Isnin, 7 Mei 2012

Extra Gurauan Berkasih


Sekadar melepaskan rindu pd Amirul & Liyana


“Kenapa ni?” tanya Amirul tatkala menyedari langkah Liyana semakin perlahan.
“Penat!” jawab Liyana pendek. Cuba menutup perkara yang sebenarnya.
“Hai, tak jauh mana pun kita berjalan, takkan dah penat kot. Ini mesti banyak sangat lemak kat badan tu, sebab itu cepat penat,” kutuk Amirul selamba. Kemudian dia tergelak melihat raut wajah mencuka Liyana.
“Mana adalah. Suka hati aje nak kutuk orang,” marah Liyana dan berpeluk tubuh.
Kau punya pasallah kasut. Tak pasal-pasal dia kutuk aku kata aku ada lemak. Eee.. geram betullah. Kalau ikutkan hati nak aje aku campak kau ke pantai tu, marah Liyana di dalam hati. Di perhatikan kasut sukannya itu. Kasut yang baru dibelinya kelmarin sebelum tiba di Pulau Redang itu. Jika bukan disebabkan niatnya untuk berjogging di pantai pagi ini, tidaklah dia terpaksa mengalami kesakitan di kaki gara-gara kasut sukannya itu.
“Yalah… sorry. Janganlah marah sayang. Abang gurau aje. Abang pujuk ya,” usik Amirul dan tertawa kecil. Tangannya mencuit hidung Liyana dan ditepis lembut oleh Liyana.
“Ee… meluat la dengarnya,” kutuk Liyana pula.
“Mulut aje kata meluat, dalam hati kata suka. Betul tak?” usik Amirul lagi sambil menjongketkan kening.
“Malaslah nak layan,” bentak Liyana dan melangkah jalan mendahului Amirul. Berkerut-kerut dahinya menahan sakit di kaki.
“Merajuklah pulak cik adik abang ni. Nak coklat tak?” tanya Amirul sambil cuba menyaingi langkah Liyana.
“Tak nak!”
“Habis tu nak apa?”
“Tak nak apa-apa!”
“Amirul nak?”
“Nak!”
Terburai ketawa Amirul. Matanya memandang Liyana yang sedang menekup mulutnya sendiri. Jelas rona merah di kedua-dua belah pipi Liyana.
“Hurm… kalau nak Amirul, kenalah kahwin dulu, betul tak?” usik Amirul dan melangkah jalan meninggalkan Liyana yang sedang menahan malu.
Geram betul aku dengan dia nilah. Boleh pulak dia main-mainkan aku. Rasa nak sepak ajelah mamat hingus tu, geram Liyana di dalam hati.
“Aduh! Macam mana nak jalan ni. Mesti dah melecet kaki aku ni,” rungut Liyana sendirian. Dia melabuhkan duduk di atas pasir untuk melihat kakinya. Bulat matanya melihat keadaan kakinya yang sudah melecet sebaik sahaja dia menarik kasut sukannya itu.
“Kenapalah aku boleh terlupa nak pakai stoking? Nak cepat punya pasal, semuanya lupa,” keluh Liyana pula.
“Lia... kenapa ni?” tanya Amirul risau.
Sebaik sahaja dia menyambung langkahnya tadi, dia perasan akan ketiadaan Liyana di sisi. Lantas dia menoleh dan terlihat Liyana sudah pun terduduk di atas pasir pantai.
“Kaki Lia sakit,” jawab Liyana perlahan.
“Macam mana boleh sakit. Mari sini Rul tengok,” ujar Amirul seraya menarik kaki kanan Liyana. "Kenapa tak pakai stoking? Kan dah melecet,” komen Amirul pula.
“Lupa!” balas Liyana sepatah.
“Lupa?” ulang Amirul berserta kerutan di dahi. “Lia ingatkan Rul ke sampai terlupa nak pakai stoking,” usik Amirul dan tersengih.
“Jangan nak perasanlah! Siapa entah ingat kat dia?” bidas Liyana laju.
Amirul menarik nafas dan melepaskannya. Matanya menatap wajah kerutan Liyana. Mungkin Liyana sedang menahan kesakitan akibat kakinya yang melecet itu. Kasihan pula Amirul melihatnya.
“Boleh jalan tak ni?” tanya Amirul prihatin.
Liyana sekadar mengangguk. Tidak mampu untuk bersuara.
“Mari Rul pimpinkan. Tapi kalau sakit, Rul boleh dukungkan Lia. Itupun kalau Lia nak la,” pelawa Amirul dan tersengih. Dia membangunkan Liyana dari duduknya.
“Tak pe. Lia boleh jalan sendiri,” tolak Liyana lembut.
“Degil!” balas Amirul dan melangkah jalan mendahului Liyana.
Jual mahal. Orang nak tolong tak nak. Pandai-pandailah bawa diri, kutuk Amirul di dalam hati.

(^____^)

8 ulasan:

  1. laaaaa.. sket jer.. >>>> tamak! :P
    m.acu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. next month akk n3 lg ya mizz acu.. ^_^

      Padam
  2. mmg pendekkkk, tp ai puas sikit jer
    ni lps mirul baek ngan liyana kn

    BalasPadam
    Balasan
    1. klu eppy, dh semestinya suka..
      aah, amirul n liyana dh berbaik ms ni..

      Padam
  3. Salam Eliza..walaupun pendek..tapi lepas la jugak rindu kat Amirul n Liyana..sebab pendek jerr..komen pn pendek jer la ye...hihihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm kak lina..

      kihkih..mmg pendek pn..next month sy n3 pnjg skt.. ^_^

      Padam
  4. Hahahhaha...Amirul pula kena pujuk Lia...yes...suka..suka... Usaha lebih lagi, Amirul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. msg2 pujuk memujuk.. gurauan berkasih la katakan.. hihi..

      Padam