Amirul melepaskan keluhan ringan. Dia
menyeluk poket dan mengeluarkan sekeping nota yang ditinggalkan oleh Liyana.
Dibaca berulang-ulang kali ayat di dalam nota tersebut. Seketika dia tersenyum sendiri selepas
membacanya.
“Seronok juga merajuk ni ya,” bisik
Amirul dan tersenyum.
“Hai! Senyum sorang-sorang ni kenapa?”
tegur Liyana seraya duduk bersebelahan Amirul. Sebuah senyuman terukir di
bibirnya.
Terkejut Amirul buat seketika. Kenapa
Liyana berada di sini? Persoalan yang terdetik di kepala otaknya itu. Dia
memandang Liyana tidak berkelip. Kurang percaya dengan apa yang dilihatnya itu.
Benarkah Liyana berada di sebelahnya sekarang?
“Kenapa? Tak percaya?” tanya Liyana dan
membalas tatapan Amirul.
Sebenarnya Liyana juga cuba mengawal
riak terkejut. Ketika berjalan menyusuri pantai, matanya tertancap ke arah
sesusuk tubuh yang amat dikenalinya. Dihampiri susuk tersebut dan alangkah
terkejut Liyana melihatkan Amirul berada di pulau ini juga.
“Lia buat apa kat sini?” tanya Amirul
kurang percaya.
Liyana tertawa melihat riak polos
Amirul. Ditatap wajah Amirul buat seketika. Tumpah rasa cinta dan kasih pada
wajah itu.
“Dah tak merajuk lagi ke?” tanya Liyana
menepis pertanyaan Amirul.
Amirul mengerutkan dahi. Matanya
menatap mesra wajah Liyana.
“Tu.. dah tukar panggilan. Mesti dah
tak merajuk lagikan?” duga Liyana pula.
Alamak! Terkantoi la pulak. Macam mana
nak reverse ni? bisik hati Amirul.
Erm.. perkembangan bagus ni. Mesti dia
cair dengan nota dan coklat yang aku bagi hari tu. Fuh! Lega rasanya. So, tak payahlah aku nyanyi lagu ‘Relaku
Pujuk’, bisik hati Liyana pula.
“Awak buat apa kat sini?” ulang Amirul
pada soalan yang sama.
“Erk… Rul buat apa kat sini pulak?”
tanya Liyana pada soalan yang sama.
“Bercutilah, buat apa lagi,” balas
Amirul.
Matanya diluruskan ke hadapan. Tidak
mahu menatap wajah Liyana lagi.
“Oh… ingatkan kejar Lia sampai ke
sini,” ujar Liyana dan tersengih. “Tu kertas apa? Nak baca boleh?” sambung
Liyana. Matanya tertancap ke kertas kecil yang dipegang oleh Amirul. Macam
kenal aje kertas itu.
“Kertas hutang!” jawab Amirul pendek.
Segera dia memasukkan kertas tersebut
ke dalam poket seluarnya. Tidak mahu Liyana mengesani tingkahnya itu.
“Hutang? Rul ada hutang ke?” tanya
Liyana sengaja lurus.
Tergelak Amirul mendengar pertanyaan
Liyana itu. Kenapalah lurus benar dia ni? Kutuk Amirul di dalam hati. Bingkas
dia bangun dari situ dan melangkah jalan menuju ke persisiran pantai. Teringin
untuk berbuat begitu.
Liyana turut mengekori tingkah Amirul.
Dia mempercepatkan langkah untuk bersaing dengan Amirul. Dia perlu berusaha
untuk memujuk hati Amirul. Dia pasti Amirul masih berkecil hati dengannya. Jika
tidak, mustahil Amirul akan melayannya begitu.
Hisy.. susah betullah nak pujuk hati
orang tua ni. Dah macam-macam perkara aku buat, satu pun tak menarik minat dia.
Tak ada pilihan ni, kena nyanyi juga lagu ‘Relaku Pujuk’ tu. Nyanyi pun
nyanyilah, gerutu Liyana sendirian.
“Cik abang janganlah merajuk lama-lama,
cik adik dah tak tau nak pujuk macam mana. Nanti cik adik nyanyi lagu Hindustan
nak?” ujar Liyana sambil mencuit lengan Amirul. Berharap Amirul akan menoleh ke
arahnya.
Amirul memberhentikan langkah. Badannya
dipusing dan menatap wajah Liyana. Jika diikutkan hatinya, mahu saja dia
mencium Liyana ketika itu. Namun disabarkan hati agar tidak melakukannya. Geram
melihat wajah manja Liyana. Sabar… sabar Amirul. Kau jangan ikutkan bisikan
syaitan tu, Amirul mengingatkan dirinya sendiri.
“Malas nak layan awak,” balas Amirul
dan menyambung langkahnya.
Liyana terkedu. Matanya mengekori
langkah Amirul.
“Hilang sabar dah ni. Semua pun tak jalan,
nak suruh aku buat apa lagi ni,” geram Liyana sendirian. “Takkan nak cium dia
kot baru nak elok,” duga Liyana pula. “Hisy… mana boleh macam tu. Bukan muhrim.
Lainlah kalau dia laki aku, bolehlah,” bidas Liyana dan tergeleng kecil.
“Terpaksalah ni,” tambahnya lagi.
“Nantilah dulu!” arah Liyana sambil
berlari anak mengejar Amirul.
Amirul tersenyum sendiri. Berjaya juga
membuat Liyana termakan dengan lakonannya itu. Jika dulu Liyana suka berlakon,
kali ini biar dia sahaja yang berlakon.
“Awak nak apa lagi ni?”
“Nak bagi benda.”
“Benda? Benda apa?”
Liyana mengeluarkan sebentuk key chain dari dalam poketnya. Key chain yang dibeli di luar negara
untuk simpanan peribadinya. Malah dia sentiasa membawa key chain tersebut ketika keluar berjalan atau bekerja. Key chain yang terukir nama Amirul.
Sengaja Liyana mengukir nama Amirul di key
chain tersebut sebagai tanda ingatannya terhadap Amirul.
“Untuk Rul,” ujar Liyana sambil
menghulur key chain kepada Amirul.
Berkerut Amirul melihatnya. Benda apa
yang Liyana berikan padanya?
“La… tak nak ke?” tanya Liyana
melihatkan Amirul tiada tanda-tanda untuk menerimanya. “Susah tau nak jumpa
benda ni. Benda ni lain daripada yang lain, special
pulak tu,” cerita Liyana bersungguh.
Amirul hanya membisu. Memerhatikan
gelagat Liyana.
“Hai key chain, kesian kat kau. Disebabkan kau kecik, orang tu tak nak
kat kau,” keluh Liyana sendirian sambil menatap key chain tersebut. “Menyesal pulak tulis nama Raziff kat sini,
kalau tulis nama orang tu, mesti dia nak kat kau key chain,” simpati Liyana pula.
Sengaja menguji perasaan Amirul. Lantas
dibelek-belek key chain tersebut.
Menggambarkan nama Raziff terukir di key
chain itu.
Mendengarkan nama Raziff disebut,
pantas Amirul merampas key chain
tersebut dari tangan Liyana. Dia membelek-belek key chain itu dan mencari-cari nama Raziff.
“Hahaha.. tahu pun cemburu. Ingatkan
tak ada perasaan tadi,” kutuk Liyana dan melangkah jalan beredar dari situ.
Geli hati melihat tingkah Amirul sebentar tadi.
Berhasil juga. Nasib baik otak aku ni
bijak, kalau tak… merajuk sampai ke tualah mamat hingus tu, bisik Liyana dan
tersenyum.
Amirul menggaru kepalanya yang tidak
gatal. Terasa malu dengan tingkahnya sebentar tadi. Disebabkan cemburu, dia
terus merampas key chain tersebut
dari tangan Liyana. Dia juga tidak suka nama lelaki lain meniti di bibir
Liyana. Panas telinganya mendengar nama itu. Walaupun dia tidak begitu
mengenali Raziff, dia pasti lelaki itu yang dikenali Liyana sewaktu di Tanjung
Karang dahulu.
Amirul membelek key chain tersebut. Terukir sebuah senyuman di bibirnya. Nama
‘Amirul Arif Iskandar’ terpahat kemas di atas key chain tersebut. Hatinya berbunga riang. Tenyata Liyana sentiasa
mengingati dan merinduinya ketika di luar negara. Kenapa Liyana tidak
mengakuinya sebelum ini? Kenapa Liyana cuba menyembunyikan perasaannya sendiri?
Bukankah lebih elok diluahkan daripada dipendam, fikir Amirul. Tapi, kalau dia
rasa apa yang aku rasakan, kenapa dia tak pakai hadiah pemberian aku tu, bisik
hati Amirul.
Sekadar melepaskan rindu pd Amirul & Liyana
(^____^)
(^____^)
Aduhhh, legaa rasa. Memang terubat rindu. Congrats atas novel baru. Nanti nak sambar kat bookshops...
BalasPadamhehehe.. next month sy n3 lg ya kak.. terima kasih atas ucapannya jg.. ^_^
Padamkak Ros, nvl GB bile kuar??
BalasPadamInsyaAllah, dlm thn ni jg GB keluar.. :)
Padamkalau boleh masukkan n3 Amirul Liyana 2x sebulan pun ok jer.pengubat rindu sebelum jadi buku
BalasPadamok, nti sy pertimbangkan.. dlm ms terdekat ni sy akn n3 sedikit part dlm GB.. terima kasih kerana membaca dan follow GB.. :)
PadamBelakang nma mesti ad ISKANDAR ye..he..
BalasPadamHehehe... sy suka nama Iskandar sbb tuelah letak nama Iskandar... :)
BalasPadam