“HAHAHA.. kau biar betul, Syira?”
gelak Farhana.
“Betullah!
Takkan aku nak tipu pulak,” tegas Nur Syahirah.
“Jangan-jangan…
doktor tu dah jatuh cinta pada kau tak?”
“Mengarutlah
kau, Hana.”
“Apa
pulak mengarutnya? Dah nampak tanda-tanda yang dia dah jatuh cinta pada kau.”
“Tanda?”
Farhana
sekadar mengangguk. Matanya menatap kasih wajah Nur Syahirah.
“Tanda
apa? Aku tak faham.”
“Hisy,
kau ni Syira. Takkanlah kau tak tahu tanda-tanda orang dah jatuh cinta. Sebelum
ni, macam mana kau rasa bila kau jatuh cinta pada Zairiel dulu?”
Nur
Syahirah menggaru kepala yang tidak gatal. Dikerahkan otak supaya berfikir.
“Aku
yakin. Doktor Zairiel tu dah jatuh cinta pada kau. Kalau tidak, takkan la dia
nak jumpa dengan kau face to face.”
“Aku…
aku…” Sukar untuk Nur Syahirah bersuara. Otaknya masih lagi cuba berfikir
akan penjelasan Farhana itu.
“Selalunya
kan , kalau
orang tu dah jatuh cinta senyuman tak lekang daripada bibir. Asyik termenung sana , termenung sini. Then,
bila nama dia terdetik kat hati kita, kita akan rasa bahagia. Bila aku tengok
kau, aku rasa tanda-tanda semua tu ada pada kau sekarang ni,” terang Farhana,
tersengih.
Nur
Syahirah berkerut dahi. Matanya menatap wajah sengihan Farhana. Seminit kemudian,
satu cubitan hinggap di lengan Farhana.
“Aduh!
Sakitlah Syira,” rengek Farhana.
“Padan
muka kau. Siapa suruh kau pandai-pandai buat statement?” ejek Nur
Syahirah.
“Alah,
aku main-main ajelah. Takkan itu pun tak boleh,” rungut Farhana sambil meraba
lengannya yang terasa sakit.
“Yalah
tu main-main,” bidas Nur Syahirah, mencebik.
“Kalau
betul, kau nak buat apa Syira?” tanya Farhana sekadar ingin tahu.
Nur
Syahirah tersentak. Dihalakan mata ke luar jendela. Apa jawapan yang harus
diberikan kepada Farhana?
“Kalau
dia benar-benar ikhlas dengan kau, kau boleh terima dia? Maksud aku, status dia
dan Daniel Iman,” sambung Farhana lagi. Wajah kawannya itu ditatap mesra.
Nur
Syahirah menghela nafas berat. Otaknya masih lagi memikirkan jawapan.
“Syira,
kau boleh terima ke?” ulang Farhana.
“Kalau
dah tertulis dalam kamus hidup aku yang dia jodoh aku, aku terima dengan
seikhlas hati aku,” kata Nur Syahirah, ikhlas.
“Hurm,
aku dah agak jawapan kau. Sengaja aku tanya. Nak tengok perasaan kau tu macam
mana? Masih ingatkan Zairiel Iqwan ataupun tidak,” jelas Farhana, tersenyum.
Nur
Syahirah hanya membisu. Kata-kata Farhana menusuk ke tangkai hati. Tidak
semudah itu dia melupakan Zairiel Iqwan kerana lelaki itu sudah menjadi
sebahagian dalam hidupnya. Malah, lelaki itu begitu penting dalam kisah
hidupnya yang lalu.
“Aku
masuk dululah, Syira. Dah mengantuk. Esok, Daniel Iman datang ke?” suara
Farhana bingkas bangun.
“Haa..
apa dia?” tanya Nur Syahirah seakan tersedar daripada lamunan.
“Kau
ni Syira, mengelamun ke?” tanya Farhana sedikit menekan.
“Aku..
aku.. tengah fikirkan…”
“Zairiel
Iqwan? Betul, kan ?”
pintas Farhana.
Nur
Syahirah hanya menunduk. Entah kenapa dia amat merindui Zairiel Iqwan ketika
ini. Bagaimana untuk meluahkan rasa rindu itu?
“Syira!”
panggil Farhana, geram.
“Apa?”
tanya Nur Syahirah sedikit tersentak.
“Telefon
kau tu berbunyi. Kau tak dengar ke?” jawab Farhana, keras.
“Oh,
yeke. Sorry, aku memang tak dengar,” balas Nur Syahirah, tersengih.
Farhana
mendengus keras. Dia segera menuju ke bilik. Entah bilalah kawannya itu akan
berubah. Suka termenung dan berkhayal.
“Doktor
Zairiel call kau, kan ?”
tanya Farhana, tiba-tiba dari arah pintu bilik.
Nur
Syahirah tersentak. Dicapai telefon bimbit dan menatap nombor telefon di screen.
Anggukan kecil diberikan sebagai tanda jawapan pada pertanyaan Farhana itu.
“Selamat
bercintan-cintun,” usik Farhana lalu menapak masuk ke dalam bilik.
“Hana!”
jerit kecil Nur Syahirah.
Telinganya
disapa dengan gelak ketawa Farhana. Sengaja Farhana mengusiknya. Tanpa
berlengah, butang hijau ditekan lalu melekapkan telefon ke telinga. Menanti
sapaan dari hujung talian. Entah kenapa hatinya berdebar-debar. Adakah dia
sudah jatuh cinta kepada doktor muda itu?
ZAIRIEL menatap kosong screen
laptop. Sedari tadi, senyuman tidak lekang daripada bibir. Disentuh lembut
dadanya yang sedang berdegup kencang. Adakah disebabkan Nur Syahirah, maka
jantungnya berdetak hebat? Hebat daripada pertemuan pertamanya dengan Maisarah
tidak lama dahulu.
Jika
difikirkan semula, hanya Nur Syahirah yang bisa membuat jantungnya sebegitu.
Nur Syahirah yang dikenali semenjak dari sekolah menengah lagi. Nur Syahirah
yang sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya. Kenapa rasa itu muncul sewaktu
berbual bersama Nur Syahirah, pengasuh Daniel Iman? Adakah dia sudah jatuh
cinta kepada gadis itu?
“Papa!”
panggil Daniel Iman.
Tersentak
Zairiel buat seketika. Lamunannya yang panjang berterbangan entah ke mana.
Dihalakan mata ke arah Daniel Iman yang sudah pun duduk bersila di atas katil.
Wajah anak kecil itu ditatap mesra.
“Papa,
Danny takut!” adu Daniel Iman.
Berkerut
dahi Zairiel mendengarnya. Dia bingkas bangun dari duduk dan menapak ke katil
lalu naik ke atasnya. Dilabuhkan duduk di sisi Daniel Iman.
“Danny
mimpi!”
“Danny
mimpi apa?”
“Danny
mimpikan mama. Dalam mimpi tu, mama suruh Danny terima Mak cik Syira,” beritahu
Daniel Iman seraya memandang ke wajah Zairiel.
Semakin
berkerut dahi Zairiel mendengarnya. Apa yang dimaksudkan oleh Daniel Iman?
“Papa,
Danny tak suka Mak cik Syira. Kenapa mama suruh Danny terima Mak cik Syira?”
tanya Daniel Iman, tegas.
“Danny,
mimpi tu kan
mainan tidur. Tak semestinya mimpi tu akan jadi kenyataan,” pujuk Zairiel,
lembut.
“Kalau
jadi kenyataan, macam mana papa?” tanya Daniel Iman sekadar menduga.
Zairiel
mengeluh ringan. Ditarik tubuh Daniel Iman lalu mendakapnya kemas. Sekadar
untuk menghalau perasaan risau di hati anak kecil itu.
“Papa,
kalau betul macam mana?” ulang Daniel Iman.
“Kalau
betul, Danny kena terima dengan seikhlas hati. Mungkin mama nak beritahu pada
Danny yang Mak cik Syira boleh jaga Danny dengan baik sepertimana papa jaga
Danny sekarang ni,” pujuk Zairiel pula.
“Tapi,
Danny takut!”
“Kenapa
nak takut?”
“Danny
takut. Kalau papa kahwin dengan Mak cik Syira, papa tak sayang Danny lagi,”
terang Daniel Iman bernada sebak.
Ketawa
kecil Zairiel mendengarnya. Dileraikan dakapan lalu menatap kasih wajah
menunduk Daniel Iman. Gelengan kecil diberikan kepada anaknya itu.
“Mesti
papa lebih sayangkan Mak cik Syira.”
“Kenapa
Danny fikir macam tu?”
“Sebab
mama suruh papa kahwin dengan Mak cik Syira.”
“Danny…
Danny… sudahlah! Danny tidur ya.”
Daniel
Iman mengangguk. Dibaringkan tubuh dan memandang ke wajah Zairiel. Senyuman
hambar diberikan kepada papanya itu.
“Esok,
papa hantar Danny ke rumah Mak cik Syira,” beritahu Zairiel.
Daniel
Iman tidak membalas. Matanya masih lagi menatap wajah Zairiel.
“Papa
ada kerja yang perlu disiapkan. Danny tidur ya,” suruh Zairiel dan turun dari
katil.
“Terima
kasih, papa!” ucap Daniel Iman.
“Sama-sama,
sayang,” balas Zairiel dan mengucup lembut dahi Daniel Iman.
Tanpa
berlengah, dibawa langkah ke meja kerja. Dia perlu menyiapkan laporan mengenai
kliniknya. Rasa bersyukur di atas penerimaan penduduk terhadap kliniknya itu.
“Papa
sayangkan Danny?” tanya Daniel Iman, tiba-tiba.
Terhenti
langkah Zairiel dek kerana pertanyaan itu. Dipusingkan tubuh dan menatap wajah
tersenyum Daniel Iman. Hanya anggukan yang diberikan sebagai tanda jawapan
kepada pertanyaan Daniel Iman itu.
Daniel
Iman yang melihat mengangguk dan tersenyum. Ditutup mata sambil cuba menidurkan
diri sendiri. Semoga tidurnya tidak diganggu dengan mimpi lagi.
Deringan
telefon menyentak Zairiel. Dicapai telefon bimbit dan melihat nombor di screen.
Keluhan berat terlepas daripada bibir.
“Kenapa
dah lama tak contact ayah? Zairiel sengaja nak sakitkan hati
ayah, kan ?”
tegur Encik Zahrin tanpa memberi salam terlebih dahulu.
Zairiel
menghela nafas berat untuk kesekian kali. Dia melangkah ke luar rumah dan
membuang pandang ke langit malam. Apa jawapan yang harus diberikan kepada
ayahnya itu?
“Hujung
bulan depan, ayah nak Zairiel balik. Ayah ada perkara nak bincang dengan
Zairiel,” arah Encik Zahrin, tegas.
“Perkara
apa lagi yang ayah nak bincangkan dengan Zairiel?” tanya Zairiel sambil
melabuhkan duduk di kerusi di laman rumah.
“Boleh
tak Zairiel dengar cakap ayah kali ni?” Tegas Encik Zahrin bertanya.
“Selama
ini, Zairiel tak dengar cakap ayah ke?” sindir Zairiel.
“Zairiel
jangan nak sindir ayah. Ayah buat demi kebaikan Zairiel juga.”
“Kebaikan
apa, ayah? Zairiel rasa, bukan kebaikan tapi keburukan.”
“Zairiel!”
tegur Encik Zahrin dari hujung talian.
“Sudahlah
ayah. Zairiel malas nak bertekak dengan ayah lagi. Kalau Zairiel rasa nak
balik, Zairiel balik la nanti,” putus Zairiel.
Malas
memanjangkan perbualan itu lagi. Tidak ada gunanya dia bertekak jika ego Encik
Zahrin melebihi segala-galanya.
“Jangan
sesekali bawak budak tu balik sini. Ayah takkan terima. Faham!” amaran Encik
Zahrin, keras dan mematikan talian.
Zairiel
mendengus kasar. Digenggam erat telefon bimbitnya. Melepaskan kemarahan
terhadap Encik Zahrin. Sampai bila ayahnya tidak dapat menerima Daniel Iman?
Disebabkan kebencian Encik Zahrin terhadap Daniel Iman, dia terpaksa menyewa
sebuah rumah. Sekali sekala sahaja dia balik ke rumah Encik Zahrin. Itu pun
atas arahan Encik Zahrin dan bukan atas kerelaan hatinya sendiri.
Setiap
kali dia dipaksa balik, setiap kali itulah dia terpaksa meninggalkan Daniel
Iman bersama dengan seorang pengasuh yang diupah. Disebabkan pengalaman bersama
dengan pengasuh itulah sehingga ke hari ini Daniel Iman menolak untuk menerima
pengasuh. Pengalaman di mana Daniel Iman dimarahi dan didera oleh pengasuh.
Dan, dia telah pun mengambil tindakan ke atas pengasuh itu.
Zairiel
menghela nafas berat. Sampai bila dia harus menerima arahan serta mengikut
kata-kata Encik Zahrin? Sampai bila hidupnya akan dikongkong oleh ayah sendiri?
Dari mula dia menjejakkan kaki ke universiti sehinggalah dia bergelar seorang
doktor, hidupnya sudah dikawal oleh Encik Zahrin. Sama seperti yang terjadi
kepada Zafira.
“MACAM mana?” tanya Dato Ramlan.
“Masih
degil!” jawab Encik Zahrin, mengeluh berat.
“Kau
terlalu berkeras dengan dia Zahrin. Cuba kau berlembut dengan dia, mesti dia
akan dengar cakap kau,” tegur Dato Ramlan.
“Cara
macam mana lagi aku nak buat, Lan? Lembut, keras, semuanya aku dah buat. Tapi,
anak aku tu tetap dengan keras kepalanya,” bentak Encik Zahrin.
Dato
Ramlan tersenyum. Gelengan diberikan kepada kawan baiknya itu.
“Aku
buat macam tu demi kebaikan mereka. Tapi, kenapa anak-anak aku tak faham dengan
apa yang aku buat selama ini?” luah Encik Zahrin, sebak.
“Sabarlah
Zahrin. Mungkin ada hikmah semuanya ni,” pujuk Dato Ramlan.
“Aku
dah banyak bersabar dengan mereka,” keluh Encik Zahrin pula.
“Kau
sebagai ayah kena banyak bersabar dengan karenah anak-anak. Dah jadi
tanggungjawab kita untuk berikan yang terbaik pada mereka.”
“Aku
tahu, Lan. Tapi…”
“Sudahlah
Zahrin. Banyak-banyaklah bersabar. Lama kelamaan, Zairiel akan faham. Kenapa
kau buat macam tu pada dia?”
“Aku
harap macam tu jugalah.”
“Kau
kena yakin. Semua yang kau lakukan dulu ada sebabnya. Buat masa sekarang ni,
kau jangan terlalu bertegas dengan Zairiel. Aku takut, anak kau akan pergi
lebih jauh dari sekarang ni,” nasihat Dato Ramlan seraya menyentuh lembut bahu
Encik Zahrin.
Encik
Zahrin sekadar mengangguk. Ada benarnya kata-kata Dato Ramlan. Semoga Zairiel
memahami akan tindakannya selama ini.
“So,
macam mana dengan rancangan kau tu?” tanya Dato Ramlan.
“Tak
pasti lagi. Kena tunggu Zairiel balik dulu.”
“Kau
dengar dulu apa kata Zairiel. Lepas tu baru kau buat keputusan.”
“Aku
harap Zairiel setuju dengan cadangan aku.”
“Kalau
Zairiel tak setuju macam mana?” tanya Dato Ramlan sekadar menduga.
“Aku
akan buat dia setuju,” jawab Encik Zahrin.
“Kau
nak paksa dia ke, Zahrin? Kau jangan cari pasal. Kau sendiri tahu macam mana
perangai anak kau tu. Apa yang dialami oleh Zafira dulu buatkan Zairiel
memberontak. Selama ini, semua yang kau buat dia bantah dan tak setuju,” terang
Dato Ramlan, menggeleng.
“Aku
akan buat dia setuju.”
“Ikut
suka hati kau la, Zahrin. Aku cuma nak nasihatkan kau. Jangan disebabkan ego
kau yang tinggi melangit tu, Zairiel yang menjadi mangsa. Kau kena fikirkan
perasaan anak kau juga. Dulu kau buat perkara yang sama. Tapi, dia menolak
disebabkan gadis tu. Takkan sekarang ni kau nak paksa dia pada perkara yang
sama?” Dato Amran meluahkan rasa di hati. Berharap, Encik Zahrin mengambil kira
dengan kata-katanya itu.
Encik
Zahrin hanya mendengar. Otaknya cuba merencanakan kata-kata Dato Amran.
“Kau
fikirlah mana yang baik Zahrin. Aku sebagai kawan tetap menyokong kau asalkan
tidak melebihi batasan,” sambung Dato Amran seraya memegang bahu Encik Zahrin.
Encik
Zahrin mengangguk. Senyuman diberikan kepada Dato Ramlan. Ada baiknya dia
berbincang terlebih dahulu dengan Zairiel seperti yang dicadangkan oleh Dato
Ramlan itu.
Jumpa
lagi! Happy Deepavali!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan