PROLOG
“Aisya Lyana Sofea Binti Ahmad Nordin, aku ceraikan kau
dengan talak satu, berambus kau dari rumah ni…
sekarang!” tengking Tengku Azizul tinggi. Jari telunjuknya menunjuk ke
arah pintu rumah. Matanya tajam ke muka Aisya.
Tergamam Aisya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut
suaminya. Semakin deras air mata membasahi pipinya yang gebu dan putih. Matanya
sembam dek menangis yang tidak henti-henti dari tadi. Tidak menyangka begini
penghujung perhubungannya dengan Tengku Azizul.
“Kau nak aku heret kau keluar atau kau nak keluar sendiri
dari rumah ni?’’ herdik Tengku Azizul lagi. Terhenjut badan Aisya mendengar
herdikan Tengku Azizul itu. Air mata yang deras mengalir, diseka menggunakan
belakang tangannya. Dengan langkah yang longlai, Aisya mencapai beg pakaian
yang sudah diletakkan oleh Tengku Azizul sedari tadi. Dia cuba mencium tangan
Tengku Azizul tetapi dengan pantas Tengku Azizul menepisnya. Benci sungguh
lelaki itu terhadap Aisya sehinggakan tidak mahu menyambut salaman dari Aisya
itu.
“Aisya minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Halalkan makan minum Aisya selama Aisya menjadi isteri abang. Aisya bahagia di
samping abang walaupun bahagia itu cuma sebentar,” tutur Aisya dalam nada yang
masih berbaki esakan tangisan. Tanpa rela, dia melangkah keluar dari rumah itu
dengan perasaan yang sedih dan sebak. Semoga ada sinar bahagia untuknya nanti.
“Kak Aisya!” jerit
seseorang dari arah belakang mengembalikan Aisya ke alam realiti. Entah berapa
lama dia sudah mengelamun di atas batu yang sedang didudukinya itu, dia sendiri
tidak pasti. Air mata yang bergenang di tubir mata, diseka dengan hujung
jarinya. Kemudian itu, dia menoleh ke belakang dan terlihat Syikin sedang
memandangnya dengan sebuah senyuman manis.
“Ha, Syikin… dari mana?” tanya Aisya dan menoleh semula
pandangannya ke hadapan.
Syikin melangkah jalan menghampiri Aisya yang sedang leka
memandang ke arah laut ciptaan ALLAH.
“Dari rumah. Mak cari akak, katanya ada orang nak jumpa
dengan akak,” jawab Syikin sambil melabuhkan duduk bersebelahan Aisya. Sengaja
tidak mahu memberitahu Aisya akan kedatangan bekas abang iparnya, Tengku Azizul
ke rumah mereka.
“Siapa?” tanya Aisya lagi.
Syikin menjungkitkan bahunya sahaja. Membiarkan Aisya
tertanya-tanya sendiri.
Aisya segera menuju ke rumah sambil kotak fikiran ligat
memikirkan siapakah gerangan yang ingin berjumpa dengannya. Sudah hampir tiga
bulan dia berada di kampung selepas kes perceraiannya selesai. Dia ingin
mencari ketenangan sebelum dia benar-benar bersedia untuk menyambung perjalanan
hidupnya semula. Apa yang berlaku ke atas rumah tangganya begitu memeritkan
hati. Hanya ALLAH saja yang tahu akan perasaannya itu.
Aisya memberi salam setibanya di hadapan rumah. Matanya
tertumpu ke arah sebuah kereta Mercedez Benz berwarna hitam yang tersadai di
halaman rumah. Dia kenal dengan kereta itu. Tengku Azizul! Getus hatinya.
Hatinya begitu kuat menyatakan kereta itu milik Tengku Azizul. Buat apa dia
datang ke sini? Bukan ke dia dah ceraikan aku, apa lagi yang dia nakkan dari
aku? Soal Aisya bertubi-tubi.
“Aisya!” panggil Tengku Azizul mematikan lamunannya. Dia
menoleh ke arah Tengku Azizul yang sedang duduk di sisi Puan Suhaila. Apa lagi
mamat perasan ni nak, getus hati Aisya.
“Mimpi apa Tengku
Azizul Iskandar datang ke rumah saya ni?” tanya Aisya bernada sinis. Langkahnya
dituju ke arah jendela yang terbuka luas sehingga menampakkan isi alam ciptaan
ALLAH.
“Abang ada perkara nak bincangkan dengan Aisya,” jawab
Tengku Azizul seraya bangun dari duduknya. Dia melangkah jalan menghampiri Aisya
yang sedang berpeluk tubuh sambil membuang pandang ke luar jendela.
“Mak ke dapur
sekejap,” celah Puan Suhaila. Sengaja memberi ruang kepada Aisya dan Tengku
Azizul untuk berbual dan berbincang. Dia tidak mahu masuk campur dalam urusan
anak menantunya. Baginya, Aisya sudah bijak untuk mencari kebahagiaannya
sendiri.
Tengku Azizul mengangguk faham. Ekor matanya sahaja yang
mengekori langkah Puan Suhaila sehinggalah kelibat itu hilang di sebalik pintu
dapur.
Aisya mengatur langkah ke luar rumah semula. Dia tidak mahu
Puan Suhaila mendengar setiap inci butir perbincangannya dengan Tengku Azizul.
Dia tidak mahu merisaukan hati orang tua itu lagi. Cukuplah dengan apa yang
terjadi kepada arwah abahnya dulu. Dia tidak mahu perkara yang sama turut
terjadi kepada Puan Suhaila.
Tengku Azizul membuntuti Aisya dari belakang. Dia juga tidak
mahu perbualan mereka didengari oleh Puan Suhaila. Rasa malu apabila berhadapan
dengan Puan Suhaila selepas apa yang berlaku terhadap rumah tangga mereka.
“Tengku nak cakap apa… cakaplah,” ujar Aisya acuh tak acuh.
Tangannya sibuk mematah-matahkan batang pokok bunga yang berada di situ.
Melepaskan kemarahan ke atas pokok bunga itu. Kesian!
“Abang nak minta maaf dengan Aisya. Abang tahu abang dah
buat satu keputusan yang salah dengan menceraikan Aisya. Abang nak kita rujuk
semula,” jelas Tengku Azizul serius. Matanya tepat ke wajah tenang Aisya.
“Nak rujuk semula?” ulang Aisya sinis. “Tengku ingat saya ni
apa, barang mainan. Bila suka ambil, bila tak suka buang macam sampah,” luah
Aisya geram. Hatinya panas dengan tiba-tiba.
“Abang tahu, abang bersalah dengan Aisya. Tapi, tolonglah
kali ini abang benar-benar minta maaf dan abang nak rujuk semula dengan Aisya.
Abang sayangkan Aisya,” luah Tengku Azizul separuh merayu. Dia memberanikan
diri meraih tangan Aisya, tetapi pantas ditepis oleh Aisya.
Aisya memejamkan matanya. Cuba mengumpul kekuatan dan
semangat buat dirinya sendiri. Baginya semua yang berlaku sudah pun berlaku.
Tidak mungkin akan diputar kembali. Hatinya yang terluka masih belum dirawat
sepenuhnya. Dan tidak mungkin dia akan menjeratkan dirinya sendiri sekali lagi.
Tengku Azizul setia menanti. Dia memberanikan diri
menghampiri Aisya. Wajah Aisya ditenung sayang. Kasih sayangnya terhadap Aisya
tidak pernah luput dari dalam hati. Semenjak mereka berpisah, wajah itu yang
amat dirinduinya. Wajah yang memberi ketenangan pada sesiapa yang melihatnya.
“Maafkan saya Tengku,
hati saya dah tertutup buat Tengku. Saya minta Tengku tinggalkan rumah ini
sekarang,” putus Aisya dan terus meluru masuk ke dalam rumah tanpa menoleh
sedikit pun kepada bekas suaminya itu. Namun jauh di sudut hati kecilnya, dia
masih merindui akan dakapan dan belaian Tengku Azizul. Cintanya terhadap Tengku
Azizul masih tetap utuh di dalam hatinya juga.
Tengku Azizul segera meninggalkan halaman rumah Aisya dengan
hati yang sebak. Setelah apa yang berlaku, mustahil Aisya akan menerimanya
semula. Aisya punya hak untuk menerima atau menolaknya. Disebabkan ego
lelakinya yang terlampau tinggi, disebabkan perbuatan dan hasutan mamanya,
Aisya yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan. Dalam masa hatinya mulai
terbuka untuk menyintai dan menerima Aisya, dia terpaksa redha akan kehilangan
Aisya disebabkan kesalahannya sendiri. Macam mana abang nak teruskan hidup ini
tanpa Aisya? Abang minta maaf Aisya. Abang bersalah pada Aisya. Abang lukakan
hati Aisya, abang sakiti hati Aisya dan abang buat Aisya menderita. Maafkan
abang Aisya, luahnya di dalam hati.
permulaan yang best..
BalasPadamwah...baru baca prolog dh menitis airmata...tahniah writer...
BalasPadamthanks rafidah.. happy reading!! ;)
PadamPermulaan yg menarik :) syabas penulis suka dgn intro nih :)
BalasPadamterima kasih.. terima kasih jg kerana sudi membaca HM.. ;)
Padampermulaan yang telah mula membuatkan kiter tertanya2 aper next, bagaimana seterusnya ngan idup meke n byk lagi...
BalasPadambest.....next
hehe.. thanks eppy safri.. enjoy reading.. :D
Padam