“Hai sayang!!” sapa suara di hujung
talian.
Tengku Hariz mengerutkan dahi. Keluhan
halus dilepaskan. Apa lagi yang dia nak ni?
“You nak apa lagi ni Fatin. I sibuk,
jangan ganggu I boleh tak?” marah Tengku Hariz. Tangannya digenggam erat.
Perasaan marah tiba-tiba menjalar dalam tubuhnya itu.
Fatin Nabilla ketawa mendengar
kemarahan Tengku Hariz. Ternyata Tengku Hariz masih tidak berubah dengan sikap
panas barannya itu.
“Relakslah sayang. You ni tak
habis-habis la nak marahkan I. Sampai bila you nak membenci I Hariz?” suara
Fatin Nabilla. Ada nada rajuk dalam ayatnya itu.
“I tak ada masa nak layan you Fatin.
You nak apa sebenarnya ni?” Tengku Hariz sudah meninggikan suara. Kesabarannya
semakin menipis. Jika diikutkan hati mahu sahaja dia memutuskan talian telefon
itu tetapi dia tidak berbuat begitu kerana dia dapat merasakan ada sesuatu yang
ingin Fatin Nabilla sampaikan kepadanya.
“Okey… okey… I bukannya nak ganggu you.
Tapi apa yang I nak sampaikan ni mesti akan membuatkan you ada masa nak layan
panggilan I ni.” Fatin Nabilla cuba mengelirukan Tengku Hariz.
Berkerut-kerut dahi Tengku Hariz cuba
memahaminya. Matanya masih memandang ke wajah Marlisa. Begitu juga Marlisa,
turut mengerutkan dahi melihat riak di wajah Tengku Hariz.
“I sekarang bersama dengan perempuan
yang amat you cintai dan sayangi Tengku Hariz,” beritahu Fatin Nabilla serius.
Matanya tepat memandang ke arah Aisya yang sedang duduk bersandar di bawah
sepohon pokok kelapa.
“Apa maksud you Fatin?” soal Tengku
Hariz inginkan kepastian. Jika orang yang dimaksudkan oleh Fatin Nabilla ialah
Aisya, ternyata Aisya di dalam bahaya. Kata-kata Fatin Nabilla seminggu yang
lepas masih terngiang-ngiang di gegendang telinganya.
“Kalau I jumpa dia, I bunuh dia Hariz.
Sebab dia you menolak cinta I. Sebab dia you sisihkan I. Sebab dia juga you
tinggalkan I. Kalau I tak dapat you, orang lain juga takkan dapat you
termasuklah dia. You ingat Hariz, I sanggup lakukan apa saja asalkan you
kembali semula pada I,’’ ugut Fatin Nabilla sambil ketawa berdekah. Hatinya
puas selepas meluahkan semua itu.
“Fatin, you jangan apa-apakan dia.
Kalau you apa-apakan dia, sampai ke lubang cacing I akan cari you, Fatin!!”
tengking Tengku Hariz nyaring. Dia yang sudah berdiri, menggenggam tangannya
erat. Hanya tunggu masa untuk melepaskan kemarahannya.
“I tak jamin takkan apa-apakan dia. I
dah bagitau pada you dulu, kalau I jumpa dia, tahulah nasib dia,” ejek Fatin
Nabilla dalam tawanya yang masih bersisa. “Sekarang ni dia sedang menikmati
keindahan alam semesta sambil bersandar di bawah pokok kelapa. I bagi dia peluang
untuk menikmatinya sebab selepas ini dia tidak ada peluang untuk melihatnya
lagi,” sambung Fatin Nabilla dan mematikan talian telefon.
“Fatin… Fatin… shit!!!” panggil Tengku Hariz sambil menumbuk meja.
arghhhhhh!!!!!rndunyer kat HM... apa yg fatin nk wat kat aisya yup,,,aduh...berdebar2 jantung hariz...hahaha :)
BalasPadamhehe.. jwpnnya slps HM versi cetak keluar.. setia menanti ya.. :)
Padamagak2 nyer..bile lah versi cetak akn kuar...beberapa minggu lg or 1 bulan lg....kami pminat HM dh rindu sngt kat TH n AISYA nie....cpt2 kn ye versi cetak 2....dh x sbr nie...
BalasPadamtak pasti bl keluarnya.. mybe pihak KN tgh edit.. apa2 nti sy bgtau semua.. thanks coz msh ingat n setia pd HM.. :)
Padam