HANIF meneliti
fail di hadapan. Dengusan kecil terlepas daripada bibir tatkala laporan yang
dibaca tidak kena pada pemerhatiannya. Laporan yang disediakan oleh pekerjanya
tidak memuaskan. Lantas, fail ditutup lalu dicampak ke tepi. Dilonggarkan tali
leher sekadar meredakan pernafasan yang tidak stabil.
Hanif
bingkas bangun dari duduk. Dia menghampiri jendela lalu menatap pemandangan
yang terbentang di hadapan mata. Ingatannya mengimbas semula pertemuan
kelmarin. Pertemuan di antara Encik Qamarul dan Haidar. Kata-kata Haidar begitu
menyakitkan hati. Ikutkan hati, mahu ditumbuk Haidar ketika itu juga.
Kenapa
Haidar masih mengungkit kisah lama? Sedaya upaya dia mahu melupakan kisah
tersebut tetapi abangnya sengaja membangkitkan kisah itu. Mustahil dia akan melupakan
peristiwa tersebut. Sehingga ke hari, peristiwa itu masih segar di ingatan.
Masih terpahat kemas di hati.
Maka
dari itu, dia tidak sependapat dengan Haidar. Dia tahu, Haidar cuba untuk
berbaik dengannya tetapi dia menolak keras kebaikan Haidar. Apa yang pasti,
selama-lamanya dia tidak akan melupakan peristiwa tersebut.
“Hanif!”
tegur Aidil, tiba-tiba dari arah muka pintu bilik.
Hanif
tersentak. Dia menghalakan mata ke arah Aidil yang sedang melangkah masuk ke
dalam bilik. Berkerut wajah itu dilihatnya.
“Kau
free tak?” tanya Aidil sambil
menghampiri Hanif.
“Free? Kenapa?” Hanif bertanya berserta
kerutan di dahi.
“Aku
nak ajak kau ke satu tempat.”
“Ke
mana?”
“Shah
Alam!”
“Shah
Alam? Ada apa kat Shah Alam tu?” Hanif masih lagi bertanya. Dia melabuhkan
duduk di kerusi lalu memandang Aidil di hadapan.
“Ada
pameran. Aku pasti kau mesti sukakan pameran ni,” balas Aidil sedikit teruja.
“Sejak
bila pulak kau suka melawat pameran?”
Hanif berkerut dahi. Pelik dengan kawannya itu. Belum pernah lagi Aidil
mengajaknya ke tempat seperti itu.
“Sejak
kelmarin,” Aidil membalas berserta senyuman penuh makna.
Hanif
memandang wajah tersenyum Aidil. Seperti ada yang disembunyikan oleh kawan
baiknya itu.
“Nak
tak?” Aidil bertanya.
“Aku
terbau sesuatu,” jawab Hanif sambil mengangkat kening.
“So?” Aidil tersengih.
“Okey!”
balas Hanif, sepatah.
Aidil
tersenyum. Wajah Hanif dipandang seketika. Sejak semalam dia merancang. Berharap
Hanif suka dengan perancangannya nanti.
“SO,
macam mana dengan kerja kau?” soal Zakry Alif ingin tahu.
“Alhamdulillah.
Company aku dapat 2 3 projek,” jawab Iris
Eryna berserta senyuman di bibir. Air minuman diteguk perlahan.
“Alhamdulillah.
Kaya la kau tahun ni. Bonus!”
Iris
tidak membalas. Dia tersenyum seketika.
“Bolehlah
belanja aku melancong.”
“Tak
ada masalah. Bila kau nak pergi?”
“Bila
kau free?”
“Bila-bila
saja.”
Zakry
ketawa kecil. Wajah Iris ditatap seketika. Gadis itu kelihatan manis bertudung.
Sejak dari dulu lagi dia mengagumi Iris. Seorang gadis yang tabah.
Namun,
setabah mana Iris, ada sesuatu yang sehingga ke hari ini tidak mungkin akan
dilupakan oleh sesiapa yang terlibat. Baik Iris mahupun dia. Kenangan yang
begitu menyakitkan.
“Kau
menungkan apa?” tegur Iris tatkala menyedari kebisuan Zakry.
“Haa…”
Zakry sedikit tersentak.
“Kau
menungkan apa? Boleh aku tahu.”
“Menungkan
kau.”
“Aku?
Kenapa dengan aku?”
Zakry
sekadar tersenyum. Wajah Iris di hadapan ditatap seketika.
“Zakry!”
Iris memanggil.
“Aku
terkenang kisah lama kita,” ujar Zakry penuh cermat.
Iris
tidak membalas. Kata-kata Zakry meniti di minda.
“Aku
minta maaf kalau aku….”
“It’s okey. Aku tak kesah,” pintas Iris
lalu tersenyum.
Zakry
membisu. Diperhatikan wajah Iris dalam diam. Walaupun wajah itu kelihatan
tenang namun di sebalik ketenangan itu tersembunyi kelukaan di hati. Hanya dia
sahaja yang tahu kisah hidup Iris.
“Jom!
Aku nak ajak kau ke satu tempat,” ajak Iris bingkas bangun.
“Ke
mana?” soal Zakry berserta kerutan di dahi.
“Adalah!”
balas Iris sambil tersenyum.
Dia
melangkah menuju ke kaunter. Setelah membuat pembayaran, dibawa langkah keluar
dari restoran itu.
Zakry
mengekori dari belakang. Ke mana Iris hendak pergi? Diperhatikan langkah gadis
itu buat seketika.
“Kau
nak ajak aku ke mana?” tanya Zakry kemudian.
Iris
sekadar tersenyum. Otaknya sedang memikirkan satu tempat. Sudah lama dia ingin
mengajak Zakry ke tempat itu.
“Woi!!!”
Marah seseorang dengan tiba-tiba.
Zakry
yang sedang leka berfikir terkejut. Dia menghalakan mata ke arah yang bersuara.
Pantas, dia membawa langkah menghampiri Iris.
“Tak
guna!” marah Hanif sedikit lantang.
“Kenapa?”
Zakry bertanya setibanya di sisi Iris.
Iris
menjungkitkan bahu sambil berpeluk tubuh. Wajah tegang pemuda di hadapannya itu
ditatap tanpa perasaan.
“Apasal
kau langgar aku?” marah Hanif lagi. Tajam matanya ke wajah Iris.
“Aku
yang langgar kau atau kau yang langgar aku?” Sinis Iris bertanya. Dibalas
tatapan tajam Hanif itu.
“Hey
minah! Kau buat lawak ke apa?” Hanif pula bertanya dalam nada sinis.
“Apa
kes, Iris?” Zakry masih bertanya. Tidak faham dengan apa yang sedang berlaku.
“Dahlah
Nif. Jom kita pergi,” suara Aidil yang sejak dari tadi membisu dan mendengar.
Gelengan kecil diberikan kepada Hanif.
Iris
tersenyum sinis. Tanpa membalas, dia segera beredar dari situ. Tidak diendahkan
pandangan tajam pemuda yang dilanggarnya sebentar tadi.
“Buang
masa!” rengus Iris, deras.
Belum
sempat Iris menjauh, Hanif sudah pun merentap kasar lengannya sehingga
membuatkan tubuhnya terdorong ke belakang.
“Apa
masalah kau ni?” marah Iris berserta dengusan kasar.
“Kau
ingat aku nak lepaskan kau macam tu saja ke? Aku nak kau minta maaf dengan
aku,” kata Hanif sambil menekan suara.
Iris
meronta minta dilepaskan. Tajam matanya ke wajah Hanif. Pemuda itu cuba untuk
bermain api dengannya. Kurang ajar! Rengus Iris dalam hati.
“Jangan
ingat aku akan lepaskan kau.”
Iris
yang mendengar tersenyum sinis. Tanpa berlengah, tangan Hanif ditarik lalu
memulasnya ke belakang. Dicengkam tangan Hanif sekuat yang mampu.
“Ouch!”
adu Hanif, perlahan.
“Sakit?”
Iris bertanya dalam nada mengejek.
Hanif
menahan kesakitan. Cengkaman gadis itu kuat di tangannya. Berpasang-pasang mata
sedang memandang ke arahnya. Dia menahan malu ketika ini.
“Jangan
cuba nak bermain api dengan aku. Kau belum kenal siapa aku yang sebenarnya,”
sambung Iris bernada amaran.
Setelah
itu, dilepaskan cengkaman dan menolak kasar tubuh Hanif lalu beredar dari situ.
Senyuman mengejek meniti di bibir.
Zakry
yang melihat mengekori Iris daripada belakang. Sempat dia mengerling ke wajah
pemuda itu. Tegang! Pasti pemuda itu sedang menahan rasa malu.
“Kau
okey?” tanya Aidil, prihatin.
Hanif
mendengus kasar. Tanpa membalas, dia beredar dari situ. Dikepalkan tangan
menahan kemarahan. Rasa malu menumpang di hati.
“Tak
guna!” rengus Hanif, keras.
Aidil
hanya memandang. Kepala menggeleng kecil melihat sikap Hanif. Kawannya itu
tidak pernah berubah. Cepat melenting dan naik angin jika berasa tergugat.
“Aku
harap suatu hari nanti kau akan berubah, Hanif,” doa Aidil buat Hanif.
“KURANG ajar!”
marah Hanif seraya menumbuk cermin. Habis retak cermin tersebut dibuatkan oleh
Hanif. Tidak diendahkan kesakitan di tangan akibat tumbukan tersebut.
“Kurang
ajar! Jangan ingat kau akan terlepas daripada aku. Sampai mati aku akan cari
kau, perempuan!”
Hanif
masih lagi melepaskan kemarahan. Wajah gadis bertudung siang tadi menyapa mata.
Senyuman mengejek gadis itu menambahkan lagi tahap kemarahannya. Ikutkan hati,
mahu sahaja dia mengejar perempuan itu.
Tetapi,
disabarkan hati supaya tidak berbuat begitu. Berpasang-pasang mata yang melihat
membuatkan dia berasa malu. Semakin panas hatinya tatkala mengingati peristiwa
itu.
“Aku
akan cari kau, perempuan. Ini janji aku!” sambung Hanif lagi. Dikepalkan tangan
menahan kemarahan.
Seminit
kemudian, dia membawa langkah keluar dari bilik air menuju ke katil lalu naik
ke atasnya. Tubuh disandarkan ke kepala katil. Otaknya ligat berfikir.
“Kau
tak akan terlepas, perempuan.” Hanif masih lagi meluahkan kemarahan di hati.
Belum
pernah ada lagi sesiapa yang berani memalukan dia di khalayak ramai seperti
yang berlaku siang tadi. Hanya dia sahaja yang berani berbuat begitu kepada
orang lain.
Deringan
telefon mengganggu ketenangan Hanif. Lantas, telefon bimbit dicapai dari atas
meja lalu menatap nama di skrin.
“Hurm…
ada apa?” tanya Hanif sebaik sahaja talian bersambut.
“Kau
okey?” tanya Aidil menolak pertanyaan Hanif.
“Apa
maksud kau dengan pertanyaan tu?”
“Maksud?”
“Kau
pun nak mengejek aku, kan?”
Aidil
berkerut dahi. Apa maksud Hanif?
“Perempuan
tak guna! Memang nak kena ajar perempuan tu!”
“Itulah
maksud pertanyaan aku tadi. Kau okey ke tidak?”
Hanif
mendengus kasar.
“Kau
marah sebab aku, kau jumpa dengan perempuan tu dan kau dimalukan di khalayak
ramai, betul kan?” sambung Aidil lagi.
Peristiwa
petang tadi terimbas di fikiran. Niatnya untuk membawa Hanif ke pameran
perumahan terpaksa dibatalkan disebabkan pertemuan itu. Hanif dimalukan di
khalayak ramai. Rasa kelakar tatkala mengingatinya.
“Kau
tak okey lagi, Hanif?” Aidil menduga. Telinganya disapa dengan dengusan kasar
Hanif.
“Selagi
aku tak balas dendam pada perempuan tu, selagi tu aku tak okey.” Hanif mengepal
tangan. Wajah perempuan itu menyapa mata ketika ini.
“Hanif…
Hanif… Sampai bila kau nak jadi macam ni?”
“Kau
jangan nak cari pasal dengan aku, Aidil.”
“Aku
bukan nak cari pasal dengan kau, Nif. Aku sekadar nak nasihatkan kau saja.
Sampai bila kau nak jadi macam ni?”
“Kau
pun sama dengn Haidar. Dahlah! Aku nak tidur!” balas Hanif lalu mematikan
talian. Malas mendengar bebelan Aidil lagi.
Aidil
tersentak. Kepala menggeleng kecil dengan tingkah laku Hanif. Seperti
kebudak-budakan dirasakannya.
“AAMIIN Ya
Rabbal’Alamin.”
Iris
meraup wajah. Dia bingkas bangun lalu melipat sejadah. Telekung ditanggal lalu menyidaikannya
di ampaian. Nafas dihela ringan. Dihampiri jendela lalu membuang pandang di
situ. Langit malam cantik dihiasi dengan bulan dan bintang. Dia tersenyum buat
seketika.
Setelah
itu, dibawa langkah menuju ke meja kerja. Dia perlu menyiapkan proposal untuk
mesyuarat minggu hadapan. Ucapan syukur meniti di benak hati. Bersyukur atas
rezeki yang diberikan oleh Allah. Selama dia bekerja di syarikat itu, jarang
sekali proposalnya ditolak.
Ketukan
di pintu mematikan tingkah laku Iris yang baru hendak melabuhkan duduk. Dia
menghalakan mata ke arah pintu bilik. Wajah Puan Hanum menyapa mata.
“Ada
apa, mak?” tanya Iris kemudian.
“Mak
ada buatkan air untuk Iris,” jawab Puan Hanum berserta segelas minuman.
“Mak,
Iris boleh ambil sendiri nanti. Kan Iris dah pesan dengan mak hari tu. Mak dah
lupa?” Iris menegur. Kepala menggeleng kecil.
Puan
Hanum tidak membalas. Gelas minuman diletakkan di atas meja. Kemudian,
dilabuhkan duduk berhadapan dengan Iris.
“Kan
dah lewat malam? Kenapa tak tidur lagi?”
“Mak
tak mengantuk lagi, Iris.”
Iris
tersenyum. Dia duduk di kerusi lalu menatap wajah Puan Hanum. Semakin dimamah
usia wanita itu.
“Esok
mak nak keluar beli barang-barang dapur. Dah nak habis kat rumah ni,” beritahu Puan
Hanum, ramah.
“Sekejap!
Iris bagi duit,” kata Iris bingkas bangun dari duduk.
“Tak
apa, Iris. Mak ada duit.”
Iris
mematikan tingkah laku. Dia melabuhkan duduk semula di kerusi.
“Duit
yang Iris bagi pada mak bulan lepas pun mak belum guna lagi.”
“Itu
duit mak. Untuk simpanan. Iris ikhlas baginya.”
“Mak
banyak susahkan Iris. Mak….”
“Mak…
Kan Iris dah pesan dulu. Iris ikhlas!”
Puan
Hanum sekadar tersenyum. Wajah Iris ditatap kasih. Rasa bersalah kerana banyak
menyusahkan Iris selama ini. Walaupun Iris bukan anak kandungnya, dia tetap
menganggap Iris seperti anaknya sendiri.
Iris
turut sama tersenyum. Dia membalas tatapan Puan Hanum. Wanita yang telah
diangkat seperti ibu kandungnya sendiri. Sejak dari usia remaja sehingga ke
sedewasa ini, Puan Hanum banyak berkorban untuknya. Maka dari itu, tidak ada
salahnya jika dia menyenangkan wanita tua itu.
“Iris
ingat nak balik kampung. Dah lama Iris tak ke sana,” beritahu Iris selepas itu.
“Bila?”
Puan Hanum bertanya.
“Lepas
projek siap.”
Puan
Hanum mengangguk perlahan.
“Mak
pergilah tidur. Dah lewat ni,” suruh Iris, lembut.
“Baiklah!
Iris pun jangan tidur lewat,” pesan Puan Hanum bingkas bangun dari duduk. Dia
melangkah keluar dari bilik itu.
Iris
hanya memandang. Nafas ditarik dan dilepaskan ringan. Dia menyandarkan tubuh ke
kerusi sambil otaknya ligat berfikir. Peristiwa siang tadi meniti di tubir mata.
Disebabkan lelaki itu, dia terpaksa membatalkan niatnya untuk mengajak Zakry ke
sebuah butik milik salah seorang isteri kepada clientnya.
“Boleh
tahan!” sebut Iris, tiba-tiba.
Laptop
di hadapan ditatap seketika. Wajah pemuda siang tadi menyapa mata. Senyuman
sinis meniti di bibir.
“Sinar
mata dia penuh dengan kebencian,” sambung Iris lagi.
Seminit
kemudian, dia meneruskan kerjanya yang tertangguh. Namun, tingkah lakunya
terhenti tatkala peristiwa lama menerjah ke kotak fikiran.
“Dah
lama! Kenapa aku masih ingatkannya?” keluh Iris, sendirian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan