QAIRA
memerhati tingkah laku Puan Noraini. Ibunya itu sedang mundar mandir sambil berpeluk
tubuh. Apa yang tidak kena dengan ibunya itu? Kenapa dia disuruh pulang dengan
tiba-tiba? Adakah disebabkan hal yang lepas maka dia dipanggil pulang? Hal di
mana dia mengelakkan diri dari berkenalan dengan Sharmin, anak Mahadi.
Keluhan
ringan terlepas dari bibir. Sejak dari dulu lagi ibunya tidak putus-putus
mencari calon suami untuknya. Naik muak dan jemu tatkala dipaksa untuk bertemu
dengan kesemua calon tersebut. Jika tidak diikutkan, dikatakan anak derhaka.
Mahu tidak mahu, terpaksa jugalah dia berjumpa dengan mereka semua. Sekadar
syarat sahaja.
“Ibu
dah cari calon yang sesuai untuk Aira,” ujar Puan Noraini.
“Calon
lagi!” keluh Qaira perlahan.
“Selagi
Aira tak bawa calon untuk ibu, selagi itu ibu akan kacau hidup Aira,” tegas Puan
Noraini. Dilabuhkan duduk di hadapan Qaira.
“Ibu
ni tak bagi chance pada Aira nak
hidup aman la.”
“Ibu
tak peduli. Selagi Aira tak jumpa dan bawa calon untuk ibu dan ayah, selagi itu
ibu akan cari calon untuk Aira.”
“Sampai
hati!”
“Sampai
hati ke tak sampai hati ke, ibu tetap dengan rancangan ibu. Nak tak nak, Aira
kena juga dengar cakap ibu.”
Qaira
mengeluh untuk kesekian kali. Keputusan Puan Noraini menjeruk hati. Bukannya
dia tidak mahu berusaha mencari. Sejak dari universiti lagi dia berusaha.
Setiap kali dia meminati seorang lelaki, pasti ada halangan yang mendatang.
Wajah
Ady menyapa mata dengan tiba-tiba. Lelaki yang pernah disukai ketika di
universiti dahulu. Disebabkan Ady mempunyai komitmen terhadap keluarga, maka
dia ditolak dan terpaksa menerima keputusan pemuda itu seikhlas hati. Dalam
erti kata yang lain, dia hanyalah bertepuk sebelah tangan. Kini, Ady sudah pun
berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata.
“Dengar
tak apa yang ibu cakap ni?” tegur Puan Noraini.
“Haa…
apa dia ibu?” soal Qaira terpinga-pinga.
“Orang
tengah bercakap, dia mengelamun pulak.”
Qaira
hanya tersenyum. Entah kenapa rasa rindu dengan kenangan bersama Ady. Adakah
rasa kasih dan sayang terhadap Ady masih tersemat kemas di hati? Setiap kali
dia membuka akaun facebook, tidak pernah
dia terlepas melihat akaun facebook Ady.
Tatkala melihat kebahagiaan Ady, rasa cemburu hadir di benak hati. Adakah dia
akan sebahagia Ady suatu hari nanti?
“Aira!”
Puan Noraini menegur buat kali yang kedua.
“Apa
dia ibu?” tanya Qaira perlahan.
“Ibu
nak Aira jumpa dengan lelaki tu. Ibu dah tetapkan hari, masa dan tempat. Aira
pergi jumpa aje dengan dia,” jelas Puan Noraini.
“Perlukah
ibu?” Qaira bertanya lagi.
“Seperti
yang ibu katakan tadi. Perlu!” tegas Puan Noraini lalu bangun dari duduk.
Qaira
tidak membalas. Wajah Puan Noraini ditatap seketika.
“Kali
ni ibu tak nak ada masalah lagi seperti yang lepas. Ingat Aira!” amaran Puan
Noraini lalu beredar dari situ.
Qaira
hanya memandang. Dia menyandarkan tubuh ke sofa. Apa yang harus dilakukan
ketika ini? Perlukah dia menerima cadangan Puan Noraini?
“Kenapa
aku susah nak lupakan dia?” soal Qaira sendirian.
Dia
bangun dari duduk dan melangkah menuju ke bilik. Otaknya memikirkan permintaan Puan
Noraini.
“Perlukah
aku terima kali ni?” tanya Qaira pula.
Satu
persatu anak tangga didaki. Permintaan Puan Noraini berlegar-legar di minda.
“Cadangan
Lija!” Terpacul ayat itu dari bibirnya.
Cadangan
yang diutarakan Lija dua hari yang lepas berlegar-legar di minda. Ada baiknya
dia menerima cadangan Lija itu.
“Baik
aku call Lija. Bincang pasal ni,”
suara Qaira tersenyum senang.
“DARI tadi Jah
tengok abang termenung aje ni, kenapa? Abang ada masalah ke?” tegur Hajah
Halijah sambil duduk.
Haji
Saiful sedikit tersentak. Dihalakan mata ke wajah Hajah Halijah.
“Abang
fikirkan apa? Hadif?” soal Hajah Halijah lagi.
Haji
Saiful menghela nafas ringan. Anggukan kecil diberikan kepada isterinya itu.
“Kenapa
dengan Hadif?”
“Abang
fikirkan masa depan Hadif.”
“Masa
depan Hadif?”
“Umur
Hadif dah nak masuk 27 tahun. Sampai ke hari ni, Hadif tak pernah bawa
mana-mana gadis untuk diperkenalkan dengan kita.”
“Oh!
Itu yang abang risaukan.”
Haji
Saiful mengangguk lemah.
“Abang
janganlah risau. Lambat laun nanti, ada la tu.”
“Abang
tetap risau, Jah. Abang yakin Hadif masih marahkan abang atas apa yang berlaku
pada Hazleen dulu.”
Hajah
Halijah tidak membalas.
“Hadif
masih marahkan abang atas keputusan abang yang dulu. Abang paksa Hazleen kahwin
dengan pilihan abang. Disebabkan keputusan abang tu, Leen tinggalkan kita tanpa
khabar berita. Abang tak pernah nak memahami perasaan Leen. Abang ikutkan
perasaan ego abang sehingga abang tak menyelami hati anak abang sendiri.”
“Semua
tu dah berlaku. Tak boleh nak diputarkan kembali.”
“Abang
tetap rasa bersalah, Jah.”
Hajah
Halijah menggeleng perlahan. Tangan Haji Saiful ditarik lalu digenggam erat.
Menyalurkan rasa kasih dan sayang terhadap suaminya itu.
“Mungkin
sebab tu Hadif tak nak kita carikan calon untuk dia. Mungkin juga Hadif takut
nak bercinta atau berkawan dengan mana-mana perempuan.” Haji Saiful menyuarakan
apa yang dirasai selama ini.
“Tak
apalah bang. Mungkin Hadif dah ada calon yang sesuai dan tak nak beritahu pada
kita. Mungkin belum tiba masanya untuk kenalkan dengan kita.”
Hajah
Halijah sekadar menduga. Mungkin ada benarnya kata-kata Haji Saiful. Disebabkan
keputusan Haji Saiful terhadap Hazleen membuatkan Hadif memendam perasaan
marah. Sehingga ke hari ini, anak beranak itu tidak seia dan sekata. Ada sahaja
perkara yang dibahaskan oleh anak beranak itu.
“Jah
ada rancangan,” ujar Hajah Halijah.
“Rancangan?
Rancangan apa?” tanya Haji Saiful berminat.
“Kita
upah seorang perempuan dan kenalkan dengan Hadif.”
“Upah
perempuan? Awak biar betul Jah?”
“Kita
suruh perempuan tu kerja dengan Hadif. Jadi PA Hadif dan tolong siasat untuk
kita. Mungkin kita boleh tahu sama ada Hadif ada kawan perempuan atau pun tidak.”
Haji
Saiful berfikir sejenak. Otaknya cuba merencana kata-kata Hajah Halijah.
“Mana
la tahu kan lepas kenal dengan perempuan tu Hadif jatuh cinta. Itu pun kalau
Hadif tak ada kawan perempuan lain.”
Haji
Saiful masih lagi berfikir.
“Macam
mana?”
“Boleh
ke kita buat macam tu, Jah? Kita permain-mainkan perasaan Hadif. Kalau Hadif
dapat tahu, kita juga yang susah nanti. Bertambah benci Hadif dengan abang.”
Haji Saiful menyuarakan rasa kerisauan.
“As long Hadif tak tahu tentang ni.”
“Kita
menipu Hadif. Tak pasal-pasal kita aniaya anak gadis orang.”
Hajah
Halijah tidak membalas. Ada benarnya juga kata-kata Haji Saiful itu. Seandainya
Hadif mengetahui perkara yang sebenar, pasti gadis itu akan dibenci oleh Hadif.
“Kita
bagi peluang pada Hadif cari pasangan hidupnya sendiri. Kalau tak ada juga,
baru kita masuk campur. Kita carikan calon untuk Hadif,” ujar Haji Saiful.
Hajah
Halijah sekadar mengangguk. Senyuman diberikan kepada Haji Saiful.
“Kita
doakan yang terbaik untuk anak-anak kita.”
“Insya-Allah,
abang.”
“Abang
rindukan Hazleen.”
“Jah
pun sama bang. Dah macam-macam usaha kita lakukan untuk mencari Hazleen. Tapi,
semua tu tak mendatangkan hasil. Di mana kita nak cari Hazleen lagi?”
“Abang
harap suatu hari nanti Leen pulang ke pangkuan kita. Abang rasa bersalah dengan
Leen. Abang…”
“Sudahlah
bang. Kita doakan agar terbuka pintu hati Leen untuk pulang.”
Haji
Saiful menghela nafas berat. Hanya doa yang dapat diberikan buat Hazleen agar
selamat di mana sahaja anaknya itu berada.
“SO,
kau terima tak dengan cadangan aku tu?” tanya Lija tidak sabar.
“Ada
something la dengan cadangan kau tu,”
balas Qaira. Dia menyandarkan tubuh ke kerusi dan berpeluk tubuh.
“Apa
yang something?”
“Yalah.
Siapa yang boleh kita upah jadi calon suami aku tu?”
Lija
berfikir sejenak. Wajah-wajah calon suami Qaira menyapa seorang demi seorang.
“Macam
tak ada siapa pun yang sesuai.”
“Haaa…
Sharmin.”
“Sharmin?
Anak tok imam tu?”
Lija
mengangguk.
“Hisy..
tak nak aku. Dibuatnya ibu aku berkenan, tak pasal-pasal aku dinikahkan oleh
bapak dia sendiri.”
Lija
ketawa mendengarnya.
“Apa
kata kita iklankan kat dalam facebook,
nak tak?”
“Wei,
kau biar betul?”
“Betul
la.”
“Kau
gila. Aku ni dah la novelis. Tak pasal-pasal jadi isu pulak.”
Lija
tersengih.
“Kalau
Haris macam mana?”
“Haris?
Maksud kau Haris Samad? Kawan matrik kau dulu.”
Qaira
mengangguk lalu tersenyum.
“Kau
dah buang tabiat ke? Dia kan suami orang. Dah ada dua orang anak pun. Kau tahu
kan wife dia tu macam mana. Cemburu!”
“Aku
cadang aje. Aku pun tahu Fatimah tu macam mana orangnya.”
“Aku
rasa kita tolak ke tepi cadangan pertama ni. Apa kata kita guna cadangan kedua?
Itu lebih senang daripada cadangan pertama.”
“Maksud
kau daftar kat My Jodoh?”
Lija
mengangguk laju.
“Err….”
Qaira termati kata-kata.
“Ala…
bukannya orang tahu kau daftar kat sana. Aku ada terbaca satu artikel ni. Ramai
yang bertemu jodoh melalui website My
Jodoh tu.”
“Aku
tak rasa rancangan kau tu bernas.”
“Belum
cuba belum tahu. Kau cuba la.”
Qaira
menggaru kepala. Buntu ketika ini.
“Meh,
aku tolong bukakan website dia,” ujar
Lija sambil menghampiri Qaira.
Laptop
di hadapan ditarik. Jemarinya memainkan peranan dengan menggerakkan tetikus dan
menekan papan kekunci.
Qaira
hanya memandang. Tingkah laku Lija diperhati penuh minat.
“Aku
dah tolong bukakan websitenya. Kau
daftarlah. Free aje. Cuma kalau kau nak
communicate dengan orang lain, mean hantar mesej and so on, kau kena bayarlah,” terang Lija penuh semangat.
Diserahkan laptop kepada Qaira.
“Terror juga kau bab-bab ni,” puji Qaira
sambil jemari menggerakkan tetikus.
“Aku
pun daftar kat situ,” ujar Lija tersengih.
Qaira
ketawa mendengarnya. Kepala menggeleng kecil.
“Wah!
Handsome-handsome lelaki dalam ni.
Perempuan-perempuan dalam ni pun boleh tahan juga. Ada juga yang cantik. Takkan
semuanya masih single.”
“Dia
orang tu memilih. Mana nak dapat kalau nak cari yang cantik atau handsome.
Qaira
mengangguk faham. Satu persatu profil diperhati. Tingkah lakunya terhenti
tatkala tertarik kepada satu profil.
“Novelis!”
sebut Qaira perlahan.
“Siapa?
Kau ke?” tanya Lija menoleh.
“Eh…
bukan aku. Ni ha. Ada satu profil. Nickname
dia novelis.”
Lija
segera menatap skrin laptop. Membaca profil tersebut.
“Lelaki!”
“Macam
menarik dan tertarik aje.”
Qaira
tidak membalas. Dia meneliti profil itu.
“Beb,
aku nak keluar beli barang sekejap. Kau nak pesan apa-apa tak?”
“Tak
ada!”
“Kalau
macam tu, aku keluar sekejap.”
Qaira
hanya mengangguk. Matanya masih meneliti profil tersebut.
“Umur
27 tahun. Ampang. Pengurus. Perghh! Jawatan dia. Tapi, kenapa dia guna nickname ‘novelis’?” soal Qaira
sendirian.
Matanya
masih menatap skrin laptop. Satu persatu maklumat tentang novelis itu dibuka
dan dibaca.
“Baik
aku mesej dia. Macam menarik aje mamat ni,” kata Qaira.
Tanpa
berlengah, dia segera membuat bayaran melalui online pada pakej yang diambil. Setelah itu, dia meneroka senarai
kenalan satu persatu. Rasa teruja untuk melihat mereka-mereka yang berdaftar di
dalam website itu.
HADIF menyandarkan
tubuh ke kepala katil. Kepenatan bermain tenis mulai terasa dan minta
direhatkan. Nafas ditarik dan dilepaskan ringan. Otaknya mengimbas semula
perbualan Haji Saiful dan Hajah Halijah. Bukannya dia sengaja mencuri dengar
perbualan kedua-dua orang tuanya itu. Secara tidak sengaja dia terdengar
perbualan mereka.
Keluhan
dilepaskan. Cadangan Hajah Halijah meniti di minda. Cadangan mengupah seorang
gadis dan diperkenalkan dengannya. Adakah dia tidak laku sehinggakan uminya
sanggup menyuarakan cadangan tersebut?
Bukannya
dia tidak pernah memikirkan tentang masa depan. Disebabkan peristiwa yang
menimpa Hazleen, maka dia tidak mahu memikirkan tentang itu. Khuatir perkara
yang sama berlaku terhadap dirinya. Walau bagaimana sekalipun, dia tetap
menolak perkahwinan yang diatur oleh keluarga. Tidak sesekali dia
mempercayainya.
Hadif
membaringkan tubuh. Kata-kata Ikhwan terngiang-ngiang di minda ketika ini.
Ikhwan tidak pernah berputus asa dalam menasihatinya. Walaupun dia berasa
bosan, apa yang dinasihati oleh Ikhwan ada benarnya juga.
“Jodoh
itu rahsia Allah. Kita dijadikan berpasang-pasangan. Lambat dengan cepat
sahaja,” suara Ikhwan perlahan.
Hadif
hanya tunduk mendengar. Tidak berniat untuk membalas.
“Ajal,
maut, jodoh dan pertemuan. Semua itu ketentuan Allah. Aku yakin, jodoh kau dah
ditetapkan oleh Allah. Cuma belum tiba masanya untuk kau bertemu dengan jodoh
kau tu,” sambung Ikhwan lagi.
“Aku
tahu Wan. Semua tu ditentukan oleh Allah,” balas Hadif mengangkat wajah.
“Kalau
kita tak berusaha, kita takkan dapat hasilnya. Kau kena berusaha mencari.”
“Aku
belum bersedia lagi.”
“Sampai
bila nak tunggu kau bersedia? Kalau kau cakap macam tu, selama-lamanya kau
takkan bersedia nak ke alam perkahwinan. Mungkin kau perlu cuba berkenalan
dengan seorang perempuan. Selama ini aku tak pernah tengok kau keluar dengan
mana-mana perempuan sedangkan masa di universiti dulu, kau seorang yang boleh
dikatakan popular,” terang Ikhwan panjang lebar. Wajah Hadif ditatap mesra.
Hadif
tidak membalas. Ada benarnya penerangan Ikhwan. Dulu, dia seorang yang popular
di universiti dan menjadi rebutan para gadis di universiti itu. Kini, dia
bukanlah seperti itu. Semenjak dia bekerja, masanya dihabiskan pada kerjaya. Untuk
bersosial, jarang sekali. Disebabkan itu, sehingga ke hari ini dia belum
mempunyai kekasih hati.
“Kalau
kau dah bersedia, kau beritahu pada aku. Insya-Allah, aku akan bantu kau.”
“Tengoklah
nanti.”
Bunyi
mesej masuk menyentak lamunan pendek Hadif. Dicapai telefon bimbit lalu membaca
kiriman mesej. Lantas, jemarinya menaip dan membalas mesej tersebut.
“Mungkin
aku boleh ikut rancangan umi,” kata Hadif sendirian.
Ditatap
skrin telefon dengan pandangan yang kosong.Otaknya sedang cuba memproses
rancangan Hajah Halijah.
“Mungkin
aku perlu cari seorang perempuan untuk berlakon. Dengan cara itu, mereka takkan
carikan calon untuk aku. Aku tak nak jadi macam Kak Leen,” sambung Hadif lagi.
Berkerut
dahinya memikirkan tentang itu. Jika dia mengikut cadangan Hajah Halijah, siapa
yang sanggup memegang watak itu?
“Minah
gila!” sebut Hadif seraya mengangkat tubuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan