba selindung daripada aku, Shafiq. Aku akan cari sampai ke lubang
cacing nanti,” kata Dalia memberi amaran.
Shafiq
bangun dari duduk. Dia melangkah menuju ke dapur. Mencari makanan di situ.
“Kau
berhutang dengan dia orang ke, Shafiq?” Dalia masih tidak berputus asa
bertanya. Dia perlu tahu perkara yang sebenar.
“Mana
ada!” tukas Shafiq, laju.
“Habis
tu? Siapa dia orang?” Dalia mengasak.
“Alah!
Kau tak payah sibuklah nak tahu siapa dia orang tu semua. Bukan dapat hadiah
pun,” balas Shafiq. Menutup perbualan mereka tentang 3 orang lelaki siang tadi.
Dalia
mengeluh berat. Dia masih tidak berpuas hati.
“Kau
nak makan tak?” Shafiq bertanya. Dia memandang ke wajah Dalia.
“Aku
nak keluar sekejap.” Dalia beredar dari situ. Dia perlu menenteramkan diri.
Persoalan siapa 3 orang lelaki siang tadi masih meniti dalam minda. Malah, dia
seperti pernah melihat mereka bertiga sebelum ini.
Shafiq
hanya memandang. Dia melepaskan nafas lega.
“Maafkan
aku, Dalia. Bukan niat aku nak rahsiakan daripada kau. Ada baiknya kau tak tahu
siapa mereka tu semua,” suara Shafiq bernada tenang. Setelah itu, dia
meneruskan niat untuk memasak. Perut yang terasa lapar minta diisi.
“WOI!” suara Dalia dengan tiba-tiba.
Shafiq
yang sedang memasak maggi terkejut. Pantas,
dia beredar dari ruang dapur untuk melihat sebaik sahaja memadamkan api dapur.
“Woi!
Jangan lari!” panggil Dalia. Dia pantas berlari keluar dari rumah untuk
mengejar lelaki yang mengintai rumahnya sejak dari tadi.
“Dalia!”
panggil Shafiq turut sama mengejar.
“Woi!
Aku kata berhenti!” arah Dalia lagi. Dia menarik bahu lelaki itu sehingga
membuatkan lelaki itu terdorong ke belakang.
“Kau
nak lari ke mana?” tanya Dalia sambil cuba menstabilkan nafas.
“Dalia,
kenapa ni?” tanya Shafiq setibanya di belakang Dalia.
“Aku
tangkap mamat ni cuba hendap rumah kita,” beritahu Dalia tercungap-cungap.
“Siapa
kau?” Shafiq menarik tubuh lelaki itu supaya memandangnya.
“Kau
nak mencu…” Dalia mematikan ayat. Terkejut melihat gerangan lelaki yang sedang
berdiri di hadapannya itu.
“Kau?”
“Awak?”
Sebut
Shafiq dan Dalia serentak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan