BAB 7
“MACAM
mana, bang haji?” tanya Hajah Norhayati.
“Macam
mana apa?” tanya Haji Marwan, kurang mengerti.
“Nur
Edleen!”
“Nur
Edleen? Kenapa dengan Nur Edleen?”
Hajah
Norhayati menepuk dahi. Gelengan kecil diberikan pada Haji Marwan. “Tentang
rancangan abang haji tu lah.”
“Oh,
tentang tu. Abang ingatkan apa tadi,” sahut Haji Marwan. “Leen tak bagi jawapan
lagi. Jadi, kita tak boleh nak buat apa-apa.”
“Tapi,
sampai bila bang haji? Sampai bila kita nak tunggu Leen setuju? Kalau kita tak
ambil tindakan, sampai ke tua lah Leen tak setuju,” suara Hajah Norhayati.
Haji
Marwan mengeluh ringan. Matanya memandang tepat ke wajah isterinya. Bagaimana
untuk menjelaskan kepada Hajah Norhayati akan apa yang dirasakan tentang Nur
Edleen ketika ini. Sungguh, Haji Marwan terlalu risaukan Nur Edleen. Risau,
jika Nur Edleen akan bertanya pada mereka tentang kisah lima tahun yang lepas.
Apa yang membuatkan Haji Marwan semakin risau, jika Nur Edleen bertanyakan
tentang kemalangan yang dialami oleh Nur Edleen dahulu. Kemalangan yang hampir
meragut nyawa Nur Edleen.
“Kenapa
bang haji?” tanya Hajah Norhayati, berkerut. Matanya menatap mesra wajah Haji
Marwan. Seakan ada kerisauan pada wajah itu.
“Abang
risaukan Leen,” luah Haji Marwan.
“Abang
haji risaukan apa?” tanya Hajah Norhayati.
“Entahlah
Yati. Hati abang risau sangat-sangat dengan Leen. Kita nampak Leen macam tu,
tapi abang tahu, Leen pendam semuanya di dalam hati. Cuba Yati imbas kembali
macam mana Leen terima kenyataan lepas kemalangan dulu. Hampir setahun kita
pujuk dia untuk terima kenyataan tersebut,” luah Haji Marwan dan mengeluh untuk
kesekian kalinya.
Hajah
Norhayati sekadar mendengar. Ada benarnya kata-kata Haji Marwan itu. Selama
setahun mereka sekeluarga memberi semangat kepada Nur Edleen. Syukur
alhamdulillah, Nur Edleen kembali kepada kehidupannya yang asal.
“Insya-Allah
bang haji. Sama-samalah kita berdoa untuk kebahagiaan Leen. Yati cadangkan kita
kenalkan mereka berdua dulu. Bila kedua-duanya dah kenal, baru kita buat
keputusan,” cadang Hajah Norhayati.
“Elok
juga tu. Abang harap Leen setuju dengan cadangan kita. Abang pun dah bincangkan
dengan kawan baik abang tu. Buat permulaan, apa kata kita jemput pihak sana
makan malam kat rumah kita ni,” sokong Haji Marwan dan tersenyum.
“Yati
ikut aje bang haji mana yang terbaik buat Leen,” kata Hajah Norhayati turut
tersenyum.
Haji
Marwan mengangguk kecil. Senyuman masih terbias di wajah. Semoga apa yang
dirancangkan oleh mereka menjadi kenyataan. Apa yang penting bagi mereka adalah
kebahagiaan Nur Edleen, tidak lebih dan tidak kurang.
NUR
EDLEEN mengeluh berat. Matanya hanya memandang Edzuary yang
sedang berjalan di hadapannya. Sudahlah hatinya sakit disebabkan syarat merepek
Edzuary, bertambah kesakitan di hati tatkala Edzuary memaksanya mengikut lelaki
itu selepas waktu bekerja. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia membelasah
Edzuary. Baru dia tahu siapa aku nanti, bisiknya.
“Yang
awak berjalan terkedek-kedek macam itik ni, kenapa?” tegur Edzuary, keras.
Terhenti
langkah Nur Edleen dek kerana teguran itu. Tajam matanya ke wajah selamba
Edzuary. Senyuman sinis turut terbias di bibir lelaki itu.
“Nak
protes? Saya korek bijik mata awak tu
baru awak tahu. Sekarang awak dah tahu langit tu tinggi atau rendah, kan? So, lepas ni jangan nak main-main dengan
saya,” sambung Edzuary lagi. Dia
tersenyum sinis sambil matanya memandang tepat ke wajah Nur Edleen.
Hisy,
ini sudah lebih. Aku tonyoh mulut tu
dengan cili baru tahu. Suka hati dia aje nak kritik cara aku berjalan, marah
Nur Edleen di dalam hati. Tak apa, aku nak tengok sejauh mana kemenangan kau
tu. Tunggulah kau, sekejap lagi kenalah kau dengan aku, azamnya pula.
“Eh..
mana ada saya protes. Lagi satu, encik tahu ke langit tu tinggi atau rendah?
Sejak saya lahir sehinggalah sedewasa ini, apa yang saya tahu, langit tu memang
tinggi dan tak rendah pun,” jelas Nur
Edleen bernada sindiran. Senyuman sinis terbias di wajah.
Edzuary
mengerutkan dahi. Ingin mengenakan Nur Edleen, dia yang terkena balik. Ternyata,
Nur Edleen bukan calang-calang orang untuk diperkotak-katikkan. Tanpa membalas,
segera dilajukan langkah meninggalkan Nur Edleen.
“Encik..
marah ke?” tanya Nur Edleen sebaik sahaja menyaingi langkah Edzuary. “Encik,
tak baik tau marah-marah, nanti muka encik tu cepat tua,” sambungnya. Dia
mengekek ketawa di dalam hati melihat riak mencuka Edzuary. Pasti, Edzuary
terasa disindir. Padan muka!
Edzuary
tidak menghiraukan kata-kata Nur Edleen. Dilajukan langkah agar Nur Edleen
tidak menyainginya. Namun, selaju mana langkahnya, Nur Edleen tetap berjaya
menyaingi.
“Isteri
encik apa khabar? Anak lelaki ke perempuan?” tanya Nur Edleen, prihatin.
Terhenti
langkah Edzuary mendengar pertanyaan Nur Edleen itu. Tajam matanya ke wajah
selamba Nur Edleen. “None of your
business!”
Nur
Edleen menggaru kepalanya yang bertudung. Matanya menghantar langkah Edzuary. “Tanya
soalan pun tak boleh ke? Susah betul dapat bos yang suka berubah angin ni,”
omelnya sendirian. “Eh, bos… tunggu!” laungnya pula dan melajukan langkah.
“HISY,
aku ingatkan dia nak bawa aku ke mana. Rupa-rupanya dia nak bawa aku ke kolam
ni. Buat penat aku ajelah ikut dia,” rungut Nur Edleen sendirian. Dilabuhkan
duduk di atas rumput nan hijau sambil membuang pandang ke arah kolam pancing
ikan Sungai Kandis yang terbentang luas di hadapan matanya. Terasa tenang dan
damai Nur Edleen rasakan ketika ini. Terasa lapang dadanya juga. Semenjak dua
menjak ini, fikirannya asyik memikirkan permintaan Haji Marwan. Bagaimana untuk
mengelak dari mengikut permintaan tersebut?
“Nah!”
sergah Edzuary, seraya menghulurkan sebatang joran kepada Nur Edleen.
Tersentak
Nur Edleen dengan huluran Edzuary. Bulat matanya memandang joran tersebut.
Bingkas, dia bangun dari duduknya. “Untuk apa?”
“Main
skipping!” Selamba Edzuary menjawab
dan berkira untuk beredar dari situ. Boleh pulak tanya lagi. Tentulah nak
pancing. Bengap betul! Kutuk Edzuary di dalam hati.
“Main
skipping? Boleh ke encik? Setahu
saya, joran ni untuk pancing ikan, bukannya main skipping,” terang Nur Edleen, lurus.
“Dah
tahu untuk pancing, yang awak tanya lagi tu, kenapa?” geram Edzuary.
Nur
Edleen tersengih. Sengaja mengusik Edzuary. Sengaja buat-buat bodoh. Jauh dia
sudut hati, dia suka melihat senyuman di bibir Edzuary. Kadang kala hatinya
bertanya, kenapa lelaki itu sukar untuk melemparkan senyuman? Lelaki itu sering
dilihat termenung dan berkhayal. Apa yang dimenungkan oleh Edzuary selama ini?
Ingin sahaja Nur Edleen bertanya kepada Edzuary, tetapi siapalah dia untuk masuk
campur dalam urusan Edzuary. Tak pasal-pasal dicop penyibuk pula oleh Edzuary
nanti.
“Err…
encik!” panggil Nur Edleen, lembut.
Edzuary
hanya berdehem. Matanya diluruskan ke hadapan sambil memberi tumpuan sepenuhnya
pada joran.
“Saya…
saya… saya tak pandai pancing ikan.” Jujur Nur Edleen berkata.
“Mustahil
tak tahu,” bidas Edzuary.
“Betul
encik. Saya memang tak pandai nak pancing ikan dalam kolam. Saya pandai pancing
kat pasar aje. Lagi besar encik. Macam-macam jenis ada. Yang kecik, yang besar,
hitam, putih, merah, warna-warni, semua ada. Encik pancing aje kat pasar tu.
Harga pun murah juga. Kalau encik tak tahu nak pilih, encik boleh bawa saya ke
sana,” cerita Nur Edleen, bersungguh. Dia yang sudah duduk bersila di sebelah
Edzuary hanya memerhati lagak Edzuary yang sedang menarik joran. Kagum sebentar
dia melihatnya.
“Yang
awak duduk tercanguk kat sini, kenapa? Pergilah pancing kat sana,” arah Edzuary,
keras. Rasa segan dan malu tatkala Nur Edleen memerhatikan tingkahnya.
“Tapi…
saya tak tahu,” beritahu Nur Edleen.
“Saya
tak peduli. Saya nak, sekurang-kurang awak dapat pancing seekor ikan. Selagi
tak dapat, selagi itulah awak kena duduk kat kolam ni,” kata Edzuary bernada
arahan.
Nur
Edleen segera bangun dari duduknya. Sakit telinganya mendengar arahan Edzuary
itu. Rasa nak tonyoh-tonyoh saja muka
Edzuary, Nur Edleen rasakan. Tanpa membalas kata-kata Edzuary, dicapai joran
dan beredar dari situ. Dicebikkan muka dan menjulurkan lidah ke arah Edzuary.
Suka hati dia aje nak buat aku macam ni. Tunggu kau, aku buktikan yang aku
boleh memancing, kata hati Nur Edleen.
Edzuary
hanya tersenyum. Dalam kedegilan Nur Edleen ada kelembutannya juga. Jika dia
tidak berbuat begitu, dengan mudah Nur Edleen akan mengambil kesempatan ke atas
dirinya. Malah, Nur Edleen juga akan mempermain-mainkannya seperti yang berlaku
di rumah Mak Zainab dahulu. Rasa sakit hati masih lagi bersisa. Mungkinkah rasa
sakit itu akan lenyap dari dalam hatinya, Edzuary tidak ada jawapan untuk itu.
“ASSALAMUALAIKUM
pak cik!” tegur Nur Edleen, ramah.
“Waalaikumussalam.
Ada apa nak?” balas pak cik yang bernama Zahid itu.
“Ikan
ni pak cik tangkap ke? Kalau jual berapa harganya?” tanya Nur Edleen sambil
mengunjuk ke arah ikan yang dimaksudkannya itu.
“A’ah
nak, pak cik tangkapnya tadi. Harga ikan ni, ikut harga berat. Kalau tak silap
pak cik, sekilo dalam RM 23,” jawab Pak Zahid dan tersenyum.
“Err..
mahalnya pak cik. Best sangat ke ikan
ni?” tanya Nur Edleen, lurus.
“Mahal
nak. Bukan senang nak dapat ikan ni. Kat mana-mana pasar belum tentu ada,” cerita
Pak Zahid, bersungguh. “Cuba tengok saiz ikan ni, besar, kan?” tambahnya lagi.
Terangguk-angguk
Nur Edleen mendengarnya. Kagum sebentar dia melihat Pak Zahid. Hebat betul pak
cik ni dapat tangkap ikan sebesar ni. Kalau aku beli dan tunjukkan pada mamat tu,
mesti dia percaya punyalah, bisik Nur Edleen, nakal.
“Kalau
saya beli ikan ni, boleh tak pak cik?” tanya Nur Edleen, sekadar mencuba.
Pak
Zahid mengerutkan dahi. Matanya menjamah wajah bersih Nur Edleen.
“Saya
tak pandai memancing. Dah sejam saya tunggu, satu ikan pun tak lekat. Agaknya, ikan
tu takut dengan saya kut,” beritahu Nur Edleen tanpa dipinta. Wajahnya beriak
sedih. Sekadar menagih simpati dari Pak Zahid.
“Anak
ikut cara tak betul kut. Kalau memancing ni kena ada tekniknya,” kata Pak
Zahid.
“Serius
pak cik, saya memang tak pandai memancing. Bos saya yang ajak saya datang ke
sini. Tu ha… bos saya, pak cik,” balas Nur Edleen sambil menunjuk ke arah
Edzuary.
Pak
Zahid memandang ke arah yang ditunjukkan. Dia mengangguk kecil tatkala melihat
Edzuary yang sedang memancing tidak jauh dari mereka berdiri. Kemudian,
dijatuhkan matanya ke wajah sedih Nur Edleen. Kasihan pula dia melihatnya. Terdetik
rasa ingin menolong Nur Edleen ketika itu.
“Baiklah,
pak cik jual ikan ni pada anak,” kata Pak Zahid, mengalah.
Bersinar-sinar
wajah Nur Edleen mendengarnya. Lantas, tangan Pak Zahid dicapai dan ucapan
terima kasih meniti di bibirnya. Sungguh, tidak meyangka Pak Zahid akan menjual
ikan tersebut kepadanya.
NUR
EDLEEN melangkah jalan menuju ke arah Edzuary. Bibirnya
menguntum senyuman sedari tadi. Gembira di hati hanya Allah sahaja yang tahu.
Bukannya apa, dia gembira kerana tidak perlu bersusah payah menunggu ikan
memakan umpannya. Dengan wajah simpati, dia dapat memujuk Pak Zahid agar
menjual ikan kepadanya. Dengan rasa bangga Nur Edleen membawa ikan tersebut
kepada Edzuary.
“Ehem..
ehem..” dehem Nur Edleen.
Edzuary
tersentak. Segera dihalakan matanya ke wajah Nur Edleen yang sedang tersenyum.
Apasal minah ni tersenyum sumbing? Tanya hatinya.
“Dah
give up?” tanya Edzuary seakan
menyindir.
“Eh..
mana ada saya give up. Jangan-jangan
bos yang dah give up,” bidas Nur
Edleen dan mengangkat kening.
“Saya…
saya give up. Tolong sikit. Selama
saya memancing, belum pernah lagi saya give
up. Sekurang-kurangnya, saya akan dapat dua tiga ekor ikan kalau
memancing,” balas Edzuary penuh bangga.
Nur
Edleen mencebik. Meluat mendengar kata-kata bangga Edzuary. Matanya mengintai
bakul yang berada di sisi Edzuary, ternyata kosong. Huh! Nak berlagak dengan
aku. Satu ikan pun tak ada. Dua tiga ikan konon. Boleh jalanlah! Kutuk Nur
Edleen di dalam hati.
“So?” tanya Nur Edleen.
“So apa?” tanya Edzuary, berkerut.
“Mana
ikannya?” tanya Nur Edleen lagi.
“Ada..
ada.. saya suruh orang simpankan ikan tu,” jawab Edzuary sambil cuba mengawal
suara agar tidak bergetar.
“Oh..
orang simpan,” ulang Nur Edleen dan mengangguk. Nak tipu aku konon. Ingat aku
ni bodoh ke, bisiknya pula.
“Yang
awak sibuk tanya saya ni, kenapa? So,
mana ikan awak?” tanya Edzuary. Tidak mahu diasak dengan persoalan lagi. Takut
temberangnya akan pecah.
“Ikan
saya?” ulang Nur Edleen.
“Mesti
tak ada, kan?” ejek Edzuary dan tersenyum sinis.
Huh!
Nanti kau. Mesti terbeliak mata kau tengok ikan aku ni nanti, kata hati Nur
Edleen.
“Sudahlah
Nur Edleen. Baik awak pergi tunggu joran awak tu. Takut kena tarik dek ikan jaws pulak,” seloroh Edzuary bernada
ejekan.
Nur
Edleen tersenyum manis. Tanpa membalas, dibawa ikan ke hadapan dan ditayangkan
di hadapan mata Edzuary. Terbeliak mata Edzuary dilihatnya.
“Taraaaa….
besar tak ikan saya ni Encik Edzuary Safuan Erizal Hanif,” kata Nur Edleen
penuh bangga. Ditayang-tayangkan ikan itu di hadapan mata Edzuary. Walaupun
ikan itu berat, namun demi untuk memalukan Edzuary, dia sanggup membawa ikan itu
dengan sendirinya.
“Awak…”
“Kenapa?
Tak percaya? So, jangan pandang saya
sebelah mata. Saya ni terror pancing ikan.
Bukan setakat ikan kat kolam ni saja saya pandai, kat pasar tu pun saya pandai
juga, kalau encik nak tahu,” terang Nur Edleen dan tersenyum bangga.
Edzuary
mendengus kasar. Ternyata, dia kalah dalam pertaruhan itu. Dia menolak ikan
yang dipegang oleh Nur Edleen. Sakit hatinya melihat senyuman di bibir Nur
Edleen. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia beredar dari situ. Namun
disabarkan hati agar tidak berbuat begitu demi menjaga air mukanya sendiri.
“Kenapa?
Dah tak sudi nak tengok ikan saya ni ke?” tanya Nur Edleen seakan menyindir.
“Huh!
Awak ingat saya heran ke? Saya boleh dapat lagi besar dari ini la,” bidas
Edzuary tidak mahu mengalah.
“Well! It’s up to you. Apa yang pasti, saya dah menang,” ejek Nur Edleen.
Edzuary
mendengus geram. Dia menolak kuat ikan yang masih dipegang oleh Nur Edleen.
Tanpa disengaja, ikan itu terjatuh ke bawah dan hampir di tepi kolam.
Membuntang mata Nur Edleen melihatnya.
Aduh!
Suka hati dia aje nak tolak ikan aku tu. Dahlah mahal aku belinya, habis duit
belanja dapur yang aku simpan untuk bulan ni, rungut Nur Edleen.
“Encik,
kalau marahkan saya, janganlah marahkan ikan tu. Kesian, kena tolak dari encik.
Tak pasal-pasal, lebam badan ikan tu,” ujar Nur Edleen berwajah sedih. “Encik, tolonglah
ambil ikan tu balik,” pintanya, sayu.
“Peduli
apa saya. Awak ambillah sendiri,” balas Edzuary tidak mahu mengalah.
“Encik
ni, tak baik tau. Kesian ikan tu encik buat dia macam tu. Nanti dibuatnya
keluarga dia datang mencari, macam mana? Encik kan bakal jadi bapa, so, mesti encik faham perasaan
berkeluarga,” jelas Nur Edleen bernada rayuan. “Cuba kalau encik di tempat ikan
tu, mesti encik dapat rasakan apa yang ikan tu rasakan,” sambungnya lagi.
Edzuary
hanya mendengar. Sedikit sebanyak kata-kata Nur Edleen menusuk masuk ke dalam
hati. Ada benarnya kata-kata Nur Edleen itu. Tanpa membalas, diatur langkah
menuju ke tepi kolam. Dengan perlahan, dia mengambil ikan tersebut. Belum
sempat dia mencapai ikan tersebut, kakinya tergelincir dan jatuh ke dalam
kolam.
Terhambur
ketawa Nur Edleen melihatnya. Sungguh, tidak meyangka Edzuary akan terjatuh ke
dalam kolam. Tanpa membuang masa, segera dikeluarkan telefon bimbit dan
menangkap gambar Edzuary. Sekadar buat kenangan dan sebagai senjata di masa
hadapan.
“Nur
Edleen!” jerit Edzuary, geram.
“Oppsss!!
Maaf bos, saya tak perasan pun bos kat dalam tu,” balas Nur Edleen dan
tersengih. Sengaja menaikkan kemarahan bos besarnya itu.
“Awak
nak tolong ke tidak ni?” tanya Edzuary, keras.
“Err…
tolong? Nak tolong macam mana encik? Sekejap, saya panggilkan orang keluarkan
encik dari dalam kolam tu. Oh ya, apa kata encik mandi-manda kat dalam tu dulu
sementara saya panggilkan orang. Bukan senang nak dapat pengalaman untuk kali
kedua ni, encik,” beritahu Nur Edleen dan tersengih.
Edzuary
mendengus geram. Masuk kali kedua dia terjatuh di dalam air. Pertama, ketika dia
memetik kangkung di rumah Mak Zainab dan kali kedua di dalam kolam pancing ikan
ini. Sungguh Edzuary merasa malu di hadapan Nur Edleen. Jika boleh disorokkan
mukanya, ingin sahaja dia menyorok. Tidak mahu Nur Edleen mengesan rasa malunya
itu.
“KAU
ni Leen, teruk sangat kenakan dia. Sikit-sikit sudahlah,” tegur Ezzura sekadar
nasihat. Seminit kemudian dia tertawa mendengar cerita Nur Edleen itu.
“Orang
macam dia tu mana boleh kenakan sikit-sikit. Dia ingat dia bos, boleh buat aku
macam tu. So, dia yang terkena dan aku
yang mengenakannya,” bidas Nur Edleen dan tertawa.
“Kalau
ya pun, takkan kau tak kesian tengok dia berkubang dalam kolam tu. Hari tu
dalam parit, kali ni dalam kolam ikan pula. Entah-entah, dia ada sawan air kut.
Tak boleh tengok air, mesti teruja lebih,” komen Ezzura dan masih ketawa.
“Sawan
air?” ulang Nur Edleen, berkerut. “Betullah kut, dia terkena sawan air. Pantang
tengok air, mesti dia terjatuh. Haisey, rugi benar aku tak tangkap gambar dia
banyak-banyak buat koleksi,” sambungnya dan tersengih.
“Hai,
siap main tangkap gambar nampak. Dalam hati tu dah ada taman untuk encik bos
besar ke?” sindir Ezzura dan tersenyum nakal.
“A’ah,
taman rashidah utama. Kau nak join
aku ke sana tak?” balas Nur Edleen, pura-pura. Bukannya dia tidak mengerti akan
maksud tersirat Ezzura itu. Sengaja dia buat-buat bodoh dan tidak mahu Ezzura
bercerita tentang hati dan perasaan. Apa yang pasti, hati dan perasaannya masih
belum dimiliki sesiapa. Tetapi, kenapa dapat dirasakan hatinya sudah diserahkan
pada seseorang. Siapa? Nur Edleen tidak punya jawapan pada persoalan itu. Sudah
berkali dia bersoal jawab dengan hatinya. Namun, tetap tidak punya jawapan pada
persoalan tersebut. Bagaimana untuk mendapatkan jawapan? Nur Edleen masih
memikirkannya.
“Aku
cakap yang betul-betul, kau boleh main-main pulak,” geram Ezzura.
“Eh..
aku nak send gambar dia la, okey
tak?” kata Nur Edleen. Sengaja menukar topik perbualan. Tidak mahu diasak
dengan pertanyaan itu lagi.
Berkerut
dahi Ezzura mendengar. Ternyata, Nur Edleen cuba mengelak dari berbincang
tentang hati dan perasaan. “Kau ada nombor phone
dia ke?”
“Eh..
mestilah ada. Ini Nur Edleen la. Kacang aje kalau bab-bab nombor telefon ni,”
jawab Nur Edleen dengan riak bangga.
“Kau
curi dari mana?”
“Aku
tak curi la. Aku dapatkan dari Karmila.”
“Dia
ada nombor kau tak?”
“Mestilah
ada. Kalau tak ada, takkan dia boleh call
aku minta aku ikut dia lepas kerja tadi. Dia minta dari Karmila. Aku sendiri
yang tanya pada Karmila,” beritahu Nur Edleen. “Nasib baik dia nak hantarkan
aku balik lepas dia kalah tadi, kalau tidak, tak pasal-pasal, kau yang jadi mangsa
ambik aku kat kolam tu,” sambungnya dan tersengih.
“Hurm,
nasib baik, kan?” sahut Ezzura dan mencebik. “Eh, cepatlah hantar. Aku nak
tengok apa dia balas,” gesanya, teruja.
“Tak
guna punya kawan. Tadi, beria-ria nasihat aku berbagai. Last-last, dia pun nak tumpang sekaki. Tak malu betul!” cebik Nur
Edleen, meluat.
Ezzura
hanya tersengih. Matanya ralit melihat tingkah Nur Edleen yang sedang mencari
gambar Edzuary di fail manager dari
dalam handphone. Setelah berjumpa,
Nur Edleen menunjukkan gambar tersebut kepadanya. Tergelak dia melihat wajah
mencuka Edzuary yang sedang berkubang di dalam kolam ikan.
“Okey
done!” kata Nur Edleen dan tertawa.
“Kita tunggu balasan dari dia.”
Ezzura
hanya mengangguk. Rasa sedikit teruja dengan apa yang dilakukan oleh Nur
Edleen. Bukannya dia ingin bersubahat mengenakan Edzuary, sekadar main-main
sahaja. Berharap, Edzuary tidak akan salah faham tentang mereka berdua nanti.
Bunyian
mesej masuk menyentak mereka berdua. Segera, Nur Edleen membuka kotak mesej dan
membaca mesej yang dikirimkan oleh Edzuary.
Delete! Kalau awak tak delete gambar
tu, tahulah apa saya nak buat pada awak esok.
“Hahaha…
dia ingat aku takut,” kata Nur Edleen dan tertawa.
“Nampak
serius aje bunyinya tu,” kata Ezzura pula bernada risau.
“Tak
apa, aku balas kejap.” Tanpa menunggu, ditaip kata-kata di dalam handphone. Dia tersenyum selepas siap
menaipnya.
Sayang
kalau nak deletenya. Saya nak buat kenang-kenangan. Handsome la encik macam
tu. (^__*)
“Wah!
Melampau ayat kau ni Leen.”
Belum
sempat Nur Edleen membalas, bunyi mesej masuk mengganggunya.
Saya tahulah saya ni handsome. Jangan
disebabkan gambar saya tu, tak tidur malam pulak awak nanti. Asyik menatap
gambar saya aje.
“Huh!
Dia ingat handsome sangat ke sampai
aku tak tidur disebabkan dia,” bidas Nur Edleen dan mencebik.
Ezzura
sudah tertawa besar. Ingin mengenakan Edzuary, Nur Edleen yang terkena semula.
Semoga ada jalan penyelesaian di antara mereka kelak.
Jangan nak perasan!
“Padan
muka!” ejek Nur Edleen, geram.
“Tu
la. Nak kenakan dia, last-last kau
yang terkena. Padan muka kau sebenarnya,” kutuk Ezzura, selamba.
“Sudahlah.
Malas aku nak layan kau. Baik aku tidur,” bidas Nur Edleen, seraya bangun. Dia
menapak jalan menuju ke bilik. Fikirannya masih memikirkan Edzuary. Sebab apa?
Nur Edleen tidak pasti. Semoga tidur malamnya akan lena seperti malam-malam
sebelum ini.
Ezzura
hanya memandang. Dia menggeleng kecil dengan tingkah Nur Edleen. Sampai bila
Nur Edleen akan bersikap begitu? Hatinya tertanya-tanya. Jauh di sudut hati,
Ezzura berharap agar Nur Edleen dapat menerima insan yang bernama ‘lelaki’ di
dalam hidupnya nanti.
hahahaaa...amik ES, jatuh kolam di buat si NE
BalasPadammemang gempak cara dia menyakat si ES...
bestttt....
Hehe.. NE mmg nakal.. suka sakat ES.. lps ni ada lg yg disakatkan NE..
Padamaduh... nakal ye asyik nak kena kan es je..cian dia
BalasPadama'ah, mmg nakal NE ni.. hehe.. :D
Padamsungguh nakal nur.marah tapi bahagia.
BalasPadamKak Idah.. lama x npk akak komen.. a'ah, NE mmg nakal.. tp, ES pn nakal jg.. hehehe..
Padam