BAB 8
“LEEN!”
panggil Norziana dari arah ruang tamu.
Nur
Edleen menoleh. Senyuman terbias di wajah. Langkah diatur menuju ke ruang tamu.
Kelihatan keluarga kak longnya berserta abah dan umminya sedang duduk santai di
ruang tamu. Seakan ada perkara yang ingin mereka bincangkan. Adakah perkara itu
berkenaan dengan dirinya? Tentang rancangan Haji Marwan untuk menjodohkan
dirinya dengan anak kawan baik abahnya itu.
“Ada
apa, kak long?” tanya Nur Edleen setibanya di hadapan mereka semua.
“Duduk
Leen. Abah ada perkara nak bincangkan dengan Leen,” arah Haji Marwan.
Nur
Edleen akur. Dilabuhkan duduknya di sofa bersebelahan Norziana. Wajah abahnya
ditatap mesra.
“Leen
dah fikirkan permintaan abah dan ummi? Apa keputusan Leen?” mulai Haji Marwan
berserta senyuman di bibir.
Nur
Edleen hanya menunduk. Kakinya menguis-nguis permaidani di lantai. Jawapan apa
yang harus diberikan pada keluarganya. Sungguh, Nur Edleen belum bersedia untuk
ke arah itu. Hatinya juga berat untuk bersetuju. Seakan ada sesuatu yang
menghalangnya daripada bersetuju.
“Leen
kenal dulu dengan dia. Kalau Leen…”
“Leen
boleh reject tak?” pintas Nur Edleen
dan mengangkat muka.
“Hai,
belum jumpa dah reject dulu. Handsome angah, rugi kalau angah tak
kenal dengan dia,” sampuk Norziana dan tersenyum.
“Angah
tak heranlah kak long. Kalau handsome
perangai mengalahkan syaitan, tak guna juga, kan?” bidas Nur Edleen. Sungguh,
dia bukanlah seorang yang teruja dengan kekacakan seseorang lelaki. Asalkan
sedap mata memandang, jadilah.
“Betul
kata kakak kamu tu, Leen. Ada baiknya Leen kenal dulu sebelum buat keputusan.
Abah dan ummi dah kenal dengan familynya.
Keluarga baik-baik dan terhormat. Jadi, abah nak Leen fikirkan permintaan abah
dan ummi,” terang Haji Marwan.
“Ummi
pun harap Leen setuju dengan permintaan kami,” sampuk Hajah Norhayati yang
sedari tadi hanya membisu dan mendengar.
“Angah,
abang long bukan nak menyokong sesiapa. Abang long rasa, ada baiknya angah kenal
dulu dengan dia. Kalau angah tak suka, kami takkan paksa angah untuk
terimanya,” sokong Khazizul pula.
Nur
Edleen menunduk semula. Kata-kata keluarganya antara dengar ataupun tidak.
Kenapa dia perlu alami semua ini? Jika dia menolak, seolah-olah dia melukakan
hati keluarganya. Jika dia terima, bagaimana dengan perasaannya sendiri?
“Leen
naik atas dulu,” pinta Nur Edleen, seraya bangun. Tidak mahu terus-terusan
mendengar permintaan dan harapan keluarganya. Hatinya akan sebak tatkala
memikirkan perkara itu.
“Leen..
fikir mana yang terbaik buat Leen. Abah dan ummi tak memaksa,” kata Haji Marwan
bernada harapan.
Nur
Edleen hanya mengangguk. Tanpa membalas, segera dibawa langkah menuju ke
tingkat atas. Otaknya serabut memikirkan permintaan keluarganya. Sudahlah
masalah Edzuary masih belum selesai, ditambah pula dengan masalah yang lain. Bagai
nak gila Nur Edleen rasakan ketika ini. Ya Allah, aku memohon petunjuk dari-Mu,
bisik hatinya, sayu.
NUR
EDLEEN mengeluh berat. Jam di tangan dikerling buat
seketika. Masa sudah menginjak ke angka enam petang. Sebaik sahaja berbual
bersama keluarganya dan menunaikan sholat Asar, tidak beberapa minit selepas
itu, dia meminta diri untuk keluar. Sekadar untuk mententeramkan perasaan.
Sekadar melepaskan lelah yang selama ini membelenggu dirinya. Ingin sahaja dia
menjerit, melepaskan tekanan yang dihadapinya waktu ini.
“Arrrggghhhhhh!!!”
jerit Nur Edleen sekuat hati. Mujurlah hanya dia sahaja yang berada di puncak
itu. Jika tidak pasti dia dicop ‘gila’ kerana menjerit tidak tentu pasal.
“Woi!!
Pekak telinga aku dengar kau jeritlah!” marah seseorang dari arah sisi kanan
Nur Edleen.
Terkejut
Nur Edleen mendengar kemarahan tersebut. Apa yang membuatkan dia lagi terkejut,
lelaki yang sedang berdiri di hadapannya itu.
“Kau
ingat kau sorang saja ke kat tempat ni, orang lain tak ada,” sindir Edzuary,
pedas.
Nur
Edleen mengerutkan dahi. Bagaimana Edzuary berada di sini? Hatinya bertanya.
“Kalau
tension sekali pun, tak payahlah nak
jerit macam orang sasau gila talak. Cuba tarik nafas dan hembusnya perlahan.
Motivasikan diri tu sikit,” kata Edzuary seakan menyindir.
“Suka
hati saya la nak buat apa,” balas Nur Edleen dan menjeling geram.
“Suka
hati saya la nak buat apa,” ajuk Edzuary, mengejek.
Nur
Edleen mengepal tangan. Sakit matanya melihat wajah cebikan Edzuary. Jika
diikutkan hati, mahu sahaja dia menampar wajah Edzuary itu.
“Malas
nak layan lelaki ‘sawan air’ macam awak ni,” kata Nur Edleen dan berlalu pergi.
Edzuary
mengerutkan dahi. Sawan air? Dia kata aku sawan air. Hai, ini sudah lebih. Aku
tak kata apa-apa kat dia, dia boleh kata aku macam tu, geram Edzuary di dalam
hati.
“Awak
kata apa tadi?” tanya Edzuary tidak berpuas hati. Langkah diatur dan mengekori
Nur Edleen dari belakang.
“Saya
tak kata apa pun,” jawab Nur Edleen.
“Awak
jangan nak tipu saya Nur Edleen Haji Marwan. Awak kata saya ‘sawan air’, kan?”
kata Edzuary, keras.
“Haaa…
tak pekak pun. Kalau dah dengar, kenapa nak tanya lagi?” balas Nur Edleen, selamba.
Dilajukan langkah agar Edzuary tidak dapat menyainginya. Namun, tidak berjaya.
Edzuary tetap melangkah seiring bersama dengannya.
“Saya
tak pekak lagi. Suka hati awak saja nak gelar saya ‘sawan air’,” geram Edzuary.
“Mulut
saya, suka hati saya la nak cakap apa,” bidas Nur Edleen turut sama keras.
Edzuary
mendengus geram. Sakit hatinya mendengar jawapan selamba Nur Edleen. Jika
diikutkan hatinya yang panas, ingin sahaja dia menolak Nur Edleen jatuh ke
lereng bukit yang curam itu. Baru puas hatinya.
Hisy
mamat ni. Tak reti nak blah dari sini
ke? Semak mata aku tengok muka dia la, rungut Nur Edleen sendirian. Tanpa
membuang masa, dia berlari meninggalkan Edzuary. Cuba untuk melepaskan diri
dari Edzuary.
Edzuary
yang melihat tersentak. Matanya memandang Nur Edleen yang sedang berlari
menjauhi dirinya. “Awak nak ke mana?”
Nur
Edleen menoleh. Dijulurkan lidah ke arah Edzuary dan menyambung lariannya.
Entah ke mana kakinya melangkah, dia kurang pasti. Berharap, dia menemui tempat
yang sesuai untuk mententeramkan hati dan perasaannya.
“Nanti
dulu!” arah Edzuary, sebaik sahaja berjaya mengejar Nur Edleen. Tangannya
menarik sedikit kasar lengan Nur Edleen.
Terhenti
larian Nur Edleen dibuatkan Edzuary. Malah, tarikan Edzuary membuatkan dia
terdorong ke belakang. Mujurlah dia dapat menstabilkan kedudukannya, jika
tidak, pasti dia akan terjatuh akibat tarikan tersebut. Dengusan kasar terlepas
dari bibirnya juga.
“Encik
nak apa?” Keras Nur Edleen bertanya. Tajam matanya juga ke muka Edzuary. Hilang
sudah panggilan ‘awak’ dan ‘saya’ dari bibirnya. Rasa sakit diperlakukan
sebegitu turut menumpang di dalam hati.
“Sorry, saya tak sengaja,” kesal Edzuary
dan melepaskan pegangan.
“Sorry naik lori,” balas Nur Edleen, geram.
Edzuary
tertawa. Geli hati mendengar balasan Nur Edleen. “Okey… saya minta maaf kalau
saya berkasar dengan awak. Kalau awak tak larikan diri, tak adalah saya buat
awak macam tu tadi.”
Nur
Edleen mencebik. Ternyata, lelaki di hadapannya itu sukar untuk mengaku
bersalah walaupun terang-terangan nampak bersalah. Ego lelaki itu mengatasi
segala-galanya. Nur Edleen perlu memikirkan bagaimana untuk melepaskan diri di
waktu ini.
“Alasan!
Dahlah, malas saya nak layan encik. Dah lewat ni dan saya nak balik,” pamit Nur
Edleen. Jam di tangan dikerling buat seketika. Masa sudah menginjak ke angka
tujuh.
Aduh!
Mesti Zura marahkan aku nanti. Aku dah janji dengan dia nak keluar dinner dengan Azie dan Eka, rungut Nur
Edleen sendirian. Langkah diatur, menuju ke tempat keretanya dipakirkan. Namun,
langkahnya terhenti tatkala lengannya ditarik kuat oleh Edzuary.
“Awak
ni dah lama hidup ke?” marah Edzuary, meninggi. Bergetar suaranya, menahan
ketakutan. Mujurlah dia sempat menarik tubuh Nur Edleen, jika tidak, pasti Nur
Edleen dilanggar kereta yang dipandu laju sebentar tadi.
Tersentak
Nur Edleen mendengar kemarahan Edzuary. Dapat dirasakan tubuhnya dipeluk erat
oleh Edzuary. Seakan tidak mahu dilepaskan sahaja. Malah, degupan jantung
Edzuary menyapa halwa telinganya. Deras dan laju seperti menahan ketakutan dan
kemarahan.
“Saya
tak nak awak tinggalkan saya,” luah Edzuary, perlahan seakan berbisik.
Terkedu
Nur Edleen mendengarnya. Didongakkan kepala dan memandang tepat ke wajah
Edzuary. Sayu hatinya melihat wajah Edzuary ketika itu. Sepertimana hatinya
sayu, begitu juga pandangan matanya. Seakan ada kesedihan pada wajah itu.
“Maaf,
saya tak sengaja,” lafaz Edzuary sebaik sahaja tersedar akan tindakannya itu. Dileraikan
pelukan dan membuang pandang ke arah matahari yang hampir terbenam. Dapat
dirasakan matanya mulai berkaca. Peristiwa lima tahun yang lepas menggamit
perasaannya kini.
“It’s okey. Saya minta diri dulu,” balas
Nur Edleen dan berlalu dari situ.
“Saya
takut kehilangan awak,” luah Edzuary lagi.
Terhenti
langkah Nur Edleen. Dipusingkan badan dan memandang ke arah Edzuary yang sedang
menatap matahari terbenam. Hatinya tertanya, kenapa Edzuary berkata begitu?
Adakah Edzuary sengaja berkata begitu atau ada sebab yang membuatkan Edzuary
bertingkah seperti tadi. Untuk tidak menyesakkan fikirannya, segera dia beredar
dari situ.
“AIRNYA,
bang,”
pelawa Norziana, seraya duduk.
“Terima
kasih Ana,” balas Khazizul dan tersenyum. Cawan yang berisi kopi dicapai dan
dihirup perlahan. Setelah itu, diletakkan semula di atas meja kecil di hadapan
mereka berdua.
“Abang
setuju ke dengan rancangan abah dengan ummi tu?” tanya Norziana sekadar ingin
tahu. Hatinya tidak tenteram melihatkan riak mencuka Nur Edleen.
“Abang
ikut saja Ana. Abang tahu, abah dan ummi buat macam tu demi kebaikan Leen
juga,” jawab Khazizul.
“Ana
pun fikir macam tu, bang. Kalau abah dan ummi tak buat macam tu, sampai
bila-bila pun Leen akan bersendirian. Apa yang merisaukan abah dan ummi, kalau
Leen teringatkan kisah lima tahun yang lepas,” luah Norziana, sebak.
“Leen
ada hak untuk ingatnya, Ana. Kita tak boleh nak halang kalau itu dah ketentuan
Allah. Selama ini pun, Leen hanya ingat tentang kemalangan tu sahaja.”
“Ana
bukan apa bang, Ana tak nak Leen tertekan dengan permintaan abah dan ummi.
Abang kan tahu yang Leen tak boleh tertekan. Selama setahun kita berubatkan
Leen dan bila Leen dah benar-benar pulih, kita semakkan fikiran dia balik.”
Khazizul
menarik nafas berat. Matanya memandang sayu wajah Norziana. Ada benarnya
kata-kata isterinya itu. Selama setahun mereka berusaha menyembuhkan penyakit
Nur Edleen. Selama setahun itu juga mereka terpaksa menahan perasaan melihat
kebisuan dan kemurungan Nur Edleen. Sungguh, tidak tertanggung hatinya melihat
keadaan Nur Edleen ketika itu. Hanya iringan doa yang dapat diberikan buat Nur
Edleen.
“Insya-Allah,
sama-samalah kita berdoa agar Leen terima cadangan abah dan ummi. Ana sebagai
kakak, kena banyak mainkan peranan. Pujuk Leen secara halus dan jangan didesak
sangat Leen tu. Jika kita pujuk dengan secara halus dan lembut, abang yakin,
Leen akan terima cadangan abah dan ummi tu,” kata Khazizul dan tersenyum.
“Insya-Allah
bang. Ana akan cuba buat yang terbaik untuk Leen. Ana nak Leen bahagia seperti
kita,” balas Norziana turut sama tersenyum.
Khazizul
menggenggam erat tangan Norziana. Rasa bahagia kerana memiliki seorang isteri
seperti Norziana. Seorang yang memahami dan penyayang. Malah, seorang kakak
yang bertanggungjawab terhadap adiknya. Itulah yang membuatkan hatinya terpaut
pada Norziana ketika di universiti dahulu. Kini, mereka hidup bahagia di
samping Amjad dan Ameera pelengkap hidup mereka berdua.
“Anak-anak
kita mana?” tanya Khazizul tatkala menyedari ketiadaan Amjad dan Ameera.
“Kata
mereka nak tidur dengan atuk dan neneknya,” jawab Norziana.
“Hurm…
bolehlah abang bermanja dengan Ana malam ni,” usik Khazizul dan tersenyum
nakal. Keningnya diangkat lagak seperti memujuk.
“Mengada-ngadalah
abang ni. Ana nak tengok budak-budak tu kejap,” balas Norziana, seraya bangun.
Pegangan tangan Khazizul dileraikan.
“Ala,
baru nak bermanja sikit, dah kena tolak. Jangan lama-lama sangat, abang
tunggu,” rajuk Khazizul dan memasamkan muka.
Norziana
sekadar menggeleng dan tersenyum. Dibiarkan sahaja rajuk suaminya itu dan tidak
mahu memujuknya. Jika dipujuk, takut lain pula jadinya. Ada baiknya dia keluar
dan memberi ruang pada suaminya untuk memujuk diri sendiri. Jauh di sudut hati,
dia bahagia dan bersyukur dengan apa yang dimilikinya ketika ini. Semoga Nur
Edleen akan meperolehi kebahagiaan sama sepertinya juga.
“SORRY guys,
aku terlambat,” ujar Nur Edleen, kesal.
Ezzura,
Eka Farisha dan Azie hanya menjungkitkan bahu. Mata mereka memandang ke wajah
Nur Edleen.
“Guys, aku bukannya sengaja nak lewat.
Aku terkandas dalam jammed tadi,”
jelas Nur Edleen, serba salah. Sungguh, bukannya sengaja dia terlewat. Jika
bukan disebabkan Edzuary, tidak mungkin dia akan lewat sebegini. Jika mengikut
perancangan, dia akan pulang ke rumah sewanya dan bersama-sama dengan Ezzura
berjumpa Azie dan Eka Farisha. Tetapi, disebabkan jalan yang dilaluinya
terlibat dengan kawasan kemalangan, maka dari itu dia meminta Ezzura pergi terlebih
dahulu darinya.
“Kau
lewat satu jam, Leen. Lama kami tunggu kau,” rungut Azie.
Nur
Edleen menghela nafas berat. Wajah Azie ditatap kasih. Sudah pastilah Azie
tidak suka akan kelewatan. Dari dulu sehinggalah sekarang, Azie menitik
beratkan soal masa. Sukar untuknya mempersoalkan tentang masa di hadapan Azie.
“Aku
tak sengaja, Azie. Jalan yang aku lalui tu terlibat dengan kemalangan.
Disebabkan itulah aku terlewat sejam,” jelas Nur Edleen lagi.
“Sudahlah,
tak perlulah kita nak bertekak lagi tentang perkara sekecil ini. Benda dah nak
jadi, nak buat macam mana, kan?” sampuk Ezzura. Tidak mahu perkara itu
dibincangkan terus-terusan. Jika tidak, pasti Nur Edleen akan diceramahkan oleh
Azie tentang masa.
“Yalah
guys, tak payahlah nak gaduh-gaduh.
Yang penting, Leen selamat tiba kat sini,” sokong Eka Farisha yang sedari tadi
membisu.
“Okey,
aku minta maaf,” ujar Azie, perlahan. Tahu akan kesalahannya itu.
“Okey..
okey… kita pergi pada point penting
perjumpaan kita hari ini. Leen, aku nak minta tolong pada kau uruskan sesuatu,
boleh?” mulai Ezzura.
“Tolong?
Tolong apa?” tanya Nur Edleen, berkerut.
“Boleh
tak kau minta bos kesayangan kau tu sponsor
program kita ni,” balas Ezzura.
“Sponsor? Kau nak aku minta sponsor kat dia? Biar betul Zura? Kau
kan tahu perangai dia tu macam mana. Tak berkenan sungguh aku dengan perangai
dia tu,” bidas Nur Edleen dan menggeleng. Tidak mungkin dia akan meminta sponsor dari lelaki itu.
“Leen,
please. Kau aje yang boleh lembutkan
hati mamat tu. Kalau kita tak ada sponsor,
macam mana nak uruskan program tu. Kan kita dah janji dengan mereka nak buat,”
kata Ezzura bernada pujukan.
“Betul
kata Zura tu, Leen. Kalau kita tak ada sponsor,
macam mana kita nak jayakan program tu,” sokong Azie.
Nur
Edleen mengeluh berat. Mukanya diraup beberapa kali. Otaknya ligat memikirkan
permintaan rakan-rakannya itu. Bagaimana untuk berhadapan dengan Edzuary nanti?
“Sebelum
ni, kan kita tak pernah minta sponsor.
Kenapa kali ini kita perlukan sponsor?”
tanya Nur Edleen, perlahan.
“Memang
dulu kita tak perlukan sponsor. Tapi,
kali ini kita perlukannya Leen. Kos semakin tinggi dan aku pasti, duit kita
bertiga pun tak mungkin dapat cover
kos yang kita perlukan,” terang Eka Farisha.
“Baiklah,
aku akan cuba,” ujar Nur Edleen, mengalah. “Aku nak ke ladies sekejap,” pintanya, seraya bangun.
“Thanks Leen!” ucap Ezzura, Azie dan Eka
Farisha serentak.
Nur
Edleen sekadar mengangguk. Langkah diatur menuju ke ladies room yang terletak tidak jauh dari meja mereka duduki.
Otaknya masih berfikir, bagaimana caranya untuk meminta sponsor dari Edzuary? Sudahlah masalahnya belum selesai, ditambah
pula dengan masalah yang lain. Makin tertekan Nur Edleen rasakan waktu ini.
Kepalanya juga turut berdenyut dengan tiba-tiba. Adakah tekanan yang dialaminya
itu memberi kesan pada dirinya semula?
“Kau
rasa, Leen boleh ke minta sponsor
dari bosnya?” tanya Azie sekadar ingin tahu.
“Insya-Allah,
aku yakin Leen akan dapatkan sponsor
tu,” jawab Ezzura.
“Kalau
tak dapat macam mana?” tanya Eka Farisha pula.
“Kalau
tak dapat, kita terpaksa guna plan B
la. Macam biasa, masing-masing keluar duit sendiri sikit-sikit, amacam, okey
tak?” cadang Ezzura dan mengangkat kening.
“Aku
tak ada hal. Nanti aku try tanyakan
pada papa aku, kut-kut dia boleh sumbang sedikit. Program yang kita nak buat ni
memang perlukan modal yang banyak,” kata Azie.
“Baguslah
kalau dah macam tu. Selain kita minta daripada bos Leen, kita minta pada
siapa-siapa yang kita kenal,” sokong Eka Farisha dan mengangguk.
Ezzura
turut sama mengangguk dan tersenyum. Berharap, program yang mereka rancang akan
berjalan dengan jayanya. Program beramah mesra bersama anak-anak yatim telah
lama mereka rancangkan. Itulah sumbangan yang mereka boleh berikan kepada
anak-anak yatim tersebut. Walaupun program itu biasa sahaja, tapi, bagi mereka
berempat, program itu merupakan program yang paling bermakna dalam hidup mereka.
Berharap, program tersebut berjalan dengan jaya dan lancar.
“Cik,
kawan cik pengsan,” beritahu seseorang menghentikan perbualan mereka bertiga.
“Pengsan!”
Serentak
mereka bertiga bersuara dan berdiri. Tanpa berlengah, segera mereka menuju ke
arah yang diberitahukan oleh pelayan tersebut. Kerisauan menumpang di hati
masing-masing.
“Leen,
kenapa ni?” tanya Ezzura bernada risau.
“Dia
pengsan, Zura,” jawab Edzuary.
Terkejut
Ezzura mendengar jawapan Edzuary. Bulat matanya melihat Edzuary yang sedang
memangku kepala Nur Edleen.
“Encik
Ary, macam mana encik ada kat sini?” tanya Ezzura, berkerut.
“Saya
ada dinner dengan kawan baik saya kat
sini. Saya tak tahu pulak awak dan Nur Edleen ada di sini juga,” jujur Edzuary.
“Hurm,
kebetulan atau memang berjanji. Macam ada chemistry
la encik dengan Leen ni,” komen Eka Farisha dan tersenyum nakal.
Edzuary
tersenyum kelat. Dia sendiri tidak tahu kenapa hatinya meronta untuk ke restoran
itu. Sebaik sahaja dia beredar dari bukit siang tadi, terus, dia menelefon
Aimanuddin untuk berjumpa.
“Macam
mana Encik Ary tahu Leen pengsan?” tanya Azie sekadar ingin tahu.
“Saya
ke washroom tadi. Sebaik sahaja saya
keluar, saya ternampak kelibat Nur Edleen. Belum sempat saya nak tegur, Nur
Edleen dah pengsan,” jelas Edzuary, terang dan nyata.
“Ary,
macam mana?” tanya Aimanuddin, tiba-tiba.
Serentak
mereka yang berada di situ menoleh. Wajah Aimanuddin menyapa mata mereka.
Sebuah senyuman terukir indah di wajah Aimanuddin.
“Dia
pengsan, Aiman. Aku nak bawa dia ke hospital sekejap,” beritahu Edzuary, seraya
mencempung tubuh Nur Edleen.
“Kau
nak aku ikut atau…”
“Kau
baliklah dulu. Apa-apa nanti aku call
kau,” pintas Edzuary.
“Kalau
dah macam tu, aku blah dululah.
Apa-apa nanti, kau call aku,” pamit
Aimanuddin. “Maaf semua, saya minta diri dulu,” katanya pada Ezzura, Azie dan
Eka Farisha.
Tanpa
menunggu balasan, segera dia beredar dari situ. Membiarkan Edzuary
menyelesaikan masalah dengan gadis-gadis itu. Jauh di sudut hati, Aimanuddin
dapat merasakan sesuatu, melihatkan dari cara keprihatinan Edzuary terhadap
gadis pengsan itu. Pasti, dia akan mengorek cerita tersebut daripada Edzuary
sekiranya mereka berjumpa semula.
“Kita
hantar Nur Edleen ke hospital dulu,” cadang Edzuary dan mencempung tubuh Nur
Edleen ke tempat di mana keretanya diparkirkan.
Ezzura,
Azie dan Eka Farisha sekadar mengangguk. Mereka bertiga mengekori dari belakang
sehinggalah ke tempat letak kereta. Masing-masing berdoa akan keselamatan Nur
Edleen. Adakah disebabkan permintaan mereka tadi menjadi penyebab Nur Edleen
pengsan? Tetapi, tidak bagi Ezzura. Kerisauan di hati melebihi otaknya yang
waras. Pesanan doktor lima tahun yang lepas, masih terngiang-ngiang di cuping
telinga. Jawapan apa yang harus diberikan, seandainya keluarga Nur Edleen
mengetahui akan perkara ini. Ezzura tiada jawapan untuk itu. Berharap, Nur
Edleen sedar dari pengsannya.
Terima kasih kerana membaca SC.
adehhh suspender betul la.. awat NE buleh pengsan 2. ES
BalasPadamNE stress, tu yg pengsan.. :)
Padamsalam dik..
BalasPadamApakah yg berlaku 5 tahun yg lepas ek yg sungguh misteri yg cuba disembunyikan oleh pengetahuan keluarg NE dan juga kawan rapatnya Ezzura..
Dan adakah pertemuan demi pertemuan antara NE dan SE akan membuahkan rasa hati SE pada NE yg comel dan nakal tu..
Apakah setelah tersedar dari pengsan NE akan teringat kisahnya yg berlalu..dan adakah NE ini tunangan SE..hopefully akan terukangkai persoalan nya di E3 akan datang
wslm Kak Ida..
Padambyknya persoalan akak tu.. xpe, setiap persoalan akak tu akn terjwb sedikit demi sedikit dlm bab seterusnya..
ttg NE tersedar dr pengsan tu... dlm bab 9, ada jwpnnya.. so, jmpe akak minggu depan ya.. (^___*)
hohoho..dia pengsan..
BalasPadamhehehe.. stress, tu yg pengsan.. :)
PadamStress ngan ES, ngan permintaan keluarga n permintaan kawan... sungguh teruk gak kn, smpai leh pengsan...
BalasPadamPeristiwa 5thn yg lalu adkh melibatkn ES.. aduiii
hehe.. pandai pn eppy.. btl la tu.. NE stress ngan ES, permintaan family n kwn2.. tu yg smpe NE pengsan..
PadamSgt stress si NE ni smpai pengsan2..
BalasPadamAdkh permintaan dr family, karenah ES n permintaan kawan dia menyebabkn stress..
Apkh kesah 5 thn lu yer...
aik!! smpe 2 kali komennya.. kat atas tu dh jwb.. hehehe...
PadamPeristiwa ape 5tahun lepas??? sgt suspend...
BalasPadamwat2 x tau lak sue ni.. hehehe..
Padamhahaha....kura2 dlm perahu, pura2 tak tahu.... Biarlah Rahsia....
Padamhahaha.. biarlah rahsia ek..
Padamsalam Ros..bru hari ne akak bka suara dah bab 8 pn..akak tak da nak komen apa2 cuma cian kisah Edleen ..d sbbkn stress dia pengsan..akak rindu kat Ros dah lama akak tk sembang n brgurau cam dulu..heheee...kdang2 akak lmbt 0n9..bukan apa..akak bca bku2 yg akak bli kat KL tu..belum habis akak bca..skjap2 ja akak 0n9....;)
BalasPadam.....Ida..Yahya...
wslm Kak Ida...
Padamrindu kat akak jg.. ptt la x npk komen kat group.. xpe kak.. klu akak ada ms.. akak leh bc SC.. x lama lg, sy hantar Amirul dan Liyana ke Brunei ya.. hehehe.. (^___^)