“GOOD
job, Iris! Ini yang buatkan saya sayang nak
lepaskan awak,” puji Dato Rashid berserta senyuman bangga.
Iris
hanya tersenyum. Wajah teruja Dato Rashid ditatap seketika. Teruja tatkala
diberitahu tentang kejayaan mendapat projek beberapa hari yang lepas.
“Awak
dah beri keuntungan pada syarikat. Saya terhutang budi dengan awak, Iris,”
suara Dato Rashid lagi.
“Saya
hanya lakukan sedaya yang mampu, dato,” suara Iris masih tersenyum.
“Saya
kagum dengan awak, Iris. Awak seorang yang bijak. Tak sia-sia saya jumpa awak
dulu. Awak, anugerah yang Allah berikan pada saya dan syarikat,” jelas Dato
Rashid. Peristiwa lama meniti di minda.
Iris
tidak membalas. Dia turut berasa bersyukur kerana bertemu dengan Dato Rashid.
Lelaki tua itu banyak membantunya sejak dari dulu lagi.
“So, bila awak nak bercuti?” tanya Dato
Rashid tatkala teringat permohonan cuti Iris beberapa hari yang lepas.
“Belum
tahu lagi, dato. Mungkin lepas projek ni,” balas Iris, ramah.
Dato
Rashid mengangguk. Dia bingkas bangun dari duduk lalu melangkah menuju ke sofa.
Iris yang melihat turut sama bangun.
“Iris
masih mencari?” tanya Dato Rashid sambil melabuhkan duduk.
Kisah
hidup Iris sudah lama diketahuinya. Gadis itu seorang yang tabah menghadapi
ujian. Tidak pernah sekali dia mendengar rungutan daripada Iris. Segala yang
berlaku terhadap Iris, tidak lepas dari pengetahuannya.
Rasa
terhutang budi dengan apa yang telah Iris lakukan terhadap syarikatnya. Dulu,
syarikatnya tidak dikenali dan hampir tutup. Dengan bantuan Iris, syarikatnya
dapat dibangunkan semula sehingga dikenali.
“Masih!”
balas Iris, sepatah.
“Dah
lama, Iris.”
“In
shaa Allah, usaha Iris takkan sia-sia. Iris yakin dengan Allah.”
Dato
Rashid mengangguk perlahan. Wajah Iris di hadapan ditatap mesra.
“Kalau
Iris perlukan apa-apa, jangan lupa beritahu pada uncle. In shaa Allah, uncle
akan bantu,” suara Dato Rashid selepas itu.
Berubah
sudah kata ganti diri. Iris sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Jika anak
lelakinya masih hidup, sudah lama dijodohkan dengan Iris. Sungguh, dia berkenan
dengan Iris. Seorang gadis yang baik dan bijak.
Namun,
itu semua hanya angan-angan semata-mata. Dia tidak menyalahkan takdir. Semua
itu sudah ketentuan Allah buat dia dan isteri. Pemergian anak tunggalnya akibat
penyakit leukimia meninggalkan kesan yang mendalam terhadap mereka berdua. Jika
anaknya masih hidup, pasti seusia Iris.
“Uncle!”
Iris
memanggil. Sejak dari tadi dia memerhatikan Dato Rashid yang seakan termenung.
Apa yang sedang dimenungkan oleh Dato Rashid?
“Haaa….”
Dato Rashid tersentak.
“Uncle teringatkan Idzham?” Iris menduga.
Dato
Rashid menanggalkan cermin mata. Dia meraup wajah sambil melepaskan keluhan
berat. Perlahan-lahan kepala mengangguk kecil.
Iris
hanya memandang. Idzham Shah! Anak tunggal kepada Dato Rashid dan Datin Arniza
yang meninggal dunia akibat penyakit leukimia. Ketika itu, usia Idzham masih 15
tahun. Rasa simpati terhadap pasangan itu menujah ke hati.
“Uncle rindukan arwah,” ujar Dato Rashid,
perlahan.
Iris
hanya mendengar. Wajah Idzham ketika ini menyapa mata. Wajah yang dilihat di
dalam sebuah album gambar. Datin Arniza sendiri yang menunjukkan album tersebut
kepadanya tidak lama dulu.
“Kalau
arwah masih hidup, tentu arwah seusia dengan Iris. Boleh uncle padankan dengan Iris. Mana tahukan Iris ada jodoh dengan
arwah dan jadi menantu uncle,” luah
Dato Rashid lalu ketawa kecil.
“Uncle….”
“Really miss him, Iris!” pintas Dato
Rashid, lemah.
Iris
membisu. Wajah lesu Dato Rashid dipandang. Rasa rindu terhadap ayah dan ibunya
menujah ke hati. Apa khabar mereka sekarang? Selepas peristiwa itu, dia tidak
mengetahui di mana ayah dan ibunya berada. Hanya doa yang mampu diberikan agar
mereka berdua sihat dan selamat walau di mana mereka berada.
“Jom
kita lunch! Dah masuk tengah hari,”
suara Dato Rashid, tiba-tiba.
Iris
sedikit tersentak.
“Kita
makan kat tempat biasa,” beritahu Dato Rashid lagi.
“Baiklah!
Iris ambil beg tangan sekejap,” balas Iris bingkas bangun lalu beredar dari
situ. Senyuman diberikan kepada Dato Rashid.
Dato
Rashid mengangguk. Nafas dihela ringan. Jauh di sudut hati, dia mendoakan
kebahagiaan Iris. Semoga Iris berjumpa dengan seorang lelaki yang dapat
menerima gadis itu seadanya.
“JANGAN
lupa meeting kita minggu depan,
Hanif,” beritahu Aidil.
Hanif
yang baru hendak menyuap nasi menghentikan tingkah laku. Meeting? Meeting apa yang
dimaksudkan oleh Aidil itu? Adakah dia tertinggal sesuatu?
“Kau
dengar ke tidak ni?” Aidil masih bersuara.
“Sekejap!
Meeting apa yang kau maksudkan ni?”
Hanif bertanya seakan orang bodoh.
“Kau
ni, kenapa? Aku dah banyak kali remind
kau tentang meeting ni.”
Hanif
mengerahkan otak supaya berfikir.
“Meeting tu penting untuk syarikat kita.
Kalau kita gagal lagi, habis!”
Hanif
masih lagi berfikir akan mesyuarat yang dimaksudkan oleh Aidil itu.
“Maksud
kau, projek Tan Sri Kamal?”
“Haaa..
ingat pun kau.”
“Penting
ke?”
“Bro!
Memang penting. Kita kena dapatkan projek tu.”
Hanif
mengangguk faham. Hampir dia terlupa dengan projek Tan Sri Kamal. Memang
penting bagi syarikatnya kerana sudah lama dia berhajat untuk bekerjasama
dengan Tan Sri Kamal.
“Aku
harap kita dapat projek tu,” ujar Aidil berserta nafas ringan.
Hanif
sekadar mengangguk. Dia turut mengharapkan perkara yang sama. Matanya tertumpu
ke arah seorang gadis dan lelaki berusia tidak jauh dari meja mereka duduki.
Wajah gadis itu diamati seketika.
“Aku
dah siapkan proposal. Nanti aku bagi pada kau,” beritahu Aidil. Wajah Hanif
ditatap menanti tindak balas daripada sahabatnya itu.
Hanif
tidak membalas. Matanya masih tertumpu ke arah pasangan yang dilihatnya
sebentar tadi. Bukankah perempuan itu perempuan yang telah memalukannya kelmarin?
“Hanif!”
Aidil
menegur. Apa yang sedang difikirkan oleh Hanif ketika ini? Tingkah laku Hanif
diperhatikan. Seperti ada sesuatu yang sedang dilihat oleh Hanif.
“Aku
ke wash room sekejap!” ujar Hanif bingkas bangun dari duduk.
“Hanif!”
Aidil memanggil.
Hanif
tidak mengendahkan panggilan Aidil. Dia melangkah menuju ke wash room.
Senyuman sinis meniti di bibir. Otaknya sedang ligat berfikir.
“Kau
tak akan terlepas, perempuan!” Hanif mengepal tangan.
Langkah
dituju ke arah wash room. Dia memandang kiri dan kanan.
Melihat orang sekeliling di kawasan itu. Tanpa berlengah, dihampiri gadis itu
lalu menarik kasar tubuhnya.
Iris
yang baru hendak melangkah masuk ke dalam wash
room tersentak tatkala tubuhnya
ditarik kasar oleh seseorang. Pantas, dihalakan mata ke arah gerangan yang
menarik.
“Hai,
sayang!” Hanif menegur dalam nada perlahan.
Iris
sedikit terkejut. Lelaki yang menarik tubuhnya tadi ditatap sambil otaknya
dikerah berfikir. Seakan pernah melihat wajah itu sebelum ini.
“Masih
ingat dengan aku lagi?”
Iris
masih berfikir. Diamati wajah di hadapannya itu buat seketika.
“Dah
ingat?” Hanif bertanya buat kali yang kedua.
“Of course! Mana boleh lupa dengan mamat
‘lembik’ macam kau ni.” Selamba Iris berkata. Ditekankan perkataan ‘lembik’.
Senyuman mengejek meniti di bibir.
“Apa
kau cakap?” Hanif mengepal tangan.
Iris
sekadar tersenyum. Ada baiknya dia tidak membalas. Dia yakin pemuda itu bertemu
dengannya sekadar untuk membalas dendam atas kes yang lepas.
“Kau
nak apa? Nak balas dendam?” Iris memberanikan diri bertanya.
“Berlagak
betul kau, perempuan.”
“So? Bagi masalah pada kau ke kalau aku
berlagak?”
Hanif
mengeratkan lagi genggaman di tangan. Wajah Iris di hadapan dipandang tajam. Kurang
ajar! Rengus Hanif dalam hati.
“Tentu
kau tak dapat tidur malam, kan? Iyalah, asyik teringatkan kes hari tu. Tentu
kau rasa malu, kan?” Iris bersuara. Sengaja memanaskan hati pemuda itu.
“Apa
kau cakap? Malu? Aku rasa malu? No way!
Aku bagi peluang pada kau saja.” Hanif membalas. Tidak mahu mengalah.
Iris
yang mendengar ketawa sinis. Lelaki itu tidak mahu mengalah. Berlagak! Cebik
Iris dalam hati.
“Kebenaran
sungguh menyakitkan,” ujar Iris kemudian masih sinis.
Semakin
panas hati Hanif mendengarnya. Perempuan di hadapannya itu bukan calang-calang
orang. Ikutkan hatinya yang panas, mahu ditampar wajah sinis itu.
Iris
yang melihat pemuda itu seakan berfikir cuba untuk melepaskan diri. Namun,
tingkah lakunya hanya sia-sia. Pemuda itu berjaya menghalangnya beredar dari
situ. Dengusan kasar terlepas daripada bibir.
“Kau
nak apa dengan aku?” bengang Iris.
“Cantik
juga kau bila marah.” Hanif memuji. Sekadar melihat reaksi gadis itu.
“Lepaslah!”
Iris meronta tatkala lengannya dicengkam oleh Hanif.
Hanif
tidak mengendahkan rontaan Iris. Semakin kuat cengkamannya ke lengan gadis itu.
Rasa sakit di hati sukar untuk dibendung. Dia perlu membalas dendam terhadap Iris.
“Lepaslah!”
Iris menekan suara. Lelaki itu masih tidak mahu melepaskan lengannya.
“Kira
bagus aku tak malukan kau di khalayak ramai. Kalau tidak….” Hanif mematikan
ayat.
“Aku
peduli apa. Kau ingat aku takut?” lontar Iris, berani.
Hanif
yang mendengar menguatkan lagi cengkaman di lengan Iris. Berkerut wajah gadis
itu dilihatnya. Puas hatinya itu.
“Kau…”
“Iris!”
tegur Dato Rashid, tiba-tiba.
Hanif
yang mendengar segera melepaskan cengkaman. Dikemaskan penampilan lalu
tersenyum ke arah Dato Rashid.
“Iris?
Are you okey?” Dato Rashid bertanya. Berkerut wajahnya melihat Iris
bersama dengan seorang pemuda. Siapa pemuda itu?
“Okey!
Iris okey!” balas Iris sedikit bergetar. Senyuman diberikan kepada Dato Rashid.
Dato
Rashid mengangguk. Dia menghampiri Iris bersama dengan seorang pemuda. Wajah
pemuda itu diamati. Seperti mengenali pemuda tersebut.
“Uncle dah nak balik office ke?”
“A’ah.
Lama uncle tunggu Iris kat meja, itu
yang uncle ke sini.”
Iris
masih tersenyum. Sedaya upaya dia mengawal riak di wajah agar Dato Rashid tidak
dapat membaca riaknya itu.
“So? Shall
we?” tanya Dato Rashid sambil
memandang wajah Iris.
“Sure!” jawab Iris, perlahan.
Dato
Rashid tidak membalas. Dia melangkah keluar dari ruangan itu. Otaknya masih
lagi berfikir mengenai pemuda yang dipandangnya sebentar tadi.
Iris
yang melihat turut memulakan langkah. Belum sempat dia menjauh, Hanif menarik
tubuhnya ke dinding. Tersentak dia dengan tindakan pemuda itu.
“Jangan
ingat kau akan terlepas, perempuan. One
day, kau pula yang akan kenal siapa
aku yang sebenarnya,” kata Hanif seraya menghampiri tubuh Iris. Didekatkan
wajahnya ke wajah Iris.
Iris
yang melihat menjauhkan wajahnya dari wajah Hanif. Berdebar jantungnya ketika
ini. Berdoa agar lelaki itu tidak berbuat perkara yang tidak senonoh
terhadapnya.
Hanif
yang melihat ketawa sinis. Ditatap wajah Iris buat seketika. Setelah itu, dia
segera beredar dari situ. Puas hatinya. Apa yang pasti, dia akan membalas
segala perbuatan gadis itu yang telah memalukannya kelmarin.
Iris
memandang pemergian Hanif. Dengusan kasar terlepas daripada bibir.
“Sinar
mata dia penuh dengan kebencian,” suara Iris berserta senyuman sinis.
Tanpa
menunggu, dia melangkah pergi dari kawasan itu. Dia tersenyum buat seketika
tatkala mengingati perbuatan lelaki tadi.
“Aku
bukan lemah seperti yang kau fikirkan,” ujar Iris masih tersenyum.
best2....
BalasPadam