“Buat apa kat sini?” tegur Tengku Hariz
mengejutkan Aisya yang baru menutup pintu bilik bacaan.
Kush semangat! Terkejut aku dibuatnya.
Tak reti bagi salam apa dia ni. Nasib baik aku tak ada sakit jantung, kalau
ada, mati tak kahwin la gamaknya, bebel Aisya. Eh… kahwin? Soalnya semula.
“Suka hati saya la nak buat apa kat
sini. Sibuk ajelah dia ni!” gerutu Aisya dan melangkah jalan menuju ke
biliknya.
Tengku Hariz mengerutkan dahi. Wajah
Aisya ditenung tajam. Suka hati dia aje nak cakap macam tu. Tak sedar ke yang
dia berada di rumah siapa sekarang ni, gerutu Tengku Hariz.
“Memanglah saya perlu sibuk sebab ini
rumah saya dan bukan rumah awak!” bidas Tengku Hariz sinis. Matanya mencerlung
ke arah Aisya.
“Oh… saya terlupa yang ini rumah awak
dan bukannya rumah saya,” ulang Aisya cuba mengawal nada suaranya. Terasa
dengan kata-kata Tengku Hariz. Tanpa menunggu balasan, dia membawa langkahnya
menuju ke bilik.
Tengku Hariz terkedu. Rasa bersalah
kerana mengeluarkan kata-kata sebegitu kepada Aisya. Ya ALLAH, apa yang aku katakan
tadi, kesal Tengku Hariz sambil memegang kepalanya. Seminit kemudian, dia
terlihat Aisya keluar dari bilik bersandangkan beg tangan di bahu kanan.
“Awak nak ke mana Aisya?” soal Tengku
Hariz kesal.
“Awak sibuk kenapa? Awak sendiri kata
yang ini bukan rumah saya, jadi saya nak baliklah!” sindir Aisya memulangkan
paku buah keras kepada Tengku Hariz. Dia menyambung langkahnya meniti anak
tangga dengan perasaan yang sebal.
“Ah! Kenapa aku emo sangat ni? Takkan aku…. tidak!!!” jerit kecil Aisya sambil menggelengkan
kepala berkali-kali. Tanpa disedari, kakinya melangkah dua anak tangga dan
jatuh menyembah ke lantai.
“Aisya!!” jerit Tengku Hariz dan meluru
ke arah Aisya yang sudah terduduk di atas lantai.
“Aduh!! Kenapalah aku boleh jatuh ni.
Buat malu aku ajelah,” gerutu Aisya dan cuba untuk bangun dari duduknya.
“Aisya… Aisya okey ke?” soal Tengku
Hariz cemas sambil cuba membantu Aisya untuk bangun dari duduknya.
“Tak apa, saya okey. Awak tak perlulah
sibuk. Saya tak perlukan bantuan awak,” ujar Aisya dan menepis pegangan Tengku
Hariz. Aku tak perlukan kau. Selama ini aku boleh bangun sendiri, bentak Aisya
sendiri.
Tengku Hariz tidak mempedulikan tegahan
Aisya. Dia segera mencapai tangan Aisya dan membantu Aisya berdiri. Namun
bantuannya ditepis keras oleh Aisya. Keengganan Aisya menguji kesabarannya.
“Apasal degil sangat ni. Orang nak
tolong, tak kasi. Ego, berlagak, sombong!!” marah Tengku Hariz. Sakit hatinya
melihatkan kedegilan Aisya.
Aisya beriak selamba. Dia mencapai beg
tangan dan melangkah perlahan menuju ke pintu utama. Berkerut-kerut dahinya
menahan kesakitan di kaki dan kepala. Terasa denyutan di kepala namun
dibiarkannya sahaja asalkan dia dapat keluar dari rumah itu. Dia tidak mahu
atau suka untuk bertekak dengan Tengku Hariz. Dia bosan dan benci dengan
situasi itu. Dia penat untuk melayan karenah Tengku Azman sekeluarga. Dia perlu
mencari ketenangan buat dirinya sendiri. Biarlah apa yang hendak Tengku Hariz
katakan, dia sudah tidak ambil peduli lagi.
Tengku Hariz meraup muka berkali-kali.
Matanya tidak lepas dari memandang Aisya yang sedang terhinjut-hinjut berjalan
menuju ke pintu utama. Betapa terkejutnya dia melihat Aisya jatuh di hadapan
matanya tadi. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa cemasnya dia melihat keadaan
Aisya itu. Kedegilan Aisya mencabar kesabarannya. Terasa dirinya tidak
diperlukan oleh Aisya lagi. Tengku Hariz menggenggam tangannya erat. Cuba
menahan kemarahan yang sedang menjalar dalam urat nadinya itu.
“Boleh tak jangan berdegil sangat. Kaki
awak tu sakit, awak tahu tak!!” geram Tengku Hariz dan menarik lengan Aisya
agar berhenti berjalan. Matanya tertancap ke arah kesan lebam yang semakin
menampak di kaki Aisya.
Ya ALLAH, dia ni tak faham bahasa ke?
Aku tak perlukan bantuan kau Tengku Hariz!! Jerit hati Aisya. Kesabarannya tidak
tertahan lagi.
“Saya tak perlukan bantuan awak. Awak
tak faham bahasa ke!!” bentak Aisya dan menolak kuat badan Tengku Hariz agar
menjauhinya. Tengku Hariz terdorong ke belakang dan hampir terlanggar sebuah
pasu yang terletak di sisi sofa.
Tersentak Tengku Hariz dengan perlakuan
Aisya. Kau benar-benar menguji kesabaran aku Aisya, marah hatinya. Tanpa
membuang masa, dia menarik kuat Aisya dan membawanya ke pintu utama.
“Sombong… degil… kau nak keluar
sangatkan. Aku bawa kau keluar, dan jangan sesekali kau jejakkan kaki kau ke
sini lagi. Aku benci dengan perempuan bodoh sombong macam kau!!” tengking
Tengku Hariz dan menolak keras tubuh Aisya keluar dari rumah setelah pintu
utama dibuka.
“Hariz… apa yang Hariz buat ni!!” jerit
Tengku Hanis Suraya dari arah tangga. Terkejut melihat perlakuan Tengku Hariz
terhadap Aisya.
“Riz nak tolong dia, sombong sangat,
degil sangat. Biar padan muka dia, Riz tak nak ambil tahu pasal dia dah!” kata
Tengku Hariz mengulangi ayat yang disemburkan kepada Aisya sebentar tadi.
Kemudian itu dia beredar meninggalkan ruangan itu menuju ke biliknya.
“Ya, itu yang aku mahukan dari kau
Tengku Hariz. Aku tak nak ada kena-mengena dengan kau lagi. Aku nak kau jauhkan
diri kau dari aku. Aku benci tengok muka kau. Aku takut perasaan benci aku ni
bertukar sayang kepada kau Tengku Hariz,” bisik Aisya lebih kepada dirinya
sendiri. Dia bingkas bangun dan menuju ke pintu pagar untuk keluar dari rumah
itu. Rumah yang menyesakkan nafasnya dan membuatkan dirinya lemas berada di
situ.
“Aisya, nak ke mana? Dah lewat malam
ni, Aisya tidur sajalah kat sini,” tegah Tengku Hanis Suraya sambil menarik
lembut tangan Aisya.
“Aisya nak balik kak. Ini bukan rumah
Aisya. Tolong lepaskan Aisya dari semua seksaan ini. Aisya dah tak tahan nak
tanggungnya lagi. Bagilah Aisya bernafas dengan sendirinya,” rayu Aisya lembut.
Wajah Tengku Hanis Suraya ditatap mengharapkan simpati.
“Maafkan Kak Anis, Aisya,” ucap Tengku
Hanis Suraya kesal. Rasa bersalah menusuk ke tangkai hati. Tidak sepatutnya
mereka mendesak Aisya lagi. Ada baiknya mereka melepaskan Aisya pergi.
Tanpa membalas kata-kata Tengku Hanis
Suraya, Aisya segera melangkah pergi membawa kakinya keluar dari banglo mewah
yang tersergam indah itu. Hatinya berasa lega dan tenteram sebaik sahaja dia
keluar dari kawasan rumah itu. Entah ke mana harus dibawa dirinya itu, dia
sendiri tidak pasti kerana pandangannya semakin kabur dan makin kabur. Akhirnya
dia rebah menyembah bumi ALLAH.
thanks eliza....rindunyer....dah tak sabar nak baca ni....agak2 bila ye....hehehehhe
BalasPadamalmost welcome Suzie.. thanks coz still setia ngan HM.. smlm baru sign surat setuju terbit HM dr KN.. Insya-ALLAH, akn diusahakan secepat y mgkn.. :)
BalasPadamhuhuhu..semakin best la kak...xsabar nak tggu buku HM di pasaran..heheheh ;)
BalasPadamOh ya,ada masa n3 la cikit2...mcm n3 ni pun jd la ...hahhahaha
haha.. sdh muncul adikku zielra.. erm, tgklah klu tgn akk gatal, akk n3 ckt2.. ap2 pn thanks coz msh setia dgn HM.. :D
BalasPadam