“FUH! Lega aku
Hana,” luah Nur Syahirah, lega.
“Siapa
suruh kau tak berhati-hati? Kalau tidak, tak adalah Abang Nazry syak yang
bukan-bukan tadi,” tegur Farhana menggeleng kecil.
“Dari
dulu lagi Abang Nazry dah syak. Cuma aku saja yang tak nak beritahu dia perkara
yang sebenar. Aku tak nak dia masuk campur dalam urusan aku,” terang Nur
Syahirah.
“Sampai
bila, Syira? Sampai bila kau nak rahsiakan daripada Abang Nazry? Aku pasti,
lambat laun dia akan tahu juga tentang kau.”
“Insya-Allah,
dia takkan tahu selagi tak ada sesiapa yang beritahu pada dia.”
“Andai
kata dia cari sendiri macam mana?” tanya Farhana sekadar menduga.
Nur
Syahirah mengeluh berat dan meraup wajah. Dihalakan mata ke luar tingkap.
Memikirkan jawapan pada pertanyaan Farhana itu.
“Syira!”
seru Farhana, lembut.
“Aku
pasti dia takkan cari,” duga Nur Syahirah.
Farhana
mengangguk kecil. Matanya mengerling sekilas ke wajah Nur Syahirah yang sedang
membuang pandang ke luar tingkap. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah kawan
baiknya itu? Selama enam tahun mereka berdua mencari jalan penyelesaian. Namun,
semuanya hampa belaka. Apa yang pasti, Nur Syahirah ada sebab untuk tidak
memberitahu kepada Nazry.
“Aku
ternampak Zairiel,” ujar Nur Syahirah, perlahan.
Farhana
yang mendengar menekan brek kereta dengan tiba-tiba. Matanya memandang cermin
pandang belakang. Khuatir, tindakannya itu memberi masalah kepada pengguna yang
lain. Mujurlah tidak ada kereta yang mengekori mereka daripada belakang. Jika
tidak, tak pasal-pasal mereka terlibat dalam kemalangan.
“Aku
ternampak Zairiel, Hana,” ulang Nur Syahirah dan menoleh.
Farhana
membisu. Signal diberi dan memberhentikan kereta di bahu jalan. Matanya
memandang ke wajah Nur Syahirah.
“Aku
ternampak Zairiel. Aku pasti dia,” ulang Nur Syahirah buat kali yang ketiga.
“Kau
biar betul, Syira? Hari tu kau kata Zairiel tu papa Daniel Iman. Hari ni, kau
kata kau nampak dia. Mana satu yang betul ni?” ulas Farhana, menggeleng kecil.
“Aku
yakin dia. Aku pasti dia ada di sini,” yakin Nur Syahirah.
“Kau
jangan nak mengarut la, Syira. Mustahil dia ada kat sini,” bidas Farhana pula.
“Aku
pasti. Memang dia yang aku nampak tadi. Disebabkan itulah aku melarikan diri,”
cerita Nur Syahirah, bersungguh.
Farhana
terkedu. Perlukah dia mempercayai kata-kata Nur Syahirah itu?
“Aku
pasti dia. Kau percayalah cakap aku,” kata Nur Syahirah. Cuba meyakinkan
Farhana untuk ke sekian kali.
“Okey...
okey… aku percaya. Tapi, aku akan percaya lepas aku tengok dengan mata kepala
aku sendiri. So, kau nampak dia
dengan siapa tadi?” balas Farhana, mengalah.
Nur
Syahirah berfikir sejenak. Dikerahkan otak memutarkan semula pertemuan tadi.
Sungguh, dia tidak menyedari siapa yang bersama dengan Zairiel ketika itu.
Disebabkan tidak mahu Zairiel nampak, dia melarikan diri terlebih dahulu. Ketika
itu juga dia ditegur oleh Nazry.
“Siapa,
Syira?” ulang Farhana kepada pertanyaannya tadi.
“Aku
tak perasan,” jawab Nur Syahirah, menggeleng kecil.
Farhana
menghela nafas ringan.
“Tak
mengapalah. Mungkin bukan Zairiel yang kau nampak tadi. Mungkin juga pelanduk
dua serupa. Kan aku dah beritahu kau, dalam dunia ni…”
“Ada
tujuh orang yang hampir sama dengan muka kita,” sambung Nur Syahirah.
“Haa..
bijak pun kau. Jadi, tak payahlah kau nak fikirkan sangat tentang Zairiel tu lagi.
Bila kau fikirkan pasal dia, kau akan jadi sedih dan aku tak suka tengok kau
bersedih,” nasihat Farhana dan menyambung semula pemanduan.
Nur
Syahirah mengangguk faham. Senyuman hambar diberikan kepada kawan baiknya itu.
Ada benarnya kata-kata Farhana. Tidak ada guna dia memikirkan tentang Zairiel
lagi. Jika difikirkan, hatinya akan menjadi sebak dan hiba. Mungkin dia perlu
ikhlas melupakan Zairiel agar hatinya akan tenang dan tenteram.
“I busy,
Dila. Sebab itulah I tak sempat nak beritahu you tentang pemindahan I ke sini,”
beritahu Zairiel mengeluh ringan.
“Sampai
hati you, Zairiel. You ke sana tak beritahu I. Kalau I tak jumpa dengan Farid,
sampai bila-bila pun I takkan tahu yang you dah pindah ke sana. Semua call I pun you tak nak jawab,” rengek
Adila, manja.
Ingatannya
memutarkan semula pertemuan dengan kawan baik Zairiel, Farid. Mujurlah dia tergerak
hati untuk ke klinik Farid. Jika tidak, mustahil dia akan tahu ke mana Zairiel
pergi selama dua minggu ini.
“Kan
I dah kata tadi, I busy uruskan
pembukaan klinik I kat sini,” bentak Zairiel, keras.
“Habis
tu, susah sangat ke you nak call I
lepas you buka klinik you tu? You memang sengaja nak buat I macam ni, Zairiel.”
Zairiel
menghela nafas berat. Ikutkan hati, tak ingin dia melayan karenah Adila.
Disebabkan rasa perikemanusiaan, terpaksalah juga dia melayan Adila.
“Zairiel,
you dengar tak apa yang I cakapkan ni?” tegur Adila, keras.
“I
nak you dengar cakap I, Dila. Antara kita tak ada hubungan istimewa. I anggap
you sebagai kawan dan tak mungkin lebih daripada itu. I harap, you faham dengan
apa yang I cakapkan ni.” Tegas Zairiel berkata. Dengusan kasar terlepas daripada
bibir.
“I
tak faham dan selama-lamanya I tak nak faham. I tetap nakkan you, Zairiel,” bentak
Adila turut sama tegas.
“Suka
hati you la, Dila. Malas I nak layan you lagi,” kata Zairiel, mengalah. Tidak
ada gunanya dia bersuara lagi jika tidak mendatangkan kesan kepada Adila.
“I
ikhlas cintakan you. Kenapa you tak nak bagi peluang pada I untuk buktikan
cinta I pada you?” luah Adila, sebak.
Ya
Allah, apa aku nak buat dengan dia ni, bisik hati Zairiel.
“Zairiel,
I cintakan you,” sambung Adila lagi.
“Maafkan
I, Dila. I tak mampu nak balas cinta you. Dalam hati I, hanya ada dia sahaja.”
“Sampai
bila, Zairiel? Dia dah tak ada. Dia dah pergi. Takkan you tak boleh nak bukakan
pintu hati you tu untuk I?”
“Sehingga
nafas terakhir I, Dila. I terlalu sayang dan cintakan dia. I harap you faham.”
Adila
mengeluh berat. Kepalanya menggeleng kecil. Sungguh, hatinya terasa dengan
kata-kata Zairiel. Sukar untuk memecahkan tembok di hati Zairiel. Terlalu kuat
perasaan Zairiel terhadap perempuan itu. Bagaimana untuk membuatkan Zairiel
menyintainya?
“Dila,
anak I dah terjaga. Maafkan I,” beritahu Zairiel dan mematikan talian.
“Zairiel
… Zairiel …” panggil Adila. Namun, panggilannya itu tidak bersambut. Zairiel terlebih
awal mematikan talian.
“Fuh!
Nasib baik aku letak dulu. Kalau tidak… hisy, malas aku nak dengar rengekan dia
tu,” luah Zairiel kepada diri sendiri.
“Aduh!
Takkan tak faham bahasa lagi kut,” rungut Zairiel tatkala telefon bimbitnya
berbunyi semula. Lantas, butang hijau ditekan dan melekapkan ke telinga.
Dengusan kasar terlepas daripada bibir.
“Dila,
kan I dah cakap yang anak I dah terjaga. You ni tak faham bahasa ke?” sergah
Zairiel bernada keras.
“Assalamualaikum,”
sapa Nur Syahirah dari hujung talian.
Terkedu
Zairiel mendengar sapaan itu. Air liur ditelan terasa kelat. Dihalakan telefon
ke hadapan. Nombor telefon pengasuh Daniel Iman menyapa mata.
“Assalamualaikum,
doktor,” sapa Nur Syahirah lagi.
“Waalaikumussalam.
Maaf, Cik Syira. Saya tak perasan nombor telefon cik tadi,” balas Zairiel,
bergetar
“Tak
mengapa. Ada orang ganggu Doktor Zairiel ke?” tanya Nur Syahirah, ingin tahu.
Zairiel
hanya membisu. Telinganya disapa dengan suara lembut Nur Syahirah. Seakan
mengenali suara itu.
“Maaf
doktor. Penyibuk pulak saya ni, kan?” kesal Nur Syahirah.
“Eh,
tak… tak ada. Saya tengah berfikir. Maaf!” balas Zairiel turut kesal.
“Maaf
kalau saya mengganggu doktor malam-malam begini. Saya cuma nak tanya pasal
Iman,” mulai Nur Syahirah.
“Iman?”
ulang Zairiel, berkerut.
“Maksud
saya, Daniel Iman,” sebut Nur Syahirah. Membetulkan ayatnya tadi.
“Oh,
saya terlupa yang Cik Syira panggil anak saya dengan panggilan Iman.”
“Esok
Iman ke taska ke?”
“Insya-Allah.
Kenapa?”
“Tak
ada apa. Saya cuma rindukan Iman, itu yang call.”
Zairiel
hanya mendengar dan mengangguk. Otaknya masih memikirkan sesuatu. Sesuatu
berkenaan dengan suara itu.
“Saya
nak beritahu pada doktor, kemungkinan esok saya ada program sekolah di luar
pekan. Esok, housemate saya akan jaga
Iman,” beritahu Nur Syahirah.
“Oh!
Kalau macam tu tak mengapalah. Esok biar saya saja yang jaga Danny. Tak
perlulah nak susahkan housemate Cik
Syira tu,” cadang Zairiel.
“Tak
mengapa. Farhana tak kesah. Dia boleh tolong jagakan Iman untuk sehari.”
“Farhana?”
“Housemate saya. Namanya Farhana.”
Zairiel
hanya mendengar. Otaknya masih lagi ligat berfikir. Farhana? Ulang Zairiel dalam
hati. Adakah Farhana….
“Nur
Syahirah!” sebut Zairiel, tiba-tiba.
“Ya,
saya. Kenapa?” balas Nur Syahirah, spontan.
“Nur
Syahirah?” ulang Zairiel semula.
Pantas
ditegakkan badan. Jantungnya berdegup dengan kencang. Ada debaran di hati. Tak
mungkin dia, bidas Zairiel dalam hati.
“Nur
Syahirah nama saya. Kenapa, doktor?” tanya Nur Syahirah, berkerut. Tidak mengesyaki
apa-apa.
“Tak..
tak ada apa-apa. Saya teringatkan kawan saya yang bernama Nur Syahirah juga,”
dalih Zairiel, tersenyum kelat. Rasa rindu terhadap Nur Syahirah mencengkam
diri kala itu.
“Oh,
saya ingatkan apa. Kut-kut la, saya ada buat salah dan Iman mengadu pada doktor,”
balas Nur Syahirah sambil menarik nafas lega.
“Tak
ada. Danny tak pernah mengadu apa-apa pada saya tentang Cik Syira. Saya cuma
teringatkan kawan saya. Dah lama saya tak jumpa dengan dia. Hampir enam tahun
selepas dia ke luar negara. Saya rindukan dia,” luah Zairiel bernada sebak.
Tersentap
Nur Syahirah mendengarnya. Jantung berdegup dengan kencang. Diusap lembut
dadanya bagi meredakan degupan itu.
“Nama
dia sama seperti nama Cik Syira,” beritahu Zairiel lagi.
“Err…
kenapa tak call dia?” tanya Nur
Syahirah sekadar ingin tahu.
“Saya
tak tahu nombor phone dia. Malah,
saya tak tahu di mana dia berada sekarang ni.”
Nur
Syahirah hanya mendengar. Adakah lelaki yang sedang bercakap dengannya ketika
ini adalah Zairiel? Tak mungkin Zairiel dan mustahil Zairiel, ayah Daniel Iman.
Tetapi, kenapa hatinya berdebar-debar tatkala berbual dengan lelaki itu?
“Maaf,
Cik Syira. Saya terluah pada Cik Syira pula.”
“Eh,
tak mengapa doktor. Saya doakan doktor berjumpa dengan dia nanti.”
“Insya-Allah.
Saya terlalu rindukan dia. Kalau saya berjumpa dengan dia semula, saya nak
luahkan apa yang terbuku dalam hati saya selama enam tahun ni. Dan saya tak nak
menyesal lagi. Cukuplah saya rasa menyesal kerana melepaskan dia pergi dahulu,”
cerita Zairiel.
“Insya-Allah.
Saya doakan doktor berjaya berjumpa dengan dia nanti.”
“Terima
kasih, Cik Syira.”
“Saya
letak dulu. Esok, doktor jaga Iman kan?” tanya Nur Syahirah inginkan kepastian.
“A’ah,
esok biar saya yang jaga Danny. Lusa, saya hantar ke taska,” balas Zairiel.
“Baiklah!
Terima kasih doktor dan assalamualaikum,” pamit Nur Syahirah dan mematikan
talian.
“Waalaikumussalam,”
jawab Zairiel dan meletakkan telefon bimbit di atas meja.
Kemudian,
dihalakan mata ke arah Daniel Iman yang sedang tidur. Dia tersenyum melihat
anak kecil itu. Papa akan jaga Danny selagi papa bernyawa. Papa pegang pada
janji mama Danny, bisik Zairiel sendirian.
“SO,
macam mana?” tanya Farhana seraya duduk.
“Esok,
dia jaga Iman,” jawab Nur Syahirah turut sama duduk.
“Oh,
baguslah!” balas Farhana, spontan. Matanya tertancap ke screen televisyen yang sedang menayangkan drama di TV3.
“Aku
ingat nak balik kampung. Kau fikir macam mana, Hana?” ujar Nur Syahirah.
Tersentak
Farhana buat seketika. Dihalakan mata ke wajah Nur Syahirah.
“Aku
rindukan keluarga aku. Aku rasa, ada baiknya aku balik ke kampung dan melawat
mereka,” sambung Nur Syahirah.
“Syukur
alhamdulillah. Akhirnya, terbuka pintu hati kau nak balik kampung dan jumpa
dengan mereka. Mesti family kau
rindukan kau,” kata Farhana, tersenyum.
“Aku
pun rindukan mereka. Aku harap mereka selamat.”
“Insya-Allah,
Syira. Aku yakin mereka selamat.”
“Selama
enam tahun aku bersembunyi demi menjaga keselamatan mereka. Kali ini, aku dah
tak peduli lagi dengan semua tu. Aku nekad nak jumpa dengan family aku.”
“Baguslah
Syira. Aku akan sokong kau.”
“Cuma,
kadang-kala aku terfikir, kenapa aku yang dipilih? Aku tak pernah berniat untuk
merampas hak sesiapa. Aku tak pernah kemaruk dengan harta sesiapa. Apa yang aku
tak boleh terima, bila keluarga aku terlibat sama dalam masalah ini. Demi
keselamatan mereka, aku terpaksa lakukannya walaupun hati aku membentak hebat.”
“Aku
pun sama juga, Syira. Aku tak faham, kenapa kau yang jadi mangsa?”
“Aku
sedar, Hana. Aku sedar siapa diri aku yang sebenar,” ujar Nur Syahirah, lemah.
“Kau
layak untuk dia. Cuma, kau terlewat untuk luahkan segala-galanya pada dia,”
bidas Farhana.
Tidak
mahu Nur Syahirah berasa rendah diri. Nur Syahirah layak untuk mendapat
kebahagiaan yang diinginkan.
“Macam
mana keadaan keluarga aku sekarang? Pasti mereka turut rasa dengan apa yang aku
rasa sekarang ini.”
“Aku
pasti mereka rindukan kau.”
Nur
Syahirah hanya mengangguk. Senyuman hambar terbias di wajah. Matanya memandang
ke screen televisyen. Jauh di sudut
hati, dia berdoa agar keluarganya hidup bahagia dan dijauhi daripada
orang-orang yang berniat tidak baik kepada keluarganya.
“Eh,
kau nak tahu tak Syira? Semalam, aku dengar klinik kat pekan tu dah
beroperasi,” cerita Farhana sedikit teruja.
“Klinik
yang Kak Tipah cakapkan tu ke? Klinik milik ayah Daniel Iman?”
“A’ah,
klinik ayah Daniel Iman. Apa kata sekali-sekala kita ke sana, nak tak Syira?”
“Hisy,
buat apa nak ke sana kalau tak sakit.”
“Ala,
tak salahkan kalau kita melawat. Lagipun, aku dengar klinik tu caj murah sikit
dari klinik yang sedia ada kat pekan tu.”
“Hurm,
tunggu aku sakit baru kita ke sana.”
“Kau
ni Syira, ada ke cakap macam tu. Minta sakit pulak.”
“Kita
sebagai manusia, kenalah sentiasa beringat. Sakit tu, bila-bila pun kita boleh
dapat kalau Allah mengkehendakkan itu berlaku,” kata Nur Syahirah bingkas bangun.
“Memang
la. Tapi, jangan sampai kita mendoakannya,” balas Farhana, tegas.
“Aku
masuk bilik dulu la. Dah mengantuk. Lagipun, esok aku nak berjalan jauh.”
“Herm,”
balas Farhana, pendek.
Nur
Syahirah membawa langkah menuju ke bilik. Rasa mengantuk menguasai diri.
“Syira,
mimpikan ayah Daniel Iman tau,” usik Farhana, tiba-tiba.
Terhenti
langkah Nur Syahirah mendengarnya. Wajah sengihan Farhana ditatap. Tanpa
membalas, pintu bilik ditutup rapat. Berharap, tidur malamnya selena seperti
malam sebelum ini.
Farhana
ketawa kecil. Dia bingkas bangun dari duduk dan menekan suis off televisyen. Jauh di sudut hati, dia
bersyukur dengan perubahan Nur Syahirah.
BEST.
BalasPadamTerima kasih kerana membaca.. :)
PadamSemakin menarik
BalasPadamTerima kasih kerana membaca.. :)
PadamSemakin memarik jalan cerita stm ne , huhu , tk ley lepasla , cm byk jep kisah silam antara zairiel dgn syahirah 2 ,, ad misteri y tk terungkai lgy ,dgn si danny y manje dgn ayahnya ,,biya y berdebar time zairiel sbt name syahirah ,hehe
BalasPadamThanks biya coz terjah blog akak ni. Nantikan bab seterusnya.
Padamxde smbungan ke.. dh lma trnnt2 ni..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah. Insya-Allah, akan disambung nanti.
Padammakin mnarik....
BalasPadam