“SELAMAT
pagi, Encik Iqwan,” tegur Haniza, ramah merangkap setiausaha.
“Selamat pagi.
Encik Khairil dah sampai?” balas Iqwan sambil melabuhkan duduk.
“Encik Khairil
hari ni masuk lambat sebab ada appointment
dengan client,” beritahu Haniza,
tersenyum. Wajah Iqwan ditatap mesra.
Iqwan
mengangguk faham. Dikerling jam di dinding buat seketika. Masa baru merangkak
ke pukul sembilan tiga puluh minit pagi.
“By the way Encik Iqwan, ini ada
jambangan bunga buat encik,” ujar Haniza seraya menyerahkan sejambak bunga
kepada Iqwan.
Iqwan yang
melihat berkerut dahi. Jambangan yang dihulurkan oleh Haniza dibalas.
“Siapa bagi?”
tanya Iqwan kemudian.
“Tak pastilah
pulak saya, Encik Iqwan. Ada seorang despatch
hantar tadi,” jelas Haniza.
“Hurm… tak
mengapalah. Terima kasih!” balas Iqwan sambil mengangguk.
Haniza turut
sama mengangguk. Selepas diberi arahan, dia keluar dari bilik itu. Dia
tersenyum buat seketika. Belum pernah lagi bosnya itu mendapat sebarang
jambangan bunga mahupun hadiah. Siapa yang memberi jambangan bunga itu?
Iqwan menghela
nafas ringan. Jambangan bunga di atas meja diperhati penuh minat. Siapa yang
memberi jambangan bunga itu? Dicapai kad kecil yang terselit di celah jambangan
bunga lalu membacanya.
Special
for my dream husband from your future wife.
“My dream husband? Your future wife?” baca Iqwan, perlahan.
Seminit
kemudian, telefon bimbitnya berbunyi. Dicapai lalu menekan butang hijau tanpa
melihat siapa gerangan yang menelefon.
“Assalamualaikum,
encik suami!” sapa Zafira, lembut dari hujung talian.
Berkerut dahi
Iqwan mendengarnya. Dihalakan telefon bimbit ke hadapan. Melihat nombor telefon
yang tertera di skrin. Minah sengal! Sebut Iqwan dalam hati. Nama panggilan
yang dikhaskan buat Zafira.
“Encik Iqwan…
Encik Iqwan…” panggil Zafira pula.
“Kau nak apa?”
Keras Iqwan bertanya. Hilang moodnya
pagi itu.
“Errr…” Zafira
mematikan ayat. Malu untuk berterus-terang.
“Kau nak apa?”
“Encik suami
dah terima bunga daripada saya?”
“Dah!”
“Cantik tak
bunga tu?”
“Kau nak apa
sebenarnya ni? Aku banyak kerja nak buat,” rengus Iqwan, keras.
“Saja call Encik Iqwan. Rindu!” jujur Zafira.
Tidak diendahkan kemarahan Iqwan.
“Dahlah! Malas
aku nak layan kau,” balas Iqwan dan mematikan talian.
Dengusan kasar
terlepas daripada bibir. Lantas, jambangan bunga dicapai lalu mencampakkannya
ke dalam tong sampah. Panas hatinya ketika ini.
“Suka hati dia
saja nak panggil aku encik suami. Minah sengal!” geram Iqwan, sendirian.
Ada baiknya
dia meneruskan kerja daripada melayan perempuan sengal itu.
AQIL
memerhati Zafira yang sedang tersenyum. Senyuman di bibir Zafira berlainan
sekali. Senyuman bahagia. Apa yang membuatkan adiknya itu tersenyum? Adakah
disebabkan Iqwan maka adiknya itu beriak ceria dan gembira? Adakah adiknya itu
sudah dilamun cinta? Sungguh, dia takut memikirkan perkara itu. Takut
kalau-kalau pisang berbuah dua kali.
Tetapi, ada
baiknya Zafira bercinta. Sekurang-kurangnya Zafira tidak memikirkan peristiwa
yang lalu. Zafira tidak membenci malah berdendam atas apa yang berlaku.
Kata-kata isterinya, Amylia terngiang-ngiang di cuping telinga.
“Eloklah kalau
Fira ceria dan gembira. Tak adalah dia teringatkan kisah yang lalu. Amy tahu,
Fira berpura-pura gembira di hadapan kita berdua. Fira tak nak kita risaukan
dia,” jelas Amylia sambil melabuhkan duduk.
Aqil berfikir
sejenak. Ada benarnya kata-kata Amylia itu.
“Amy tak nak
Fira berdendam dan membenci atas apa yang berlaku dahulu,” sambung Amylia.
Wajah suaminya ditatap kasih.
“Betul juga
cakap Amy. Kalau boleh, abang tak nak Fira simpan dendam dan benci atas apa
yang berlaku dahulu,” sokong Aqil sambil mengangguk perlahan.
“Jadi, abang
kena buat sesuatu agar Fira sentiasa gembira dan ceria.”
Aqil menghela
nafas ringan. Anggukan diberikan sebagai tanda persetujuan.
“Along!” tegur
Zafira, keras.
Aqil
tersentak. Kata-kata Amylia berterbangan begitu sahaja. Dihalakan mata ke wajah
Zafira buat seketika.
“Along ni tak
dengar ke apa yang Fira tanya tadi?” tanya Zafira, serius.
“Fira tanya
apa? Along tak dengar,” balas Aqil, berkerut.
“Boleh tak
kalau Fira nak ajak Iqwan makan malam kat rumah?”
“Makan malam?”
“Yalah! Makan
malam. Boleh tak?”
“Fira, along
tak rasa Iqwan nak datang. Baik…”
“Kan along nak
kenalkan Iqwan dengan Fira? So, tak
salahkan kalau kita jemput Iqwan makan malam kat rumah kita,” pintas Zafira,
laju.
Aqil mengeluh.
Bagaimana untuk menolak cadangan Zafira?
“Boleh tak,
along?” Zafira mendesak.
“Nanti along
tanya dia dulu. Kalau dia tak nak, along tak boleh nak kata apa.”
Zafira
berfikir sejenak. Kemudian, anggukan diberikan kepada abangnya itu.
“Along ada
banyak kerja ni. Draf yang along minta semalam tu dah siap ke belum?” ujar Aqil
seraya memandang ke wajah Zafira.
“Err… belum
lagi,” sengih Zafira.
“Dah! Pergi
buat kerja. Siapkan draf tu. Along nak petang nanti,” arah Aqil bernada tegas.
Gelengan diberikan kepada adiknya itu.
Zafira masih
lagi tersengih. Dia segera beredar dari bilik itu.
“Along, jangan
lupa ajak dia nanti tau,” ujar Zafira, mengingatkan.
Aqil tidak
membalas. Matanya menghantar pemergiaan Zafira. Nafas ringan dilepaskan. Rasa
menyesal ketika ini. Menyesal kerana mengakui kenyataan Zafira semalam.
“MENTANG-mentanglah
dah start kerja dengan along, aku pun
kau dah lupa,” rajuk Izreen.
“Ala… sorry la. Along tu bagi aku banyak
kerja, itu yang tak ada masa nak call
kau. Esok aku balik ya.” Zafira memujuk. Berharap Izreen termakan dengan
pujukannya itu.
“Alasan!”
cebik Izreen, meluat.
Zafira ketawa
kecil. Bahu kawan baiknya itu dipeluk kejap.
“Tak ada… tak
ada… aku tak terima pelukan kau ni,” tolak Izreen, lembut.
Semakin galak
Zafira ketawa. Wajah mencuka kawannya itu ditatap kasih.
“Hari ni kau
kena belanja aku makan. Sebagai denda.”
“Aik! Macam tu
pulak?”
“Yalah!
Lagipun, dah lama kau tak belanja aku.”
Zafira
berfikir sejenak. Seminit kemudian, dia mengangguk. Ikutkan sajalah. Nanti
merajuk lagi, bisik hati Zafira.
“Haa…
macam tulah kawan baik. Saling bantu-membantu,” sengih Izreen.
Zafira
mencebik meluat. Menyampah mendengar kata-kata Izreen. Dihalakan mata ke arah
sebuah kedai cenderamata. Ada sesuatu yang menarik minatnya ketika ini. Dia
segera melangkah menuju ke kedai itu.
“Eh…
kau nak ke mana?” tanya Izreen sedikit terkejut.
“Nak
ke kedai tu,” unjuk Zafira.
Izreen
menghalakan mata ke arah yang ditunjuk. Sebuah kedai cenderamata menyapa mata.
Pasti ada sesuatu yang menarik minat kawannya itu.
Zafira
segera menuju ke arah kedai tersebut. Senyuman terukir di bibir. Sebuah key chain berbentuk hati menarik
minatnya. Dicapai lalu menatap key chain
itu.
“Kau
cari apa kat sini?” tegur Izreen dari arah belakang.
Zafira
menoleh. Senyuman diberikan kepada Izreen. Diunjuk key chain berbentuk hati kepada Izreen.
“Nak
buat apa dengan key chain tu?”
“Nak
kasi pada encik suami.”
“Encik
suami?” ulang Izreen sedikit terkejut.
Zafira
mengangguk. Senyuman tidak lekang daripada bibir.
“Bila
masa pulak kau kahwin? Tak ajak aku pun.”
“Semalam!
Lepas along beritahu dia bakal suami aku.”
Semakin
berkerut dahi Izreen mendengarnya. Siapa yang dimaksudkan oleh Zafira itu?
“Aku
dah planning nak ajak dia dinner kat rumah. Nanti along uruskan
tentang tu.”
“Eh…
kejap. Kau maksudkan siapa ni?”
“Hitrik
Roshan!” balas Zafira, tersenyum.
Dibawa
langkah menuju ke kaunter untuk membayar harga key chain tersebut. Setelah itu, telefon bimbit dikeluarkan dari
dalam tas tangan.
Izreen
hanya memandang. Kepala yang bertudung digaru sekali. Apa yang tidak kena
dengan Zafira? Siapa encik suami yang dimaksudkan oleh Zafira itu? Hitrik
Roshan? Terdetik nama itu di benak hati.
“Done!” kata Zafira beberapa minit
kemudian.
“Apa
yang done?” tegur Izreen sebaik
sahaja menghampiri Zafira.
“Jom
pergi makan!” ajak Zafira lalu beredar dari situ.
“Zafira!
Fira!” panggil Izreen sambil cuba untuk mengejar langkah Zafira. Dia perlu
mengorek rahsia daripada Zafira. Apa yang berlaku di antara Zafira dan Hitrik
Roshan?
“Hitrik
Roshan?” Termati langkah Izreen tatkala nama itu disebut.
“SO sweet!”
puji Khairil, ikhlas.
“Sweet apa ke bendanya tu. Sengal lagi
adalah,” cebik Iqwan, meluat.
Tergelak
Khairil mendengarnya. Gelengan diberikan kepada kawan baiknya itu.
“Dia
ingat aku terharu la dengan apa yang dia buat tu. Macam orang gila talak
adalah.”
“Wan,
tak baiklah cakap macam tu,” tegur Khairil, kurang senang.
Iqwan
masih mencebik. Tidak diendahkan teguran Khairil itu.
“Dia
betul-betul suka kat kau. Dia memang nak tackle
kau. Kau beruntung tau sebab ada perempuan sukakan kau dan berusaha nak
dapatkan kau.”
“Untung
la sangat. Menyampah lagi adalah.” Selamba Iqwan menjawab.
Geli
geleman tatkala mengingati video yang dihantar oleh Zafira. Video di mana
Zafira menunjukkan key chain berbentuk hati khas buatnya. Rasa
nak termuntah melihat video itu.
Khairil
yang mendengar ketawa kecil. Wajah mencebik Iqwan ditatap. Kenapa Iqwan begitu
membenci Zafira? Apa salah gadis itu?
“Yang
kau gelak tu, kenapa? Ada yang kelakar ke?”
“Saja
nak gelak. Tak boleh ke?”
“Dahlah!
Malas aku nak layan kau. Malam nanti aku ada game. Kau nak join tak?”
kata Iqwan bingkas bangun dari duduk.
“Malam
ni? Sorry, aku ada hal.”
“Hal
la sangat kau tu.”
Tersengih
Khairil mendengarnya. Kepala yang tidak gatal digaru. Malu tatkala Iqwan dapat
menghidu tingkah lakunya selama ini.
“Asalkan
kau bahagia, Khai,” sambung Iqwan lagi.
Bukannya
dia tidak tahu apa yang dibuat oleh Khairil setiap malam. Kawannya itu suka
melayan drama korea. Entah apa yang best
dengan drama korea, dia sendiri tidak tahu.
Bunyi
mesej masuk mengejutkan Iqwan. Digagau telefon bimbit dan menatap nama di
skrin. Keluhan berat terlepas daripada bibir.
“Siapa?”
tanya Khairil, ingin tahu.
“Minah
sengal!” jawab Iqwan, selamba.
Khairil
menggelengkan kepala. Matanya memandang wajah berkerut Iqwan.
Encik suami, tengah
hari esok free tak? Nak ajak pergi lunch sama. J
Tergelak
Khairil mendengarnya. Bahu kawannya itu dipegang lembut. Setelah itu, dia
beredar dari situ. Membiarkan Iqwan melayani perasaan sendiri.
Iqwan
mendengus kasar. Sakit hatinya membaca mesej yang dikirimkan oleh Zafira.
Ikutkan hati, mahu sahaja dia menelefon dan memarahi gadis itu.
“Ah,
buat sakit hati aku sajalah,” geram Iqwan turut sama beredar dari bilik itu.
“ALONG,
nak tanya sesuatu boleh tak?” Ramah Zafira bertanya sambil melabuhkan duduk.
“Tanya
apa?” balas Aqil dan memberi sepenuh perhatian kepada Zafira.
“Sebagai
seorang lelaki, apa yang along suka dan tak suka?”
Aqil
berkerut dahi. Kurang faham dengan soalan Zafira itu.
“Maksud
Fira, masa along bercinta dengan Kak Amy. Apa yang along tak suka dan suka?”
jelas Zafira, cermat.
“Maksud
Fira, apa yang abang tak suka dan suka Kak Amy buat, begitu?” ulang Iqwan.
Zafira
mengangguk faham. Senyuman malu terbias di wajah.
“Along
sebagai seorang lelaki tak suka kalau perempuan tu menggedik dan mengada-ngada.
Lelaki cepat rimas dengan perempuan macam tu,” mulai Aqil.
Zafira
berfikir sejenak. Otaknya cuba merencana kenyataan Aqil.
“Then, lelaki tak suka perempuan
cerewet.”
“Sekejap!
Fira nak fikir.”
Aqil
memandang ke wajah Zafira. Apa yang sedang difikirkan oleh adiknya itu?
“Fira
ni cerewet ke, along? Menggedik dan mengada-ngada ke?” tanya Zafira kemudian.
Wajah abangnya ditatap meminta kepastian.
“Errr…”
Aqil mematikan ayat. Sukar untuk menjawab.
“Dulu,
Fira tak tahu semua tu. Fira terlalu bodoh dan Fira tak nak jadi macam dulu.
Fira nak tackle Iqwan atas usaha Fira
sendiri. Fira tak kisah kalau Iqwan tak suka cara Fira. Yang pasti, Iqwan tetap
akan jadi suami Fira,” beritahu Zafira, yakin.
Aqil
hanya mendengar. Wajah adiknya ditatap. Ada riak kebahagiaan di wajah itu.
Senang hatinya melihat riak itu. Kalau boleh, hari-hari dia mahu melihat Zafira
gembira dan ceria. Dia tidak mahu Zafira memikirkan kisah lama.
“Fira
dah jatuh cinta dengan Iqwan,” akui Zafira lalu tersenyum.
Terkejut
Aqil mendengarnya. Biar betul dengan apa yang diluahkan oleh Zafira itu?
“Fira
serius. Fira akan cuba pikat hati Iqwan. Fira yakin, suatu hari nanti Iqwan
akan terima cinta Fira,” beritahu Zafira lagi.
“Fira,
along….”
“Along
takut Fira kecewa lagi, kan? Insya-Allah, kali ni Fira yakin dengan jodoh Fira.
Kalau perkara yang sama berulang kembali, Fira takkan terima mana-mana lelaki
selepas itu. Biarlah Fira membujang sampai ke tua,” pintas Zafira.
Dia
yakin, pasti itu yang ingin diperkatakan oleh Aqil. Abangnya itu terlalu
risaukannya. Rasa bersalah kerana merisaukan hati Aqil dan Amylia. Suatu masa
dahulu, memang dia kecewa. Kecewa dengan sikap lelaki yang dicintainya dahulu.
Masa
itu dia terlalu bodoh dalam menilai keikhlasan seseorang. Lelaki itu hanya
mempermain-mainkan perasaannya. Lelaki itu telah memalukannya serta meragut
kebahagiaannya.
Rasa
menyesal kerana mengenali lelaki itu. Rasa menyesal kerana mencintai dan
menyayangi lelaki itu. Perasaan sebak hadir dengan tiba-tiba. Sebak
mengenangkan kenangan dua tahun yang lepas. Hanya kepada Allah dia memohon
kekuatan untuk meneruskan kehidupan.
“Fira!”
tegur Aqil, lembut.
Zafira
menoleh. Diseka air mata yang meniti di tubir mata. Senyuman hambar diberikan
kepada abang kandungnya nan seorang itu.
“Along
yakin, Iqwan akan terima Fira. Along akan bantu Fira,” beritahu Aqil.
Tangan
Zafira ditarik lalu menggenggamnya erat. Ada baiknya dia menyokong usaha
adiknya itu. Mungkin dengan cara itu dapat memberi kebahagiaan kepada Zafira.
Dia
tidak mahu Zafira mengalami pengalaman yang sama. Dia tidak mahu melihat Zafira
menangis lagi. Janjinya kepada arwah ayahnya akan ditunaikan. Janji untuk
membahagiakan Zafira sehingga nafas terakhir. Janji untuk menjaga dan
melindungi Zafira.
“Iqwan
akan membahagiakan Fira,” bisik Aqil, perlahan.
Terima kasih! Jumpa minggu hadapan.
J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan