IRIS
menyandarkan tubuh ke kepala katil. Terasa segar badannya selepas mandi. Jam di
dinding dipandang buat seketika. Waktu sudah menghampiri ke angka sembilan
malam. Seusai sholat tadi, dia menelefon Zakry. Sekadar berbual-bual bersama
dengan kawan baiknya itu.
Sudah
lama dia berkawan dengan Zakry. Segala masalah diceritakan kepada pemuda itu.
Tidak pernah rasa bosan dan jemu mendengar masalahnya. Bersyukur kerana
mempunyai kawan baik seperti Zakry.
Iris
memejamkan mata buat seketika. Wajah pemuda yang ditemuinya siang tadi meniti
di tubir mata. Seakan pernah melihat serta mengenali wajah itu sebelum ini.
Sinar mata pemuda itu menceritakan sesuatu. Malah, rasa sebak turut sama hadir
di hati.
Kenapa?
Kenapa dia berperasaan seperti itu. Adakah pemuda itu pernah hadir dalam hidupnya?
Sungguh, otaknya tidak mampu untuk berfikir.
Ketukan
di pintu mematikan lamunan pendek Iris. Dia menghalakan mata ke arah pintu
bilik yang sudah terkuak sedikit. Wajah Puan Hanum menyapa mata.
“Mak
tak tidur lagi?” tegur Iris kemudian.
Puan
Hanum melangkah menghampiri Iris di katil. Wajah anak angkatnya ditatap kasih.
Senyuman meniti di bibir.
“Kan
dah lewat ni?” Iris bersuara lagi. Dia membetulkan duduk dan menanti balasan
daripada Puan Hanum.
“Mak
tak mengantuk lagi, Iris. Mak ada perkara nak bincang dengan Iris,” balas Puan
Hanum sambil melabuhkan duduk.
Iris
berkerut dahi. Perkara apa yang hendak dibincangkan oleh Puan Hanum?
“Mak
ingat nak buat kenduri sikit. Kenduri kesyukuran.”
“Kenduri?
Bila?”
“Dalam
minggu depan. Dah lama kita tak buat kenduri.”
Iris
berfikir sejenak. Kepala mengangguk kecil. Mengiyakan kata-kata Puan Hanum.
Agak lama mereka tidak mengadakan kenduri kesyukuran.
“Macam
mana, Iris?” Puan Hanum bertanya.
“Baiklah,
mak. Iris tak ada masalah. Kalau mak perlukan apa-apa, mak beritahu saja pada
Iris. In shaa Allah Iris akan bantu,” balas Iris berserta senyuman di bibir.
Puan
Hanum turut sama tersenyum. Nafas lega dilepaskan.
“Siang
tadi Iris nyaris nak langgar orang,” beritahu Iris, perlahan.
Puan
Hanum yang mendengar terkejut. Wajah Iris dipandang meminta penjelasan.
“Alhamdulillah,
Iris tak ada apa-apa,” sambung Iris.
Tidak
ada rahsia di antaranya dengan Puan Hanum. Segala yang berlaku pasti akan
diceritakan kepada wanita itu. Hanya Puan Hanum tempatnya meluahkan segala
masalah.
“Ya
Allah! Betul ke ni, Iris?” soal Puan Hanum masih terkejut.
Iris
sekadar mengangguk.
“Alhamdulillah
kalau Iris tak ada apa-apa.”
“Alhamdulillah,
mak. Ada orang datang selamatkan Iris.”
“Siapa?”
“Iris
tak kenal. Tapi….”
“Tapi
apa?”
Iris
tidak membalas. Wajah pemuda siang tadi meniti di tubir mata.
“Tapi
apa, Iris?” Puan Hanum berminat untuk tahu.
“Tak
ada apa-apa mak. Dah lewat ni. Mak pergilah tidur,” suruh Iris, lembut.
Senyuman diberikan kepada Puan Hanum.
Puan
Hanum menghela nafas ringan. Anggukan diberikan kepada Iris. Pasti ada sebab
kenapa Iris tidak mahu menjawab pertanyaannya tadi.
“Mak
masuk tidur dulu. Jangan tidur lewat sangat,” pesan Puan Hanum bingkas bangun
dari duduk.
“Kalau
mak perlukan apa-apa, beritahu pada Iris,” pesan Iris sebelum Puan Hanum
beredar dari bilik itu.
Puan
Hanum sekadar mengangguk. Dia beredar dari situ menuju ke bilik.
“Kenapa
hati aku sebak bila teringatkan pemuda tu?” Iris bersoal sendirian. Dia memejamkan
mata buat seketika sambil otaknya memikirkan peristiwa siang tadi.
“Ya
Allah! Kenapa aku rasa sebak?” sebut Iris semula lantas membuka mata.
HAIDAR
melangkah menuju ke balkoni. Angin malam menyapa tubuh ketika ini. Terasa
tenang dan damai. Malam yang indah dihiasi bintang. Otaknya sedang ligat
berfikir. Peristiwa siang tadi meniti di minda. Wajah gadis yang
diselamatkannya siang tadi menyapa mata.
Persoalan
kenapa gadis itu memandangnya sebegitu sekali masih tidak berjawab. Seperti
mengenali gadis itu sebelum ini. Tetapi di mana? Adakah gadis itu pernah ke
hospital atau pesakitnya dahulu?
Bunyi
mesej masuk mematikan lamunan pendek Haidar. Dia membawa langkah masuk ke dalam
bilik lalu mencapai telefon bimbit dari atas meja. Nama di skrin telefon
ditatap. Berkerut dahinya tatkala nombor yang amat dikenali menyapa mata.
“Badrul?”
soal Haidar, sendirian.
Lantas,
kotak mesej dibuka lalu membaca kiriman mesej tersebut. Kenapa Badrul
mengirimkan mesej kepadanya? Jarang sekali Badrul menghubunginya. Adakah kena-mengena
dengan apa yang sedang disiasat oleh lelaki itu?
“Masalah?”
soal Haidar sendirian.
Masalah
apa yang dimaksudkan oleh Badrul itu? Tanpa berlengah, nombor Badrul terus
didail dan menanti panggilan dijawab. Pasti ada perkara penting yang ingin disampaikan
oleh Badrul.
“Kenapa?”
tanya Haidar sebaik sahaja talian bersambung.
“Kau
free tak esok?” tanya Badrul menolak
pertanyaan Haidar.
“Esok?”
Haidar berfikir sejenak.
“Aku
ada perkara nak bincang dengan kau,” beritahu Badrul. Nafas dihela ringan.
“Petang
esok. Macam mana?”
“Okey!
Aku jumpa kau petang esok.”
“Ada
masalah ke, Badrul?”
“Ada
masalah kecil. Tapi masih boleh dikawal.”
“Masalah
apa?” Haidar masih bertanya.
“Esok
aku cerita pada kau,” beritahu Badrul lalu mematikan talian.
Haidar
sedikit tersentak sambil berkerut dahi. Masalah apa yang dimaksudkan oleh
Badrul? Seminit kemudian, telefon bimbitnya berbunyi. Nama Hanif tertera di
skrin.
“Hmmm…
ada apa?”
“Ayah
ada call kau tak?”
“Ayah?
Kenapa?”
“Ayah
ada call kau tak?” Hanif mengulangi
pertanyaanya tadi. Dia mendengus ringan.
“Tak
ada, kenapa?” balas Haidar berserta gelengan di kepala.
“Dah
lebih dua minggu kan ayah ke sana? Sepatutnya minggu lepas lagi ayah dah
balik,” jelas Hanif bernada tenang.
Haidar
mencongak seketika. Ada benarnya kata-kata Hanif. Sudah dua minggu lebih ayah
mereka mengerjakan umrah. Ikut perkiraan, ayahnya patut pulang dua hari yang
lepas.
“Kau
dengar ke tidak ni?” Hanif menekan suara.
“Kau
tak cuba call ayah?” Haidar sekadar
bertanya walaupun dia tahu jawapannya.
“Busy!” balas Hanif acuh tak acuh.
“Itu
saja alasan kau. Tak ada alasan lain lagi ke yang kau boleh bagi?”
“Kau
jangan nak membebel pulak. Sekarang
ni aku tanya pasal ayah, bukan nak dengar bebelan kau tu.” Hanif merengus.
Sakit hatinya mendengar sindiran Haidar.
Haidar
yang mendengar ketawa. Tanpa membalas, dia mematikan talian. Biarlah Hanif
menelefon ayah mereka sendiri. Sekurang-kurangnya, Hanif sedar akan
tanggungjawabnya sebagai seorang anak.
“KURANG ajar!” bengang Hanif sambil
mencampak telefon bimbit ke atas meja. Diraup wajah buat seketika. Haidar sengaja
mencabarnya.
“Sengaja
nak cari pasal dengan aku Haidar ni,” luah Hanif sambil menggenggam erat
tangan. Dengusan kecil terlepas daripada bibir.
Dia
menyandarkan tubuh ke kerusi. Telefon bimbit di tangan dipegang erat sambil
otaknya ligat berfikir. Kata-kata Aidil meniti di minda. Kata-kata pujian Aidil
kepada gadis yang bernama Iris Eryna.
Hanif
menghela nafas ringan. Iris Eryna. Hatinya menyebut nama itu. Entah kenapa nama
itu menghadirkan rasa benci di hati. Rasa marah yang sukar untuk dijelaskan.
Tatkala memandang wajah gadis itu, bertambah tahap kebencian dan kemarahannya.
Kenapa
dia berperasaan begitu? Adakah disebabkan kes yang lepas maka dia berperasaan
begitu? Sungguh, dia tidak faham kenapa dia berasa begitu terhadap gadis yang
bernama Iris Eryna.
“Siapa
dia?” soal Hanif sendirian lalu memejamkan mata.
Terimbas
wajah Iris di saat ini. Diamati raut wajah gadis itu. Seperti pernah melihat
wajah itu sebelum ini. Tetapi, di mana? Dikerahkan otak sambil cuba
mengingatinya. Dia yakin akan firasat hatinya. Seakan mengenali Iris sebelum
ini.
Bunyi
mesej masuk mematikan lamunan pendek Hanif. Lantas, dia membukakan mata lalu mencapai
telefon bimbit. Nama yang tertera di skrin telefon dipandang.
“Ayah?”
sebut Hanif sambil membetulkan duduk. Kotak mesej dibuka lalu membaca kiriman
mesej tersebut.
Esok pukul 8.00 malam
di tempat biasa.
Berkerut
dahi Hanif tatkala membaca mesej tersebut. Adakah Encik Qamarul sudah pulang
dari mengerjakan umrah? Kenapa Encik Qamarul tidak menghubunginya?
“Haish!!!
Buat sakit otak aku fikir. Baik aku tidur,” rengus Hanif sendirian.
Tanpa
berlengah, dia bangun dari duduk lalu melangkah ke katil. Ada baiknya dia tidur
dari memikirkan tujuan perjumpaan tersebut. Mungkinkah Haidar turut menerima
kiriman mesej yang sama? Persoalan yang sedang berlegar di kotak fikiran.
nak lagi..
BalasPadam