QAIRA mengerling
jam di pergelangan tangan. Masa sudah merangkak ke pukul 9.00 pagi. Hampir dia
terlupa dengan sesi tanda tangan yang dianjur oleh salah sebuah kedai buku pada
pukul 11.00 pagi nanti. Gara-gara menyiapkan manuskrip, dia terbangun lewat
hari ini. Mujur ada Lija yang bertindak membangunkan dia pagi tadi.
Qaira
mengemaskan penampilan di hadapan cermin. Selendang di kepala dibetulkan agar
nampak cantik. Dia tersenyum buat seketika. Selendang yang diberi oleh Hadif
tampak cantik ketika memakainya.
“Pandai
juga mamat tu pilih tudung,” puji Qaira tersenyum.
Setelah
itu, beg tangan dicapai dan melangkah keluar dari dalam bilik. Diperhatikan
Lija yang sedang duduk santai sambil menonton televisyen.
“Kau
tak nak ikut aku?” tanya Qaira sambil duduk.
“Aku
ada hal la. Sorry!” jawab Lija seraya
memandang wajah Qaira.
“Bosan
la aku nanti.”
“Bosan?
Kenapa pulak nak bosan?”
“Sekurang-kurangnya
ada la teman untuk aku berbual.”
“Ala…
bukan kau seorang aje kan yang join event
tu. Ada lagi penulis-penulis lain.”
“Memang
la. Tapi, aku tak biasa sangat dengan dia orang.”
“Lama-lama
kau biasalah nanti. Kau tu kan terlebih peramah,” kata Lija ketawa kecil.
“Aku
gerak dulu. Nanti lambat pulak,” ujar Qaira bingkas bangun dari duduk.
“Eh,
sekejap!” tahan Lija seraya memegang lengan Qaira.
Qaira
mematikan langkah. Berkerut dahinya memandang Lija.
“Aku
tak pernah tengok pun selendang tu sebelum ni? Selendang baru ke? Bila kau
beli?” tanya Lija bertubi-tubi.
Qaira
memandang selendang yang dipakai buat seketika. Senyuman terukir di bibir.
“Hai,
semacam aje senyum kau tu,” tegur Lija.
“Mamat
tu bagi kat aku.”
“Mamat?
Mamat mana?”
Qaira
hanya tersenyum. Dia melangkah menuju ke muka pintu dan menyarung sandle ke kaki. Dilihatnya Lija sedang
menghampiri.
“Maksud
kau, Hadif Asyraf?” tebak Lija.
“Aku
jalan dulu,” balas Qaira lalu masuk ke dalam kereta.
Lija
hanya memandang. Berkerut dahinya ketika itu. Benarkah Hadif Asyraf yang
menghadiahkan selendang itu kepada Qaira?
“Dia
orang berdua tu mesti ada ‘something’,”
duga Lija dan masuk ke dalam rumah.
HADIF
menyusuri deretan kedai yang terdapat di pasaraya itu. Entah kenapa hatinya
melonjak untuk ke pasaraya itu pada pagi ini. Dikerling jam di pergelangan tangan.
Masa baru menginjak ke pukul 11.30 pagi.
Hadif
menghentikan langkah di hadapan sebuah kedai buku. Matanya memandang ke sebuah
rak yang tertera ‘novel melayu’ di dalam kedai buku itu. Hatinya berkira-kira
sendiri.
Setelah
berfikir, dibawa langkah masuk ke dalam kedai buku itu dan menuju ke bahagian
novel melayu. Satu persatu novel yang ada di rak itu dipandang.
Pandangannya
tertumpu ke sebuah novel yang bertajuk ‘My
Best Husband!’ tulisan Tia Alisya. Adakah itu novel hasil tulisan Qaira?
Dicapai lalu membelek novel tersebut.
“My Best Husband!” sebut Hadif kemudian.
Dibelek
novel itu semula. Hatinya memuji kecantikan cover yang direka oleh penerbitan
novel tersebut. Blurb di belakang novel dibaca dan cuba memahami jalan cerita
yang digambarkan di dalam blurb tersebut.
“Menarik!”
puji Hadif pula.
Dihalakan
mata melihat sekeliling kedai. Pandangannya jatuh ke sebuah banner yang terdapat di luar kedai
tersebut. Kenapa dia tidak perasan dengan banner
itu tadi?
“Sesi
tanda tangan bersama novelis,” baca Hadif berkerut dahi.
Satu
persatu nama penulis di banner itu
dibaca. Bacaannya terhenti tatkala nama Tia Alisya tertera di banner itu.
“Minah
tu ada sesi tanda tangan hari ni,” kata Hadif mengangguk kecil.
Getaran
dari arah telefon menyentak Hadif buat seketika. Digagau poket seluar mencari
telefon bimbit. Nama di skrin ditatap buat seketika.
“Ada
apa Wan?” tanya Hadif sebaik sahaja salam bersambut.
“Kau
kat mana?” tanya Ikhwan dari hujung talian.
“Aku
kat luar. Kenapa?”
“Aku
ingat nak jumpa kau petang nanti.”
“Petang?”
“Kalau
kau ada hal, tak apalah. Lain kali sajalah.”
Hadif
berfikir sejenak. Hatinya berkira-kira untuk setuju.
“Aku
ingat nak…”
“Dating?”
“Tak
adalah!”
“Tak
apa, Dif. Aku letak dulu. Lain kali kita jumpa,” kata Ikhwan dan mematikan
talian. Senyuman meniti di bibir.
Hadif
menghela nafas ringan. Telefon bimbit dimasukkan ke dalam poket seluar dan
menuju ke kaunter pembayaran. Setelah membuat pembayaran, dia melangkah ke
tempat di mana Qaira berada. Dilihatnya orang ramai sedang mendapatkan tanda
tangan daripada penulis-penulis yang terlibat termasuklah Qaira.
“Boleh
tahan popular minah ni. Ramai orang nak mintak sign dia,” puji Hadif sendirian. Matanya memandang tingkah laku Qaira
yang sedang melayan seorang peminat.
“Lelaki
pun ada juga?” soal Hadif berkerut dahi.
Seorang
lelaki sedang menghampiri Qaira dan bergambar dengan gadis itu. Matanya tidak
lepas memandang Qaira yang sedang tersenyum.
Kemudian,
dijatuhkan mata ke beg plastik yang dipegang. Novel Qaira berada di dalam beg
plastik tersebut.
“Nantilah
aku mintak tanda tangan dia,” kata Hadif lalu beredar dari situ.
Belum
sempat langkahnya menjauh, namanya dipanggil seseorang. Dia menoleh ke belakang
dan wajah Qaira menyapa mata.
“Awak
buat apa kat sini?” tanya Qaira sedikit terkejut.
“Kenapa?
Aku tak boleh ada kat sini ke?” tanya Hadif bernada serius.
“Eh,
apa pulak tak boleh. Tempat ni kan tempat awam. Sesiapa pun boleh ada kat
sini,” tukas Qaira tersenyum.
“Kau
dah makan belum?” tanya Hadif prihatin.
“Kenapa?
Awak nak belanja saya makan ke?” tanya Qaira pula.
“Kalau
kau tak nak, aku blah dulu,” kata
Hadif bersedia untuk pergi.
“Awak
ni merajuk macam budak-budak.”
“Bila
masa pulak aku merajuk?”
“Jomlah!
Kata tadi nak belanja saya makan,” ajak Qaira teruja.
Dia
melangkah menuju ke sebuah restoran berhampiran. Senyuman terukir di bibir.
Hadif
hanya memandang dan menggeleng. Tercuit hatinya dengan tingkah lalu Qaira.
Tanpa menunggu, dibawa langkah mengekori langkah Qaira. Entah kenapa dia
terfikirkan sesuatu. Selendang! Sebut Hadif dalam hati.
“TERIMA
kasih!” ucap Qaira sehabis sahaja memberi pesanan.
Pelayan
yang bertugas sekadar mengangguk dan tersenyum. Dia beredar dari situ menuju ke
kaunter pesanan.
“Awak
beli apa?” tanya Qaira tatkala terpandang beg plastik di atas meja.
Pantas,
dia menarik dan melihat isi di dalam beg plastik itu. Kelihatan seperti
novelnya. Adakah Hadif membeli novelnya?
“Tak
ada apa,” kata Hadif sambil cuba menarik beg plastik dari pegangan Qaira.
Namun,
Qaira terlebih dahulu menarik beg plastik itu. Dia memandang ke arah lain
sambil cuba menahan rasa malu.
“My Best Husband!” sebut Qaira berkerut
dahi.
Hadif
tidak membalas. Matanya melilau melihat keadaan sekeliling restoran.
“Tak
sangka awak pun baca novel juga.”
“Kenapa?
Kau ingat aku tak pandai baca novel-novel tu semua ke?”
“A’ah!
Saya ingat awak ni seorang yang kolot.”
“Kolot
kau….”
“Terima
kasih sebab beli novel saya.”
“Aku
terbeli.”
“Iya
ke ni?” tanya Qaira sambil mengangkat kening.
“Iya
la. Kenapa?” tanya Hadif pula.
“Tak
percayalah! Memang niat awak nak beli novel saya, kan? Awak ke sana tadi nak
mintak tanda tangan saya, kan?” tebak Qaira. Matanya tepat ke wajah Hadif.
“Mana
ada!” tukas Hadif sambil cuba menahan rasa malu.
“Muka
awak dah merah,” usik Qaira ketawa kecil.
Hadif
menoleh ke arah lain. Sungguh, dia berasa malu ketika ini. Kau ni Dif, buat
malu aje. Kan dah kantoi! Bisik Hadif kepada diri sendiri.
“Saya
tanda tangan ya,” ujar Qaira.
Hadif
hanya mengangguk. Dia memandang tingkah laku Qaira yang sedang menandatangani
novel tersebut.
“Selendang
tu nampak sesuai untuk kau.”
Qaira
mematikan tingkah laku. Dia memandang selendang yang dipakainya itu.
“Tak
sangka kau akan pakainya.”
“Eh,
ini bukan selendang yang awak bagi hari tu. Selendang ni….”
“Kau
nampak cantik hari ni,” puji Hadif bernada ikhlas.
Qaira
menunduk. Malu tatkala dipuji sebegitu.
“Kau
ni memang cepat perasan,” kata Hadif tergelak.
Qaira
berkerut dahi. Apa maksud Hadif?
“Baru
puji sikit dah tersenyum macam orang tak betul,” kutuk Hadif selamba.
“Apa
awak cakap?” tanya Qaira bernada keras.
“Orang
perempuan ni mudah cair bila dipuji.”
Qaira
mengepal tangan. Sakit hati mendengar kutukan Hadif.
“Mesti
kau syok sendiri masa tulis novel, kan?”
“Awak
kata saya syok sendiri?”
Hadif
sekadar mengangguk.
“Awak
dah melampau!” geram Qaira bingkas bangun dari duduk.
Tanpa
menunggu, dia melangkah keluar dari restoran itu. Sakit hatinya mendengar
kutukan dan kritikan Hadif.
“Macam
dia tu bagus sangat. Suka hati aje nak kritik orang,” bebel Qaira sendirian.
Tidak
diendahkan pandangan orang sekeliling. Ikutkan hati, mahu disekeh kepala pemuda itu. Melepaskan
kemarahan di hati.
“Menyesal
aku pakai selendang ni,” rengus Qaira pula.
Dia
menghentikan langkah. Keluhan berat dilepaskan. Kenapa dia boleh berjumpa
dengan pemuda seperti Hadif? Lagi teruk daripada calon-calon suami yang Puan
Noraini kenalkan kepadanya.
“Aku
mintak maaf!” ujar Hadif tiba-tiba.
Qaira
tersentak. Dihalakan mata ke wajah Hadif di sisi. Malah, pegangan di tangan
menambahkan rasa terkejutnya itu.
“Aku
gurau aje. Takkan itu pun kau nak ambil hati,” kata Hadif lagi.
Qaira
mencebikkan bibir.
“Kau
memang cantik bila pakai selendang. Terima kasih sebab sudi pakai selendang tu,”
ucap Hadif berserta kata pujian.
“Awak
ingat saya nak percaya?”
“Tak
percaya? Kau nak aku buktikan kata-kata aku ni ke?”
Qaira
tidak membalas. Dia memandang ke arah lain.
“Kau
nak aku kiss kau baru kau nak
percaya?” usik Hadif seraya mengangkat kening.
Dia
mengacah untuk mencium Qaira. Gadis itu cuba menjauhkan diri. Tergelak dia
melihat tingkah laku Qaira.
“Gila!!!”
rengus Qaira lalu beredar dari situ.
Hadif
masih lagi ketawa. Dia mengekori langkah Qaira daripada belakang. Entah kenapa
dia suka menyakat Qaira. Gadis itu seorang yang ceria. Rasa selesa berkawan dan
berada di sisi Qaira.
“5B!
Berkenalan, berkawan, bercinta, berkahwin dan bahagia,” sebut Hadif lalu tersenyum.
“MACAM
mana? Best tak?” tanya Lija tidak
sabar.
“Biasa
aje. Kenapa?” balas Qaira sambil duduk.
“Takkan
biasa aje kut? Ramai orang tak?”
“Ramai
la juga.”
“Siapa
lagi yang join dengan kau?”
“Jasmine,
Farisa dan Cik Sweet.”
Lija
mengangguk faham.
“Kau
dah makan ke?”
“Dah!
Aku makan kat luar tadi.”
“Kalau
macam tu, aku masuk dulu. Penat!”
“Kau
dating dengan dia ke?”
Terhenti
langkah Qaira dek kerana pertanyaan itu. Dihalakan mata ke wajah Lija.
“Kau
dating dengan dia ke tadi?”
“Mana
ada! Aku tak jumpa dia pun hari ni.”
“Iya
ke ni?”
“Iya
la. Kenapa?”
“Habis
tu? Yang kat luar tu siapa? Kereta siapa?” tanya Lija sambil mengunjuk ke luar
rumah. Senyuman penuh makna menghiasi bibir.
Qaira
berkerut dahi. Matanya meninjau ke luar rumah. Bulat matanya melihat Hadif.
Bukankah mereka mengikut haluan masing-masing selepas makan tadi?
“Dia
temankan kau kat event tu ke? So sweet!”
“Tak
adalah! Kebetulan dia ada kat sana tadi.”
“Kebetulan
ke atau memang dia nak jumpa dengan kau?”
Qaira
menggaru kepala yang tidak gatal. Sengihan diberikan kepada Lija.
“Pergilah!
Lama dah dia kat luar tu.”
Qaira
tidak membalas. Dia membawa langkah keluar dari rumah menuju ke pintu pagar.
Hadif yang sedang bersandar di kereta dipandang.
“Memang
dia orang berdua ada ‘something’,”
ujar Lija ketawa kecil.
Dia
segera masuk ke dalam bilik. Memberi ruang kepada Qaira dan Hadif berbual
bersama. Agak kurang manis mengintai dan mencuri dengar perbualan mereka
berdua.
Qaira
memerhatikan Hadif. Otaknya dikerah berfikir. Kenapa Hadif ke sini? Apa yang
Hadif mahukan daripadanya?
“Awak
nak apa datang sini?” tanya Qaira setibanya di hadapan Hadif.
Hadif
tersenyum. Wajah Qaira ditatap buat seketika.
“Kalau
tak ada hal penting, mesej atau call
ajelah. Buat apa ke sini? Tak manis kalau jiran-jiran nampak awak selalu ke
sini,” kata Qaira bernada teguran.
“Kenapa?
Jiran-jiran kau berminat dengan aku ke? Nak tackle
aku?” kata Hadif sekadar mengusik. Kening diangkat. Lagak seperti seorang yang
nakal.
Qaira
berkerut dahi. Cuba memahami kata-kata Hadif.
“Kau
cemburu kan? Cemburu sebab dia orang berminat dengan aku.”
“Cemburu?
Eee…. tolonglah! Awak ni memang perasan betul.”
“Kalau
kau dah suka kat aku, beritahu ajelah. Buat apa nak selindung-selindung.”
“Suka?
Tak ada maknanya saya suka kat awak. Perasan!”
Hadif
tergelak. Matanya menatap wajah Qaira. Merah pipi gadis itu dilihatnya.
“Kau
suka kat aku, kan?”
“Mana
ada!”
“Suka!
“Tak
suka!”
“Suka!”
“Tak
suka!”
“Tak
suka!”
“Suka!”
Qaira
menekup mulut. Malu!
“Tengok!
Pipi kau dah merah!”
Qaira
memegang pipi sendiri. Sungguh, dia berasa malu ketika ini.
“Aku
gurau aje. Kau janganlah ambil hati.”
Qaira
menundukkan muka. Rasa malu masih lagi bersisa.
“Aku
dah buat keputusan.”
Qaira
berkerut dahi. Keputusan apa yang dimaksudkan oleh Hadif itu?
“Aku
nak melamar kau jadi isteri aku.” Serius Hadif berkata.
Qaira
yang mendengar mengangkat wajah. Terkejut mendengar keputusan Hadif.
“Kita
kahwin!” beritahu Hadif lagi.
Special
entry!
Jumpa
lagi.
Wassalam.
Terima kasih sudi follow CSBN. :)
BalasPadamsenyum jer bila baca n3 nie...sweet gitu
BalasPadamtqvm ye
tq jg coz sudi follow CSBN. :)
Padambest sangt2.. senyum sorang2, nsb baek xde org kt tepi., "*-*"..hehe..
BalasPadamsuke watk hadif..
terima kasih jg coz sudi baca CSBN. :)
Padam