BAB
6
NUR
EDLEEN mundar-mandir di dalam bilik pejabatnya. Tidak senang
duduk di waktu ini. Selama seminggu dia memikirkan masalahnya. Pelbagai jalan
penyelesaian di utarakan, namun satu pun tidak mendatangkan hasil. Bagaimana
untuk menyelesaikan masalahnya itu? Buntu. Buntu dia memikirkannya. Tanpa
membuang masa, interkom ditekan. Menanti panggilan dijawab.
“Ha.. apasal?” tanya
Ezzura di hujung talian.
“Zura, kau masuk bilik
aku sekejap, boleh tak?” pinta Nur Edleen.
“Kenapa?”
“Please!”
“Sepuluh minit lagi aku
sampai.”
“Thanks!” ucap Nur Edleen dan mematikan talian. Duduk dilabuhkan dan
menanti kedatangan Ezzura. Jam di dinding dikerling buat seketika. Masa sudah
pun merangkak ke angka sebelas pagi. Nafas berat dihela sambil bersandar ke
kerusi. Otaknya masih bekerja keras, memikirkan jalan penyelesaian akan
masalahnya itu.
Ketukan di pintu
mengejutkan Nur Edleen. Tersembul wajah Karmila di sebalik pintu bilik.
Senyuman dihadiahkan buat setiausaha Encik Edzuary Safuan itu.
“Maaf Cik Leen, Encik
Edzuary panggil Cik Leen ke biliknya,” beritahu Karmila sambil menapak masuk ke
dalam bilik. Senyuman mesra terukir di wajah.
“Encik Edzuary?” ulang
Nur Edleen, berkerut.
Karmila mengangguk.
“Kenapa?”
“Tak pasti pula saya Cik
Leen. Katanya ada perkara penting yang nak dibincangkan dengan Cik Leen.”
“Oh, baiklah! Terima
kasih!” ucap Nur Edleen.
“Kalau macam tu, saya
minta diri dulu. Lagi satu, Encik Edzuary pesan, suruh bawa pen dan kertas
sekali,” beritahu Karmila lagi.
“Pen dan kertas? Untuk
apa?” tanya Nur Edleen, kehairanan.
Karmila menjungkitkan
bahu. Tanpa menunggu, segera dia beredar dari situ. Membiarkan Nur Edleen terpinga-pinga
mencari jawapan daripada persoalan yang diciptakan oleh Nur Edleen sendiri.
Dalam pada itu, dia gembira melihat perubahan Edzuary. Ternyata kehadiran Nur
Edleen sedikit sebanyak telah mengubah Edzuary. Jika dulu hanya riak serius
yang dilihat Karmila di wajah Edzuary, tetapi tidak pada ketika ini. Edzuary
sudah pandai melemparkan senyuman kepada pekerja-pekerja bawahannya. Malah
seakan secocok dan serasi Edzuary dan Nur Edleen, Karmila rasakan. Semoga
perubahan Edzuary akan kekal buat selama-lamanya.
Nur Edleen tidak keruan.
Hatinya tertanya-tanya akan tujuan Edzuary memanggilnya ke bilik. Adakah
disebabkan kes seminggu yang lepas maka dia dipanggil oleh Edzuary? Jika
difikirkan, sudah berkali-kali Nur Edleen meminta maaf pada Edzuary, tetapi
lelaki itu tidak mahu memaafkannya.
“Ha.. apa kes?” tanya
Ezzura, tiba-tiba.
“Oi mak kau terlanggar
batu,” latah Nur Edleen.
Ezzura tertawa besar.
Geli hati mendengar latah Nur Edleen. Pantang ditegur tiba-tiba, pasti Nur
Edleen akan melatah. Dia menggeleng kecil memikirkannya.
“Kau ni Zura, janganlah
sergah aku tiba-tiba. Mana aku tak terkejut,” geram Nur Edleen, seraya mengurut
dada.
“Ala, kau tu kalau tak
sergah pun tetap melatah juga. Kau kena bawa berubat penyakit latah kau tu
Leen. Takut makin teruk jadinya nanti,” nasihat Ezzura, seraya duduk.
“Yalah, aku tahu. Kau
buat apa kat sini? Ada hal apa?” tanya Nur Edleen turut sama duduk. Matanya
menatap wajah Ezzura.
“Bukan ke kau yang
panggil aku ke sini?” tanya Ezzura, berkerut.
“Eh.. lupa pulak. Memang
aku yang panggil kau ke sini. Tapi, lain kali la aku tanya sebab aku kena ke
bilik bos besar sekejap. Dia panggil aku ke sana. Tak pasal-pasal mengamuk
pulak dia nanti sebab aku lambat jumpa dia. Dahlah kes lepas tak settle lagi. Mengalahkan perempuan
ajelah dia tu. Sikit-sikit nak merajuk. Sikit-sikit nak merajuk.
Mengada-ngada!” luah Nur Edleen panjang lebar. Mukanya dicebikkan tatkala
memikirkan rajuk Edzuary.
Tertawa Ezzura mendengarnya.
Dia menggelengkan kepala melihat cebikan Nur Edleen. Ternyata, Nur Edleen tidak
berjaya memujuk Edzuary. Pertama kali melihat Nur Edleen kalah.
“Kau dah kalah nampaknya
Leen.” Terluah juga ayat itu dari mulut Ezzura.
“Kalah? Maksud kau?”
tanya Nur Edleen, kurang mengerti.
Ezzura bangun dari duduk.
Matanya menjamah wajah Nur Edleen. Ada riak bahagia di situ. Adakah kerana
Edzuary, maka Nur Edleen beriak sebegitu?
“Kalah dengan Edzuary.
Kau kalah sebab tak dapat pujuk dia. Sebelum ini, mana pernah kau kalah dengan
lawan kau sendiri,” beritahu Ezzura dan menapak keluar dari bilik.
Nur Edleen mengerutkan
dahi. Kurang mengerti kata-kata Ezzura. Dikerahkan otaknya dan cuba
merencanakan dengan apa yang diperkatakan oleh Ezzura. Seminit kemudian,
barulah dia mengerti akan maksud kata-kata Ezzura itu.
“Aku belum…” Belum sempat
dia menyudahkan ayat, kelibat Ezzura sudah pun hilang di sebalik pintu bilik.
Dia mengeluh ringan. Tanpa memikirkan apa-apa lagi, dicapai sebatang pen dan
beberapa helai kertas dan menapak keluar dari bilik menuju ke bilik Edzuary.
Jauh di sudut hati, dia berdoa agar kemaafannya diterima oleh Edzuary.
“SAYA
nak awak siapkan laporan ni dan serahkan pada saya secepat yang mungkin,” arah
Edzuary bernada serius, seraya menyerahkan fail kepada Encik Jamal.
“Baiklah Encik Ary. Saya
akan cuba siapkan laporan ni seperti yang encik minta,” balas Encik Jamal, seraya
bangun.
“Terima kasih. Jangan
lupa arrange kan untuk saya jamuan
makan malam dengan pelabur kita hujung minggu ni. Saya tak nak perkara yang
tidak diingini berlaku seperti sebelum ini. Saya nak semuanya berjalan dengan
lancar,” kata Edzuary bernada arahan.
“Insya-Allah Encik Ary,”
sahut Encik Jamal dan beredar dari ruangan itu.
Edzuary hanya mengangguk.
Matanya menghantar pemergian Encik Jamal sehingga hilang di sebalik pintu
bilik. Nafas ditarik dan dilepaskan lembut. Badan disandarkan sambil memejamkan
mata. Terasa penat otaknya berfikir dan minta direhatkan.
“Assalamualaikum,” ucap
Nur Edleen membuatkan Edzuary terkejut. Segera dibukakan mata dan wajah Nur
Edleen menyapa mata. Kemudian, dipejamkan matanya semula. Membiarkan Nur Edleen
di hadapannya itu.
“Hai Encik Edzuary,”
tegur Nur Edleen pula. Hisy, dia ni. Orang bagi salam, tak berjawab. Boleh
pulak buat muka seposen. Yang dok pejamkan mata tu, kenapa? Tak cun ke aku hari
ni. Aku rasa dah tip top pakaian aku hari
ni, bisik Nur Edleen di dalam hati. Dihampiri cermin yang berada di dalam bilik
Edzuary dan memerhatikan penampilan dirinya di sebalik cermin itu.
“Hurm, dah lawa dah ni.
Apa yang tak kenanya sampai dia tak nak tengok muka aku. Hisy, sakit otak aku
fikirkan pasal dia tu,” gerutu Nur Edleen sendirian.
Edzuary yang terdengar
suara halus dari arah Nur Edleen segera membukakan mata. Tersentak dia melihat
Nur Edleen yang sedang membelek diri sendiri di hadapan cermin. Lucu pula
dirasakan Edzuary melihatnya.
“Ehem.. ehem…” Dehem
Edzuary mematikan tingkah Nur Edleen. Segera Nur Edleen menoleh dan terkejut
melihat Edzuary yang sedang memandang tepat ke arahnya. Serta-merta dia merasa
malu di hadapan Edzuary. Dia menundukkan muka dan tidak mahu berpandangan dengan
Edzuary.
“Awak ingat bilik saya ni
bilik persalinan pakaian ke?” sindir Edzuary, keras. Dia membetulkan kedudukan dan
memandang tepat ke wajah menunduk Nur Edleen. Pasti, Nur Edleen berasa malu
dengan tingkahnya sebentar tadi.
“Awak buat apa kat sini?”
tanya Edzuary pula.
Terangkat muka Nur Edleen
mendengarkan pertanyaan Edzuary itu. Bukan ke dia yang suruh aku ke mari? Boleh
pulak dia tanya lagi, gerutunya.
“Awak ingat muka awak tu
cantik sangat ke sampai nak tayangnya pada saya. Kalau tak ada hal, boleh tak
awak keluar dari bilik saya ni. Sakit mata saya melihat awak kat sini,” kata
Edzuary, selamba.
Berkerut dahi Nur Edleen
mendengarnya. Apa maksud Edzuary berkata begitu? Bukankah dia dipanggil ke sini
dan kenapa dia dihalau pula? “Bukan ke encik yang panggil saya ke mari?”
“Bila masa pula saya
panggil awak?” tanya Edzuary tidak berpuas hati.
“Karmila!” sebut Nur
Edleen.
Edzuary tertawa
mendengarnya. “Mesti Karmila salah dengar nama. Saya minta Karmila tolong
panggilkan Azreen dan bukannya Nur Edleen. Kan jauh bunyinya tu,” jelasnya, terang
dan nyata.
Nur Edleen menghela nafas
ringan. Sakit hatinya mendengar penjelasan Edzuary. Sudahlah dia dikritik hebat
oleh Edzuary, kini dia dipermain-mainkan oleh Edzuary pula. Jika diikutkan
hati, mahu sahaja dia menampar Edzuary. Namun, disabarkan hati agar tidak
berbuat begitu kerana Edzuary ketua dan dia perlu menghormati ketua walau
bagaimana benci sekali pun Edzuary terhadapnya.
Okey, fine! Kau nak main-mainkan aku nampak.
Aku ikut rentak kau. Kau belum kenal lagi siapa aku. Ini Nur Edleen Haji
Marwan. Siapa pun tak boleh lawan dengan Nur Edleen, bisik hati Nur Edleen, geram.
“Baiklah, alang-alang
saya dah ada dalam bilik encik ni, di kesempatan ini saya nak minta maaf pada
encik disebabkan kes seminggu yang lepas. Saya harap encik dapat maafkan saya,”
beritahu Nur Edleen, kesal.
Edzuary tertawa sinis.
Kata-kata maaf yang keluar dari mulut Nur Edleen sukar untuk dipercayai. Nur
Edleen bukan calang-calang orang yang boleh dipermain-mainkan. Dia perlu lebih
berhati-hati terhadap Nur Edleen.
“Maaf? Kenapa awak perlu
minta maaf dengan saya? Awak ada buat salah pada saya ke?” tanya Edzuary, pura-pura.
“Eh, tak ada. Mana ada
saya buat salah dengan encik,” bidas Nur Edleen turut berpura-pura. Ikutkan
ajelah rentak dia, bisiknya.
“So?”
“Saya rasa ada yang tak
kena dengan muka encik tu.”
Edzuary mengerutkan dahi.
Kurang mengerti dengan kata-kata Nur Edleen. Apa yang tak kena dengan muka aku,
bisik hatinya. Kejap… kejap… boleh percaya ke dengan kata-kata dia tu. Takut
dia main-mainkan aku aje, kata akalnya berbisik.
Nur Edleen tersenyum.
Pasti, Edzuary sedang leka memikirkan kata-katanya sebentar tadi. Kau belum
tahu siapa aku lagi, bisik Nur Edleen nakal. Dengan perlahan dia mengeluarkan handphone miliknya dari kocek blazer yang dipakainya.
Klik!!
Tersentak Edzuary
mendengar bunyi tersebut. Dihalakan matanya ke arah Nur Edleen yang sedang
menyimpan handphone ke dalam kocek blazer yang dipakai gadis itu. Adakah
Nur Edleen menangkap gambarnya sebentar tadi?
“Buat kenang-kenangan,”
ujar Nur Edleen, selamba dan memasukkan semula handphone ke dalam kocek blazernya.
“Awak buat apa Nur
Edleen?” tanya Edzuary pantas berdiri.
“Nothing!” jawab Nur Edleen, selamba dan menapak jalan menuju ke
muka pintu bilik.
“Wait!” arah Edzuary.
Nur Edleen tidak
menghiraukan arahan Edzuary. Selamba dia menapak keluar dari bilik itu. Namun,
belum sempat tangannya memulas tombol pintu bilik, lengannya sudah ditarik
Edzuary membuatkan dia terdorong ke belakang.
“Bagi handphone awak tu pada saya!” pinta Edzuary,
keras.
“Tak nak!” balas Nur
Edleen, seraya menolak tangan Edzuary dari memegang lengannya.
“Saya takkan benarkan
awak keluar dari bilik saya ni selagi awak tak delete gambar saya tu dari handphone
awak,” ugut Edzuary dan masih keras.
“Saya peduli apa.
Lepaskan lengan saya!” ronta Nur Edleen tidak mahu mengalah.
“No. I won’t let you go,” tegah Edzuary, keras.
Nur Edleen tidak
menghiraukan tegahan Edzuary. Dia cuba melepaskan lengannya dari pegangan
Edzuary, namun tidak berjaya. Ternyata kudratnya tidak mampu untuk melawan
tenaga Edzuary.
“Okey… okey… stop! Saya dah penat!” arah Nur Edleen.
Edzuary turut sama
menghentikan tingkah. Matanya memandang tepat ke dalam anak mata Nur Edleen.
Seakan ada sesuatu yang terlindung di sebalik anak mata itu.
Nur Edleen membalas
tatapan Edzuary. Sama seperti Edzuary. Seakan ada cerita yang terselindung di
sebalik anak mata Edzuary.
“Bagi handphone awak tu pada saya,” arah
Edzuary, keras seraya menghulurkan tangan ke arah Nur Edleen.
“Err….” Sambil
menggaru-garu kepalanya yang bertudung. Dia tersengih melihat Edzuary. “Tu… tu…
kat muka encik tu ada somethinglah.”
“Awak jangan nak tipu
saya. Awak ni bukannya boleh dipercayai,” kata Edzuary.
“Saya tak tipulah encik.
Mari sini, saya tunjukkan pada encik,” arah Nur Edleen, seraya menarik Edzuary
menghampiri cermin. “Tu.. kan saya cakap ada something kat muka encik.”
Edzuary mengamati
wajahnya di cermin. Benar apa yang diperkatakan oleh Nur Edleen. Dakwat pen
melekat di pipinya. Bagaimana dakwat pen itu boleh berada di pipinya?
Dijatuhkan matanya ke arah pen di atas meja. Ternyata, pen yang digunakannya
tadi sedikit mengeluarkan dakwat. Tetapi, kenapa Encik Jamal tidak menegurnya
sebentar tadi?
“Itulah, lain kali,
sebelum nak guna pen, tengok dulu pen tu elok ke tidak. Ini tidak, pakai
belasah aje. Tengok, kan dah melekat kat pipi tu,” bebel Nur Edleen, seraya
mengeluarkan sehelai tisu dari kocek blazernya.
Tisu yang sering dibawa kerana dia mengalami alahan aircond dan mudah selsema. “Saya tolong ya,” beritahunya sambil mengesat
kesan dakwat di pipi Edzuary.
Edzuary hanya membiarkan
sahaja tingkah Nur Edleen. Matanya menjamah wajah Nur Edleen. Terasa tenang
tatkala melihat wajah itu. Dapat dirasakan sesuatu pada wajah itu juga. Sesuatu
yang dirasakan kehilangan selama ini. Serta-merta perbualannya bersama dengan
Aimanuddin pada minggu lepas bermain-main di minda.
“Kau dah jatuh cinta,
kan?” tanya Aimanuddin dan mengangkat kening.
“Hisy, mana ada!” bidas
Edzuary.
“Tengok muka kau pun aku
dah tahu, Ary. Betul, kan, kau dah jatuh cinta dengan seseorang?” tanya
Aimanuddin lagi.
Edzuary hanya membisu.
Benarkah dia sudah jatuh cinta pada seseorang? Tapi, siapa?
“Encik!” panggil Nur
Edleen.
Tersentak Edzuary dengan
panggilan tersebut. Serta-merta, tangannya menghalang Nur Edleen daripada
meneruskan tingkah. Kemudian, langkah diatur dan bersandar di meja kerja.
Hatinya tidak tenteram ketika ini. Kenapa jantungnya berdegup dengan kencang?
“Saya keluar dulu,” pinta
Nur Edleen dan menapak menghampiri pintu bilik. “Err, encik maafkan saya?”
“Maafkan?” ulang Edzuary,
berkerut.
“Kes minggu lepas.”
Edzuary berfikir sejenak.
Memang dia yang meminta Karmila memanggil Nur Edleen masuk ke dalam biliknya.
Sengaja buat-buat tidak tahu di hadapan Nur Edleen sebentar tadi. Dia pun sudah
merencanakan sesuatu untuk mengenakan Nur Edleen.
“Oh! Tentang itu,” sahut
Edzuary dan berpeluk tubuh.
Nur Edleen mengangguk.
Berdoa agar Edzuary memaafkan kesalahannya yang lepas. Rasa berdosa kerana
mempermainkan Edzuary ketika itu.
“So?” tanya Nur Edleen dan memandang tepat ke wajah Edzuary.
“Okey, tapi ada
syaratnya,” balas Edzuary.
“Syarat?” ulang Nur
Edleen.
Edzuary mengangguk.
Segera dia melabuhkan duduk di kerusi dan membiarkan Nur Edleen tertanya-tanya
akan syaratnya itu. Apa yang pasti, dia akan mengenakan Nur Edleen
secukup-cukupnya.
“KENAPA
mengeluh ni? Tak baik mengeluh Leen,” tegur Ezzura, seraya menghulurkan secawan
milo panas kepada Nur Edleen.
Nur Edleen menghela nafas
berat. Huluran Ezzura disambut, lalu menghirup perlahan milo panas tersebut.
Kemudian, diletakkan di atas meja dan mengeluh untuk kesekian kalinya.
“Kenapa? Kau ada masalah
ke?” tanya Ezzura, prihatin.
“Masalah? Manusia mana
yang tidak pernah ada masalah. Semua manusia ada masalah tersendiri,” luah Nur
Edleen.
“Memanglah semua manusia ada
masalah. So, apa masalah kau sekarang
ni?”
Nur Edleen mengeluarkan
kertas dari kocek baju tidurnya. Seharian dia membawa kertas itu dan menatap
kosong pada kertas tersebut. Sungguh, tidak menyangka begitu kejam Edzuary
memperlakukannya sebegitu.
Ezzura mencapai kertas
tersebut. Dibuka dan dibaca isi kandungan kertas tersebut. Membuntang matanya
membaca bait-bait ayat di dalam kertas tersebut.
Syarat
untuk memaafkan Nur Edleen Haji Marwan :
1. Setiap
hari wajib Cik Nur Edleen menunggu Encik Edzuary di lif dan mengucapkan
‘Selamat Pagi’ kepada Encik Edzuary.
2. Cik
Nur Edleen wajib mengikut ke mana sahaja Encik Edzuary jika diminta berbuat
begitu.
3. Sebelum
balik, Cik Nur Edleen perlu melaporkan diri kepada Encik Edzuary. Encik Edzuary
punya hak untuk menahan atau membenarkan Cik Nur Edleen balik.
4. Setiap
hari Cik Nur Edleen perlu menyediakan secawan kopi buat Encik Edzuary.
5. Jika
ada bantahan, Cik Nur Edleen boleh kemukakan sendiri kepada Encik Edzuary.
Terpulang pada Encik Edzuary sendiri untuk menerima bantahan tersebut ataupun
tidak.
Syarat yang paling utama, jangan cuba
mempermainkan Encik Edzuary.
Edzuary Safuan Erizal Hanif
Terhambur
ketawa Ezzura selepas membacanya. Dilipatkan semula kertas tersebut dan
diserahkan kepada Nur Edleen. Wajah Nur Edleen ditatap kasih.
“Merepek!”
ujar Nur Edleen dan mendengus kasar.
“Apa
yang merepeknya?” tanya Ezzura, pura-pura.
“Syarat
mengarut dia tu lah. Ada ke suruh aku buat semua tu. Gila apa. Macamlah aku ni
tak ada kerja lain yang nak dibuatkan,” rungut Nur Edleen, keras.
Ezzura
tertawa lagi. Ternyata, Nur Edleen tidak bersetuju dengan syarat yang
dinyatakan oleh Edzuary.
“Tak
kuasa aku nak ikut syarat dia tu. Aku tak heranlah kalau dia tak maafkan aku
atas kes hari tu,” luah Nur Edleen, geram.
“Leen…
Leen.. Kau sendiri yang cari pasal, so
kau tanggunglah akibatnya,” beritahu Ezzura bernada sindiran.
“Tak
guna punya kawan. Aku harapkan nasihat dari dia, dia boleh hentam aku balik,”
bengang Nur Edleen.
“Okey..
sorry. So, kau nak buat apa sekarang ni?” tanya Ezzura, prihatin.
Nur
Edleen mengeluh. Bingkas, dia bangun dan membuang pandang ke luar jendela.
Angin malam menyapa tubuh. Begitu dingin dan damai dirasakan Nur Edleen ketika ini.
“Entahlah.
Kalau ikutkan, dia yang menang. Kalau tak ikutkan, aku juga yang dapat susah,”
keluh Nur Edleen, lemah.
“So, apa susahnya. Kau ikutkan ajelah
permintaan dia tu. Dalam masa yang sama, kau boleh kenakan dia juga,” cadang
Ezzura dan tersenyum.
Nur
Edleen menoleh. Ada benarnya cadangan Ezzura itu. Mungkin dengan cara itu dia
dapat mengenakan Edzuary yang difikirkannya seorang yang berlagak bagus.
“So?” tanya Ezzura ingingkan kepastian.
“So.. so.. dari tadi tak habis-habis
dengan perkataan ‘so’ kau tu. Dah
macam Ah So kat kedai runcit sana tu dah aku rasanya,” balas Nur Edleen dan
tertawa kecil.
Ezzura
turut sama tertawa. Bingkas, dia bangun dari duduk dan menghampiri Nur Edleen.
Bahu Nur Edleen disentuh lembut.
“Apa
keputusan kau tentang permintaan abah?” tanya Ezzura sekadar ingin tahu.
Tersentak
Nur Edleen dengan pertanyaan Ezzura. Dia hampir terlupa akan permintaan Haji
Marwan seminggu yang lalu. Otaknya ligat memutarkan semula permintaan Haji
Marwan.
“Apa
keputusan kau?” ulang Ezzura.
“Aku
tak ada keputusan lagi Zura. Aku belum bersedia lagi nak ke arah tu,” beritahu
Nur Edleen, perlahan.
“Habis
tu, kenapa kau tak berterus-terang aje pada abah yang kau belum bersedia lagi
nak ke arah tu,”cadang Ezzura.
“Aku
tak nak kecewakan hati abah dan ummi. Kau sendiri tahu kan apa yang terjadi
pada aku dulu. Cukuplah masa tu aku susahkan hati mereka berdua dan aku tak nak
susahkan hati mereka lagi,” luah Nur Edleen, serba salah.
Ezzura
menarik nafas lembut. Matanya menatap wajah keliru Nur Edleen. Pasti Nur Edleen
keliru dalam membuat keputusan. Ditelan mati emak, diluah mati bapak, Nur
Edleen rasakan ketika ini.
“Apa
kata kau kenal dulu dengan dia, then,
baru kau buat keputusan,” cadang Ezzura.
“Nantilah
Zura aku fikirkannya. Kepala aku ni tengah serabut dengan syarat mamat tu,”
kata Nur Edleen berserta keluhan ringan.
Ezzura
mengangguk. Tanpa membalas apa-apa, segera dia beredar dari situ. Membiarkan
Nur Edleen memikirkan tentang permintaan Haji Marwan. Permintaan untuk
menyatukan Nur Edleen dengan anak kawan baik Haji Marwan. Sanggupkah Nur Edleen
menerima perancangan Haji Marwan itu? Apa yang bersarang di kepala Ezzura
ketika ini, adakah Nur Edleen masih tidak boleh melupakan kisah lima tahun yang
lepas?
kak eliza jgn buat saya peninggg!! Kisah apa 5 thn lepas tu?? Suspen..
BalasPadamerk, pening ke?? alahai, sorry la.. nti taulah kisah apa 5 thn tu.. sabar ya..
Padamkesah 5 tahun lu tu yg excident tu ker..??? ermmmm
BalasPadamsama2 nakal n ade agenda jer si ES ngan NE niee..
a'ah, NE n ES.. sama2 nakal.. nti tau la kisah apa 5 thn tu..
Padamkenapa ES pon ada kisah 5 thn lps ek...xcdent sama2 ker?
BalasPadamyg tu, kena tggu bab2 seterusnya.. then, baru leh tahu kisah apa 5 thn lps tu..
PadamsaLam akk ros...
BalasPadamapo2 pun sy tggu update n3 sterusnya...hhehe.....tq i love akk ros
wslm.. InsyaAllah, mggu dpn pulak ya..
PadamAnak kawan baik Hj Marwan tu mesti ES kan?
BalasPadam~nor..
hehe.. mgkn la..
PadamHehehehe.... NE dan ES sma2 nakal la.... X sbar nk tau kisah 5thn lpas.... Kak Ros cpat2 entry next chapter ea...
BalasPadamA'ah, sama2 nakal.. minggu dpn akak smbg, ok!! (^___^)
Padampergh..menarik dan tertarik ..akak rasa antara 2 pasangan ini..tanpa disedari mereka mungkin..sebelum ni..mereka pernah mengenali antara satu sama lain..propa ..akak je..dik.. tapi akak rasa mereka ini mmg serasi bersama..Adakah NE akan kenakan mamat poyo tu kaw kaw dan turn d table around..kenakan mamat tu..minah tu ..luaq alam nakalnya..mesti..seriously mamat tu menyesal giler..mengenakan syarat yg entah apa apa tu..kan..
BalasPadamRasa tak sabar nak tunggu E3 baru..
pandai akak propa.. mana la taukan propa akak tu betul.. hehe.. ES n NE tu mmg nakal.. bab slps ni, taulah samada NE tu ikt syarat2 ES ke tdk.. atau NE kenakan ES balik.. hehehe..
Padamterima kasih jg coz sudi singgah n membaca SC.. (^___^)