Hidup Nur Liyana Safiyah menjadi kucar
kacir dengan kehadiran Amirul Arif Iskandar. Ditambah pula dengan hasrat dan
niat Tan Sri Khalil yang ingin bermenantukan dirinya. Pelbagai cara dan taktik
dirancang oleh Nur Liyana Safiyah untuk menggagalkan rancangan Tan Sri Khalil
sehingga sanggup mengupah seseorang untuk berlakon di hadapan Tan Sri Khalil.
“Awak dah berjaya Liyana. Awak dah
berjaya buat saya tergoda dengan awak. Awak dah berjaya buat saya jatuh cinta
dengan awak. Awak dah berjaya buat saya menelan kesemua kata-kata yang pernah
saya hamburkan pada awak dulu. Awak dah berjaya memalukan saya. Dan awak dah
berjaya buat saya angaukan awak,” – Amirul Arif Iskandar
Drama demi drama yang dilakonkan oleh
Nur Liyana Safiyah akhirnya menjerat dirinya sendiri. Dia di benci Dato’
Zulkifli dan di dendami Nur Laila Safiyah. Dia dibuang keluarga malah
diharamkan menjejakkan kaki ke rumah. Nur Liyana Safiyah akur akan nasib yang
menimpa dirinya. Demi sebuah kebenaran, Nur Liyana Safiyah bertekad untuk mencari
asal usul dirinya. Mencari punca dan sebab kenapa dirinya di benci Dato’
Zulkifli. Mencari sebab kenapa Nur Laila Safiyah mendendaminya.
“Siapa kata Lia tu anak saya. Dia anak
awak dan bukan anak saya,” - Dato’ Zulkifli Zainuddin
Adakah Nur Liyana Safiyah dapat mengetahui
siapa dirinya yang sebenar? Adakah Dato’ Zulkifli akan menerimanya sebagai anak
dalam erti kata yang sebenar? Dapatkah Amirul Arif Iskandar menyembuhkan luka
di hati Nur Liyana Safiyah? Mungkinkah Harris Hakimi bakal menjadi pesaing
Amirul Arif Iskandar? Siapa pula Ashraf Daniel dalam kehidupan Nur Liyana Safiyah?
“Ris sukakan Lia. Ris sayangkan Lia.
Sudi tak kiranya Lia jadi kekasih Ris,” – Harris Hakimi
Ingin
ku sentuh hatimu sayang dalam rinduku. Moga kau tahu hebatnya cinta di hati
ini. Sekian lama memendam cinta. Payah ku rasa menyeksa jiwa – Nur Liyana
Safiyah
nampak macam menarik.. hihi...
BalasPadamhehe.. thanks Kia.. hope dpt menarik Kia utk membacanya jg.. :D
PadamWaaa ni lagu achik n nana tu en kak? blurb best...
BalasPadambtllah tu dik.. malu pulak rsnya.. hihi.. hope GB bakal menarik minat adik utk membacanya.. :)
PadamGB dah menarik n memikat hati sue... :-)hehehe
BalasPadamAlhamdulillah, hope org lain pn sama jg.. huhu.. ;)
PadamInsyaallah kak... GB ade kekuatan tersendiri tuk menarik hati pembaca lain..
PadamAmin... hrp2 bgtulah endaknya..
Padamxsabar nak tunggu GB.. sebab HM best sgt2... :) saya mula meminati tulisan akak selepas siti rosmizah...
BalasPadamterima kasih coz sukakan HM.. terharu sgt2.. hope msh percaya dgn karya2 akak.. (^__^)
Padam