PROLOG
“MACAM
mana?” tanya Haji Marwan.
“Masih sama bang haji.
Risau Yati tengoknya,” jawab Hajah Norhayati.
Haji Marwan mengeluh
berat. Matanya masih lagi menatap wajah Nur Edleen yang sedang tidur. Kasihan
dia melihat anak bongsunya itu. Begitu berat dugaan yang diterima oleh Nur
Edleen. Dia sebagai ayah tidak mampu untuk melihat inikan pula untuk
menanggungnya.
“Banyak-banyaklah kita
berdoa Yati agar Leen kuat dan tabah hadapi dugaan dariNya. Jangan tunjukkan
kita lemah walaupun sebenarnya kita sendiri pun tak kuat,” nasihat Haji Marwan
dan mengeluh untuk kesekian kalinya.
“Tapi bang haji, boleh ke
Leen terima semua ini sebagai takdir dalam hidupnya? Bang haji sendiri tahu
macam mana anak kita selama ini. Yati takut Leen akan memencilkan dirinya selepas
ini,” luah Hajah Hayati risau. Terpancar kerisauan di wajahnya kala itu.
“Insya-Allah,
banyak-banyaklah kita berdoa pada Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan
kita.” Hanya itu yang mampu Haji Marwan luahkan. Sungguh tidak tertanggung
dugaan yang terpaksa Nur Edleen hadapi. Hanya iringan doa serta kekuatan yang
mampu diberikan pada Nur Edleen ketika ini. Tanpa berlengah, segera dia beredar
dari bilik rawatan Nur Edleen. Tidak sanggup untuk menatap wajah pucat Nur
Edleen lagi.
“Ummi… ummi….” Racau Nur Edleen
perlahan.
Hajah Norhayati yang
mendengar bingkas duduk di birai katil. Tangannya menggenggam erat tangan Nur
Edleen. Sayu hatinya melihat keadaan Nur Edleen ketika ini. Kemalangan yang dialami
oleh Nur Edleen telah meragut segala-galanya.
“Ummi ada ni sayang.
Sayang tidurlah dulu,” suara Hajah Norhayati cuba untuk menenangkan Nur Edleen
yang sedikit meracau. Tangannya masih erat menggenggam tangan Nur Edleen.
“Assalamualaikum,” tegur
seseorang menyentak Hajah Norhayati. Segera dihalakan matanya ke arah suara
tersebut.
“Ummi…” seru Ezzura
perlahan seraya memeluk tubuh Hajah Norhayati. “Macam mana dengan Leen, ummi?”
tanyanya pula dan meleraikan pelukan.
“Masih tak sedarkan diri
Zura. Ummi risaukan Leen,” luah Hajah Norhayati dan teresak kecil. Tangisan
yang ditahan-tahan sedari tadi.
“Insya-Allah ummi, Leen
tak ada apa-apa. Banyak-banyaklah kita berdoa agar Leen cepat sedar,” pujuk
Ezzura lembut.
Ezzura tahu Hajah
Norhayati pasti merasa sedih dengan apa yang berlaku terhadap Nur Edleen. Hati
ibu mana yang tidak sedih melihat anak terlantar di hospital. Malah keadaan Nur
Edleen membuatkan sesiapa yang melihat berasa sebak dan hiba. Kemalangan yang
dialami oleh Nur Edleen sukar untuk kita yang normal berfikir secara waras.
Kereta yang dipandu Nur Edleen terbabas melanggar sebatang pokok. Hampir
separuh badan kereta Nur Edleen terbakar. Mujurlah orang ramai yang melihat
kemalangan itu datang menghulurkan bantuan, jika tidak, sudah pastilah Nur
Edleen maut di dalam kemalangan tersebut.
“Abah mana ummi?” tanya
Ezzura tatkala menyedari ketiadaan Haji Marwan. Tiada batasan di antara Ezzura
dengan keluarga Nur Edleen. Semenjak dari sekolah menengah, Haji Marwan yang
banyak membantu keluarganya dari segi kewangan. Malah dirinya sudah dianggap
seperti keluarga sendiri oleh Haji Marwan selepas kematian kedua-dua orang
tuanya akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lalu.
“Abah ke kantin agaknya,”
jawab Hajah Norhayati lemah. Seakan tidak bermaya dirasakan ketika ini.
“Ummi dah makan?” tanya
Ezzura prihatin.
Hajah Norhayati hanya
menggeleng. Bingkas dia bangun dari duduk dan menapak ke sofa. Keluhan berat
terlepas dari bibir.
“Kalau ummi nak makan,
Zura boleh tolong belikan untuk ummi,” pelawa Ezzura dan mengikut tingkah Hajah
Norhayati duduk di sofa.
“Tak mengapalah Zura, ummi
tak lapar lagi. Ummi nak tunggu Leen sedar. Ummi takut Leen akan meracau bila
sedar nanti. Tambah-tambah dengan apa yang berlaku akan menambahkan lagi
kekecewaan Leen.”
“Insya-Allah ummi. Zura
yakin, Leen akan tabah untuk hadapinya nanti,” yakin Ezzura dan tersenyum ke
arah Hajah Norhayati. Cuba untuk mengusir kerisauan di hati orang tua itu.
“Ummi pun harap macam tu
lah Zura. Harap Leen dapat terima dengan reda,” sokong Hajah Norhayati dan
tersenyum hambar.
Ezzura hanya mengangguk. Ini
merupakan ujian yang perlu dihadapi oleh Nur Edleen dan keluarganya. Semoga ummi
dan abah serta Leen tabah dalam menghadapi segala ujian dari-Nya, doa Ezzura di
dalam hati.
HAJI
MARWAN mengeluh untuk kesekian kalinya. Mee goreng di
hadapan dipandang dengan pandangan kosong. Hilang seleranya tatkala
terkenangkan Nur Edleen. Bagaimana keadaan Nur Edleen sebaik sedar nanti?
Adakah Nur Edleen dapat menerima kenyataan dengan apa yang terjadi? Sedangkan
dia sebagai ayah tidak sanggup atau mampu untuk hadapi, inikan pula Nur Edleen.
Ya Allah, tabahkan hati anak aku, doanya di dalam hati.
Tanpa menjamah, bingkas
Haji Marwan bangun dari duduk. Hatinya kurang enak tiba-tiba. Adakah sesuatu
akan berlaku terhadap Nur Edleen?
“Abah!” panggil Ezzura
mematikan langkahnya. Segera dia menoleh dan wajah Ezzura menyapa mata.
“Zura!” balas Haji Marwan
lemah.
Ezzura segera menyalam
tangan Haji Marwan. Wajah Haji Marwan ditatap kasih. Ada riak kerisauan dan
kesedihan di wajah itu. Mungkin disebabkan Nur Edleen, Haji Marwan beriak
begitu. Hatinya menjadi sayu dan sebak dengan tiba-tiba.
“Abah dah makan ke?”
tanya Ezzura tatkala matanya melihat sepinggan mee goreng belum dijamah.
“Abah tak ada selera
Zura. Abah risaukan Leen,” beritahu Haji Marwan.
“Abah, kita semua
risaukan Leen, tapi abah dengan ummi kena jaga kesihatan. Kalau abah dan ummi
sakit, siapa yang nak tengokkan Leen. Mesti Leen lagi sedih kalau abah dan ummi
sakit,” kata Ezzura bernada nasihat.
Haji Marwan sekadar
mendengar. Ada benarnya kata-kata Ezzura. Kalau mereka berdua sakit, siapa yang
akan menjaga Nur Edleen?
“Abah betul-betul tak ada
selera Zura. Abah nak ke bilik Leen,” ujar Haji Marwan perlahan dan berlalu
dari situ.
Ezzura hanya memandang.
Keluhan terlepas dari bibir. Apa lagi yang perlu dibuat agar semangat Haji
Marwan dan Hajah Norhayati kuat dan tidak lemah. Tanpa membuang masa, segera dibawa
kakinya ke tempat hidangan makanan. Mencari-cari makanan yang sesuai buat Hajah
Norhayati dan Haji Marwan.
“TIDAK!
Tak
mungkin! Tak mungkin!” raung Nur Edleen.
“Leen, sabar nak. Semua
ni dugaan dariNya,” pujuk Hajah Norhayati.
“Leen tak sanggup ummi.
Leen tak sanggup,” esak Nur Edleen.
Hajah Norhayati segera
memeluk tubuh Nur Edleen. Diusap lembut belakang Nur Edleen dan cuba
menyabarkan Nur Edleen.
“Kenapa ummi? Kenapa Leen
kena hadapi semua ini,” luah Nur Edleen pula dan masih lagi menangis.
“Ummi tahu nak.
Banyak-banyakkan bersabar. Leen perlu bersyukur kerana Leen masih lagi
bernafas,” pujuk Hajah Norhayati.
“Leen!” panggil Haji
Marwan seraya duduk di hadapan Hajah Norhayati dan Nur Edleen.
“Abah!” panggil Nur
Edleen seraya memeluk Haji Marwan. “Leen tak sanggup nak hadapinya abah. Leen
tak sanggup,” luahnya lagi.
“Abah tahu Leen. Abah
juga tahu yang anak abah ni seorang yang kuat,” pujuk Haji Marwan pula dan
mengusap lembut belakang Nur Edleen.
Nur Edleen hanya membisu
dan mendengar. Hatinya sebak dan pilu ketika ini. Kenapa ujian seberat ini yang
diterima olehnya? Sungguh tidak tertanggung dugaan yang telah diberikan oleh
Allah terhadap dirinya. Semoga dia tabah menghadapi semua dugaan tersebut.
Kak knpa dengan Leen.... Trujanya nk bc bab sterusnya....
BalasPadamhehe.. nanti tahu la apa jd kat Leen tu.. :)
Padamaduiiiiiiiii... dugaan aper nie, kak Ros..
BalasPadamEzzura ni kakak si Edleen ker..huhuhuuuu, jgn lamer2 tau. nk ep 1 secepat yg mgkin..plzzzzzzzz
huhu.. bab2 ke atas tahulah dugaan apanya.. Ezzura bukan kakak Leen, tp kawan baik Leen..
Padamapa yg terjd?suspen sggh
BalasPadamhehe.. nti2 kita tahu la apa yg terjd.. :)
Padambest kak .... :)
BalasPadamtq dik coz sudi singgah dan bc.. (^__^)
Padamhohoho..apakah yang berlaku..:D
BalasPadamhehe.. nti tahu la apa yg terjd... :D
Padamceit..suspens giler ni..
BalasPadamterima kasih kak ida coz sudi singgah dan membc SC.. (^__^)
Padam