“ALONG!”
tegur Zafira.
Aqil
mematikan tingkah laku. Wajah Zafira ditatap kasih.
“Along
dah beli barang yang Fira pesan tadi?” tanya Zafira sambil menghampiri Aqil.
“Dah.
Along dah belikan. Ada atas meja dapur tu,” jawab Aqil.
Zafira
tersenyum gembira. Dia segera menuju ke arah dapur. Barang-barang yang dipesan
elok terletak di atas meja. Tidak sabar untuk
membuat kek khas buat Iqwan.
“Kak
long mana?” tanya Aqil pula.
“Kak
long ada kat atas,” jawab Zafira. Matanya meninjau satu persatu barang yang
dibeli oleh Aqil. Khuatir ada yang tertinggal.
“Pukul
berapa Iqwan datang?”
“Dalam
pukul 8.00 malam.”
Aqil
mengangguk. Tingkah laku Zafira diperhati dengan penuh minat. Riak gembira
terlukis di wajah adiknya itu. Adakah kerana majlis malam ini maka adiknya
beriak sebegitu?
“Terima
kasih, along,” ucap Zafira, tiba-tiba.
Aqil
berkerut dahi. Kurang faham dengan ucapan itu.
“Sebab
tolong Fira belikan barang-barang ni semua. Tak sabar nak buat kek untuk
Iqwan,” jelas Zafira, tersenyum.
“Sama-sama,
Fira,” balas Aqil turut sama tersenyum.
“Fira
nak buat sekarang. Takut tak sempat nanti.”
“Baiklah.
Along tak nak kacau Fira.”
Zafira
segera memeluk tubuh Aqil. Sebagai tanda terima kasih kerana Aqil begitu
memahami akan kehendaknya selama ini.
“Sayang
adik along ni,” ucap Aqil sambil membalas pelukan.
Zafira
meleraikan pelukan. Senyuman diberikan buat abangnya itu. Tanpa berlengah, dia
memulakan tugas membuat kek. Semoga dia berjaya membuat kek.
Aqil
hanya memandang. Senyuman terukir di bibir. Setelah itu, dia beredar dari
ruangan dapur. Membiarkan Zafira membuat kek khas buat Iqwan.
Rasa
bersalah menumpang di hati. Bersalah atas apa yang berlaku selama ini. Jauh di
sudut hati, dia berdoa agar Zafira bahagia dengan apa yang dilakukannya.
“KAU tak siap
lagi?” tegur Khairil dari arah belakang.
Iqwan
tersentak. Ditoleh ke belakang dan wajah Khairil menyapa mata.
“Dah
pukul berapa ni? Bukan ke kau ada dinner
kat rumah Zafira?”
“Awal
lagi.”
“Awal
kau kata? Dah pukul 7.00, Wan. Dinner
kau pukul 8.00 kan?”
Iqwan
sekadar mengangguk. Jam di pergelangan tangan dikerling buat seketika.
“Kenapa?
Kau tak jadi pergi ke?” tanya Khairil tatkala menyedari riak di wajah Iqwan.
“Jadi.
Cuma aku…”
“Wan,
jangan hampakan harapan orang.”
Iqwan
hanya mendengar. Keluhan ringan dilepaskan.
“Kenapa?
Kau menyesal dengan keputusan kau ke?”
“Menyesal?
Maksud kau?”
“Yalah.
Keputusan untuk bertunang dengan Zafira.”
“Aku
tak menyesal. Keputusan aku muktamad.”
“Habis
tu, kenapa kau mengeluh? Kau terpaksa?”
Khairil
masih lagi bertanya. Keputusan Iqwan ingin bertunang dengan Zafira masih tidak
dapat diterima. Entah kenapa dia dapat merasai ada sesuatu yang cuba
dirahsiakan oleh Iqwan ketika ini. Kenapa dengan tiba-tiba, Iqwan ingin
bertunang dengan Zafira?
“Yang
kau nak curiga dengan keputusan aku, kenapa? Kau tak percayakan aku ke?” tegur
Iqwan, mendengus keras. Sakit hatinya mendengar pertanyaan Khairil. Adakah dia
tidak boleh dipercayai selama ini?
“Aku
tak curiga. Tapi, cara kau tu yang membuatkan aku curiga,” tukas Khairil.
“Sudahlah!
Malas aku nak layan kau. Aku nak bersiap. Nanti lambat pulak aku sampai kat
rumah Zafira,” putus Iqwan bingkas bangun dari duduk.
Dibawa
langkah menuju ke bilik di tingkat atas. Malas untuk melayan karenah Khairil.
Walau bagaimana dia menjelaskan kepada Khairil, kawannya itu tetap tidak akan
mempercayainya. Bagaimana untuk menghalau rasa curiga di hati Khairil?
Khairil
hanya memandang. Gelengan diberikan kepada kawannya itu. Jauh di sudut hati,
dia berharap apa yang dirasai selama ini tidak benar. Berharap Iqwan tidak
mempermainkan perasaan Zafira.
“MESTI
kau tak sabar, kan?” tanya Izreen dari hujung talian.
“Eh,
mestilah tak sabar. Berdebar-debar jantung aku ni kau tahu tak?” balas Zafira,
tersenyum. Disentuh lembut dadanya yang sedang bergetar hebat.
“Kau
masak apa untuk dia?”
“Aku
buatkan kek coklat untuk dia. Lauk-pauk tu semua, ada yang aku masak dan ada
yang kak long masak.”
“Oh,
kek coklat. Mesti sedap. Jangan lupa tinggalkan sikit untuk aku.”
“Aku
ajak datang, tak nak.”
“Bukannya
aku tak nak. Kerja aku ni dari tadi tak siap-siap. Esok aku dah nak kena submit kat bos,” terang Izreen, mengeluh
berat.
“Tak
apalah. Kau kan pembantu bos. Nak tak nak, kau kena la siapkannya juga.”
Izreen
mengangguk lemah. Laptop di hadapan
ditatap dengan pandangan yang kosong.
“Okeylah
Reen. Aku nak tolong kak long siapkan hidangan. Apa-apa nanti, aku beritahu
pada kau,” ujar Zafira tatkala terpandangkan Amylia.
“Baiklah.
Sampaikan salam aku pada along dan kak long. Have fun, Fira,” balas Izreen.
Bukannya
dia tidak tahu majlis makan malam keluarga Zafira bersama dengan Iqwan. Zafira
sendiri yang bercerita. Malah, majlis itu juga diadakan untuk merapatkan
hubungan mereka. Semoga apa yang dirancang oleh Zafira akan membuahkan hasil.
Zafira
menapak menuju ke ruang dapur. Diperhatikan Amylia yang sedang menyediakan
hidangan di atas meja. Tanpa berlengah, dia segera membantu Amylia.
“Iqwan
tak datang lagi ke?” tanya Amylia sebaik sahaja Zafira berada di sisi.
Zafira
mengerling jam di pergelangan tangan. Masa sudah menghampiri ke angka 8.15
malam. Perasaan risau menujah ke hati. Adakah Iqwan tidak jadi datang? Adakah
Iqwan lupa akan majlis makan malam ini?
“Along
mana?” tanya Amylia tatkala menyedari ketiadaan Aqil.
“Along
kat depan. Tunggu Iqwan,” jawab Zafira. Tangannya lincah meletak pinggan yang
berisi lauk di atas meja.
“Kek
ni nak letak mana?”
“Err..
letak di tengah-tengah boleh tak, kak long?”
“Boleh
juga.”
Zafira
mengangguk dan tersenyum. Puas hatinya melihat kek coklat yang elok terletak di
atas meja. Berharap, Iqwan menyukai kek coklat hasil air tangannya itu.
Suara
orang memberi salam mematikan perbualan mereka berdua. Zafira segera ke ruang
tamu untuk melihat. Adakah Iqwan yang memberi salam itu? Dilihatnya Aqil sedang
membuka pintu utama. Seminit kemudian, wajah Iqwan menyapa mata. Pantas, dibawa
langkah menuju ke arah Iqwan dan Aqil. Rasa teruja dengan kehadiran Iqwan.
“Awak!”
tegur Zafira kemudian.
Iqwan
tersenyum paksa. Dia menapak masuk ke dalam rumah. Diperhatikan segenap ruang
rumah itu. Cantik! Puji Iqwan di dalam hati.
“Jemput
duduk, Encik Iqwan,” pelawa Aqil, ramah.
“Encik
Iqwan? Along, kenapa panggil ‘encik’? Panggil Iqwan sajalah,” tegur Zafira.
Aqil
tersenyum kelat. Matanya memandang ke wajah Iqwan. Sukar untuk menafsir riak di
wajah Iqwan ketika ini.
“Abang,
makanan dah sedia. Jemputlah Iqwan makan,” beritahu Amylia, tiba-tiba dari arah
ruang makan.
Aqil
mengangguk faham.
“Mari,
Encik Iqwan. Eh, Iqwan.”
Iqwan
tersenyum. Dia segera mengekori Aqil daripada belakang. Zafira di sisi tidak
dihiraukan. Jelas riak teruja di wajah Zafira ketika ini.
“SAYA tak minta
lebih, Encik Iqwan. Persetujuan Encik Iqwan satu rahmat bagi saya,” beritahu
Aqil, tersenyum.
Iqwan
hanya mendengar. Wajah tersenyum Aqil ditatap seketika.
“Terima
kasih kerana Encik Iqwan sudi terima Zafira. Kalau ada salah dan silap, mintak
dimaafkan. Kadang kala perangai Zafira sukar untuk dilayan,” sambung Aqil lagi.
Iqwan
masih lagi mendengar. Dia melangkah perlahan keluar dari kawasan halaman rumah.
Aqil di sisi turut sama melangkah.
“Saya
sayangkan Zafira. Dia satu-satunya adik yang saya ada. Saya harap, Encik Iqwan
dapat membahagiakan adik saya,” luah Aqil pula.
“Insya-Allah!”
Hanya
itu yang keluar daripada bibir Iqwan. Entah kenapa terasa kelu lidahnya untuk
membalas. Keikhlasan Aqil menghadirkan rasa lain di hati.
“Along!”
tegur Zafira, tiba-tiba.
Aqil
dan Iqwan tersentak. Masing-masing menghalakan mata ke arah Zafira yang sedang
melangkah menghampiri mereka berdua.
“Saya
masuk dalam dulu. Terima kasih, Encik Iqwan,” kata Aqil berlalu dari situ.
Iqwan
mengangguk perlahan. Langkah Aqil diperhati penuh minat. Kemudian, dihalakan
mata ke wajah Zafira di sisi.
“Terima
kasih sebab sudi datang,” ucap Zafira, ramah.
Iqwan
tidak membalas. Dia menapak menuju ke kereta. Otaknya sedang ligat berfikir.
Entah apa yang sedang difikirkannya, dia sendiri tidak tahu. Adakah tentang
kata-kata Aqil sebentar tadi membuatkan dia berfikir.
“Awak!”
tegur Zafira.
Tersentak
Iqwan dengan teguran itu. Zafira di sisi dipandang seketika.
“Ini
untuk awak,” ujar Zafira.
Sebuah
key chain berbentuk hati diserahkan
kepada Iqwan. Key chain yang
dibelinya tidak lama dulu. Key chain
itu juga yang ditunjuk kepada Iqwan melalui telefon.
Iqwan
membalas huluran. Key chain di tangan
ditatap dengan pandangan yang kosong.
“Maaf
kalau ia tidak seberapa. Saya tak tahu nak bagi apa. Jadi, saya bagi yang tu.”
“Aku
tak kisah.”
Zafira
mengangguk. Wajah Iqwan ditatap mesra.
“Aku
balik dulu,” pamit Iqwan.
Daun
pintu dibuka lalu menapak masuk ke dalam perut kereta. Enjin dihidupkan dan
bersedia untuk beredar dari halaman rumah Aqil.
“Terima
kasih awak. Saya akan simpan peristiwa hari ini dalam diari saya,” beritahu
Zafira, tersenyum. Dia melambai tangan ke arah Iqwan.
Iqwan
tersenyum kecil. Dia segera memandu keluar dari halaman rumah. Sejak dari tadi,
otaknya ligat berfikir. Berfikir tentang keputusannya yang lepas.
“Apa
yang kau dah buat, Iqwan? Kenapa kau menyusahkan diri sendiri?” soal Iqwan
kepada dirinya sendiri.
Diberhentikan
kereta dan meraup kasar wajahnya. Kenapa kata hati tidak seiring dengan kata
akal. Lain yang difikir, lain pula yang dibuatnya.
“Betul
ke keputusan yang aku buat ni?” soal Iqwan lagi.
Key chain
pemberian Zafira ditatap. Rasa kasihan menyelinap masuk ke dalam hati. Rasa
kasihan terhadap Zafira.
“Aku
tak patut lakukannya,” kata Iqwan pula.
Setelah
itu, dia menyambung pemanduannya menuju ke rumah. Ada baiknya dia tidak
memikirkan tentang itu lagi. Jika difikirkan, pasti akan memeningkan kepalanya.
Hanya kepada Allah dia berserah segala-galanya.
DEAR My Dream Husband,
Saya happy dengan
kehadiran awak. Terima kasih awak. Saya takkan lupa peristiwa malam ini sampai
bila-bila.
Your Future Wife – NZS
Zafira
tersenyum. Peristiwa beberapa jam yang lepas bermain-main di tubir mata. Rasa
gembira dengan kehadiran Iqwan. Walaupun Iqwan tidak banyak bercakap, dia tidak
terasa hati. Yang penting, Iqwan sudi datang makan malam bersama-sama
dengannya.
“Zafira!”
tegur Aqil dari arah muka pintu bilik.
Zafira
tersentak. Dihalakan mata ke arah Aqil yang sedang menapak masuk ke dalam
bilik. Senyuman diberikan kepada abangnya itu.
“Kenapa
tak tidur lagi?” tanya Aqil, prihatin. Dilabuhkan duduk di birai katil.
“Belum
mengantuk lagi, along. Kak long mana?” jawab Zafira, perlahan.
“Kak
long ada kat bilik.”
Zafira
mengangguk faham. Wajah Aqil ditatap sayang.
“Fira
gembira?”
“Gembira?
Maksud along?”
“Iqwan!”
“Fira
happy, along.”
“Lega
hati along dengarnya.”
“Along
janganlah risau. Fira janji takkan susahkan hati along dan kak long lagi.”
“Along
tetap risaukan Fira. Fira satu-satunya adik along. Arwah ayah amanahkan along
untuk jaga Fira.”
Zafira
tersenyum. Dihampiri Aqil lalu mendakap tubuh abangnya itu.
“Terima
kasih kerana menjaga Fira selama ini. Fira sayangkan along,” ucap Zafira,
ikhlas. Ditatap wajah Aqil buat seketika.
“Along
doakan Iqwan dapat terima cinta Fira. Along yakin, Iqwan akan jatuh cinta
dengan Fira,” beritahu Aqil, lembut.
“Fira
tahu. Insya-Allah, Fira takkan berputus asa pikat hati Iqwan,” janji Zafira.
“Along
doakan Fira berjaya,” doa Aqil pula. Dieratkan dakapan di tubuh. Sungguh, dia
amat menyayangi adiknya itu.
Amylia
memandang dari arah muka pintu bilik. Rasa sebak hadir dengan tiba-tiba. Sebak
melihat adik-beradik itu.
“Terima
kasih Allah. Terima kasih kerana mengurniakan mereka berdua dalam hidup aku.
Mereka berdua amat penting dalam hidup aku,” bisik Amylia sendirian. Tingkah
laku Aqil dan Zafira masih lagi dipandang.
“Semoga
cinta Fira berjaya,” doa Amylia buat Zafira pula.
Bahagia ke fira...penerimaan aqil bersebab?sape jadi mangsa dlm kisah ni...tk sabarrrrr...nk amek tau...
BalasPadamItu yg Fira nak. So, kena byk bersabar la.
PadamBahagia ke fira...penerimaan aqil bersebab?sape jadi mangsa dlm kisah ni...tk sabarrrrr...nk amek tau...
BalasPadam