“Sayang… abang minta maaf!” ucap Tengku
Hariz sambil meraih tangan Aisya.
Sehabis sahaja budak lelaki itu
bercerita, Aisya segera menapak menuju ke chalet.
Entah mengapa hatinya tiba-tiba menjadi panas. Sungguh tidak menyangka begitu
sekali tindakan Tengku Hariz dan tindakannya itu mengundang musibah buat
dirinya sendiri. Walaupun dia tahu akan perkara itu sekadar lakonan, namun
hatinya tetap tidak dapat menerimanya.
“Memang pada mulanya abang nak berlakon
dengan Aisya, tapi tak….”
“Tak sangka jadi betul-betulkan?”
sambung Aisya keras. Matanya menikam muka Tengku Hariz yang sengaja
ditundukkan.
“Ya… tak sangkakan,” keluh Tengku
Hariz. Terasa bodoh dirinya ketika itu. Terlalu mengikut kata hati dan akhirnya
memakan dirinya sendiri. “Tapi… kalau abang tak buat macam tu, tak adalah kita
berbaik semula, betul tak?” Tengku Hariz masih menegakkan tindakannya dulu.
“Abang pun takkan tahu samada Aisya masih cinta dan sayangkan abang ataupun
tidak,” tambah Tengku Hariz lagi sambil tersengih.
Aisya tersentak. Ada benarnya kata-kata
Tengku Hariz. Jika bukan kerana itu, mustahil mereka berdua akan berbaik
semula. Mustahil juga mereka akan berbulan madu seperti hari ini. Namun jauh di
sudut hati kecilnya, dia bersyukur kerana disebabkan tindakan bodoh Tengku
Hariz itu telah membuktikan cintanya terhadap Tengku Hariz. Disebabkan itu
jugalah dia mendapat semula cintanya. Ya, kerana peristiwa itu telah
mengukuhkan hubungannya semula.
“Maafkan abang ya,” pujuk Tengku Hariz
lagi. Dia membawa Aisya duduk di birai katil. Wajah Aisya yang masam mencuka
ditatap mesra. “Tak comellah kalau buat muka masam macam ni. Cuka kat rumah
kita tu pun tak masam macam ni tau,” usik Tengku Hariz sambil mencubit pipi
Aisya.
Aisya menepis lembut dan tersenyum
pahit.
“Sayang… kita datang ni nak honeymoon. Janganlah disebabkan perkara
tu, rosak honeymoon kita pulak,” rayu
Tengku Hariz. Dia mencium pipi Aisya bertalu-talu. Geram melihat wajah mencuka
Aisya. Aisya hanya membiarkannya sahaja. Otaknya masih lagi ligat berfikir. Apa
yang difikirkannya, dia sendiri tidak tahu. Mungkin memikirkan peristiwa lepas.
Entahlah!!
“Aisya…” seru Tengku Hariz perlahan.
Belum sempat Tengku Hariz menyambung
ayatnya, Aisya melekapkan bibirnya ke bibir Tengku Hariz. Terpana Tengku Hariz
dibuatnya. Sesudah itu, Aisya menyorokkan mukanya. Dia termalu sendiri dengan
tindakannya itu. Tindakan di luar jangkaan. Hisy… buat malu ajelah, gerutunya.
Tengku Hariz meleretkan senyuman.
Sungguh tidak menyangka akan tindakan Aisya sebentar tadi. Hatinya berbunga
riang. Dia mengangkat muka Aisya dan menatap mesra muka itu. Matanya menikam
anak mata Aisya. Kebahagiaan terpancar dari sinar mata itu. Syukur kepada ALLAH
dilahirkan dari dalam hatinya. Terima kasih ALLAH, bisiknya pula.
oh ya, bl HM dikeluarkan... sy x pasti.. hope bersabar..
any news sy akan inform pd semua.. Insya-ALLAH..
tqqq
BalasPadamalmost welcome.. :D
Padamoh peristiwa apa kah itu?hehe adei lagi rasa nak tahu...
BalasPadamhihi.. Yong, jwpnnya dlm HM versi cetak... ;)
PadamWaaa. hilang rindu kat TH + Aisya. tq. :)
BalasPadamAlaaa, tak sempat lagi nak follow GB. :(
mostly welcome Hajar.. tq jg coz still menjenguk blog sy..
Padamxpe, take ur time.. bl2 pn blh follow GB.. ;)