“KAU penipu!!!” sergah Afiq dengan tiba-tiba. Dia menghampiri Nurin
Natasya lalu merentap lengan gadis itu. Marahnya meruap selepas mengetahui
tentang Nurin.
Nurin tersentak. Dia mengaduh sakit akibat cengkaman Afiq.
Wajah Afiq dipandang tidak berkelip. Riak bengis terlukis di wajah itu.
“Aku ingat kau tak sama dengan perempuan-perempuan yang aku
jumpa. Tapi, kau tetap sama dan lagi teruk dari yang aku sangkakan,” hambur
Afiq pula.
Berkerut dahi Nurin mendengarnya.
“Kau perbodohkan aku. Permainkan aku dan kau memang mata
duitan,” sambung Afiq lagi. Tajam matanya ke wajah Nurin.
“Abang, kenapa ni?” tanya Nurin terpinga-pinga.
“Aku bukan abang kau!” balas Afiq sedikit meninggi.
Bertambah berkerut di dahi Nurin. Sungguh, dia tidak tahu
apa yang terjadi kepada Afiq ketika ini. Beberapa kenalan Afiq sedang memandang
ke arah mereka berdua.
“Nurin Natasha binti Nazaruddin. Aku ceraikan kau dengan talak
satu,” lafaz Afiq, senafas bersaksikan mereka yang berada di situ.
Terkejut Nurin mendengarnya. Dia bangun dari duduk. Tidak
berkelip matanya memandang wajah Afiq di hadapan.
“Afiq!” Tuan Haji Zuhuri menegur sekali gus mengejutkan Afiq
dan Nurin. Masing-masing menghalakan mata ke arah Tuan Haji Zuhuri.
“Apa yang kamu sebut tadi Afiq?” tanya Tuan Haji Zuhuri bernada
keras.
“Afiq ceraikan Nurin dengan talak satu.” Selamba Afiq
membalas. Dia menyandarkan tubuh ke almari pakaian lalu berpeluk tubuh di situ.
Nurin hanya membisu. Matanya berkaca-kaca. Tidak menyangka
dia diceraikan dengan talak satu. Baru siang tadi mereka bernikah dan malam ini
dia bertukar status.
“Apa sebab Afiq ceraikan Nurin?” Tuan Haji Zuhuri tidak
berpuas hati. Dia menghampiri Afiq lalu memandang cucunya itu dengan pandangan
yang tajam.
“Datuk tanyalah Nurin sendiri. Apa yang dia dah buat selama
ini?” balas Afiq berserta dengusan kasar.
Tuan Haji Zuhuri memandang ke wajah Nurin.
“Perempuan yang datuk bangga-banggakan sangat tu rupanya
perempuan kotor,” ujar Afiq bernada serius.
Nurin yang mendengar menoleh ke wajah Afiq. Berpasang-pasang
mata turut sama memandang ke arahnya.
“Apa yang kamu cakapkan ni, Afiq?” Keras suara Tuan Haji Zuhuri
bertanya. Dia memegang dada sendiri. Terasa sakit dengan tiba-tiba.
“Apa maksud abang?” Nurin memberanikan diri bertanya. Wajah
Afiq dipandang meminta kepastian.
“Huh! Pura-pura tak tahu. Kau sendiri yang kotor, kau tanya
aku pula?” Sinis Afiq membalas. Dia mencebik meluat memandang wajah polos
Nurin.
“Nurin tak faham, abang. Apa maksud abang? Kenapa abang kata
Nurin perempuan kotor?” Nurin masih lagi bertanya. Dia ingin tahu perkara yang
sebenarnya.
Tuan Haji Zuhuri masih lagi memegang dada. Dia turut ingin
mengetahui perkara yang sebenar.
Afiq keluar dari bilik. Dia perlu membuktikan akan
kata-katanya sebentar tadi. Dia tidak mahu dianggap sebagai menabur fitnah.
“Tuan haji!” Nurin menghampiri Tuan Haji Zuhuri yang sudah
pun duduk di birai katil. Dilihatnya Tuan Haji Zuhuri sedang memegang dada.
“Nurin!” sahut Tuan Haji Zuhuri.
“Ayah, kenapa ni?” Encik Amir Hakim menerpa ke arah Tuan
Haji Zuhuri. Dari tadi dia terdengar bunyi bising dari arah luar rumah.
“Ayah tak ada apa-apa,” balas Tuan Haji Zuhuri.
“Ayah sakit ke? Pucat saja muka tu Amir tengok.” Encik Amir
masih bertanya. Matanya tepat ke wajah pucat ayahnya itu.
“Ini buktinya!” suara Afiq dengan tiba-tiba. Dia
menghulurkan sekeping gambar kepada Nurin.
Mereka yang berada di situ tersentak. Masing-masing
menghalakan mata ke arah Afiq.
Nurin membalas huluran. Dia menatap gambar di tangan.
Buntang matanya melihat gambar tersebut.
Tuan Haji Zuhuri yang melihat reaksi Nurin segera menarik
gambar dari tangan gadis itu. Dia turut ingin mengetahui isi gambar tersebut.
“Astaghfirullahalazim.”
Tuan Haji Zuhuri mengucap panjang.
“Itu sebab Afiq ceraikan perempuan ni,” suara Afiq dalam
nada serius.
“Mana kamu dapat gambar ni, Afiq? Kamu jangan nak main tuduh
saja. Kalau gambar ni tak benar, jatuh fitnah jadinya. Kamu tahu tak menfitnah
tu lebih besar dosanya dari membunuh,” suara Tuan Haji Zuhuri dalam nada bergetar.
Semakin sakit di dada sebaik sahaja melihat gambar tersebut.
Mereka yang berada di situ hanya mendengar. Masing-masing
berbisik sesama sendiri.
“Cerai?” Encik Amir menyampuk. Dia memandang anaknya meminta
kepastian.
Afiq sekadar mengangguk. Dia berlagak tenang.
Nurin tidak membalas. Dia masih terkejut dengan apa yang
terjadi. Nasibnya diserahkan kepada Allah.
“Allah!” sebut Tuan Haji Zuhuri.
“Ayah!” panggil Encik Amir bernada risau.
“Tuan haji!” panggil Nurin pula.
“Datuk tak percaya dengan apa yang kamu cakapkan ni, Afiq.
Datuk tak percaya dengan gambar ni. Kamu sengaja nak fitnah Nurin.” Tegas Tuan
Haji Zuhuri berkata. Dia menafikan tuduhan cucunya, Afiq.
Nurin yang mendengar menghalakan mata ke wajah Tuan Haji Zuhuri.
Rasa terharu dengan kepercayaan lelaki tua itu.
“Terpulang pada datuk nak percaya atau tidak. Yang pasti
perempuan ni kotor,” balas Afiq tidak mahu mengalah. Menegakkan kebenaran.
“Afiq!” tegur Tuan Haji Zuhuri, meninggi. Dia cuba bangun
dari duduk. Seminit kemudian dia rebah di atas katil.
“Ayah!” panggil Encik Amir.
“Datuk!” Afiq turut sama memanggil.
“Tuan Haji!” Nurin terkejut.
Encik Amir segera meminta pertolongan. Rasa risau menujah ke
dalam hati.
“Kau jauhkan diri kau dari datuk aku. Perempuan kotor!”
tegah Afiq dalam nada marah tatkala Nurin cuba menghampiri datuknya. Tajam
matanya ke wajah Nurin.
“Abang, Nurin...” Nurin termati kata-kata.
“Kau pergi dari sini!” marah Afiq lalu menolak kasar tubuh
Nurin sehingga membuatkan gadis itu jatuh.
Tanpa menunggu, dia segera beredar dari bilik itu. Dengusan
kasar terlepas dari bibir. Rasa marah terhadap Nurin meruap-ruap.
“Dan aku bagi amaran pada kau, jangan sesekali kau muncul
lagi dalam keluarga aku. Ingat!” amaran Afiq sebelum beredar dari bilik itu.
Nurin hanya memandang. Dia cuba bangun dari jatuhan. Terasa
sakit di seluruh tubuhnya akibat tolakan kasar Afiq.
“Allah!” sebut Nurin sambil menahan kesakitan.
“Nurin!” panggil Shida sebaik sahaja masuk ke dalam bilik.
“Shida!” balas Nurin bernada sebak.
“Apa yang terjadi ni, Nurin?”
“Shida, bawa aku ke hospital. Tuan haji sakit.”
“Hospital? Kenapa dengan tuan haji?”
“Please, Shida!
Bawa aku ke hospital. Aku nak tengok tuan haji,” rayu Nurin pula. Dia bangun
dari jatuhan sambil dibantu oleh Shida.
“Tapi, Nur...” Belum sempat Shida menyudahkan kata-kata,
Nurin sudah pun rebah di hadapannya. Terkejut melihat Nurin yang rebah dengan
tiba-tiba.
;)
BalasPadam😊
Padambest.. updatelah lagi
BalasPadamSudah update. Tq sudi baca. 😊
Padam