BAB
10
“Come
on Aisya, kita pergi sekejap aje… pastu
kita balik la,” ajak Nadia separuh merayu. Berharap agar Aisya mengikutinya
menonton wayang pada petang itu.
“Nadia, kau pergi sajalah dengan Adham,
aku nak siapkan assignment aku yang
berlambak ni,” tolak Aisya lembut. Tidak mahu Nadia memaksanya untuk pergi
menonton wayang bersama. Dia perlu menyiapkan beberapa assignment memandangkan tarikh akhirnya cuma tinggal seminggu saja
lagi.
Nadia menghampiri Aisya yang masih lagi
ralit menaip sesuatu di depan laptop.
Pantas dia mencapai mouse dan menekan
butang save dan menyimpan maklumat
yang sedang ditaip oleh Aisya ke dalam satu fail. Seminit kemudian laptop Aisya sudah pun di shut down kan oleh Nadia.
“Apa ni Nadia. Aku belum siap lagilah assign….” Belum sempat Aisya
menghabiskan kata-katanya, Nadia sudah pun menarik tangannya supaya beredar
dari bilik itu. Aisya terpaksa akur mengikutinya walaupun ketika itu hatinya
marah dan geram dengan tindakan Nadia.
“Aku janji takkan lama Aisya.
Percayalah pada aku okey!” janji
Nadia sambil tangannya melambai-lambai ke arah Adham Ikmal yang setia menunggu
di luar pagar kolej.
“Kau ni memang menyusahkan akulah
Nadia. Sekejap aje tau. Tapi kalau kau lambat, aku balik sendiri okey!” ugut Aisya sambil menunjukkan
jari kelingkingnya kepada Nadia sebagai tanda janji di antara mereka berdua.
“Ya, ya aku janji. Kecoh betul la kau
ni Aisya!” getus Nadia sambil membalas jari kelingking Aisya dan kemudian itu
dia berlari anak menuju ke arah Adham Ikmal.
“Sorry lambat. Dah lama tunggu?” soal Nadia
setibanya mereka berdua di hadapan Adham Ikmal. Adham Ikmal hanya tersenyum dan
menggeleng. “So, kita nak pergi
tengok kat mana?” sambung Nadia sambil tangannya memaut lengan Adham Ikmal.
Senyuman tidak lekang dari bibirnya.
Aisya bosan memerhatikan tingkah laku
gedik kawan baiknya itu. Bagi Aisya, Nadia akan bersikap gedik seperti itu
apabila berhadapan dengan lelaki yang disukainya dalam diam. Walaupun Nadia
tidak pernah meluahkan perasaannya terhadap Adham Ikmal, tetapi tingkah laku
Nadia sudah menjelaskan segala-galanya betapa Nadia amat menyukai dan menyintai
Adham Ikmal. Begitu juga dengan Adham Ikmal. Dalam diam Adham Ikmal juga
menyimpan perasaan yang sama terhadap Nadia.
Kereta meluncur laju menuju ke Mid Valley Megamall yang terletak di
pinggir Kuala Lumpur. Aisya lebih selesa memdiamkan diri daripada berbual-bual
dengan Adham Ikmal dan Nadia. Fikirannya jauh melayang. Teringatkan assignment yang masih belum lagi
disiapkan. Entah mengapa dia boleh berlembut dengan Nadia. Mengikuti segala
kemahuan Nadia. Tidak pernah membantah kemahuan Nadia. Bagi Aisya, Nadia adalah
segala-galanya. Semenjak berkawan dengan Nadia, hanya pada Nadia sahajalah
tempatnya meluahkan perasaan. Susah dan senang mereka sentiasa bersama.
Adham Ikmal memarkirkan kereta di petak
yang baru dikosongkan. Setelah mengunci kereta, mereka segera melangkah jalan
menuju ke tingkat atas untuk membeli tiket. Aisya hanya mengekori dari
belakang. Sungguh dia tidak suka akan keadaan itu. Tidak suka berada di antara
pasangan yang sedang bercinta. Rimas dan bosan apabila berada dalam keadaan
begitu.
Setelah membeli tiket, mereka menuju ke
sebuah restoran yang terletak di tingkat atas sekadar untuk mengalas perut
sebelum menonton. Sedang mereka sibuk melayan makanan masing-masing, mereka
dikejutkan dengan kehadiran seseorang yang Aisya sendiri tidak menduganya.
Tengku Azizul! Ya Tengku Azizul. Apa dia buat kat sini? Soal Aisya sendirian
namun dia pandai mengawal riak wajahnya yang agak terkejut dengan kehadiran
Tengku Azizul.
“Sorry Adham, aku lambat. Jalan jam la,” suara Tengku Azizul seraya
melabuhkan duduk bersebelahan Aisya.
Kehadiran Tengku Azizul yang tidak
diduga membuatkan Aisya rasa ingin beredar segera dari situ. Tetapi
memandangkan kesungguhan Nadia mengajaknya menonton bersama, digagahkan juga
dirinya untuk terus berada di situ.
“It’s
okey Azizul.
Wayang kita pukul 4 petang,” balas Adham Ikmal sambil tersenyum kepada Nadia.
Nadia mengerutkan dahi sambil memandang
tepat ke muka Adham Ikmal, inginkan penjelasan. Adham Ikmal yang tidak selesa
dengan pandangan Nadia lantas bersuara.
“Sorry,
lupa nak inform you all berdua
tadi yang Azizul nak join sekali
tengok wayang.”
Nadia menoleh sekilas ke arah Aisya
yang masih lagi tunduk meneguk air dari dalam gelas. Nadia perasaan akan
perubahan wajah Aisya. Hatinya tidak tenteram melihat kemuraman Aisya. Dia
benar-benar dipagut rasa bersalah.
“Awak apa khabar Aisya?” soal Tengku
Azizul sedari tadi memerhatikan Aisya yang kurang selesa akan kehadirannya di
situ.
Aisya mengangkat muka dan hanya
mengangguk. Dia kurang selesa akan kehadiran Tengku Azizul, lelaki yang sudah
memalukan dia di khalayak ramai disebabkan dia dituduh kerana memberi surat
cinta kepada Tengku Azizul. Bagi Aisya, kesemua perempuan yang tergila-gilakan
akan Tengku Azizul adalah perempuan yang paling bodoh pernah dia jumpa. Eh!
Termasuk aku sekali la bodoh sebab dalam diam aku pun tergila-gilakan dia.
Siapa tak nak kalau dapat boyfriend
handsome macam Tengku Azizul ni, monolog Aisya sendirian.
“Awak macam tak suka aje saya datang,”
ujar Tengku Azizul apabila menyedari akan perubahan di wajah Aisya yang berubah
menjadi mendung dengan tiba-tiba.
“Eh, tak adalah. Bukan saya yang tak
suka, ntah-ntah awak tu yang tak suka nak berjalan ngan kitorang. Yalah awak
kan terkenal kat kampus, menangis awek-awek awak nanti bila mereka tahu atau
nampak yang awak berjalan dengan kitorang,” sanggah Aisya seperti menyindir.
Tengku Azizul tersentak dengan
kata-kata Aisya. Ada sedikit perubahan pada wajahnya yang disedari oleh Adham
Ikmal. Wajah Tengku Azizul berubah tegang sebaik mendengar kata-kata Aisya.
“Eh, dah lah. Jom kita masuk!” ajak
Adham Ikmal mematikan tenungan Tengku Azizul terhadap Aisya sedari tadi.
Bingkas dia bangun dari duduknya.
“A’ahlah dah nak pukul 4 ni, jom kita
masuk!” sokong Nadia sambil menarik lengan Aisya agar bangun dan beredar dari
situ. Nadia juga perasan akan perubahan wajah Tengku Azizul di kala itu.
Mereka menyusuri deretan kedai-kedai
sebelum ke panggung wayang. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Nadia masih
memaut lengan Aisya. Tengku Azizul masih berwajah tegang dan disedari oleh
Adham Ikmal dan Nadia. Aisya hanya selamba.
“Aisya, yang kau pergi hentam dia
apasal. Kang bergaduh pulak. Korang berdua ni kan tak boleh bersama, ada aje
yang nak digaduhkan. Kalau korang bergaduh, habislah plan aku nak tengok wayang ngan Adham. Dah lama aku impikannya tau.
Kau jangan buat-buat tak faham ya Aisya,” tegas Nadia sambil matanya melirik ke
arah Aisya. Sedari tadi dia memerhatikan Aisya yang menjeling tajam ke arah
Tengku Azizul. Aisya masih tidak berpuas hati dengan kehadiran Tengku Azizul.
“Habis tu buat apa bawa aku sekali
kalau kau teringin sangat nak dating ngan
dia. Tak pasal-pasal aku nak kena mengadap muka mamat perasan bagus tu,” bentak
Aisya dan melangkah laju menuju ke ladies
room. Nadia setia mengekori langkah Aisya.
“Okey…
okey… aku minta
maaf. Memang aku yang bersalah dalam hal ni. Tapi, bab Tengku Azizul… aku tak
ada kena-mengena. Aku sendiri tak tahu kenapa Adham ajak dia sekali sama,” bela
Nadia sambil menguak rambutnya ke belakang.
Aisya menjeling geram ke arah Nadia.
Hatinya benar-benar sakit dengan kenyataan dari kawan baiknya itu. Terasa
dirinya menjadi halangan untuk Nadia dan Adham berdating gara-gara sikapnya yang tidak menyenangi akan kehadiran
Tengku Azizul.
“Dahlah Aisya, diorang dah tunggu kat
luar tu, jom!” ajak Nadia sambil menarik tangan Aisya keluar dari ladies room. Aisya terpaksa akur dalam
masa hatinya memberontak hebat.
“Kalau kau bukan kawan baik aku Nadia,
dah lama aku blah!” Marah Aisya namun
masih mengekori Nadia dari belakang.
Nadia hanya tersenyum melihat gelagat
Aisya yang difikirkan seperti keanak-anakkan.
Selesai menonton, Aisya pantas menarik
tangan Nadia untuk berbicara. Dia menolak cadangan Adham Ikmal untuk turut
serta berjalan-jalan di shopping complex
Mid Valley itu. Dia berharap agar
Nadia turut sama mengikutnya balik ke kolej kerana memikirkan assignment yang belum disiapkan lagi.
Tetapi dia hampa kerana Nadia berkeras untuk mengikuti Adham Ikmal untuk
berjalan-jalan. Aisya memohon untuk balik ke kolej sahaja. Belum sempat kakinya
melangkah pergi, Tengku Azizul tiba-tiba bersuara.
“Saya hantarkan awak balik Aisya.”
Aisya menoleh ke arah Tengku Azizul
dengan seribu pertanyaan di kepala. Matanya terkebil-kebil mendengar pelawaan
Tengku Azizul yang ingin menghantarnya balik ke kolej.
“Eh, tak mengapalah. Buat apa
susah-susahkan diri untuk hantar saya. Nanti cemburu pulak awek-awek awak tu
bila nampak awak turunkan saya di depan kolej nanti,” tolak Aisya dengan nada
yang tegas. Dia lebih rela balik sendiri daripada menumpang lelaki itu.
Tengku Azizul mengangkat kening dan
memandang tajam ke arah Aisya. Terasa pelawaannya sebentar tadi
diperlekeh-lekehkan oleh Aisya. Terasa dirinya dimalukan di hadapan Adham Ikmal
dan Nadia. Belum pernah ada perempuan yang berani menolak pelawaannya
memandangkan dia digilai perempuan di kampus.
“Aisya, apa salahnya kalau Azizul
tolong hantarkan awak balik. Lagipun awak tentu nak siapkan assignment awak cepatkan? Kalau awak
tunggu public transport, entah pukul
berapa awak akan sampai ke kolej nanti,” cadang Adham Ikmal apabila menyedari
akan tenungan Tengku Azizul terhadap Aisya. Tenungan yang sukar untuk
ditafsirkan.
Aisya menjeling ke arah Tengku Azizul.
Jelas riak kepuasan di wajah itu. Kepuasan kerana dia dipersalahkan gara-gara
menolak ajakan lelaki itu tadi. Senyuman sinis terbias di bibir Tengku Azizul.
Rasa meluat melihat senyuman itu. Kemudian, dia menoleh ke arah Nadia untuk
mendapatkan pembelaan.
“Yalah Aisya, betul tu. Tadikan kau
kata nak siapkan assignment. Apa
salahnya kalau Tengku Azizul tolong hantarkan kau ke kolej, cepat sikit
sampainya,” sokong Nadia sambil menoleh ke arah Adham Ikmal. Adham Ikmal
tersenyum mendengar kata-kata sokongan dari perempuan yang sudah lama bertahta
di dalam hatinya.
Berdesing telinga Aisya mendengarnya.
Hatinya bagaikan disiat-siat pisau belati selepas mendengar kata-kata Nadia.
Benarlah cinta itu memang buta. Setiap apa yang diperkatakan oleh Adham Ikmal,
jarang sekali Nadia membantah mahupun menolak, tetapi disokong membuta tuli
oleh Nadia tanpa melihat impak kesannya ke atas dirinya mahupun orang lain.
Rasa simpati yang dipamerkan kepada Nadia sebentar tadi tidak memberi kesan
apa-apa malah dirinya dijadikan bahan sindiran.
Mahu tidak mahu, Aisya melangkah
mengekori Tengku Azizul ke parking kereta
untuk balik ke kolej. Walaupun ketika itu, hatinya amat memberontak namun dia
terpaksa akur dengan tuntutan Nadia yang menginginkan dia selamat tiba di
kolej. Apakah jaminan dia akan selamat jika dia bersama dengan insan yang
paling dia menyampah dalam dunia ini? ‘Mamat perasan bagus’ gelaran yang
diberikan oleh Aisya kepada Tengku Azizul. Peristiwa dia bertengkar dengan
Tengku Azizul di hadapan library seminggu
yang lalu kembali bertaut di fikirannya ketika itu.
“Hey pompuan. Ambil balik surat cinta
hapak kau ni. Geli aku membacanya,” jerkah Tengku Azizul tiba-tiba. Dia
melemparkan sehelai surat ke muka Aisya.
Aisya terkedu. Sungguh terkejut dengan
jerkahan Tengku Azizul itu. Lantas dia mencapai surat tersebut dan membacanya.
Tengku Azizul hanya memerhati di samping Helmi yang tersenyum sinis melihat
Aisya. Riak di wajah Helmi sukar untuk ditafsirkan.
“Aisya… kau ke yang tulis surat ni?”
tanya Nadia seakan berbisik.
“Kau gila Nadia. Tak kuasa aku nak bagi
surat cinta kat dia. Apa hebat sangat ke dia ni sampai aku terhegeh-hegeh nak
bagi dia surat. Come on Nadia, takkan
kau tak kenal dengan aku lagi,” bidas Aisya keras. Dia melipat semula surat
tersebut dan menjamah wajah tegang Tengku Azizul.
“Kalau setakat muka kau ni… berlambak
aku boleh cari kat Chaw Kit tu lah,”
sindir Tengku Azizul dan tertawa sinis. Helmi tersengih. “Kau jangan ingat aku
akan suka pompuan macam kau ni. Tak sedar diri, ada hati nak tackle aku. Sedarlah diri tu sikit, rupa
pun dah macam minah Indon aku
tengoknya,” sambung Tengku Azizul. Kemudian itu dia ketawa terbahak-bahak.
“Kalau dah macam rupa minah Indon, kau amiklah dia jadi orang gaji
kat rumah kau tu Azizul,” tambah Helmi yang sedari tadi membisu. Semakin galak
Tengku Azizul dan Helmi ketawa. Rasa nak tercabut mulut tu disebabkan ketawa
galak mereka berdua.
Menyirap darah Aisya mendengar sindiran
Tengku Azizul dan kata-kata Helmi itu. Pantas dia berdiri dan satu tamparan
hinggap di pipi Tengku Azizul. Pasang-pasang mata yang memerhati gelagat mereka
sedari tadi, tidak diendahkan oleh Aisya. Apa yang pasti dia benar-benar terasa
dengan kata-kata Tengku Azizul dan Helmi itu.
Nadia turut berdiri. Terkejut dengan
tindakan Aisya yang menampar Tengku Azizul. Dia turut merasa bahang kemarahan
Aisya ketika itu. Lantas dia menarik lengan Aisya agar beredar dari situ.
Dikhuatiri akan memudaratkan lagi keadaan. Namun Aisya mengeraskan badannya.
“Kau ingat muka kau tu handsome sangat ke? Kucing kat rumah aku
lagi handsome dan cutelah dari kau. Daripada aku suka kat
kau, ada baiknya aku suka kat kucing-kucing tu, dapat jugak pahala daripada kau
buat tambah dosa saja,” tempelak Aisya tegas.
Kemudian itu, dia meninggalkan Tengku
Azizul terpinga-pinga dan malu keseorangan. Nadia mengekori dari belakang.
Sempat dia menoleh ke belakang dan terlihat Helmi sedang cuba untuk menenangkan
Tengku Azizul.
“Termenung jauh nampak,” tegur Tengku
Azizul mematikan lamunan Aisya sekali gus mengembalikannya ke alam realiti.
Aisya menoleh sekilas dan tersenyum hambar.
“Aisya, saya minta maaf pasal insiden
di depan library minggu lepas. Saya
tak berniat nak memarahi awak. Saya…” terhenti apabila Aisya memotong
kata-katanya.
“It’s
okey. Saya tak amik port pun
pasal tu. Lagipun bukannya dapat apa pun kalau isu ni diperbesarkan lagi. Tak
luak mana pun.” Sindir Aisya sinis.
Tengku Azizul terasa tersindir dengan
kata-kata Aisya. Dia memerling ke arah Aisya yang sedari tadi memandang keluar
tingkap. Terasa ucapan maaf yang keluar dari bibirnya tidak memberi kesan yang
mendalam kepada Aisya.
Angkuh benar kau Aisya. Siap kau
sebentar nanti, kau tahulah langit tu tinggi atau rendah. Berani benar kau
malukan aku depan orang ramai. Berani benar kau perlekeh-lekehkan aku. Berani
benar kau tampar aku hari tu. Kau benar-benar mencabar ego aku Aisya, marah
Tengku Azizul di dalam hati. Seperti ada yang membuatkan Tengku Azizul tidak
berpuas hati dengan Aisya selama ini.
“Eh, awak nak ke mana ni? Kita tak
janji nak ke mana-manakan!” suara Aisya tiba-tiba apabila menyedari Tengku
Azizul membelok ke simpang jalan yang asing baginya sama sekali.
Tengku Azizul hanya tersenyum sinis
tanpa menghiraukan kata-kata Aisya.
“Azizul, awak nak bawa saya ke mana
ni?” tanya Aisya dalam nada yang cemas. Dia berasa tidak senang duduk apatah
lagi melihat riak wajah Tengku Azizul yang bersahaja.
“Please Azizul, saya nak balik!” rayu Aisya sambil
memegang lengan Tengku Azizul yang masih lagi berlagak biasa.
Tengku Azizul memberhentikan keretanya
di hadapan sebuah banglo 2 tingkat yang tidak berpenghuni. Dia memandang ke
arah Aisya yang setia duduk bersebelahan pemandu dengan wajah cemas jelas
terpancar ketika itu. Dia mendengus geram.
“Please Azizul, saya nak balik. Saya…”
terketar-ketar Aisya menuturkan kata-kata. Namun ianya tidak memberi kesan
kepada lelaki yang sedang memandangnya dengan pandangan yang bengis dan marah.
Seperti singa menunggu masa untuk menerkam mangsanya.
“Balik?” ulang Tengku Azizul mengejek.
“Kau ingat aku suka sangatlah nak tumpangkan kau balik. Kau sendiri yang
perlekehkan aku bila aku volunteer nak
hantar kau balik tadi, sekarang kau nak rayu aku pulak. Hey, apa jenis
pompuanlah kau ni. Kau ingat kau tu lawa sangat ke. Poraah!!!” sambung Tengku
Azizul garang dan meninggi.
Aisya tersentak disergah sebegitu. Air
mata sudah mula membasahi pipinya yang putih lagi gebu. Mukanya ditundukkan
dari memandang Tengku Azizul. Gerun!!
“Saya minta maaf atas kata-kata saya
tadi. Saya tidak berniat untuk memperlekeh-lekehkan awak depan Adham dan Nadia.
Saya minta maaf.” Sayu kedengaran suara Aisya memohon maaf diselangi dengan
esakan tangisan.
“Kau ingat dengan perkataan maaf boleh
ubah kesemuanya. Kau jangan ingat aku dah lupa dengan apa yang kau katakan pada
aku minggu lepas. Kau tampar dan malukan aku depan orang ramai. Kau jatuhkan
maruah aku depan mereka semua sehinggakan aku rasa seperti mereka mengejek-ejek
aku dari belakang, kau tahu tak!” tengking Tengku Azizul mengejutkan Aisya yang
masih lagi menahan esakan. Dadanya berombak kencang.
“Ya ALLAH! Tidak terlintas di fikiran
saya untuk memalukan serta menjatuhkan maruah awak di khalayak ramai. Apa yang
saya katakan hari tu adalah lahir dari dalam hati saya. Jika kata-kata itu
berbekas di dalam hati awak, saya minta maaf sangat-sangat. Tolong, saya nak
balik!” rayu Aisya seraya memulas daun pintu kereta untuk keluar dari situ.
Belum sempat dia keluar dari perut kereta, Tengku Azizul sudah pun menariknya
semula ke dalam kereta.
“Apa ni Azizul, lepaskan saya… lepaskan
saya….” Ronta Aisya. Namun rontaan itu tidak mendapat belas kasihan dari Tengku
Azizul yang ketika itu seperti dirasuk syaitan. Mahkota yang selama ini dijaga
baik akhirnya diragut oleh lelaki yang menyimpan dendam terhadapnya di sebabkan
kesilapan yang kecil. Pepatah orang menyatakan, terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata buruk padahnya dan sekarang Aisya menerima padah diatas kata-kata
yang dihamburkan kepada Tengku Azizul walaupun pada mulanya dia tidak berniat
untuk berbuat begitu.
“Lepaskan aku… lepaskan aku…” jerit
Aisya mengejutkan Nadia yang sedang lena disebelah.
“Astaghafirullahalazim!! Aisya mengucap Aisya, mengucap,” panggil Nadia sambil
mengoncang-goncang badan Aisya agar terjaga dari mimpi yang ngeri.
Aisya membuka mata. Pantas dia memeluk
erat Nadia. Peristiwa silam menggamit dirinya semula.
“Maafkan aku Aisya. Aku bersalah pada
kau. Jika bukan kerana aku, kau takkan terima hukuman ini. Ya ALLAH, aku
bersalah pada kawan baikku sendiri. Aku terlalu ikutkan nafsu. Maafkan aku Ya
ALLAH!” doa Nadia di dalam hati sambil memandang sayu ke wajah Aisya yang
kembali lena setelah ditenteramkan olehnya sebentar tadi.
“Dah lama ke kau balik Aisya?” tanya
Nadia sebaik sahaja memasuki bilik. Dia melabuhkan duduknya di birai katil.
Senyuman manis masih bergayut di bibir. Riang di hati hanya tuhan saja yang
tahu.
“Adalah dalam satu jam,” ujar Aisya perlahan.
Keluhan ringan dilepaskan. “Kau happy
hari ni Nadia?’’ sambung Aisya. Ingin menyelami hati Nadia. Wajah bahagia Nadia
ditenung kasih.
Nadia tersenyum mendengar soalan yang
diajukan oleh Aisya itu. Bingkas dia bangun dan duduk bersebelahan Aisya yang
masih lagi tidak berkelip memandangnya.
“Mestilah aku happy sebab dapat keluar
dengan lelaki pujaan aku, lelaki yang aku suka,” balas Nadia dengan senyuman
yang tidak lekang dari bibirnya.
Aisya mengangguk dan tersenyum hambar.
Dia turut sama gembira melihat kegembiraan yang dikecapi oleh kawan baiknya
ketika ini. Dia rela berkorban asalkan Nadia dapat bersama-sama dengan lelaki
pujaannya, Adham Ikmal. Pengorbanan sehingga menyebabkan kesuciannya diragut
oleh lelaki durjana seperti Tengku Azizul. Mujurlah dia balik terlebih dahulu
daripada Nadia. Jika tidak, bagaimana untuk menyembunyikan keadaannya yang
berserabut ketika itu daripada Nadia. Dan tidak mustahil Nadia akan bertanya
padanya jika melihat keadaannya itu.
Sesampai sahaja di bilik tadi, Aisya terus
menuju ke bilik air. Ditilik dan dibelek keadaannya di hadapan cermin. Kesan
kotoran yang ditinggalkan oleh Tengku Azizul amat menjijikkan. Dia menggosok
kasar badannya agar kesan itu tanggal dari badannya. Namun semuanya hanya
sia-sia, kesan jijik itu tetap akan melekat di badannya sampai bila-bila.
Lantas dia membuka shower dan
menangis sepuas-puas hatinya, melepaskan tekanan yang dialaminya waktu itu.
“Kau pergi mana dengan Azizul tadi?”
tanya Nadia mematikan lamunan Aisya. Serta merta Aisya menoleh ke arah Nadia.
“Tak pergi mana-mana pun. Dia terus
hantar aku balik,” jawab Aisya lemah. Cuba menyembunyikan kebenaran.
“Ha… kan aku dah cakap tadi. Azizul tu
boleh dipercayai. Tengok, dia hantar kau balik dengan selamat,” puji Nadia
terhadap Tengku Azizul.
Tersentap Aisya mendengarnya. Terasa
hiba di hatinya kala itu. Kata-kata pujian Nadia terhadap Tengku Azizul
menyentap jiwanya. Dirasakan matanya mulai berkaca. Pantas dia
mengerdip-ngerdipkan matanya agar air mata tidak gugur membasahi pipi.
“Aku doakan kau bahagia Nadia.” Hanya itu yang
mampu diucapkan oleh Aisya. Cuba untuk mengalih topik perbualan. Tidak mahu
terus-terusan membincangkan tentang Tengku Azizul lagi. Jika dibincang, hatinya
akan bertambah sakit. Hatinya akan sedih dan tidak mustahil air matanya akan
merembes keluar.
“Mestilah kau kena doakan aku bahagia
sebab kau kawan baik aku. Aku pun doakan kebahagiaan kau Aisya,” jawab Nadia
sambil memeluk erat Aisya.
“Aku nak ke bilik Hani kejap. Nak
siapkan assignment aku yang
tertangguh tadi,” jelas Aisya dan menapak keluar bilik. Dia perlu beredar dari
situ untuk menyembunyikan perasaannya. Tidak mahu Nadia menyesakinya yang bukan-bukan melihatkan keadaannya yang
lemah dan tidak bersemangat.
Nadia hanya mengangguk. Ekor matanya
sahaja yang menghantar langkah Aisya hingga langkah itu hilang dari balik pintu
bilik mereka. Fikirannya mengimbau semula peristiwa petang tadi. Berjalan
bersama dengan lelaki idamannya sudah lama diimpikan sejak dia mula mengenali
Adham Ikmal. Jantungnya sentiasa berdegup kencang apabila terpandang mahupun
berhadapan dengan Adham Ikmal. Nadia tersenyum sendirian. Tidak mungkin dia
akan melupakan hari bersejarah ini dalam hidupnya. Dan Aisya juga tidak akan
melupakan hari di mana maruahnya diragut oleh Tengku Azizul.
:D
BalasPadamoh nak tau lagi pasal macam mana dia kawin gan azizul tu. dia pregnant ke? cm best je kisah silam dia ni, tak plk dia marah gan nadia tu. so nadia dah putus gan adham, adham tak muncul dah ke, rebut nadia blk?
BalasPadamYong Jiao Xiu... segala persoalan akn terjawab dlm bab seterusnya... nantikannya.. apa2 pn thanks mengikuti HM.. :D
BalasPadamemm...nk dgn azizul jgk...xbest la hariz plak amik bekas abg dia..lain la kalau watak ke3 bukan berkaitan dgn ikatan kekeluargaan(mean y tdekat)..
BalasPadambiar la azizul insaf ke...rujuk balik n then tebus balik dosa azizul kt aisya..
****luahan pendapat je****
thanks di atas komen n luahan pendapat anda..semasa menulis cete ni, ada jg terpkr mcm tu..tp, sy nk createkan perasaan dendam tg hariz terhdp bekas kakak iparnya n konflik dlm keluarga mereka..semua tu akn terjawb dlm bab 20 ke atas.. bukan mudah utk aisya berhadpn dgn kedua2 tengku ini... nantikan bab seterusnya..
BalasPadamterima kasih kerana membaca HM.. ;)
Bnyk timbul tanda tanya niiii...
BalasPadamN bnyk konflik yg akan dihadapi oleh aisya niii..
Semakin besttt..
X sabar nk tunggu nii.
Gud job writer...
My Baby World...
BalasPadamterima kasih di atas komennya..
yup!! byk tanda tanya n konflik y akn Aisya hadapinya.. berhadapan dgn cinta, dendam, pn sharifah rohana n bekas suami..
Insya-ALLAH...bab seterusnya akan di upload jika permintaannya ramai..hehehe... :D
thanks kerana mengikuti HM..
novel ni best!! byk konflik.. tak sabar nak baca sampai akhir.. sila teruskan menulis.. good job writer..
BalasPadamterima kasih di atas komennya.. Insya-ALLAH sy akn terus menulisnya.. nantikan konflik y akan terjd di antara Aisya dan keluarga Tg Azman.. ;)
BalasPadamJahatnya azizul....takutnya citer nie....tp semoga bahagia di tangan aisya
BalasPadamx sabar nak baca lagi..heheh...Best la..Chayuk chayuk
BalasPadamtak sabar 2 wait for the next entry ... i hope u will upload all the chapters in ur blog cos kalau dicetakkan i tak tahu bila boleh beli ... almaklum i tak stay di kl or singapore ... i lived in down under kalau balik negeri pum nxt yr during hari raya .... anyway the sotry line so far so good ... keep up the good work ...patiently waiting for the next entry .. all the best to u n don't stop writing ok..
BalasPadamfrom aida "Perth"
shuhada..
BalasPadamthanks 4 the comment... Insya-ALLAH akan ada kebahagiaan buat Aisya Lyana Sofea
Aida..
Insya-ALLAH sy akn upload bab terbaru jika permintaannya ramai.. hehehe... sy dh lama siapkan HM.. sumenya 60 bab...hope setia bersama HM dulu, kini dan selamanya.. ;)
besttnye...nk azizul dgn aisya..byk conflik la kak...ke hariz 2 sebenarnye azizul???xsbar nk bc next entry...cpt la kak upload ya...hihihihi...
BalasPadamJuju
BalasPadamthanks coz menyukai HM...
Tg Hariz bukannya Tg Azizul...diorang sebenarnya adik-beradik... ;)
br nak start feeling, dah xleh nak baca... rs2 lmbt lg ker ktorg kena tunggu?? coz slalunya kalo nak di terbitkn dlm versi cetak maunya nak kena tunggu smp 2 bln... kalo blh cepat2lah kluar ye.. hehehee... nice work!!..
BalasPadamfiza.. still blh bc smpe bab 20.. akak n3 semula coz tak nak kecewakan pembaca HM.. Insya-ALLAH, doakan HM versi cetak cepat dikeluarkan.. thanks coz sudi membaca HM.. :)
BalasPadamwow menarik cerita nih plot yg kemas bersahaja dam selamba unsur suspen pun byk dlm bab nih tak sabar utk terus membaca syabas penulis saya suka karya anda :)
BalasPadamterima kasih kerana membaca dan sukakan karya2 sy.. semoga HM dpt menarik minat anda utk membacanya sehingga ke penghujung cerita.. :)
Padam