Apa khabar semua? sy hrp readers masih setia bersama HM.. hurm.. terasa nk n3 salah satu petikan dlm bab HM... sekadar melepaskan rindu pd Tengku Hariz Iskandar dan Aisya Lyana Sofea... :D
“Tengku Hariz!!” jerit kasar Aisya dari
luar chalet sambil mengetuk pintu
bilik Tengku Hariz. Bertalu-talu pintu bilik diketuk, namun tiada balasan dari
Tengku Hariz. Hilang kesabaran aku macam ni, desisnya.
Aisya menguak kasar pintu chalet Tengku Hariz sebaik menyedari
pintu tidak berkunci. Dia menapak masuk ke dalam chalet. Matanya tertancap ke arah Tengku Hariz yang sedang duduk
menekan perut seperti menahan kesakitan lagaknya. Nak berlakonlah tu, desis
Aisya.
“Aisya…” seru Tengku Hariz lemah. Dia
cuba menahan kesakitan akibat tikaman pisau di perut. Berkerut-kerut dahi
menahannya.
“Kau jangan nak berlakon depan aku,
Tengku Hariz. Kau ingat aku tak tahu rancangan kau. Tak puas lagi ke kau
sakitkan hati aku. Tak cukup lagi ke kau seksa perasaan aku, dera perasaan aku.
Tak puas lagi ke kau bodoh-bodohkan aku. Kau nak apa sebenarnya Tengku Hariz!”
tengking Aisya sekuat hati. Matanya mencerlung ke arah Tengku Hariz. Sakit hati
apabila ditipu oleh Tengku Hariz. Buat penat aje aku berlari tadi. Bagai nak
gugur jantung aku dibuatnya, marah Aisya.
“Aisya… Riz minta maaf atas semua
kesalahan Riz selama ini. Riz cintakan Aisya. Riz sayangkan Aisya. Aisya
pemilik kunci hati Riz dulu, kini dan selamanya,” lafaz Tengku Hariz dalam nada
yang tersekat-sekat. Darah yang keluar dari perut cuba diseka agar tidak
mengalir. Dahinya sudah dibasahi peluh.
Aisya tergamam seketika. Lafaz kata
Tengku Hariz sebentar tadi menggetarkan tangkai hatinya. Sudah lama dia tidak
mendengar ucapan itu dan hari ini dia mendengarnya semula. Matanya masih
tertancap ke wajah Tengku Hariz. Dia mengamati wajah itu dan mencari sinar
keikhlasan dan kejujuran pada wajah itu dan dia nampak akan sinar itu. Ya, aku
nampak keikhlasan dan kejujuran pada wajahnya. Tapi kenapa wajahnya pucat? Soal
Aisya sendirian. Matanya dihalakan ke perut Tengku Hariz. Darah!!
“Tengku Hariz!!” jerit Aisya dan
menerpa ke arah Tengku Hariz yang sedang mengerang kesakitan. Tangannya
diletakkan ke perut Tengku Hariz. Darah pekat berwarna merah mulai membasahi
tangannya.
“Hariz… kenapa ni?” tanya Aisya risau
dan cemas. Dia mencapai kain lapik meja kopi di sisi katil dan mengikatkannya
di perut Tengku Hariz. Sebagai penahan agar darah tidak terus-terusan keluar
dari perut Tengku Hariz. Air mata sudah merembes keluar dengan derasnya. Entah
bila dia menangis, dia sendiri tidak pasti. Kesakitan yang dialami Tengku Hariz
menggigit tangkai hatinya. Dirinya turut merasai kesakitan itu.
“Riz…” sukar untuk Tengku Hariz
bersuara. Seolah-olah suaranya tersekat di kerongkong.
“Kita ke hospital sekarang!” arah Aisya
sambil cuba membangunkan Tengku Hariz. Tangan kanan Tengku Hariz diletakkan di
atas bahunya. Dengan kudrat yang ada, dia memimpin Tengku Hariz ke kereta yang
tersadai tidak jauh dari chalet
mereka. Tengku Hariz cuba menahan kesakitan. Hanya ALLAH saja yang tahu betapa
seksanya dia ketika itu.
Ketahui
kisah selanjutnya di masa akan datang… Insya-ALLAH.. :D
Terubat jgk kt HM niii... Tq Eliza...
BalasPadamX sabar nk dptkn novel HM...tetap sabar menanti niii..
Gud luck ye Eliza....
thanks Liza Rais coz masih setia bersama HM.. nantikan versi cetak HM pula.. Insya-ALLAH.. semoga penantian Liza dan lain-lain akan berakhir tdk lama lg... :)
BalasPadamemm tak sabarnya akak nak tau citer selanjutnya...hrp dpt dicetak segera ye...all the best to u....
BalasPadamthanks kak Eijan.. semoga penantian akak akn berakhir tdk lama lg.. thanks 4 ur support.. :)
BalasPadambila keluar novel nya kak .? adoii dah tak sabar nak beli nie
BalasPadamInsya-ALLAH akn kuar.. bl tu x sure, tp akan usahakan keluar cepat.. maaf coz akak terpaksa delete bab 31 ke atas.. tunggu HM versi cetak ya dik.. :)
BalasPadamrindunyer nak bca HM nie....nape x smbng lg eak kat blog nie....smbng lah lg...nak tau citer selnjutnyer nie...
BalasPadamthanks ya coz still setia bersama HM.. Insya-ALLAH, nantikan HM versi cetak tdk lama lg.. doakan y terbaik buat sy dan HM.. ;)
BalasPadamagak2 nyer bila eak versi cetak HM 2....x sbr dah nak bce HM nie....rindu sngt2 kat TH n aisya....plez percptknlh versi cetak 2....
BalasPadamtak sure bl keluarnya.. sy akn try risik2 kat KN.. smlm baru sign surat setuju terbit HM.. Insya-ALLAH, semoga penantian anda semua akn berakhir tdk lama lg.. apa2 nti sy akn inform pd semua.. terima kasih y tdk terhingga kerana masih setia bersama HM.. semoga dgn beberapa n3 akn terubat rindu anda semua pd TH & Aisya.. :)
BalasPadam