Rabu, 7 Mac 2012

Aku Juga Ingin Dicintai - Sinopsis




Nur Ain Zafira tidak pernah meminta hidupnya jadi sebegitu. Dia dihalau keluarga atas sebab dia sendiri tidak tahu. Dia dibenci oleh Datin Salina yang sentiasa ingin melihat kehancuran kebahagiaannya. Takdir telah menemukan Nur Ain Zafira dengan Hazrel Hardy. Tidak pernah terlintas di fikiran Nur Ain Zafira akan berkahwin dengan Hazrel Hardy. Untuk bermimpi, jauh sama sekali. Apa yang dilihat dari mata Hazrel Hardy, hanyalah kebenciaan terhadap dirinya. Bukan pintanya dilahirkan serba kekurangan. Bukan pintanya dilahirkan tidak berharta. Tetapi semua itu telah ditakdirkan dalam hidup Nur Ain Zafira.


“Kau tak cantik, kau tak menarik, kau tak berharta, kau kekampungan dan menyusahkan. Mana mungkin kau layak untuk aku. Tak pernah terlintas di fikiran aku untuk memikirkan kau,” 
– Hazrel Hardy Ridzuan


Hazrul Hardy, insan yang pernah hadir dalam hidup Nur Ain Zafira. Insan yang menyintai dan menyayanginya setulus dan seikhlas hati tanpa memandang pada harta, darjat dan keturunan. Insan yang telah memberi seribu kenangan dalam hidup Nur Ain Zafira. Mungkinkah rasa cinta dan kasih pada Hazrul Hardy akan kekal terpahat di dalam hati Nur Ain Zafira? Atau Hazrel Hardy yang dapat menggantikan tempat Hazrul Hardy di hati Nur Ain Zafira?


“Abang sayangkan Ain. Abang cintakan Ain. Andai kata abang pergi dulu dari Ain, ingat pesan abang, janji dengan abang yang Ain akan jadi seorang gadis yang penyabar dan tabah. Jangan salahkan takdir seandainya ALLAH menguji Ain suatu hari nanti,” 
– Hazrul Hardy Ridzuan


Adakah Nur Ain Zafira dapat mengetahui akan kebenarannya? Sebab yang menjadi punca dia dihalau oleh keluarganya. Sebab yang membuatkan Datin Salina begitu membencinya. Siapakah dalang pada setiap apa yang berlaku kepada Nur Ain Zafira? Siapa pula yang akan membela nasib Nur Ain Zafira? Adakah Izzuddin Hanif yang sentiasa menagih cinta darinya? Mungkinkah Faizal yang sentiasa membuatkan hidupnya tidak tenteram. Atau Eddie Zakuan yang diamanahkan oleh seseorang buat Nur Ain Zafira.


“Salahkah aku menyintaimu? Aku juga ingin dicintai. Aku juga ingin dicintai oleh insan yang aku cintai. Adakah aku akan merasai nikmatnya bercinta?” 
– Nur Ain Zafira Ibrahim


“Kenapa wajah kau yang menggetarkan hatiku? Kenapa wajah kau yang mengganggu tidur malamku? Kenapa wajah kau yang meniti di tubir mataku? Kenapa wajah kau yang membuatkan hatiku tidak keruan? Kenapa wajah kau yang aku rindui?” 
– Hazrel Hardy Ridzuan

7 ulasan:

  1. novel pling best yg prnh sy baca... kak eliza n3 la byk lgi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aduh! terharu rasanya.. terima kasih dik atas komennya.. tp, msh ada kekurangan lg dlm AJID ni..

      Padam
    2. sama2... x ada kkurngan pn... jln crita AJID mmg mnrik,,.

      Padam
    3. terima kasih dik.. terima kasih jg kerana menyukai dan mengikuti kisah HH & NAZ..

      Padam
  2. sangat best.. =D

    BalasPadam