BAB
9
Rumah banglo dua tingkat tersergam
indah yang terletak di Damansara Utama sudah mulai terang benderang di sirami
lampu-lampu kelip yang berwarna-warni sejak matahari menyembunyikan diri di
bumi ALLAH. Banglo yang dimiliki oleh Syed Mukriz itu riuh rendah dengan gelak
ketawa yang sedari tadi sengaja dikuatkan agar orang-orang di sekeliling
menganggap bahawa betapa gembiranya mereka sekeluarga ketika itu. Kegembiraan
juga jelas terbayang di wajah Tengku Azman yang tidak putus-putus memuji kecekapan
Syed Mukriz mengendalikan perniagaan turun temurun keluarga itu.
Seusai makan, Tengku Hariz memohon diri
untuk beredar ke luar laman untuk menghirup udara nyaman yang segar daripada
menghirup udara di dalam rumah yang amat menyesakkan nafasnya selama ini. Eh,
dah sama macam Aisya pulak kan! Tengku Hariz memandang ke arah langit yang di
penuhi dengan bintang-bintang yang bergemerlapan. Entah mengapa pada hari itu,
hatinya berlawanan dengan akal fikiran. Kalau diikutkan, dia malas untuk
mengikut papanya bertandang ke rumah Syed Mukriz memandangkan badannya yang
terasa penat teramat sangat. Kerana kasihnya terhadap Puan Sharifah Rohana,
maka dia terpaksa mengalah dan akhirnya dia membawa haluannya sendiri. Yalah
dah namanya tak ikhlas, semua yang dibuat serba tak kenakan.
Entah mengapa ketika ini fikirannya
tertumpu kepada Aisya. Wajah Aisya yang redup dan tenang berlegar-legar di
ruangan mata. Sengaja dia memekakkan telinga tatkala Aisya menyentuh soal
perletakan jawatan siang tadi. Aisya sedaya upaya mengingatkannya akan notis
perletakan jawatan yang telah diberikan sebulan lalu. Bukankah sepatutnya dia
bergembira dengan keputusan Aisya itu? Selama ini Aisya banyak mendatangkan
kemarahannya. Jika tidak mana mungkin dia tergamak mencium Aisya pada malam itu
gara-gara egonya dicabar oleh Aisya.
Tengku Hariz melepaskan keluhan kecil.
Dia menyesal dengan apa yang telah dilakukan terhadap Aisya pada malam itu. Ya
ALLAH! Kenapa aku asyik memikirkannya? Kenapa hatiku sayu apabila melihatnya?
Wajahnya yang tenang dan redup menggetarkan naluri lelakiku. Ya ALLAH! Bantulah
aku, rintih hatinya sendirian.
“Sayang, kenapa ni?” tegur Sharifah
Aleeya menepis lamunan Tengku Hariz yang panjang. Tengku Hariz kembali ke alam
realiti. “Come on la sayang! You
macam tak suka aje bertunang ngan I,” sambung Sharifah Aleeya lagi. Dia
menghenyak punggungnya duduk bersebelahan Tengku Hariz.
“Bukan macam tu Leeya, cuma I belum
bersedia untuk bertunang mahupun berkahwin,” luah Tengku Hariz sambil meraup
wajahnya yang sudah pun di basahi sedikit peluh.
Sharifah Aleeya ketawa sinis. Seakan
mengejek dengan kata-kata Tengku Hariz itu.
“Ha… ha… ha… you buat lawak apa ni
Tengku Hariz Iskandar Bin Tengku Azman. Hey, sejak bila pulak you belum
bersedia ni. Dulu you yang beria-ria nak kita bertunang dan berkahwin secepat
mungkin, tapi sekarang… don’t play-play
with me Tengku Hariz Iskandar! I dah
banyak buang masa untuk you. Apa you ingat you tu hebat sangat ke sampaikan I
nak terhegeh-hegeh dengan you. I setuju pun disebabkan papa I, tapi I admit yang I memang cintakan you, tapi…
bukan sepenuh hati I.” Sinis sungguh kata-kata yang dilontarkan oleh Sharifah
Aleeya kepada Tengku Hariz.
Tengku Hariz mengangkat muka dan
memandang tajam ke wajah Sharifah Aleeya. Apa lagi, tentulah marah dan geram.
Nafasnya sudah mula berombak kencang. Jika diikutkan hati, mahu saja dia
menampar muka Sharifah Aleeya tika itu.
“Hey Leeya… you…” belum sempat Tengku
Hariz meneruskan kata-katanya, Syed Mukriz dan Tengku Azman berjalan
menghampiri mereka berdua. Tengku Hariz dan Sharifah Aleeya memberikan sebuah
senyuman yang manis kepada kedua-dua papa mereka walaupun pada masa itu
masing-masing berperang dengan hati dan perasaan sendiri.
“Hariz…. Aleeya… kami dah sepakat dan
bersetuju, dua bulan lagi kamu berdua akan ditunangkan,” jelas Tengku Azman
sambil memeluk bahu kawan baik businessnya
Syed Mukriz.
Bagaikan hendak gugur jantung Tengku
Hariz mendengarnya. Mukanya berubah sebaik sahaja mendengar penjelasan dari
Tengku Azman. Dia menoleh sekilas ke wajah Sharifah Aleeya, bagaimana dia
hendak mentafsirkan wajah Sharifah Aleeya ketika itu kerana Sharifah Aleeya
tidak menunjukkan sedikit riak terkejut, kecewa mahupun gembira.
“So,
congratulations my daughter. Happy?” ucap Syed Mukriz sambil memeluk erat anak perempuannya itu.
Sharifah Aleeya membalas pelukan Syed Mukriz. Matanya tidak berganjak dari
memandang Tengku Hariz yang masih dalam keadaan gelisah. Tengku Hariz membalas
pandangan Sharifah Aleeya dengan perasaan yang marah dan geram.
“Happy
papa. Thanks and I love you papa,” balas Sharifah Aleeya dan melepaskan rangkulan Syed Mukriz.
Matanya masih menjamah muka Tengku Hariz.
“How
about you Tengku Hariz? Are you happy with our engagement?” soal Sharifah Aleeya dengan nada yang
perli. Sengaja membakar hati dan perasaan Tengku Hariz.
Tengku Hariz tidak mampu untuk berkata
apa-apa. Hatinya sakit dengan persoalan yang ditujukan oleh Sharifah Aleeya
itu. Namun, dia hanya mampu mengangguk apabila mata Tengku Azman dan Syed
Mukriz bertembung dengan matanya. Baru puas hati aku Hariz!! Getus Sharifah
Aleeya di dalam hati dan beredar meninggalkan Syed Mukriz dan Tengku Azman yang
masih lagi berbual-bual. Apa yang Sharifah Aleeya rancangkan??
Tengku Hariz menyandarkan kepala ke
kerusi dengan mata yang terpejam. Seusai Sholat Isyak tadi, dia terus
memerapkan diri di dalam bilik. Malas untuk menyertai keluarganya berbual-bual.
Hatinya sakit apabila Tengku Azman menetapkan perkahwinannya dengan Sharifah
Aleeya. Selama ini, dia tidak pernah terfikir untuk bertunang mahupun berkahwin
dengan Sharifah Aleeya. Dia juga tidak pernah menyintai Sharifah Aleeya.
Perbuatannya terhadap Sharifah Aleeya selama ini hanyalah semata-mata untuk
mengaburi mata kedua-dua orang tua mereka. Dia juga tidak mahu menghampakan
hati Tengku Azman. Sebagai seorang anak, nak tak nak, dia terpaksa akur dengan
permintaan Tengku Azman itu. Dia pernah mencuba, memberi ruang hatinya untuk
menyintai dan menyayangi Sharifah Aleeya, namun hatinya seakan tertutup buat
perempuan itu.
Sejak abangnya membawa diri serta
menyambung pelajaran ke luar negara, Tengku Hariz bekerja keras untuk memajukan
Menara Holding dan juga Berjaya Holding. Segala bebanan diletakkan di bahunya
seorang. Namun sebagai anak, dia terpaksa akur dengan tuntutan Tengku Azman
kerana tidak mahu dianggap anak yang derhaka. Abangnya pernah menjalinkan
hubungan cinta bersama Sharifah Aleeya selama tiga tahun. Disebabkan keakraban
kedua-dua keluarga, mereka bercadang untuk menjodohkan abangnya dengan Sharifah
Aleeya. Tetapi, takdir ALLAH telah lama tertulis dalam hidup abangnya. Abangnya
di tuduh merogal dan dipaksa berkahwin dengan perempuan yang dirogolnya. Untuk
tidak memalukan keluarga, Tengku Azman bersetuju untuk mengahwinkan abangnya
dengan ‘perempuan itu’ agar ‘perempuan itu’ tidak membuat laporan polis
terhadap abangnya.
Disebabkan itu juga, Sharifah Aleeya
merasa tertekan gara-gara berpisah dengan abangnya. Begitu utuh cinta Sharifah
Aleeya terhadap abangnya. Keluarga Sharifah Aleeya tidak putus-putus memberi
sokongan moral kepada Sharifah Aleeya termasuklah keluarganya agar terus bangun
dan membina hidup baru. Lebih parah apabila dia mendapat tahu bahawa abangnya
hidup menderita disebabkan isterinya yang curang, mata duitan dan mempunyai
skandal dengan lelaki lain. ‘Perempuan itu’ berniat untuk menjerat abangnya
agar mengahwini dirinya yang konon-kononnya sedang mengandungkan anak abangnya.
Ah! Perempuan tak guna. Disebabkan kau, abang aku pergi meninggalkan keluarga
dan sehingga sekarang abangku masih tidak mahu pulang ke Malaysia. Kalau aku
jumpa kau perempuan, tahulah kau apa yang aku nak buatkan nanti, azamnya di
dalam hati sambil menggenggam kedua-dua belah tangannya dengan kuat.
“Kak Anis tolong Riz pujuk abang balik.
Mama rindukan abang kak. Mama tak sihat kebelakangan ni. Tolong ya Kak Anis,”
rayu Tengku Hariz enam bulan yang lepas ketika Puan Sharifah Rohana mengalami
demam yang kuat disebabkan terlalu merindui abangnya.
“Riz, Kak Anis dah cuba, tapi abang Riz
masih berdegil tak nak balik. Riz jangan risau, Kak Anis janji, Kak Anis akan
bawa abang Riz balik.” Janji Tengku Hanis Suraya kepada Tengku Hariz.
Sekurang-kurangnya dapat melegakan hati Tengku Hariz yang tertekan dengan sikap
abangnya yang terlalu pentingkan diri sendiri.
“Terima kasih Kak Anis. Riz doakan
kebahagiaan Kak Anis dan abang,” ucap Tengku Hariz ikhlas dan mematikan talian
telefon.
Kau kejam abang… kau kejam. Tergamak
kau tinggalkan aku sorang-sorang menggalas semua bebanan ini. Siapa perempuan
tu? Aku takkan lepaskan dia abang. Dia yang menyebabkan abang jadi begini. Aku
benci perempuan tu, marah Tengku Hariz di dalam hati sambil menekan-nekan
kepalanya dengan keadaan yang geram dan marah.
“Hariz!” panggil Puan Sharifah Rohana
mematikan lamunan Tengku Hariz yang panjang. Tengku Hariz menoleh ke arah pintu
yang sedikit terbuka akibat dikuak oleh Puan Sharifah Rohana. “Kenapa dengan
anak mama ni, tegang semacam aje muka tu mama tengoknya,” sambung Puan Sharifah
Rohana dan menghampiri Tengku Hariz yang sedang duduk di kerusi kerjanya.
Tengku Hariz membetulkan duduknya. Dia
memandang wajah Puan Sharifah Rohana yang sedang ralit memerhatinya dari tadi.
“Tak ada apa-apa ma. Riz cuma
teringatkan abang. Riz rindu kat abang,” luah Tengku Hariz seraya bangun dan
membawa Puan Sharifah Rohana duduk di birai katil.
Puan Sharifah Rohana menuruti langkah
Tengku Hariz. Lama dia memandang wajah anaknya itu, saling tak tumpah iras
kepadanya. Tengku Hariz seperti kurang menyenangi pandangan mamanya, lantas dia
berdehem dan menyentakkan mamanya yang sedang mengelamun.
“Abang marahkan mama Riz. Mama redha
kalau abang tak nak balik ke Malaysia buat selama-lamanya. Semua itu salah mama
Riz.” Lemah Puan Sharifah Rohana menuturkan kata-kata.
Tengku Hariz mengerut dahi. Tidak
memahami akan apa yang diperkatakan oleh Puan Sharifah Rohana itu.
“Maksud mama?” soal Tengku Hariz
inginkan kepastian.
“Erm… Hariz setuju ditunangkan dengan
Aleeya?” soal Puan Sharifah Rohana cuba menangkis persoalan Tengku Hariz,
sengaja mengubah topik perbualan.
Tengku Hariz melepaskan keluhan yang
panjang. Dia bingkas bangun dan menuju ke luar balkoni untuk melepaskan tekanan
yang sedang menghimpitnya ketika ini. Puan Sharifah Rohana turut sama mengekori
anaknya ke luar balkoni. Dia dapat menganggak akan kekusutan yang dialami oleh
Tengku Hariz di waktu ini.
“Maafkan mama jika soalan mama tadi
tu…” terhenti apabila Tengku Hariz memotong.
“Tak ma. Riz tension sikit. Riz sebenarnya tak tahu nak buat apa lagi. Riz tak
boleh nak lawan kata papa. Papa terlampau mengharapkan Riz. Kadang-kadang
harapan papa tu buatkan Riz rasa tertekan sangat-sangat. Riz terpaksa berperang
dengan perasaan Riz sendiri. Antara kata hati dengan arahan, siapa yang boleh
melawan arahan walaupun hati ini amat sukar untuk menerimanya,” luah Tengku
Hariz dengan nada sebak.
Puan Sharifah Rohana memeluk erat Tengku
Hariz sambil menepuk lembut bahu anaknya itu. Dia tahu, Tengku Hariz sedang
mengalami tekanan yang amat sangat disebabkan keputusan yang dibuat oleh Tengku
Azman. Mahu atau pun tidak, arahan mesti di patuhi. Siapalah dia untuk melawan
mahupun membantah kata-kata suaminya itu.
“Mama tahu Riz. Riz berhak mencari
kebahagiaan Riz sendiri. Jangan disebabkan permintaan papa yang terlampau itu,
Riz terpaksa mengorbankan kebahagiaan Riz sendiri. Mama sokong Riz, Riz jangan
risau ya,” jelas Puan Sharifah Rohana sambil cuba menyeka air mata yang hampir
gugur. Dia tidak mahu kesilapan yang lalu turut sama berlaku ke atas Tengku
Hariz. Akibat dari sikapnya yang dulu, kini dia kehilangan anak sulungnya.
“Thanks ma, thanks kerana memahami Riz. Riz sayangkan mama,” lafaz Tengku Hariz
sambil mengucup pipi mamanya yang semakin di makan usia itu.
Puan Sharifah Rohana hanya mampu
tersenyum. Di kala ini, fikirannya terbang melayang mengingati anaknya yang
berada jauh dari pangkuannya hampir empat tahun. Akibat dari perbuatan
pentingkan diri sendiri, perasan anaknya tidak diambil kira. Maka dari sebab
itulah, dia dibenci oleh anaknya sendiri.
Aisya menyeka air mata yang sudah pun
gugur ketika mendengar lagu ‘Ukiran Jiwa’ nyanyian Awie di corong radio.
Bait-bait lirik di dalam lagu tersebut amat menyentuh hati. Seakan-akan kisah
hidupnya dituliskan di dalam lirik tersebut.
“Woi, jiwang karat pulak minah ni
malam-malam. Kau apa hal?” tegur Nadia dengan tiba-tiba dari balik pintu bilik.
Aisya menyapu air mata yang masih bersisa di pipi.
“Tak boleh ke aku nak jiwang sikit. Kau
ni kacau daun betullah, hilang feel
aku tadi,” marah Aisya sambil mencapai laptop
dan berbaring di atas katil.
Nadia menghampiri Aisya dan turut sama
berbaring di sebelah Aisya sambil memerhatikan Aisya yang sedang khusyuk
mengadap laptop.
“Asal kau tenung aku macam tu? Ada yang
tak kena ke ngan muka aku ni, tau kau terpegun ngan kecantikkan aku ni,” kata
Aisya dan seketika itu dia ketawa.
Nadia mencebikkan bibir. Seakan-akan
mengejek dengan kata-kata Aisya itu. Tetapi, Nadia memang akui akan kecantikkan
Aisya. Aisya memang menjadi kegilaan lelaki ketika mereka menuntut di
universiti dahulu. Bukan saja senior
dan junior, malah ada juga
pensyarah-pensyarah di universiti itu yang turut sama terpikat akan kecantikkan
Aisya.
“Weik!! Nak termuntah aku dengarnya.
Angkat sampah masuk bakul sendiri la Cik Aisya oi,” perli Nadia sambil melirik
tajam ke arah Aisya yang masih memberi tumpuan terhadap kerjanya.
Aisya hanya tersenyum dan tersengih.
“Eh Aisya, bukan ke ari ni last day ko kat Menara Holding tu. Asal
kau buat kerja-kerja ni lagi?” Soal Nadia yang sudah pun duduk mengadap Aisya.
Aisya mengeluh kecil. Dia turut sama
duduk mengadap Nadia.
“Tulah yang menjadi masalah pada aku
sekarang ni Nadia. Kalau ikutkan memang hari ni last day aku kat Menara Holding tu, tapi dia… dia….” Aisya tidak
mampu untuk meneruskan kata-katanya.
“Dia… dia siapa?” soal Nadia seperti
orang bodoh sedangkan dia tahu siapa yang dimaksudkan oleh Aisya itu.
Aisya menarik nafasnya dalam-dalam.
“Bos akulah, siapa lagi. Ada ke dia
suruh aku bentangkan proposal yang
aku edit semalam kat depan Ahli Lembaga Tunjang Holding. Menggigil aku
dibuatnya, macam nak cabut bulu kaki aku ni menahan ketakutan. Yalah, semua
yang hadirkan Tan Sri-Tan Sri… Datuk-Datuk… kalau silap sikit, bos aku yang
malu nanti.” Terang Aisya dengan jelas dan nyata di hadapan Nadia.
Nadia terlopong. Konon-kononnya kagum
dengan apa yang diceritakan oleh Aisya itu.
“Tapi Nadia, Alhamdulillah… kami dapat projek tu,” sambung Aisya yang sudah pun
menutup laptop dan diletakkan di atas
meja study.
“Oh
really! Alhamdulillah.
Habis tu kau dah bagitau bos kau tak yang kau last day kat company
dia?” Soal Nadia semula sambil membetulkan kedudukannya. Aisya menguak
rambutnya yang hampir menutupi mata dan berbaring semula. Nadia menuruti
tingkah laku Aisya.
“Aku dah cakap kat dia yang aku last day ari ni. Tapi, dia buat-buat tak
dengarlah Nadia, buat bodoh lagi adalah. Pastu ada ke dia suruh aku masuk kerja
awal esok. Buang tebiat apa bos aku tu. Tapikan Nadia, macam sayang pulak aku
nak tinggalkan kerja aku tu,” jelas Aisya sambil mengerling ke arah Nadia yang
sedang berbaring di sisinya.
“Kau sayang nak tinggalkan kerja tu ke
tau kau sayang nak tinggalkan bos kau yang handsome
tu,” duga Nadia sekadar bersikap serkap jarang. Jarinya memintal-mintal rambut
Aisya yang ikal mayang.
“Merepeklah kau ni Nadia. Bos aku tu
dah ada awek la, cantik lagi tu. Sama-sama padan, macam pinang di belah dua
orang tua-tua kata,” bidas Aisya cuba menyangkal dakwaan Nadia sebentar tadi.
Nadia mencebikkan bibir selepas
mendengar pengakuan polos dari Aisya itu.
“Ala, selagi belum kahwin kau ada
peluang nak pikat bos kau tu la. Hendak dengan tak nak aje sekarang ni,” kata
Nadia sambil memandang tepat ke wajah kawannya itu. Aisya cuba mengawal riak
wajahnya yang gusar dari di ketahui oleh Nadia.
“Kau tu aje yang tak nak bagi peluang
pada diri kau sendiri Aisya. Cuba kau buka pintu hati kau tu untuk insan yang
bernama lelaki. Aku yakin jika kau membukanya, kau pasti akan berjumpa dengan
pemilik kunci hati kau yang sebenarnya. Aisya, aku nak tengok kau bahagia.
Sampai bila kau nak hidup dibayangi dengan kenangan silam. Past is past Aisya. Jadikan ia sebagai kenangan pahit dalam hidup
kau. Nama Tengku Azizul sudah lama padam dalam kamus hati kau Aisya, kini kau
perlu gantikannya dengan nama yang lain. Aku rindukan Aisya Lyana Sofea Ahmad
Nordin. Aku rindu dengan gelak tawanya. Aku rindu dengan gurauannya. Aku rindu
dengan senyumannya. Setiap hari aku berdoa agar kau bertemu kebahagiaan dengan
insan yang dapat memberi kesemua yang aku perkatakan tadi,” luah Nadia panjang
lebar sambil cuba menyeka air mata yang hampir gugur membasahi pipinya yang
putih dan gebu itu. Selama ini Nadia menginginkan Aisya bahagia walaupun jauh
di sudut hati, dia terluka dengan sikap dingin, muram dan sedih Aisya selepas
kepulangan dari melanjutkan pelajaran di UK.
“Maafkan aku Nadia di atas sikap aku
selama ini. Bukan niat aku untuk melukakan hati kau, bukan niat aku juga untuk
menidakkan kata hati aku yang aku inginkan kebahagiaan dan bukan niat aku juga
untuk menolak segala kebahagiaan yang kadang kalanya aku sendiri nampak di mata
aku. Aku terlalu takut Nadia. Takut dengan bayang-bayang aku sendiri. Aku tak
nak pisang berbuah dua kali. Cukuplah dengan apa yang aku alami selama ini.
Jiwa dan batin aku terseksa akibat kegagalan perkahwinan aku yang lepas. Aku
tak nak mengharap atau berharap pada sesiapa pun. Aku….” Terhenti apabila Nadia
meletakkan jarinya di bibir Aisya.
“Aku faham Aisya, aku faham. Maafkan
aku dengan kata-kata aku tadi. Aku tidak memahami isi hati kau yang sebenarnya.
Aku tersalah langkah, ingin membuat kau bahagia tapi sebaliknya dalam
kebahagian itu ada dukanya. Jika bukan kerana aku, kau tidak akan terjebak
dengan permainan Tengku Azizul dan kawan-kawannya. Aku terlalu pentingkan diri
sendiri masa tu Aisya, maafkan aku.” Air mata Nadia mengalir dengan derasnya
tanpa henti. Dia berasa bersalah yang amat sangat di atas apa yang berlaku
terhadap Aisya. Jika masa boleh diputar semula, ingin saja dia mengelak akan
kejadian itu agar Aisya tidak menanggung penderitaan di atas kesilapannya
selama ini.
woa byknya bg. hehe suka suka.
BalasPadamthanks coz sukakan HM... ;)
BalasPadamsuka2....tq HM...
BalasPadamalmost welcome... ;)
BalasPadamsuka sgt
BalasPadamthanks coz sukakan HM.. ;)
BalasPadamsemakin lama ,semakin menarik. :D
BalasPadamthanks... enjoy reading.. hope HM bg kepuasan pd anda.. :D
BalasPadamsaya suka cerita ni. tahniah yer
BalasPadamterima kasih kerana sukakn HM.. happy reading!! :)
Padam