“ALAMAK! Lambat lagi aku hari ni,” kata Dalia
sambil memandang jam di pergelangan tangan. Dia menambah kelajuan motor.
“Mesti
mengamuk orang tua tu nanti,” sambung Dalia lagi. Dia segera masuk ke kawasan
parkir motor.
Belum
sempat dia masuk ke kawasan parkir motor, sebuah kereta memintas laju masuk ke
dalam petak parkir kereta dengan tiba-tiba. Terkejut dia dengan tindakan
pemandu kereta itu.
“Woi!
Kurang ajar!” marah Dalia atas tindakan pemandu kereta tersebut. Mujurlah dia
sempat mengelak kereta itu daripada melanggarnya.
Ziqri
segera keluar dari dalam perut kereta sebaik sahaja memarkirkan kereta.
Bangunan yang tersergam indah di hadapan mata dipandang seketika.
“Woi!”
tegur Dalia sebaik sahaja terlihat Ziqri.
Ziqri
tersentak. Dia menghalakan mata ke arah yang menegur.
“Kau
memang kurang ajar, kan?” bengang Dalia. Dia menongkat motor lalu melangkah
menghampiri Ziqri.
Ziqri
berkerut dahi. Dia memandang ke arah gadis yang sedang melangkah menghampirinya
di situ.
“Pandu
kereta macam sial!” marah Dalia lagi. Dia memandang tajam wajah lelaki di
hadapannya itu.
“Sial?”
ulang Ziqri tatkala perkataan itu menyapa gegendang telinganya.
“Macam
mana kau pandu kereta?”
“Kenapa?”
“Suka
hati kau saja nak masuk parking. Kau
tak nampak ke aku nak lalu tadi?”
“Kau
lalu kat mana?” Ziqri bertanya. Dia berpeluk tubuh.
“Hish
mamat ni! Memang nak kena betul. Buat-buat bodoh pula.” Dahlia mendengus kasar.
Lelaki di hadapannya dipandang tajam.
“Aku
tak bodoh. Kau tu yang bodoh,” balas Ziqri bernada sinis.
“Apa
kau cakap?” Dalia membesarkan mata.
“Kau
memang bodoh!” Selamba Ziqri mengutuk. Setelah itu, dia beredar dari situ
menuju ke arah bangunan. Malas untuk bertekak dengan perempuan itu.
Tambahan
pula, hari ini merupakan hari pertama dia bekerja. Atas permintaan, dia mahu
menguruskan anak syarikat milik mereka. Syarikat yang selama ini diuruskan oleh
bapa saudaranya, Encik Zaihan.
“Woi!
Kau nak pergi mana?” jerit Dalia tatkala Ziqri beredar dari situ. Dia mendengus
kasar melihat tingkah laku lelaki itu.
“Kurang
ajar!” bengang Dalia lagi. Digenggam erat tangan menahan kemarahan dalam hati.
Jika dia berjumpa dengan lelaki itu lagi, pasti dia akan membuat perhitungan
dengannya.
“Alamak!
Aku dah lambat. Matilah aku macam ni,” kata Dalia sambil melihat jam di
pergelangan tangan. Dia segera berlari masuk ke dalam bangunan selepas
memakirkan motor.
“Harap
Encik Zaihan tak masuk lagi,” doanya pula.
“MORNING, Kak Kinah!” tegur Dalia dengan senang
hati. Dia menyanyi keriangan.
“Kau
lambat lagi Dalia,” balas Sakinah separa berbisik.
Dalia
tersengih.
“Dah
berapa kali Kak Kinah tegur kau. Jangan lambat.” Sakinah masih berbisik. Dia
menjegilkan mata kepada Dalia.
Dalia
yang melihat ketawa.
“Hish
budak ni! Ketawa pula.” Sakinah membesarkan mata.
“Yang
Kak Kinah berbisik ni, kenapa?” Dalia berkerut dahi. Tingkah laku Sakinah
dipandang.
“Syhhh!!!
Suara tu slow sikit. Kau tu dahlah
masuk lambat. Aku tengah cover kau,
tahu tak?” Sakinah memberi isyarat pula. Tertinjau-tinjau dia melihat bilik
Encik Zaihan.
“Yang
Kak Kinah tertinjau-tinjau macam tikus mondok
tu dah kenapa?” Makin pelik Dalia melihat tingkah laku Sakinah.
Sakinah
menarik tubuh Dalia supaya mengekorinya. Dia perlu memberitahu kepada Dalia
dengan apa yang sedang dan bakal berlaku di pejabat mereka.
“Kenapa
ni, Kak Kinah?” Semakin pelik Dalia melihat Sakinah. Seperti ada perkara yang
ingin diberitahu oleh wanita itu.
“Kau
tahu tak Dalia, kita akan dapat bos baru,” beritahu Sakinah setibanya di pantry.
“Bos
baru?” Dalia sedikit terkejut.
“A’ah,
bos baru. Dia sekarang ada dalam bilik Encik Zaihan.”
“Biar
betul, Kak Kinah? Ke Kak Kinah saja nak takut-takutkan saya.”
Sakinah
menepuk dahi.
“Bukan
syarikat ni milik Encik Zaihan ke?”
“Encik
Zaihan mentadbir saja. Syarikat ni milik orang lain.”
Dalia
menelan liur sendiri. Kelat!
“Habislah
kita Dalia lepas ni.”
“Apa
yang habis?”
“Kita
kan selalu…” Belum sempat Sakinah menyudahkan ayat, terdengar suara Encik
Zaihan memanggil nama Dalia. Serta-merta dia memandang ke wajah Dalia.
Semakin
laju air liur yang ditelan oleh Dalia. Suara Encik Zaihan semakin jelas di pendengarannya.
“Pergilah
Dalia. Entah apa bos nak daripada kau,” suruh Sakinah, lembut.
Dalia
tersenyum kelat. Wajah Sakinah di hadapan meminta kepastian.
“Kak
Kinah tak tahu,” kata Sakinah sambil menjungkitkan bahu. Dia segera beredar
dari ruangan itu menuju ke meja kerja. Perlu menyambung kerja yang tertangguh
sebentar tadi.
“Tak
guna punya kakak. Boleh dia blah
macam tu saja,” bengang Dalia sebaik sahaja melihat tingkah laku Sakinah.
“Adoi!
Macam mana ni?” soal Dalia sendirian. Dia menggaru-garu kepala yang tidak
gatal. Mencari jalan untuk melepaskan diri.
“SENARAI pekerja di syarikat ni, Ziqri,” ujar
Encik Zaihan sambil menghulurkan sebuah fail kepada Ziqri.
Ziqri
membalas huluran. Dia membuka fail lalu membaca isi dalamnya.
“Maklumat
tentang syarikat ada di atas meja,” beritahu Encik Zaihan pula.
Ziqri
masih membaca. Satu persatu maklumat yang ada di dalam fail tersebut dibaca.
Dia perlu mengenali kesemua staf di syarikat itu.
“Encik
Zaihan!” panggil Dalia dengan tiba-tiba dari arah muka pintu bilik.
Encik
Zaihan menoleh. Terjengul wajah Dalia di muka pintu bilik. Lantas, dia
melangkah jalan menuju ke arah Dalia.
“Ada
apa, Encik Zaihan?” tanya Dalia, berdebar. Dia menanti Encik Zaihan
menghampirinya di situ. Matanya terpandang susuk tubuh seorang lelaki yang
sedang duduk membelakangi mereka berdua. Lagak seperti sedang membaca maklumat
dari dalam sebuah fail.
“Awak
tolong buatkan kopi, boleh?” pinta Encik Zaihan separa berbisik.
“Kopi?
Saya?” Dalia mengunjuk kepada dirinya sendiri.
“Iyalah!
Siapa lagi kalau bukan awak?” Encik Zaihan mendengus perlahan. Dia beredar dari
situ menghampiri Ziqri semula.
“Err…
bos…” Belum sempat Dalia bersuara, Encik Zaihan sudah pun beredar dari situ.
Encik
Zaihan memandang ke wajah Dalia lalu memberi isyarat kepada gadis itu. Seminit
kemudian, dilihatnya Dalia beredar dari situ.
Dalia
segera menuju ke pantry. Dalam kotak
fikirannya sarat memikirkan tentang arahan Encik Zaihan.
“Ha…
Dalia. Apa yang bos nak daripada kau?” tegur Sakinah tatkala Dalia melalui
mejanya.
Dalia
mematikan langkah. Dia memandang ke wajah Sakinah sebentar dan beredar menuju
ke pantry seminit kemudian. Dia perlu
menyediakan kopi buat tetamu Encik Zaihan.
Sakinah
yang melihat berkerut dahi. Matanya mengekori langkah Dalia sehingga hilang
dari pandangan mata.
“Kena
marah kut. Itu yang monyok saja muka
dia,” tebak Sakinah. Dia menjungkitkan bahu lalu meneruskan kerja.
“ZIQ
okey. Mama tak perlu risau. Pak ngah kan ada. Dia boleh tolong Ziq,” kata Ziqri
sekadar menyedapkan hati Puan Raihan.
“Mama
nak Ziq uruskan ZAF Holdings bukannya Cahaya Sdn Bhd,” balas Puan Raihan dalam
nada tidak berpuas hati.
“Ziq
nak cari mood dulu. Mama kan tahu
berapa lama Ziq berhenti dari bekerja?”
“Mama
tahu, Ziq. Tapi, mama nak Ziq uruskan syarikat besar. Bukan syarikat kecil tu.”
Ziqri
menghela nafas ringan.
“Ziq
tahu kan siapa yang uruskan syarikat tu sekarang?”
“Ziq
tahu mama. Rafiq!”
“Mama
nak Ziq uruskan ZAF Holdings.”
Ziqri
menghela nafas ringan. Puan Raihan masih lagi berdegil. Bukannya dia tidak mahu
menguruskan ZAF Holdings. Dia perlu mempersiapkan diri sendiri terlebih dahulu
sebelum menguruskan syarikat peninggalan arwah papanya itu.
“Ziq
ingat dengan syarat yang mama berikan tempoh hari?” Puan Raihan mengingatkan.
Ziqri
hanya mendengar. Syarat Puan Raihan supaya dia menguruskan ZAF Holdings meniti
dalam minda. Jika dia tidak bersetuju dengan syarat itu, Puan Raihan tidak
bersetuju dengan niatnya untuk bekerja semula memandangkan dia masih dalam
proses penyembuhan.
“Ziq!
Dengar tak dengan apa yang mama cakapkan ni?” tegur Puan Raihan dari hujung
talian tatkala Ziqri membisu.
“Mama,
nanti kita bincang. Ziq ada meeting
dengan staf,” balas Ziqri lalu mematikan talian. Dia melepaskan nafas lega.
“Ziqri!”
tegur Encik Zaihan seminit kemudian.
Ziqri
menoleh. Wajah Encik Zaihan menyapa mata.
“Staf
dah tunggu dalam bilik meeting,”
beritahu Encik Zaihan, ramah.
Ziqri
mengangguk. Dia beredar dari ruangan itu menuju ke bilik mesyuarat. Dia perlu
berjumpa dengan semua pekerja di syarikat itu.
“KAK KINAH rasa apa?” tanya Dalia separa
berbisik.
“Rasa
lapar,” jawab Sakinah berserta sengihan.
“Hish!
Kak Kinah ni. Orang tanya lain, dia jawab lain,” tegur Dalia sambil menjegilkan
mata. Tingkah laku Sakinah yang sedang mengusap perut dipandang.
“Dah
kau tanya apa yang aku rasa sekarang ni mestilah aku cakap aku lapar. Lunch hour, kan?” Sakinah menunjukkan
jam di pergelangan tangan.
Masa sudah merangkak ke pukul 1.15 petang.
Dalia
memandang jam di dinding. Ada betulnya kata-kata Sakinah itu.
“Hish!
Apasal pula Encik Zaihan ni nak jumpa
dengan kita semua? Bukannya tak pernah jumpa. Hari-hari aku jumpa dia depan
pintu masuk tu. Kau pun sama juga kan, Dalia? Hari-hari jumpa dia dalam bilik
dia tu,” bebel Sakinah pula. Perutnya sudah berkeroncong.
“Dia
nak bagi bonus pada kita kut.” Dalia serkap jarang. Terbayang-bayang wang
ringgit Malaysia yang bakal dia dapat kelak jika berita itu benar.
“Adui!”
Dalia mengaduh sakit. Dia mengusap kepalanya yang diduku oleh Sakinah.
“Jangan
nak berangan,” kata Sakinah mengingatkan.
“Ala…
nak berangan pun tak boleh. Bukan bayar pun,” rungut Dalia masih mengusap
kepala. Sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu.
“Ha…
jangan-jangan…” Belum sempat Sakinah menyudahkan ayat, suara Encik Zaihan
menyapa gegendang telinga. Lantas, dia menghalakan mata ke arah Encik Zaihan.
Mereka
yang berada di dalam bilik mesyuarat itu turut sama menghalakan mata ke arah
Encik Zaihan yang baru masuk ke dalam bilik. Di sisi Encik Zaihan, seorang
lelaki yang tidak dikenali.
“Perhatian
semua,” suara Encik Zaihan sebaik sahaja masuk ke dalam bilik. Satu persatu
wajah pekerjanya dipandang.
Dalia
menghalakan mata ke arah Encik Zaihan. Buntang matanya melihat lelaki yang
berada di sisi Encik Zaihan. Jika dia tidak silap, lelak itu penyebab dia
hampir kemalangan pagi tadi.
“Saya
nak perke…”
“Kau!”
pintas Dalia, laju seraya bangun dari duduk. Dia segera keluar dari ruangan
tempat duduk dan melangkah menghampiri Encik Zaihan dan Ziqri.
“Dalia?”
Encik Zaihan menegur.
“Kau
yang kurang ajar pagi tadi, kan? Kau yang hampir nak langgar aku, kan?”
tanyanya selepas itu. Dia bercekak pinggang di hadapan Ziqri.
“Dalia,
kenapa ni?” tanya Encik Zaihan pula. Dia berkerut dahi melihat tingkah laku
Dalia ketika ini.
Ziqri
cuba mengamati raut wajah Dalia. Seminit kemudian, dia mengangguk sebaik sahaja
mengingatinya.
“Hish
budak ni. Buat perangai balik. Tak boleh jadi ni. Kena tegah sebelum melarat,”
kata Sakinah lantas bangun dari duduk. Dia menarik Dalia supaya duduk.
“Apa
Kak Kinah ni? Main tarik-tarik pula?” Dalia merengus. Dia menarik lengannya
dari pegangan Sakinah.
“Silakan
Encik Zaihan. Dah lewat ni. Perut pun dah berkeroncong,” ujar Sakinah berserta
sengihan. Dia mengarahkan Dalia supaya duduk.
“Apa
ni Kak…”
“Kau
nampak tak muka dia orang semua? Kelaparan!” pintas Sakinah, laju. Jika dia
tidak menghalang tingkah laku Dalia sebentar tadi, pasti perjumpaan itu akan
berlarutan.
Dalia
memandang wajah staf-staf yang lain. Masing-masing memandangnya dengan tajam.
Dilemparkan sengihan kepada mereka semua sambil mulut berkata maaf.
“Tujuan
saya memanggil kamu semua adalah untuk memperkenalkan seseorang kepada kamu
semua. Saya harap, kamu semua dapat memberi kerjasama kepadanya nanti.” Encik
Zaihan memulakan bicara. Wajah stafnya dipandang satu persatu.
Dalia
yang mendengar berkerut dahi. Matanya tepat ke wajah Ziqri yang sedang berdiri
tegak di sisi Encik Zaihan.
“Saya
kenalkan, Ziqri Arif bin Zafran. Pengurus besar syarikat ini.” Encik Zaihan
memperkenalkan Ziqri. Dia tersenyum kepada semua pekerja di hadapannya itu.
“What!?” ujar Dalia dengan tiba-tiba
pantas bangun dari duduk. Wajah Ziqri di hadapan dipandang berserta perasaan
terkejut.
“Mati
aku macam ni,” sambungnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan