Aisya mengerling Tengku Hariz di sisi.
Begitu lena suaminya itu tidur. Seperti tidak ada apa-apa masalah yang sedang
di hadapi melihatkan wajah tenang suaminya itu. Dia mengimbau semula apa yang
berlaku beberapa jam yang lepas. Dengan kata-kata romantis Tengku Hariz
membuatkan dirinya hanyut dan tunduk kepada kehendak naluri suaminya. Kini
syarat hanya tinggal syarat sahaja. Syarat yang memakan dirinya sendiri.
Terlalu mudah dia menerima Tengku Hariz semula. Terlalu mudah dia mempercayai
kata-kata Tengku Hariz. Terlalu mudah dia menyerah kalah sebelum berjuang.
Terlalu mudah dia menyerahkan hati dan perasaannya kepada Tengku Hariz. Hilang
segala kenangan silam yang pernah membayangi dirinya beberapa tahun ini. Hilang
segala rasa benci dan dendam terhadap Tengku Hariz. Mungkin dengan memaafkan
Tengku Hariz, hatinya menjadi tenang dan damai. Seolah-olah bebanan yang
bersarang di kepalanya dulu, hilang begitu saja. Namun dia masih keliru dengan
apa yang berlaku.
“Sayang…” bisik Tengku Hariz tiba-tiba
mengejutkan Aisya yang sedang mengelamun. Entah bila suaminya itu bangun, dia
sendiri tidak pasti. Dia menoleh ke sisi kanan dan menatap wajah kacak Tengku
Hariz. Jelas kegembiraan di wajah itu.
“Terima kasih Aisya kerana menerima
abang sebagai suami Aisya. Selagi abang bernyawa, abang akan jaga Aisya dan
abang takkan tinggalkan Aisya lagi,” luah Tengku Hariz jujur dan ikhlas. Wajah
Aisya di tatap sayang. Betapa gembiranya tatkala Aisya menerimanya sebagai
suami. Betapa gembiranya tatkala mereka melayari bahtera perkahwinan dengan
kerelaan hati masing-masing. Betapa gembiranya kerana Aisya sendiri yang
melanggari syarat tersebut.
Aisya terkedu. Kata-kata Tengku Hariz
menusuk ke tangkai hati. Begitu ikhlas Tengku Hariz menuturkan kata-kata itu.
Kenapa dia harus menidakkan kata-kata itu? Rasa bersalah menerjah ke dalam
diri. Tidak semena-mena, air matanya tumpah membasahi pipi di waktu itu.
“Hey… kenapa ni? Kenapa menangis?” soal
Tengku Hariz cemas apabila melihatkan air mata Aisya. Dia menyeka air mata
Aisya dengan hujung jarinya. Pedih hatinya melihat air mata Aisya.
“Maafkan Aisya. Aisya berdosa pada
abang,” luah Aisya dalam nada esakan yang kecil.
Walaupun dia masih keliru dengan apa
yang berlaku, namun rasa berdosa di atas kelakuannya siang tadi membuatkan
dirinya insaf dan kesal. Dia sedar Tengku Hariz terasa hati dengan apa yang
dilakukan olehnya siang tadi. Dan dia dapat melihat dari perubahan di wajah
Tengku Hariz waktu itu.
“Tak ada apa yang perlu dimaafkan.
Abang dah maafkan kesalahan Aisya siang tadi. Abang tahu, itu yang Aisya sedang
fikirkan.” Sesungguhnya dengan kemaafan dapat menenangkan hatinya semula.
“Sudahlah… jangan menangis lagi. Abang
rindukan Aisya. Rindukan Aisya yang selalu buat abang marah. Selalu melawan
abang. Selalu merisaukan abang. Selalu membuatkan abang rindu pada Aisya.
Selalu membuatkan hati abang bergetar tatkala berhadapan dengan Aisya. Selalu
membuatkan abang termimpi-mimpikan Aisya. Selalu…” terhenti tatkala Aisya
mengucup bibirnya dengan tiba-tiba. Terpana Tengku Hariz seketika dengan
tindakan drastik Aisya itu.
“I
love you so much,”
bisik Aisya romantis. Senyuman manis dihadiahkan buat suami tercinta.
Tengku Hariz tersenyum gembira. Dia
menarik Aisya ke dalam pelukannya. Rasa cinta dan kasih terhadap Aisya semakin
menggebu. Di dalam hati, dia mengucap syukur kepada ALLAH di atas kebahagiaan
yang dikecapinya itu. Terlalu lama dia menunggu saat-saat begini, dan hari ini
doanya dimakbulkan oleh ALLAH. Semoga rasa cinta, kasih dan sayangnya terhadap
Aisya akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
“I
love you Aisya. I miss you more than anything,” ucap Tengku Hariz sambil mengucup dahi
Aisya. Dia mengeratkan lagi pelukannya. Tanpa dipinta, air mata lelakinya
menitis perlahan membasahi pipi. Sungguh dia gembira dengan apa yang
diperolehinya. Tiada yang lebih bahagia melainkan Aisya di sisinya. Hatimu
milikku dan hatiku milikmu, bisik Tengku Hariz sendirian.
ya ya mmg rindu.hehe good happy ending ni. hehe even this is not an ending part. thanks ya eliza!
BalasPadamyup yong.. bkn ending part.. msh jauh lg perjalanan diorg berdua n still ada konflik y melanda.. y 2 kena tunggu HM versi cetak keluar la.. hehe.. :)
Padamrndu dgn HM,,,TQ WRITER...so sweet.. hrp2 HM hppy ending
BalasPadam:)
hehe.. Insya-ALLAH, happy ending.. cuma sblm nk happy 2, mcm2 dugaan y diorg hadapi lagi.. ;)
BalasPadamhehe..besttt...hikhik..
BalasPadamhehe.. tq mimi.. :D
Padam