“OKEY! Aku
tahu. Kau janganlah risau. Aku tak lupa,” kata Iris sambil memutarkan stereng
kereta membelok ke kanan jalan.
“Aku
cuma nak ingatkan kau saja. Takut kau lupa,” balas Zakry dari hujung talian.
“Aku
tak lupa, Zack. Thanks kerana
ingatkan aku,” ucap Iris bernada ikhlas.
Zakry
sekadar mengangguk. Nafas ringan dilepaskan.
“Minggu
depan mak nak buat kenduri.”
“Kenduri?”
“A’ah.
Dah lama tak buat kenduri lepas….”
“Kalau
kau perlukan bantuan, beritahu aku.”
Iris
tidak membalas. Zakry sengaja memintas kata-katanya. Pasti Zakry tidak mahu dia
mengingati kisah lama.
“Aku
tunggu kau kat tempat biasa.”
“Okey!
Aku akan datang.”
Zakry
menghela nafas lega. Ucapan syukur meniti di benak hati. Bersyukur kerana Iris
sudah boleh menerima kenyataan.
“Aku
letak dulu. Apa-apa nanti aku call
kau,” suara Iris dari hujung talian.
“Apa-apa
hal jangan lupa beritahu pada aku,” pesan Zakry bernada lembut.
“I
will, Zack. Kau satu-satunya sahabat
aku dunia dan akhirat. Thanks for being
my friend,” balas Iris bernada ikhlas. Sungguh, dia terhutang budi
dengan Zakry selama ini.
“Kau
seorang yang ikhlas dan jujur. Disebabkan itu aku berminat nak berkawan dengan
kau daripada orang lain,” balas Zakry pula.
Iris
hanya mendengar. Kata-kata Zakry meniti di minda saat ini.
“Kau
masih mencari dia, Iris?” Zakry bertanya. Sekadar ingin tahu.
Iris
tidak membalas. Apa jawapan yang harus diberikan kepada Zakry?
“Mungkin
dia….”
“Aku
yakin aku akan jumpa dengan dia, Zack,” pintas Iris berserta nafas ringan.
“Kalau
kau tak jumpa, macam mana?”
Iris
membisu. Dia mencari jawapan kepada pertanyaan Zakry.
“Tak
apalah, Iris. Aku doakan kau berjumpa dengan dia semula,” suara Zakry.
Pasti,
Iris tidak ada jawapan kepada pertanyaannya tadi. Ada baiknya dia menghentikan
topik itu. Khuatir Iris akan mengingatinya.
Iris
masih tidak membalas. Kereta sudah lama diberhentikan di bahu jalan. Memberi
sepenuh tumpuan kepada perbualan mereka berdua.
“Aku
letak dulu. Apa-apa nanti jangan lupa beritahu pada aku.” Zakry berpesan untuk
kesekian kali.
“Okey!
Jumpa malam nanti,” balas Iris lalu mematikan talian.
Nafas
ditarik dan dilepaskan ringan. Disandarkan tubuh ke kusyen kereta sambil
memikirkan pertanyaan Zakry.
“Aku
yakin, Zack. Aku yakin yang suatu hari nanti aku akan berjumpa dengan dia,”
suara Iris sendirian. Memberi keyakinan kepada dirinya sendiri.
Setelah
beberapa minit menenteramkan perasaan, Iris menyambung pemanduan. Jam di dashboard dipandang. Masa sudah
merangkak ke angka lapan tiga puluh minit pagi.
“Ya
Allah!” ucap Iris tatkala terdengar dentuman kuat dari arah belakang kereta.
Dia
segera memberhentikan kereta lalu mengintai dari cermin pandang belakang.
Sebuah kereta telah melanggar keretanya.
“Haish!!!
Pagi-pagi dah buat hal,” rengus Iris lalu mematikan enjin kereta.
“Mata
tu letak kat kepala lutut agaknya,” bebel Iris pula sambil keluar dari dalam
perut kereta. Langkah dibawa menghampiri belakang kereta untuk melihat.
“Aduh!
Habis kemek buntut kereta aku. Kena mintak ganti rugi ni,” kata Iris sebaik
sahaja melihat kerosakan keretanya. Kemudian, dia menghalakan mata ke arah
kereta yang melanggarnya tadi. Melihat pemandu kereta tersebut.
Hanif
sedikit terkejut. Bagaimana dia boleh melanggar kereta orang? Diraup wajah
sambil melepaskan dengusan ringan. Dikerling jam di pergelangan tangan buat
seketika. Khuatir dia akan terlewat menghadiri mesyuarat di Putrajaya.
“Encik!”
Iris menegur sambil mengetuk cermin tingkap kereta.
Hanif
menghalakan mata ke arah yang mengetuk. Terkejut tatkala melihat wajah yang
berada di luar keretanya.
Iris
turut sama terkejut. Tidak menyangka akan berjumpa dengan pemuda itu lagi.
“Tak
ada orang lain lagi ke aku nak jumpa?” bisik Iris sendirian. Dilihatnya Hanif
sudah menapak keluar dari dalam perut kereta.
“So?” tanya Hanif sebaik sahaja keluar.
Dia bersandar lalu berpeluk tubuh.
“So?” ulang Iris berkerut dahi.
“Berapa?”
Iris
tersenyum sinis. Lelaki itu seorang yang berlagak.
“Kau
beritahu saja berapa. Aku bayar.”
“Seribu.”
“What?”
“One thousand.”
“Kau
ingat kereta kau tu BMW? Audi? Porsche? Range Rover?” Hanif menyindir.
Iris
yang mendengar ketawa kecil. Wajah sinis Hanif ditatap buat seketika.
“Setakat
Myvi cabuk dah nak berlagak,” cebik
Hanif, meluat.
“Kau
peduli apa kalau aku berlagak dengan Myvi aku ni.”
Hanif
masih lagi mencebik. Wajah Iris di hadapan dipandang dari atas ke bawah.
“Kalau
kau tak ada duit, beritahu sajalah. Tak payah nak berlagak sangat la,” sindir
Iris pula berserta ketawa kecil.
Hanif
menggenggam erat tangan. Sakit hatinya mendengar sindiran Iris.
“So, kau ada duit ke tak? Kalau tak ada,
kita bawa kes ni ke balai.” Iris berpeluk tubuh sambil bersandar di bonet
kereta.
“Huh!
Kau ingat aku tak mampu?”
“Maybe!”
Hanif
mendengus kasar. Terasa dicabar oleh gadis itu. Tanpa berlengah, dikeluarkan
dompet dari dalam poket belakang seluar. Dibuka lalu ditarik beberapa keping
not RM100 dan dihulurkan kepada Iris.
“Harga
kau!” Hanif menekan suara. Huluran masih tidak dibalas.
Iris
memandang wang kertas yang dihulur. Senyuman kecil terbit di bibir. Sudah
beberapa kali mereka berjumpa secara tidak sengaja. Pemuda itu masih dengan
lagaknya. Masih dengan egonya.
“Kenapa?
Tak cukup?”
Hanif
mengeluarkan lagi beberapa keping not RM100. Dihulurkan kepada Iris namun gadis
itu tidak membalas huluran.
Iris
tidak membalas. Dia melangkah menuju ke kereta semula. Dia memandang Hanif buat
seketika berserta senyuman yang manis.
“Nanti
aku hantar bil pada kau,” suara Iris lalu masuk ke dalam kereta.
Hanif
yang melihat melepaskan dengusan kasar. Panas hatinya ketika ini. Iris sengaja
memperlekehkannya. Sengaja menjatuhkan maruahnya.
“Sial!
Tak guna punya perempuan!” marah Hanif seraya menendang tayar kereta.
“Aduh!”
rengek Hanif kemudian.
Dia
memandang kiri dan kanan. Adakah tindakannya tadi dilihat orang? Rasa sakit di
hati masih lagi bersisa. Acapkali Iris memalukannya.
“Kau
ingat kau hebat sangat ke? One day
kau akan kenal siapa aku yang sebenarnya, Iris Eryna,” kata Hanif penuh azam.
Digenggam erat tangan sambil menahan rasa sakit di hati. Dia yakin akan
mengenakan Iris suatu hari nanti.
“HAI,
tegang saja muka tu aku tengok, kenapa?” tegur Aidil tatkala terlihat Hanif.
Hanif
tidak membalas. Dia melangkah masuk ke dalam bilik. Panas hatinya hari ini.
“Apa
hal ni?” Aidil masih lagi bertanya. Pasti ada perkara yang membuatkan Hanif
beriak tegang sebegitu.
“Sakit
hati aku ni kau tahu tak?” balas Hanif berserta dengusan kasar.
“Iyalah!
Tapi sebab apa?” tanya Aidil lagi. Duduk dilabuhkan berhadapan dengan Hanif.
Wajah kawannya itu ditatap meminta penjelasan.
Hanif
mendengus lagi. Sejak peristiwa pagi tadi dia berperasaan marah dan benci. Malah,
dia juga tidak ada mood ketika
bermesyuarat. Mujurlah mesyuarat itu sekadar mesyuarat biasa dan tidak
melibatkan projek.
“Macam
mana dengan meeting? Okey tak?”
“Tak
okey!”
Aidil
mengangguk perlahan. Pasti ada seseorang yang telah membuatkan Hanif berasa
marah dan tegang sebegitu.
“Siapa?”
Aidil sekadar menduga.
“Minah
tak guna! Dia fikir dia hebat sangat?” marah Hanif sedikit tegang.
Aidil
tersenyum. Dugaannya benar belaka. Seseorang telah mendatangkan kemarahan
Hanif. Siapa yang dimaksudkan oleh Hanif itu?
“Ikutkan
hati aku tadi, mahu penampar aku bagi,” sambung Hanif lagi. Meluahkan kemarahan
di hadapan Aidil.
“Okey!
Aku tahu kau tengah marah. So, siapa
yang kau marahkan ni?” soal Aidil ingin tahu.
Belum
pernah lagi Hanif berkeadaan begitu. Jika ada pun hanya kemarahan biasa sahaja.
Majikan kepada pekerja.
“Berani
betul dia perlekehkan aku. Jatuhkan maruah aku. Haishh!!! Sakit hati aku ni,
kau tahu tak?” luah Hanif sambil memukul lembut dada sendiri.
Aidil
tidak membalas. Diputarkan memori lama. Wajah seseorang menyapa mata. Hanya
‘dia’ yang sering menjadi mangsa kemarahan Hanif. Sejak dulu lagi, hanya ‘dia’
yang membuatkan hidup Hanif tidak aman.
Kebencian
Hanif terhadap ‘dia’ sukar untuk dibendung dan sehingga ke hari ini, kawannya
itu masih menyimpan dendam terhadap ‘dia’. Hari ini, dia melihat kebencian dan
kemarahan yang sama. Siapa yang Hanif maksudkan? Adakah orang itu bakal senasib
dengan ‘dia’?
“Tolong
hantar aku ke Shah Alam nanti,” ujar Hanif sebaik sahaja kemarahannya reda. Aidil
di hadapan dipandang.
“Hantar
kau? Kereta kau?” soal Aidil kurang jelas.
“Bengkel!”
jawab Hanif, sepatah.
Aidil
berkerut dahi.
“Aku
langgar kereta minah tu pagi tadi. Nasib baik aku tak lambat hadir meeting tu.” Hanif menjelaskan kedudukan
sebenar. Nafas dihela ringan.
“Minah?
Minah mana?” Aidil berminat. Nama serta wajah seseorang meniti di minda ketika
ini. Adakah Iris Eryna yang dimaksudkan oleh Hanif itu?
“Minah
yang kau banggakan sangat tu la.” Hanif mencebik meluat.
Aidil
yang melihat ketawa kecil. Dia menggelengkan kepala seketika.
“Dia
fikir dia bagus sangat. Dia belum kenal dengan aku lagi.”
“Memang
dia bagus.”
Hanif
menoleh mendengar jawapan Aidil.
“Memang
dia bagus dan hebat. Aku kagum dengan dia. Dalam setahun, dia berjaya dapatkan
tender serta projek dari company
besar dan terkenal.”
Hanif
tidak membalas. Dia masih mencebik.
“Belum
pernah aku jumpa orang seperti dia.”
Hanif
masih membisu. Dia memandang wajah Aidil seketika.
“Kalau
kita ada staf macam dia, confirm company
kita tersenarai di bursa saham Malaysia,” suara Aidil lagi. Senyuman meniti di
bibir.
“Huh!
Tak ingin aku ambil dia jadi staf company
ni. Tak pasal-pasal, dia pijak kepala kita nanti,” balas Hanif kurang setuju.
Aidil
masih lagi tersenyum. Wajah Hanif dipandang.
“Dia
cantik dan ayu,” puji Aidil kemudian lalu tersengih.
“Cantik?
Ayu? Mata kau tu rabun agaknya,” sindir Hanif sambil menjeling.
Tergelak
Aidil melihatnya. Dia bingkas bangun dari duduk lalu mengemaskan penampilan.
Jam di pergelangan tangan dipandang seketika.
“Aku
balik bilik dulu. Pukul berapa kau nak aku hantar ke Shah Alam?”
“Tunggu
mekanik aku call. Nak confirmkan kerosakan.”
“Okey!
Apa-apa nanti beritahu aku.”
Hanif
sekadar mengangguk. Matanya menghantar langkah Aidil yang sudah menghampiri
pintu bilik.
“Jangan
lupa pertemuan kau malam nanti,” pesan Aidil sambil memulas tombol pintu bilik.
Menunggu untuk beredar dari situ.
Hanif
berkerut dahi. Bagaimana Aidil tahu tentang pertemuan malam nanti?
“Macam
mana….”
“Haidar
call aku minta remind pada kau,” pintas Aidil lalu menghilangkan diri. Pasti
persoalan itu yang ditanya oleh Hanif.
Hanif
sedikit tersentak mendengar jawapan Aidil. Adakah selama ini Haidar meminta
Aidil menjadi penyampainya? Acapkali Aidil mengingatkannya tentang pertemuan
keluarga. Mungkinkah Aidil diupah atau diarah oleh ayah atau Haidar untuk
memerhatikannya?
terbaek....
BalasPadam