“Kau tak cantik, kau tak menarik, kau
tak berharta, kau kekampungan dan menyusahkan. Mana mungkin kau layak untuk aku. Tak
pernah terlintas di fikiran aku untuk memikirkan kau,”
– Hazrel Hardy Ridzuan
Hazrul
Hardy, insan yang pernah hadir dalam hidup Nur Ain Zafira. Insan yang menyintai
dan menyayanginya setulus dan seikhlas hati tanpa memandang pada harta, darjat
dan keturunan. Insan yang telah memberi seribu kenangan dalam hidup Nur Ain
Zafira. Mungkinkah rasa cinta dan kasih pada Hazrul Hardy akan kekal terpahat
di dalam hati Nur Ain Zafira? Atau Hazrel Hardy yang dapat menggantikan tempat
Hazrul Hardy di hati Nur Ain Zafira?
“Abang sayangkan Ain. Abang cintakan
Ain. Andai kata abang pergi dulu dari Ain, ingat pesan abang, janji dengan
abang yang Ain akan jadi seorang gadis yang penyabar dan tabah. Jangan salahkan
takdir seandainya ALLAH menguji Ain suatu hari nanti,”
– Hazrul Hardy Ridzuan
Adakah
Nur Ain Zafira dapat mengetahui akan kebenarannya? Sebab yang menjadi punca dia
dihalau oleh keluarganya. Sebab yang membuatkan Datin Salina begitu
membencinya. Siapakah dalang pada setiap apa yang berlaku kepada Nur Ain
Zafira? Siapa pula yang akan membela nasib Nur Ain Zafira? Adakah Izzuddin
Hanif yang sentiasa menagih cinta darinya? Mungkinkah Faizal yang sentiasa membuatkan
hidupnya tidak tenteram. Atau Eddie Zakuan yang diamanahkan oleh seseorang buat
Nur Ain Zafira.
“Salahkah aku menyintaimu? Aku juga
ingin dicintai. Aku juga ingin dicintai oleh insan yang aku cintai. Adakah aku
akan merasai nikmatnya bercinta?”
– Nur Ain Zafira Ibrahim
“Kenapa wajah kau yang menggetarkan
hatiku? Kenapa wajah kau yang mengganggu tidur malamku? Kenapa wajah kau yang
meniti di tubir mataku? Kenapa wajah kau yang membuatkan hatiku tidak keruan?
Kenapa wajah kau yang aku rindui?”
– Hazrel Hardy Ridzuan
menarik..
BalasPadamnovel pling best yg prnh sy baca... kak eliza n3 la byk lgi...
BalasPadamaduh! terharu rasanya.. terima kasih dik atas komennya.. tp, msh ada kekurangan lg dlm AJID ni..
Padamsama2... x ada kkurngan pn... jln crita AJID mmg mnrik,,.
Padamterima kasih dik.. terima kasih jg kerana menyukai dan mengikuti kisah HH & NAZ..
Padamsangat best.. =D
BalasPadamterima kasih kerana sudi membaca AJID.. :)
Padam