Isnin, 3 September 2012

Suara Cinta - Sinopsis



Kerana satu peristiwa, Edzuary Safuan kehilangan insan yang paling dicintai dan disayangi. Kerana satu peristiwa, Edzuary Safuan dan Nur Edleen dipertemukan. Dan kerana peristiwa itu jugalah, Edzuary Safuan dan Nur Edleen diijab kabulkan atas kehendak keluarga. Mahu tidak mahu, Edzuary Safuan dan Nur Edleen terpaksa menerimanya sebagai takdir dari Allah.


Lantaran kerana peristiwa itu, Edzuary Safuan dan Nur Edleen, hidup dalam dunia yang berbeza. Bagi Edzuary Safuan, wanita itu adalah segala-galanya dan yang terakhir bertahta di dalam hatinya. Namun, siapalah dia untuk mengubah takdir Allah. Dia hanya mampu merancang, tetapi Allah menentukan segala-galanya. Kehadiran Nur Edleen sebagai isteri, telah mengucar-kacirkan perasaannya terhadap wanita itu. Adakah Edzuary Safuan dapat menerima Nur Edleen dalam hidupnya sebagai isteri yang di amanahkan oleh Allah dan keluarga padanya?


Bagi Nur Edleen, nekadnya hanya satu. Mencari dan membongkarkan kebenaran tentang peristiwa itu. Sedikit demi sedikit, kebenaran terbongkar satu persatu. Bagaikan tersentap hati Nur Edleen tatkala mengetahuinya. Bagaimana untuk memberitahu perkara sebenar pada Edzuary Safuan? Bagaimana pula di pihak Edzuary Safuan? Dan bagaimana mereka berhadapan dengan kenyataan tersebut? Adakah Nur Edleen akan tetap setia pada  Edzuary Safuan yang sudah bergelar suaminya? Atau kepada insan yang telah memberi sinar baru dalam hidupnya itu?  


Tatkala mereka berhadapan, degupan jantung berentak irama yang sama. Tatkala suara hati membisikkan kata-kata cinta, hati mereka berlagu riang. Hanya mereka yang tahu akan makna SUARA CINTA di hati masing-masing.



16 ulasan:

  1. Kak bestny jln cerita SUARA CINTA.... Suka sgt2... Lain dripd yg lain... Terbaik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. blm terbaik lg.. bila dh bc baru blh nilainya.. hope Iesya sukakan SC.. InsyaAllah.. :)

      Padam
    2. Bila baca sinopsis SC adik mmg dah suka... Terbaik la 2 akak... InsyaAllah kak...

      Padam
    3. hehe.. ok, thanks my dear Ieysha.. :)

      Padam
  2. Hanya kebenaran dpt membuktikannya dan hanya hati n perasaan dpt mengungkapkn kata cinta.. tu pun klu ader suria di hati... fuhhh bermadah lak ep ni... sukerrr ES

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.. sabor ajelah ep ni.. ES for Edzuary Safuan or Eppy Safri.. hahaha.. :D

      Padam
  3. baru baca sinopsis dh teruja gila....x sbr nk baca citer ni...terbaikkkkkkkk.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih krn membaca.. Insya-Allah, esok atau lusa, sy n3 SC kat blog.. :)

      Padam
  4. wow besnya ! xsabar nak baca..hope sempat la mengikuti setiap n3.... lain dr yg lain.. ala-2 kawin paksa kot :P good luck akakku syg !! muahhhhh ..may allah bless ue .. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. InsyaAllah, sempat.. lg pun baru nk din3kan kat blog.. terima kasih untuk doanya jg my dear Zulaika.. :)

      Padam
  5. wow !! besnya ..lain dr yg lain kot.. ala-2 kawin paksa gitu.. erk,, betul eh? hope dpt mengikuti setiap n3.. good luck akakku syg.. caiyok !! may allah bless ue... muahhhh :P sinopsis pun dah gempak !! :) -ieka-

    BalasPadam
    Balasan
    1. erk, ieka kena bc dlu n nilainya sndr.. terima kasih kerana menjenguk blog akak.. :)

      Padam
    2. alamak.. terpost 2 kali....hahaha,,baca sepintas lalu jer....jenguk2 kejap..dpt taw jalan cerita setiap n3 pon xpe...btw,suka stalk blog akk sbb chomell n lagu best-2... :P

      Padam
    3. hehe.. xpe, terpost dua kali.. jenguk2 kejap pn ok jg tu.. janji ada jenguk, kan.. hehehe..

      Padam
  6. mmg terbaik amat myentuh perasaan adk K ros...he3 cheq x sabaQ nk tggu update n3 ...ha2 karya akk mmg wat owg tertggu 2n3 jer...adk sentiasa mhrpkn yg terbaik dari akk..muuah ciuman syg tuk n3 bru he he he (^______________^)
    syg akk..love you























    BalasPadam
    Balasan
    1. huhu.. thanks mahanum coz sudi singgah dan membacanya.. InsyaAllah, dlm minggu ni akak update SC.. terima kasih untuk komennya jg..

      Padam