PUAN MARIAM
menghela nafas berat. Matanya menatap sayu gambar Nur Syahirah lalu dibawa ke dada
sendiri. Sungguh, dia amat merindui Nur Syahirah selama enam tahun ini.
“Mak!”
tegur Syakir dari arah belakang.
Puan
Mariam menoleh. Wajah anak lelakinya menyapa mata.
“Mak
rindukan kakak ke?” tanya Syakir seraya duduk.
“Hari-hari
mak rindukan kakak kamu, Syakir. Macam mana keadaan kakak kamu sekarang ni? Kat
mana kakak kamu berada sekarang?”
“Insya-Allah,
mak. Syakir yakin, kakak selamat sekarang ni.”
“Mak
pun harap begitu. Disebabkan orang lain, kakak kamu terpaksa berkorban.
Disebabkan orang lain, kakak kamu terpaksa tanggung semua tu sendirian.”
Syakir
menghela nafas ringan. Wajah maknya ditatap. Jelas kesedihan pada wajah itu.
“Sudah-sudahlah,
Yam. Terjejas kesihatan awak tu pulak nanti,” tegur Encik Nazim, tiba-tiba.
Gelengan kecil diberikan kepada isterinya itu.
“Yam
rindukan Syira, abang.”
“Mak,
dengarlah cakap ayah. Betul kata ayah tu. Nanti kesihatan mak terjejas pulak.”
“Abang
pun rindukan Syira. Tapi, kita nak buat macam mana. Kita terpaksa lepaskan dia
pergi demi keselamatan kita sekeluarga,” luah Encik Nazim turut sama sebak.
“Syakir
pun rindukan kakak,” sampuk Syakir, perlahan.
“Insya-Allah,
abang yakin Syira selamat sekarang ni. Mungkin Syira takut nak balik ke sini demi
menjaga keselamatan kita semua,” kata Encik Nazim lagi.
Puan
Mariam membisu. Anggukan kecil diberikan kepada Syakir dan Encik Nazim. Ada
benarnya kata-kata suaminya itu.
“Assalamualaikum,”
panggil seseorang dari luar menghentikan perbualan mereka.
“Waalaikumussalam,”
jawab Puan Mariam, Encik Nazim dan Syakir serentak.
“Syakir
pergi tengok siapa yang datang,” arah Encik Nazim.
“Baiklah,
ayah!” balas Syakir lalu menapak menuju ke pintu rumah.
Puan
Mariam dan Encik Nazim sekadar melihat.
“Eh,
Pak Zainal. Jemputlah masuk!” pelawa Syakir setibanya di muka pintu.
“Tak
mengapalah Syakir. Ayah kamu ada tak?” kata Pak Zainal.
“Ada.
Sekejap, Syakir panggil ayah,” beritahu Syakir. Belum sempat dia melangkah,
Encik Nazim sudah pun berada di belakangnya.
“Ada
apa Zainal?” tanya Encik Nazim, berkerut.
“Aku
ada perkara nak beritahu pada kau Nazim,” jawab Pak Zainal.
“Perkara
apa Nal? Macam serius saja bunyinya tu.”
Pak
Zainal mengeluh berat. Matanya menghantar isyarat kepada Encik Nazim.
“Kau
tunggu sekejap,” arah Encik Nazim sebaik sahaja memahami maksud isyarat itu
“Syakir
beritahu pada mak ayah keluar sekejap.”
“Baiklah
ayah!” balas Syakir, tersenyum.
Encik
Nazim mengangguk. Tanpa berlengah, dibawa langkah keluar dari rumah. Pasti ada
perkara penting yang ingin disampaikan oleh Pak Zainal.
“Kenapa,
Syakir?” tanya Puan Mariam, tiba-tiba.
“Ayah
keluar dengan Pak Zainal,” beritahu Syakir.
“Tak
mengapalah. Syakir tolong mak belikan kelapa kat kedai Pak Jalil sekejap,” arah
Puan Mariam seraya menghulurkan wang kertas kepada Syakir.
“Baiklah
mak!” balas Syakir sambil membalas huluran.
Dia
menapak keluar dari rumah sebaik sahaja meminta izin. Hatinya tertanya-tanya,
apa yang cuba dirahsiakan oleh ayahnya dan juga Pak Zainal?
“MACAM mana
Nal? Ada berita?” tanya Encik Nazim tidak sabar.
“Belum
ada lagi Nazim,” jawab Pak Zainal.
Encik
Nazim mengeluh berat. Melepaskan bebanan yang membelenggu diri selama enam tahun.
Apa yang harus dilakukannya lagi? Pelbagai usaha sudah dilakukan demi mencari
kebenaran. Namun, semuanya tidak berhasil.
“Kau
janganlah risau. Aku dengan Hassan akan cuba cari di mana dia berada.”
“Selama
enam tahun kita cuba cari dia Nal. Kau sendiri tahu kan apa yang dia dah
lakukan pada keluarga aku.”
“Aku
tahu Nazim. Kita dah berusaha cari dia tapi tak juga jumpa. Insya-Allah, aku
yakin kita akan berjaya jumpa dengan dia nanti.”
“Aku
pun berharap macam tu. Aku nak perkara ni diselesaikan secepat yang mungkin.”
“Kau
jangan risau. Aku dan Hassan akan cuba bantu kau cari dia.”
“Terima
kasih, Nal. Terima kasih kerana membantu aku selama enam tahun ni.”
“Tak
perlulah nak berterima kasih dengan aku. Kita dah lama berkawan. Kau jangan
risau. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Yang aku
nak tahu sekarang ni, kenapa kau tak laporkan kepada pihak polis?” tanya Pak
Zainal ingin tahu.
Selama
ini, persoalan itu yang sering bermain-main di minda. Kenapa kawannya itu tidak
melaporkan kepada pihak polis?
“Aku
tak ada bukti nak sabitkan sesiapa? Aku cuma dapat agak dia yang lakukan semua
ini,” jawab Encik Nazim, lemah.
“Kenapa
dia?”
“Aku
pernah terserempak dia dengan seseorang selepas Syira berangkat ke luar negara.
Lama dia tak munculkan diri lepas kes yang lalu. Itu yang aku jadi syak kat
dia.”
Pak
Zainal mengangguk faham. Otaknya cuba merencana penjelasan Encik Nazim.
“Habis
tu, kau suruh kita orang siasat ni, dia tak syak apa-apa ke?”
“
Aku pasti, dia dah lupakan tentang ni memandangkan anak aku dah tak ada di
sini.”
“Betul
jugak tu. Tak apalah Nazim. Nanti kalau aku dan Hassan jumpa dia, aku beritahu
pada kau. Banyak-banyaklah kita berdoa kepada Allah semoga urusan kita ni
dipermudahkan.”
“Insya-Allah,
Nal. Terima kasih atas pertolongan kau dan Hassan. Tak terbalas budi baik kau
pada aku selama ini,” ucap Encik Nazim.
“Tak
apalah kawan. Masa ni kau susah. Manalah tahukan, esok lusa aku dan Hassan
pulak yang susah,” balas Pak Zainal, tersenyum.
Encik
Nazim turut sama tersenyum. Anggukan kecil diberikan kepada Pak Zainal. Semoga
usaha mereka berhasil. Berharap, mereka akan berjumpa dengan orang yang terlibat
dalam rancangan itu.
ZAIRIEL
memerhatikan Daniel Iman dengan penuh minat. Selama seminggu, Daniel Iman
merajuk. Entah sebab apa, dia sendiri tidak tahu. Adakah disebabkan
keengganannya untuk menghantar dan menjemput Daniel Iman dari rumah pengasuh maka
anaknya itu masam mencuka serta merajuk.
Zairiel
mengeluh berat. Setiap kali pengasuh Daniel Iman menelefon, setiap kali itulah
jantungnya berdegup dengan kencang. Setiap kali nama itu meniti benak hati, ada
debaran hebat di dada. Ada rasa rindu terhadap empunya nama. Apa makna semua
itu?
“Adakah
pengasuh Danny, Nur Syahirah?” bisik Zairiel, sendirian.
“Papa!”
panggil Daniel Iman.
Tersentak
Zairiel mendengar panggilan itu. Dihalakan mata ke arah Daniel Iman yang sedang
duduk di sofa sambil menatap permainan di tangan. Dia bingkas bangun dari duduk
dan menapak menghampiri Daniel Iman di sofa.
“Papa,
Danny nak makan KFC,” rengek Daniel Iman, manja.
“Danny
nak makan KFC?” ulang Zairiel seraya melabuhkan duduk di sofa.
Daniel
Iman mengangguk. Matanya masih lagi tertancap ke permainan di tangan.
“Hurm,
Danny tak merajuk lagi dengan papa?”
Daniel
Iman menggeleng.
“Kalau
Danny nak makan KFC, ada syaratnya,” umpan Zairiel, tersenyum.
“Apa
dia?” tanya Daniel Iman seraya mengangkat wajah.
“Esok,
Danny kena pergi rumah Kak Syira. Macam mana?”
Daniel
Iman berkerut dahi. Dengusan ringan terlepas daripada bibir.
“So, macam mana?” tanya Zairiel sambil
mengangkat kening.
“Papa
ni tak acilah main syarat-syarat dengan Danny,” rengus Daniel Iman.
“Aci
ada kat estate,” balas Zairiel ketawa
kecil.
“Tak
nak kawan dengan papa la macam ni. Sikit-sikit mak cik tu. Sikit-sikit mak cik
tu. Tak ada orang lain lagi ke papa nak sebut?” bentak Daniel Iman pula.
Tertawa
Zairiel mendengarnya. Gelengan kecil diberikan kepada anaknya itu.
“So, Danny nak makan KFC ke tidak?”
Daniel
Iman memasamkan muka.
“KFC?”
ulang Zairiel.
Daniel
Iman mengangguk.
“Kak
Syira?” sebut Zairiel pula.
Daniel
Iman mengeluh berat. Anggukan kecil diberikan kepada Zairiel.
“TERIMA
kasih papa,” ucap Daniel Iman, tersenyum.
“Sama-sama
kasih, sayang,” balas Zairiel turut sama tersenyum.
“Best kan kalau mama ada. Boleh kita
jalan sama-sama,” luah Daniel Iman, sebak.
Terhenti
langkah Zairiel dek kerana luahan Daniel Iman. Matanya memandang wajah sayu Daniel
Iman.
“Kenapa
mama tinggalkan Danny, papa?” tanya Daniel Iman.
Zairiel
menjatuhkan tubuh separas Daniel Iman. Wajah Daniel Iman ditatap kasih.
“Sebab
Allah lebih sayangkan mama Danny daripada kita berdua.”
“Danny
pun sayang mama juga. Danny tak pernah jumpa dengan mama,” luah Daniel Iman, teresak.
“Syhhh…
Danny, jangan menangis. Kan papa dah tunjukkan gambar mama pada Danny. Kalau
Danny rindukan mama, Danny boleh tengok gambar mama,” pujuk Zairiel, lembut.
Diseka air mata yang mengalir di pipi Daniel Iman.
Daniel
Iman mengangguk lemah. Tangannya turut sama menyeka air mata di pipi. Senyuman
hambar diberikan kepada papanya itu.
“Dah,
jom kita balik,” ajak Zairiel, tersenyum. Diangkat tubuh dan memulakan langkah.
Tangannya menggenggam erat tangan Daniel Iman.
“Esok,
papa hantar Danny ke rumah Mak cik Syira ya,” pinta Daniel Iman.
Zairiel
berkerut dahi.
“Danny
tak nak Pak Hamdan hantar. Danny nak papa hantar,” sambung Daniel Iman.
“Kenapa
tak nak Pak Hamdan hantar?” tanya Zairiel sekadar ingin tahu.
“Tak
nak! Danny nak papa hantar. Kalau papa tak nak hantar, Danny tak nak pergi
rumah Mak cik Syira,” bentak Daniel Iman pula.
“Okey…
okey… esok papa hantar,” kata Zairiel, mengalah.
“Terima
kasih, papa,” ucap Daniel Iman.
“Danny,
boleh papa tanya?”
“Apa
dia?”
“Kenapa
panggil Kak Syira, mak cik? Dah tua ke dia tu?” tanya Zairiel ingin tahu.
“Dah
tua, papa. Buruk dan tak cantik,” terang Daniel Iman, tersenyum.
“Betul
ke ni? Kenapa hari tu papa tengok Kak Syira muda dan cantik? Tak sama dengan
apa yang Danny beritahu pada papa. Danny tipu papa, kan?” duga Zairiel.
Jika
ingatannya tidak silap, apa yang dilihat pada malam itu berlainan dengan
kenyataan Daniel Iman. Walaupun kurang jelas, dia yakin pengasuh Daniel Iman
bukanlah seperti yang digambarkan oleh anaknya itu.
“Betul
papa. Danny tak tipu. Kalau papa tak percaya, esok papa boleh jumpa dengan Mak
cik Syira tu,” cerita Daniel Iman, bersungguh.
“Okey,
esok papa nak jumpa dengan Mak cik Syira Danny tu,” cadang Zairiel.
“Papa,
Danny nak mainan sana tu,” pinta Daniel Iman seraya mengunjuk ke arah sebuah
kedai di seberang jalan.
Zairiel
menghalakan mata ke arah yang ditunjuk. Terkebil-kebil matanya memandang ke
arah seseorang di situ. Syira! Bisik hati Zairiel. Tanpa membuang masa, laju dibawa
langkah menuju ke kedai itu. Tangan Daniel Iman digenggam erat.
Daniel
Iman yang sedikit tersentak terkejut dengan tingkah laku Zairiel. Langkahnya
mengekori langkah Zairiel.
“SYIRA!” tegur
Nazry dari arah belakang.
“Kush
semangat! Ya Allah, abang ni. Syira ingatkan siapa tadi?” luah Nur Syahirah sambil
mengurut kecil dadanya yang berombak kencang. Menahan perasanan takut ketika
ini.
“Maaf,
Syira. Abang tak sengaja,” kata Nazry, kesal.
“Tak
apa!”
“Syira
lari daripada siapa?” tanya Nazry ingin tahu.
Sedari
tadi dia memandang Nur Syahirah. Seakan gadis itu melarikan diri daripada
seseorang. Tapi, siapa?
“Abang
buat apa kat sini?” tanya Nur Syahirah. Mengalih topik perbualan.
“Abang
nak ke kedai. Kebetulan abang nampak Syira kat sini, itu yang abang tegur.”
“Oh
ya, Mak cik Normah apa khabar?” tanya Nur Syahirah. Tidak mahu Nazry
terus-terusan bertanya akan tingkah lakunya tadi.
“Mak
abang sihat alhamdulillah. Mak abang tanya, bila Syira nak datang ke rumah?”
“Insya-Allah.
Kalau Syira free, Syira jumpa Mak cik
Normah.”
Nazry
mengangguk. Matanya menatap wajah pucat Nur Syahirah.
“Kalau
macam tu, Syira minta diri dulu. Hana mungkin dah tunggu Syira kat kereta.”
“Syira!”
tahan Nazry seraya menarik lembut lengan Nur Syahirah.
Nur
Syahirah menghentikan langkah. Matanya memandang wajah Nazry yang sedang
berkerut. Hatinya berdebar-debar ketika ini.
“Syira
larikan diri daripada siapa?” tanya Nazry. Masih mencuba.
Nur
Syahirah menelan liur. Kelat. Apa jawapan yang harus diberikan kepada Nazry?
“Syira
rahsiakan sesuatu daripada abang, kan?” tebak Nazry pula.
“Eh…
mana ada. Abang ni, memandai aje,” bidas Nur Syahirah lalu ketawa kecil.
“Syira
jangan nak bohong dengan abang. Bukan sehari dua abang kenal dengan Syira, dah
hampir enam tahun. Sejak Syira datang ke pekan ni lagi abang mengenali Syira.
Abang tahu, Syira larikan diri daripada seseorang. Betul, kan?” terang Nazry
bernada tegas.
“Syira…
abang… Syira…”
“Syira!”
laung Farhana dari arah seberang jalan.
“Hana
dah panggil Syira tu. Syira minta diri dulu,” pamit Nur Syahirah.
Tanpa
menunggu, dibawa langkah menyeberangi jalan. Nafas lega dilepaskan lembut. Lega
kerana dapat melepaskan diri daripada Nazry.
eh....nazry nie nak paksa2 plak....suka ati la nak larikan dr sape pon...
BalasPadam